Jpnin Halim2

  • Uploaded by: Zakaria Sheikh Othman
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Jpnin Halim2 as PDF for free.

More details

  • Words: 575
  • Pages: 3
SRS TAMAN BUKIT MARGOSA

(2)

KELESUAN AKTIVITI RONDAAN Seperti yang dimaklumkan di perkara (a) terdapat beberapa faktor antaranya 1)

Setelah hampir 2 tahun lebih rondaan di jalankan serta menghampiri jenayah sifar menyebabkan penduduk hilang kegairahan untuk terus meronda.

2)

Masalah Lebuhraya LEKAS yang membelengu kami penduduk taman yang mana kami dinafikan hak ke atas tuntutan kami serta layanan buruk oleh Pihak Pimpinan Negeri serta agensi kerajaan yang berkaitan. Sehingga timbul kekecewaan kami untuk terus membantu kerajaan yang tidak perihatin kepada permasalahan kami.

3)

Polisi JPNIN yang tidak jelas berkaitan insuran peronda serta status kelulusan cuti peronda

4)

Tahap Kerjasama Polis serta Majlis Ugama Islam yang rendah. Contohnya Pembocoran Butiran Pemberi Maklumatt, Berkaitan Kes Tangkapan Khalwat Taman Bukit Margosa Untuk makluman tuan semenjak SRS Taman Bukit Margosa ditubuhkan pada Tahun 2006 ,pihak kami telah membuat empat kali tangkapan khalwat iaitu :-

i) ii) iii) iv)

Tangkapan khalwat bertarikh 19hb April 2007 Tangkapan khalwat bertarikh 25hb Oktober2007 Tangkapan khalwat bertarikh 9hb Febuari 2008

Tangkapan khalwat bertarikh 11hb Febuari 2008

Bagi tangkapan pertama kami telah tidak diberikan kerjasama apabila pihak pegawai pencegahan yang dihubungi melalui telefon yang memaklumkan yang beliau dalam perjalanan dari Nilai ke tempat kejadian telah berbohong dan tidak muncul dan membuatkan kami menyerah OKT kepada pihak polis.Ianya lebih mengecewakan kami MEMBUDAYAKAN PERPADUAN MERAIKAN KEPELBAGAIAN

SRS TAMAN BUKIT MARGOSA

OKT dibebaskan sejam kemudian dan tiada sebarang tindakann dikenakan sedangkan wanita OKT telah 2 hari berada di dalam rumah yang terbabit. Bagi kes yang lain kami memang tidak dimaklumkan perkembangan kes dan bagi kes ketiga kami telah dimaklum bahwa peronda kami terserempak pegawai pecegahan makan bersama OKT 2 hari selepas tangkapan dan selepas itu pihak peronda kami dimaklumkan oleh OKT sendiri bahawa beliau mengetahui nama serta kenderaan peronda kami yang membuat aduan sehingga membawa kepada beliau tertangkap.

…/3

(3) Pembocoran maklumat ini menyebabkan keselamatan pemberi maklumat ini serta keluarga mereka berada dalam bahaya serta melemahkan semangat kepada semua peronda lain untuk turun meronda. Atas nasihat dari pihak peguam ,kami sepatutnya membuat lapuran polis bagi melindungi peronda serta keluarga dari tindakan balas dendam. 5)

Kami juga merasa kecewa tiadanya tindakan lanjut atas aduan kami kepada pihak polis antaranya kes di mana Pengerusi Surau kami yang meronda hampir dilanggar oleh suspek.

Untuk pengetahuan pihak tuan sebenarnya banyak lagi masalah yang kami alami di dalam. menguruskan SRS jika ingin kami catatkan satu persatu seperti masalah penghadang jalan yang di bina oleh LLM yang menyebabkan banyak jenayah maksiat berulang, masalah pusat snuker yang tidak diambil perhatian, jalan berlubang yang tidak di hiraukan, lampu jalan yang tidak berfungsi. Apa yang kami rasakan ialah agensi kerajaan seolah-olah menganaktirikan taman serta mendera kami penduduk taman berdasarkan tindakan kami mengambil peguam bagi mendapatkan keadilan keatas hak kami bagi menyelesaikan masalah lebuhraya LEKAS yang menghantui kami Sehubungan dengan itu kami merasa adalah lebih baik kami menutup operasi SRS kami jika pihak kerajaan masih tidak mengmbil langkah kepedulikan kepada kami rakyat yang tertindas serta kesedaran pihak kerajaan mengasingkan isu hak kami di dalam menuntut keadilan terhadap harta kami dengan isu tanggungjawab kami di dalam membantu kerajaan melaksanakan polisi kebertanggungjawaban kepada rakyat. Bersama ini kami sertakan beberapa dokumen sebagai bukti usaha-usaha kami selama ini. Sekali lagi kami memohon maaf di atas segala kerumitan yang timbul. MEMBUDAYAKAN PERPADUAN MERAIKAN KEPELBAGAIAN

SRS TAMAN BUKIT MARGOSA

Sekian terima kasih. Saya yang menjalankan tugas, “ JIRAN SEPAKAT MEMBAWA BERKAT” …………………………………………………… (Zakaria bin Sheikh Othman) Pengerusi SRS KRT Taman Bukit Margosa s.k : Pengerusi KRT/Setiausaha KRT Taman Bukit Margosa

MEMBUDAYAKAN PERPADUAN MERAIKAN KEPELBAGAIAN

Related Documents

Jpnin Halim2
May 2020 29
Jpnin
April 2020 11

More Documents from ""

Jpnin Halim2
May 2020 29
Buka Penghadang 2
May 2020 31
Surat Kepada Mb
May 2020 22
Kpllmpfinal2
May 2020 26
Peguam
May 2020 27