JHEPA/
10 April
2008 ZULKHAIRI & MUSTAFA SDN. BHD Kafeteria Pelajar 1 DILA TRADING Kafeteria Pelajar 2 SRI MURIN ENTERPRISE Kafeteria Pelajar 3 SUPIAH SUJAK Kafeteria Pelajar 4 ERA GEMILANG ENTERPRISE Kafeteria Pelajar 5 Tuan, PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA PEMBERSIHAN KAFETERIA Dengan sukacitanya perkara diatas adalah dirujuk. 2. Seperti yang kita sedia maklum, program ini merupakan hasrat yang disuarakan oleh Dekan JHEPA dan telah dipersetujui oleh semua ahli mesyuarat pada 7 April 2008 hari Isnin yang lalu. Segala butiran mengenai program tersebut seperti dibawah:Hari : Ahad Tarikh : 13 April 2008 Waktu : 8.00 pagi – 12.00 tengahari Tempat : Kafeteria KK1 3. Sehubungan dengan itu, semua pengusaha dan pekerja-pekerja kafeteria diwajibkan hadir bagi melaksanakan tugas-tugas pembersihan tersebut. Untuk makluman pihak tuan, program ini juga melibatkan wakil pelajar-pelajar, staff kolej kediaman dan pekerja pembersihan kafeteria bagi menjayakan lagi program gotong-royong ini. 4. Di samping itu, dengan persetujuan daripada semua pengusaha kafeteria pada perbincangan yang lepas telah bersetuju untuk menyediakan makanan pagi dan tengahari kepada mereka yang bekerjasama menjayakan program ini. Segala kerjasama daripada pihak tuan saya sudahi dengan ucapan ribuan terima kasih. ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ Saya yang menjalankan tugas NOORAFIZAH BT. ABD. RAFFAR Penolong Pengurus Asrama Kolej Kediaman Pelajar 3 Universiti Malaysia Pahang