JABATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA KAMPUS SULTAN AZLAN SHAH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 35900 TANJUNG MALIM PERAK
TARIKH: 11 OGOS 2009 Pusat Pemulihan Dadah Bela Insan Dewan UMNO Pandan Selatan Lorong G-2 Kg Pandan 55100 Ampang Selangor. Tuan/Puan Memohon Kebenaran Untuk Mengadakan Program Di Pusat Pemulihan Dadah Bela Insan Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar semester 5 Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling, Universiti Pendidikan Sultan Idris ingin memohon kebenaran mengadakan Program Pendidikan Anti Dadah di Pusat Pemulihan Dadah Bela Insan, Ampang, Selangor. Masa dan tarikh yang pihak kami cadangkan adalah seperti berikut: Tarikh : 15 Ogos 2009 (Sabtu) Masa : 9.00 pagi- 4.00 petang 3.
Untuk makluman pihak tuan/puan, tujuan program ini diadakan adalah memberi
semangat dan motivasi kepada penghuni Pusat Serenti untuk berubah dan menyemai kembali perasaan sayangi diri dan keluarga. Menghargai kehidupan yang dianugerahkan Tuhan adalah objektif utama program ini dianjurkan. 4.
Oleh yang demikian, kesudian pihak tuan/puan menerima cadangan ini amat kami
harapkan. Sebarang pertanyaan dan maklum balas, sila berhubung dengan Faiz Fazana Bt Hamid (0194601478) atau Siti Hamizah Bt Robian (0173398594). Kerjasama dari pihak tuan / puan amat dihargai.
Sekian,
Yang benar, ……………………………………… (Joslee Thomas ) Pengarah Program Pemulihan Dadah Bela Insan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)