Surat Pengesahan Temu Bual 2.docx

  • Uploaded by: Amanuddin Asyraf
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Surat Pengesahan Temu Bual 2.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,129
  • Pages: 9
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR

PENGESAHAN DAN PENILAIAN TERHADAP PROTOKOL TEMUBUAL BERSTRUKTUR

TAJUK : KEBERKESANAN PELAKSANAAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING KERJAYA TERHADAP MOTIVASI MURID: SATU KAJIAN KES.

Saya Brandon Liaw Ah Kim bernombor Matrik 950624-12-6541 dari Opsyen Bimbingan dan Kaunseling, Tahun Empat Semester Dua sedang menjalankan projek sarjana muda bagi memenuhi penganugerahan ijazah sarjana muda bagi semester 1/2019. Untuk pengetahuan pihak Tuan/Puan saya berada di bawah penyeliaan En Lee Chai Eam pensyarah dari Jabatan Ilmu Pendidikan.

Untuk itu saya dikehendaki mendapatkan kesahan untuk setiap item di dalam borang soal selidik ini. Di sini saya turut melampirkan objektif dan persoalan kajian serta soalan temu bual berstruktur bagi rujukan Tuan/Puan. Harap pihak Tuan/Puan dapat memberikan kerjasama dengan menilai borang soal selidik ini.

PENGAKUAN

Saya dengan ini mengaku bahawa telah menyemak dan menilai item-item yang terdapat di dalam soal selidik pelajar ini.

Nama Pensyarah

:.....................................................................

Tandatangan

:.....................................................................

Cop

:

Tarikh

:………………………………..

Ulasan: ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________

1.1

Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah seperti berikut :

i.

Mengkaji peningkatan motivasi intrinsik selepas bimbingan dan kaunseling kerjaya

ii.

1.2

Mengenal pasti tahap motivasi intrinsik dalam diri murid

Soalan Kajian

i.

Adakah peningkatan motivasi intrinsik selepas bimbingan dan kaunseling kerjaya ?

ii.

Apakah tahap motivasi intrinsik dalam diri murid?

PROTOKOL TEMU BUAL

Nama Murid

:……………………………….

Kelas

:……………………………….

Tarikh

:............................................

Masa :...................................

Selamat Pagi/ Tengahari. Saya Brandon Liaw Ah Kim, penyelidik daripada IPG Kampus Temenggong Ibrahim. Terima kasih kerana anda memberi masa kepada saya untuk di temu bual. Saya sedang menjalankan kajian bagi mencari jawapan tentang Keberkesanan Pelaksanaan Bimbingan Dan Kaunseling Kerjaya Terhadap Motivasi Murid dalam kalangan murid tahap dua. Penglibatan anda dalam kajian ini adalah sangat penting dan sukarela. Anda boleh memberhentikan semasa temu bual atau rakaman audio jika anda tidak hendak menjawab soalan. Temu bual ini dijalankan secara sulit dan mengambil masa selama 20 hingga 30 minit. Jika anda bersetuju untuk temu bual/ rakaman video, adalah penting anda perlulah jujur dan ikhlas dalam menjawab soalan-soalan tersebut. Maklumat akan digunakan untuk tujuan kajian ini sahaja. Jawapan anda adalah sulit dan hanya pengkaji-pengkaji yang boleh membaca maklumat ini. Anda boleh menghubungi saya jika ada pertanyaan. Adakah anda bersetuju untuk menyertai temu bual dan rakaman suara ini? Ya / Tidak.

Akuan Peserta Kajian: “Saya telah membaca borang persetujuan ini dengan sempurna sebelum saya bersetuju secara sukarela untuk mengambil bahagian menyertai kajian ini.”

Tandatangan :.................................................

Nama Peserta :..................................................

Tarikh

:.....................................

Soalan Pengenalan 1. Apakah pendapat anda tentang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kerjaya? Kaunseling kerjaya ni macam ceramah kerjaya gitu la. Yang diperkenalkan ciri-ciri seorang doktor, polis, guru yang sesuai dengan murid-murid. Soalan Transisi. 1. Apakah perkhidmatan bimbingan dan kerjaya yang sering kali dilaksanakan? -

Ceramah kerjaya

-

Bengkel kerjaya

-

Kami ada pergi Kidzania. Sangat seronok sebab kami boleh jadi apa yang kami mahu. Boleh jadi doktor, tentera, polis, pegawai bank, jutawan macam-macam lagi lah

-

Kadang cikgu kamaruddin panggil untuk sesi kaunseling kerjaya. Dia perkenalkan RIASEC

2. Apa yang anda dapat daripada bimbingan dan kaunseling kerjaya? Saya dapat banyak. Saya kadang keliru apa nak jadi bila besar nanti. Tapi cikgu kamarudin ajar macam mana pilih kerjaya. Jadi saya tau minat saya dan macam mana saya nak belajar untuk mencapai minat itu. 3. Adakah bimbingan dan kaunseling kerjaya mengubah diri anda? Ya cikgu. Saya suka kira-kira. Matematik merupakan subjek yang saya minati. Dari ceramah hari itu, saya tau yang saya boleh jadi akauntan. Alaaa yang kira-kira duit tu cikgu. 4. Apakah kesan bimbingan dan kaunseling kerjaya terhadap diri anda? Saya rajin belajar dan fokus kepada subjek yang membantu saya untuk berjaya. Dulu saya kelas 5 intan cikgu. Saya banyak kali tidak datang sekolah dan ponteng. Tapi selepas cikgu brandon buat kaunseling kerjaya tahun lepas, saya tekad untuk belajar bersungguh-sungguh. Tahun ni masuk kelas 6 berlian. Saya sangat gembira lah cikgu. Hehehehehe. Oh ya. Saya jadi ketua pengawas sebab saya rajin ke sekolah dan saya rajin bertanya dalam kelas.

Soalan Kunci

Motivasi intrinsik merujuk kepada motivasi yang didorong oleh kepentingan atau keseronokan dalam tugas sendiri, dan wujud dalam individu dan bukannya bergantung pada sebarang tekanan luar. 1. Adakah anda bermotivasi ? Sangat. Seronok belajar dengan kawan-kawan. Kaunseling kelompok tahun lepas itulah rakan saya untuk belajar. Study group banyak membantu saya cikgu. Best sangat datang ke sekolah. Sebab ada cikgu brandon yang selalu memberi semangat. Haha tapi saya kesian mak saya cikgu. Itu lah saya belajar bersungguh-sungguh.

Soalan Penutup 1. Ada apa-apa lagi yang anda ingin tambah atau kongsi?

PROTOKOL TEMU BUAL

Nama Guru

:……………………………….

Jawatan

:……………………………….

Tarikh

:............................................

Masa :...................................

Selamat Pagi/ Tengahari. Saya Brandon Liaw Ah Kim, penyelidik daripada IPG Kampus Temenggong Ibrahim. Terima kasih kerana anda memberi masa kepada saya untuk di temu bual. Saya sedang menjalankan kajian bagi mencari jawapan tentang Keberkesanan Pelaksanaan Bimbingan Dan Kaunseling Kerjaya Terhadap Motivasi Murid dalam kalangan murid tahap dua. Penglibatan anda dalam kajian ini adalah sangat penting dan sukarela. Anda boleh memberhentikan semasa temu bual atau rakaman audio jika anda tidak hendak menjawab soalan. Temu bual ini dijalankan secara sulit dan mengambil masa selama 20 hingga 30 minit. Jika anda bersetuju untuk temu bual/ rakaman video, adalah penting anda perlulah jujur dan ikhlas dalam menjawab soalan-soalan tersebut. Maklumat akan digunakan untuk tujuan kajian ini sahaja. Jawapan anda adalah sulit dan hanya pengkaji-pengkaji yang boleh membaca maklumat ini. Anda boleh menghubungi saya jika ada pertanyaan. Adakah anda bersetuju untuk menyertai temu bual dan rakaman suara ini? Ya / Tidak.

Akuan Peserta Kajian: “Saya telah membaca borang persetujuan ini dengan sempurna sebelum saya bersetuju secara sukarela untuk mengambil bahagian menyertai kajian ini.”

Tandatangan :.................................................

Nama Peserta :..................................................

Tarikh

:.....................................

Soalan Pengenalan 1. Apakah pendapat tuan/puan tentang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kerjaya terhadap motivasi murid?

Soalan Transisi Tuan/puan adalah salah seorang individu yang lebih rapat dengan murid-murid sama ada di dalam kelas atau di luar kelas. Saya percaya tuan/puan dapat mengenal pasti perubahan motivasi dalam kalangan murid-murid. 1. Apakah perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kerjaya yang telah dilakukan?

2. Adakah perkhidmatan yang diberikan memberi kesan terhadap motivasi murid? Jelaskan

3. Sepanjang pemerhatian tuan/puan, adakah perkhidmatan ini membantu murid? Jelaskan

Soalan Kunci Motivasi intrinsik merujuk kepada motivasi yang didorong oleh kepentingan atau keseronokan dalam tugas sendiri, dan wujud dalam individu dan bukannya bergantung pada sebarang tekanan luar. 1. Adakah murid-murid tahap 2 memiliki motivasi intrinsik?

2. Apakah tingkah laku murid-murid sebelum menerima perkhidmatan bimbingan dan kaunseling? 3. Apakah contoh tingkah laku yang ditunjukkan? 4. Jika diletakkan dalam skala 1 hingga 10, 1 paling rendah dan 10 paling tinggi, apakah tahap motivasi murid-murid sebelum menerima perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kerjaya?

5. Jika diletakkan dalam skala 1 hingga 10, 1 paling rendah dan 10 paling tinggi, apakah tahap motivasi anda selepas menerima perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kerjaya? 6. Sepanjang pemerhatian tuan/puan, adakah perkhidmatan ini membantu mengatasi masalah disiplin murid? Soalan Penutup 1. Ada apa-apa lagi yang anda ingin tambah atau kongsi?

Related Documents


More Documents from "Aiman"