Ruj. Kami Tarikh
: : 26 FEBUARI 2019
Ketua Balai, Ketua Zon, Balai Bomba Tawau Melalui, Pengetua, SM Konven St Ursula Tawau Tuan, PROGRAM KURSUS ASAS PERTOLONGAN CEMAS SIRI 1/2019 Merujuk kepada perkara di atas. 2. Kadet Bomba dan Penyelamat bersama unit Hal Ehwal Murid (HEM) SM Konven St Ursula Tawau akan mengadakan Program diatas seperti yang berikut Tarikh Masa Tempat
: 16 Mac 2019 (Sabtu) : 7.30 Pagi hingga 2.40 Petang : SM KONVEN ST URSULA TAWAU
3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin memohon kerjasama daripada pihak Bomba untuk mengadakan latihan asas pertolongan cemas siri 1. Ia bertujuan memberi pendedahan tatacara keselamatan diri apabila berada didalam kecedaraan yang ringan. 4. Bersama-sama ini dilampirkan sekali kertas kerja sekolah serta tentatif program untuk rujukan pihak tuan. 5. Kerjasama dan bantuan daripada pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian. Saya yang menurut perintah, EN ABD MALIK B. ABD WAHID Ketua Guru Penasihat Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia SM Konven St Ursula Tawau s.k -
Fail Guru Penasihat Kadet Bomba dan Penyelamat SM Konven St Ursula Tawau Fail Balai Bomba Tawau