Surat Kepada Mb

  • Uploaded by: Zakaria Sheikh Othman
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Surat Kepada Mb as PDF for free.

More details

  • Words: 746
  • Pages: 3
SKIM RONDAAN SUKARELA(SRS) Kawasan Rukun Tetangga Taman Bukit Magrosa(KRTTBM), No. 471, Jalan Margosa 16, Taman Bukit Margosa, 70400 SEREMBAN, Negeri Sembilan Darul Khusus. Tel. No. 019-3334988 , email :

Ruj kami : Tarikh : 05hb. Jun 2007 Y.A.B Dato Seri Utama Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan SPNS, DSNS, PSD ,DSSA,ANS Menteri Besar Neger Sembilan Tingkat 5, Blok B, Wisma Negeri 70503,Seremban NSDK. Y.A.B Dato’ Seri Utama, Per : BANTAHAN PEMBINAAN LEBUHRAYA LEKAS(SEKSYEN 3 (11.575 KILOMETER) PERSIMPANGAN BERTINGKAT PAROI BERAKHIR PERSIMPANGAN PAROI) MELALUI TAMAN BUKIT MARGOSA Perkara di atas di rujuk.. 2. Pertamanya pihak kami ingin menekankan bahawa pihak kami tidak ingin berseteru dengan kerajaan negeri dan menolak samasekali bahawa kami menolak pembangunan. Untuk sejarah kami penduduk Taman Bukit Margosa merasa tertipu kerana sewaktu kami membeli rumah di kawasan kami telah diwarwarkan bahawa rezab lebuhraya KASEH ketika itu adalah susur keluar sahaja dan ianya akan dipindahkan luar dari Taman kami dan bukti Fasa terakhir di teruskan dengan pembangunan di jalan Margosa 18. Keyakinnan kami bertambah apabila permohonan kami memindahkan tapak surau kami ke padang bola di tolak oleh kerajaan negeri dengan alasan kawasan lapang di larang oleh pihak berkuasa negeri bagi tujuan pembangunan. Berdasarkan perkara di atas maka tidak sebarang bantahan di buat sehinggala kami penduduk taman di kejutkan bahawa Lebuhraya KASEH yang perjanjian konsesi dibuat pada 1997yang bertukar pengurusan serta bertukar nama kepada LEKAS dengan perjanjian konsesi pada 6hb. November 2006 serta bertukar dari hanya susurkeluar kepada lebuhraya 6 lorong.Ianya lebih memeranjatkan kerana kami tidak pernah dipanggil dalam rundingan terutama berkaitan kesan alamsekitar apabila lebuhraya ini dibina melalui taman kami. Setelah mendapat maklumat bahawa lebuhraya ini akan di bina pihak kami telah menghubungi pihak JKR serta LLM bagi membincangkan permasalahan ini dan amat mengecewakan apabila pihak yang terbabit mendakwa bahawa mereka terlepas pandang taman kami . Adalah ditegaskan pihak kami menolak pembinaan lebuhraya 6 lorong dengan alasan berikut

MEMBUDAYAKAN PERPADUAN MERAIKAN KEPELBAGAIAN

1)

SKIM RONDAAN SUKARELA(SRS) Kawasan Rukun Tetangga Taman Bukit Magrosa(KRTTBM), No. 471, Jalan Margosa 16, Taman Bukit Margosa, 70400 SEREMBAN, Negeri Sembilan Darul Khusus. Tel. No. 019-3334988 , email : Pembinaannya menyebabkan kami hanya ada satu sahaja laluan keluar masuk iaitu

melalui Jalan Margosa 11 ke Jalan Taman Ampangan Baru . Ianya akan menyebabkan kesesakan serta bentuk jalan yang memudahkan kemalangan berlaku. Ianya bertambah rumit lagi apabila sekira ada majlis keramaian penduduk Taman Ampangan Baru ,jalan akan di tutup dengan kemah dan kami tidak dapat keluar serta masuk .Ianya lebih mengerikan jika ada kes-kes kecemasan.

2)

Ianya juga menyebabkan kami kehilangan padang permainan kanak-kanak serta padang

bola yang selama ini Kerajaan Negeri kerap melaungkan tiada kebenaran ke atas pembangunan kawasan lapang untuk riadah penduduk setempat. 3) Taman kami terbahagi dua serta laluan ke surau kami tertutup dan perlu melalui jalan Taman Ampangan Baru dan Jalan Taman Telawi.

4)

Kesan Alamsekitar seperti pencemaran bunyi dan habok keatas taman kami terutama

kepada penduduk Jalan Margosa 6, Jalan Margosa 7 dan jalan Margosa 18.

5)

Harga Hartanah kami sudah pasti jatuh kerana permasalahan yang bakal timbul serta

ketiadaan jalan keluar masuk. 6) Kesan jangkapanjang terhadap kualiti hidup terutama penghuni Jalan Margosa 6,Jalan Margosa 7 dan jalan Margosa 18 dimana ianya terlalu hampir dengan lebuhraya. 7) Masalah sosial serta perpaduan dengan pembinaan lebuhraya yang kami fikir pihak LLM lebih arif. Dan 8) Kesan kesihatan serta keselamatan sewaktu pembinaan di jalankan. Kami juga menolak seperti apa yang dimaklumkan oleh wakil Rakyat kami bahawa pihak JKR mencadangkan pembinaan jejantas bagi laluan ke surau kerana ianya adalah tidak pratikal kerana kebanyakan penduduk yang dibahagian atas tidak memiliki motosikal. Bersama surat ini kami sertakan juga salinan tandatangan bantahan dari penduduk taman sebagai bukti bahawa kami beretuju membantah pembinaan lebuhraya ini melalui Taman kami Sekian semuga mendapat perhatian serta sokongan dari pihak Y.A.B. Dato’ Seri Utama. . MEMBUDAYAKAN PERPADUAN MERAIKAN KEPELBAGAIAN

SKIM RONDAAN SUKARELA(SRS) Kawasan Rukun Tetangga Taman Bukit Magrosa(KRTTBM), No. 471, Jalan Margosa 16, Taman Bukit Margosa, 70400 SEREMBAN, Negeri Sembilan Darul Khusus. Tel. No. 019-3334988 , email : Sekian terima kasih. Saya yang menjalankan tugas,

(Abd. Rahman bin Jait) Pengarah Jawatankuasa Bertindak Bantahan Pembina Lebuhraya LEKAS. s.k. 1) Y.B Dato’ Haji Ismail bin Lasim DSNS , ANS , PMC Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kerja Raya ,Pengangkutan Awam Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

2) Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Wisma Lebuhraya, KM 6 Jalan Serdang - Kajang 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan 3) IJM Constructian Sdn Bhd. Lebuhraya Kajang - Seremban Sdn. Bhd., Tingkat 2, wisma IJM, Jalan Yong Shook Lim, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul EhsanPengarah LLM

MEMBUDAYAKAN PERPADUAN MERAIKAN KEPELBAGAIAN

Related Documents


More Documents from "MOEDJOKO SATYO HANGGRAHONO"

Jpnin Halim2
May 2020 29
Buka Penghadang 2
May 2020 31
Surat Kepada Mb
May 2020 22
Kpllmpfinal2
May 2020 26
Peguam
May 2020 27