Surat Kepada Alumni Uum

  • Uploaded by: Ahmad Faris Fadzil
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Surat Kepada Alumni Uum as PDF for free.

More details

  • Words: 242
  • Pages: 1
Pusat Alumni “KEDAH SEJAHTERA” UUM/HEP/ALUMNI/J-3 10 September 2008 SEMUA ALUMNI UNIVERSITI UTARA MALAYSIA Tuan/Puan, BUKU ALUMNI 25 TAHUN SEMPENA SAMBUTAN JUBLI PERAK UUM Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa UUM akan merayakan sambutan Jubli Perak 25 tahun pada tahun 2009. Pelbagai aktiviti telah diaturancang yang akan melakar sejarah perkembangan dan pembangunan UUM dalam tempoh 25 tahun. Salah satunya ialah menerbitkan Buku Alumni: 25 Tahun Alumni UUM yang akan dilancarkan pada bulan Februari 2009. Buku ini mengandungi biodata alumni yang telah berjaya dalam bidang masing-masing untuk dijadikan panduan kepada Universiti dan sebagai cenderamata kepada warga UUM dan pihak alumni sendiri. Pihak kami amat berharap pihak tuan/puan dapat mengisi borang serta mengedarkan borang yang dilampirkan kepada rakan-rakan yang tuan/puan kenali sebanyak mungkin untuk membolehkan kami membuat pencalonan. Alumni yang terpilih ini akan diberikan sebuah buku berkenaan dan sijil kejayaan dalam bidang yang diceburi. Sukacitanya tuan/puan dapat mengisi dan mengedarkan maklumat ini kepada rakan-rakan alumni yang lain dan mengembalikan borang tersebut selewatlewatnya 10 November 2008 ke alamat yang tertera dalam borang berkenaan. Sekiranya pengedaran maklumat ini memberi kesukaran kepada tuan/puan untuk di emailkan kepada mereka, pohon jasa baik tuan/puan untuk membekalkan alamat e mail kepada kami untuk tindakan selanjutnya Kerjasama dan keprihatinan tuan dalam hal ini amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. “ ILMU, BUDI, BAKTI “ Saya yang menurut perintah (MAIMUNAH HJ. MOHAMAD) Ketua Pusat Alumni Jabatan Hal Ehwal Pelajar Tel : 04-9283220/ 3178 Email : [email protected] atau [email protected] Laman web; http://[email protected]

Related Documents

Surat Kepada Alumni Uum
October 2019 55
Uum
June 2020 24
Surat Kepada Mb
May 2020 22
Surat-terbuka-kepada-paus
October 2019 40

More Documents from "ibnu sabil"

Stsss Database Master File
November 2019 30
Doa Utk Kesedihan
June 2020 15
Namelist 8589
November 2019 23
Borang Biodata Alumni
October 2019 27