KELAB BOLA SEPAK KUTIP-KUTIP FC KOMUNITI BERTAM PERDANA 13200 KEPALA BATAS SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG
Tarikh : 1 MAC 2018 Pengurus Besar Tuan/Puan, SUMBANGAN BAGI PENGURUSAN KELAB BOLA SEPAK KUTIP-KUTIP FC Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Untuk makluman tuan/puan, Kelab Bola Sepak Kutip-Kutip FC ditubuhkan pada tahun 2017 bertujuan untuk mengalakkan pengamalan gaya hidup sihat & mengeratkan perhubungan antara satu sama lain melalui aktiviti permainan bola sepak. Keseluruhan pemain kelab terdiri daripada penduduk-penduduk yang menetap di kawasan Kepala Batas, Pulau Pinang. 3. Permohonan sumbangan ini adalah sebagai dana untuk menjalankan pelbagai aktiviti kelab terutamanya: 3.1 3.2 3.3
Aktiviti dalam penglibatan perlawanan persahabatan, pertandingan & latihan pasukan. Aktiviti penyediaan kelengkapan perlawanan bola sepak seperti bola, jersi pasukan, kit rawatan kecemasan, minuman dan sebagainya. Aktiviti penambahbaikan padang seperti membuat garisan padang, memasang jaring tiang gol, gotong-royong & sebagainya.
4. Pihak pengurusan kelab bolasepak yakin, atas keperihatinan dan tanggungjawab sosial dalam memastikan kesejahteraan komuniti ini, sumbangan tuan/puan amat besar ertinya bagi memastikan tujuan & aktiviti-aktiviti yang dirancang dapat disempurnakan. Sekian, terima kasih. “MAJULAH SUKAN UNTUK KOMUNITI KITA” Yang benar, ………………………………………………………… (SYARIFUL AZRY BIN ZAINOL) Setiausaha,
Kelab Bola Sepak Kutip-Kutip FC, 016 491 1604 s.k.
1. Ahmad Fadli Bin Ariffin, Pengerusi Kelab Kutip-Kutip FC 019 422 3298 2. Fail Kelab Kutip-Kutip FC