Dorongan dan Semangat Kerja Berpasukan di Kalangan Pekerja Oleh Mohd Hanafiah Omar Ketua Penolong Pendaftar UKM
Dorongan Perkara yang memulakan dan mengekalkan minat pekerja dalam melakukan sesuatu tindakan atau usaha. Dorongan/motivasi perlu dilihat dalam konteks berikut; * Mempertingkatkan kualiti dan produktiviti, * Mempertingkatkan daya tahan dan daya saing organisasi, * Mempertingkatkan imej/citra/nama baik organisasi, * Mengekalkan kesetiaan pelanggan sedia ada dan menambahkan pelanggan baru, * Memenuhi kehendak dan melebihi jangkaan pihak-pihak yang berkepentingan ( stakeholders )
• Perkhidmatan yang berkualiti dan cemerlang di sesebuah organisasi sangat diperlukan oleh pelanggan dan pihak- pihak yang berkepentingan (stakeholders) lebih-lebih lagi dalam era globalisasi.
• Modal insan yang berkualiti dan produktif berupaya menyumbang kepada perkhidmatan yang berkualiti dan mendorong kepada kecemerlangan organisasi. • Pengurus dan pekerja yang berupaya membina perpaduan dan persefahaman dapat menjamin perkhidmatan dan/produk yang bermutu tinggi.
Pemimpin dan pengurusan tertinggi sesebuah organisasi bertanggungjawab: Menetap visi dan misi. Menggubal dasar. Memberikan halatuju organisasi. Membina imej dan budaya korporat yang dinamik. Memastikan visi, misi, dasar dan halatuju dapat difahami oleh semua warga organisasi.
Kepimpinan menerusi teladan (leadership by example) Mengadaptasi falsafah dan pendekatan baru Pemimpin transformational Organisasi Pembelajaran (learning organization) Kepelbagaian kemahiran (multi skilling) Urustadbir yang baik (good governans)
Sistem nilai yang perlu disemai dalam sanubari pengurus dan pekerja termasuklah: Kepentingan bekerja dalam satu pasukan. Mengamalkan budaya kualiti. Mengutamakan kecemerlangan. Mementingkan pelanggan.
Penerapan nilai-nilai moral dan murni dalam memberikan perkhidmatan. Menghayati prinsip pembelajaran seumur hidup ( long life learning). Menerapkan budaya/prinsip melakukan penambahbaikan kualiti secara berterusan.
Pucuk pimpinan dan pengurusan atasan juga bertanggungjawab: Melakukan perubahan terhadap pembawaan/gaya kepimpinan supaya tidak terikat kepada status quo/gaya konvensional yang statik. Berusaha keluar daripada zon selesa yang boleh merugikan organisasi.
Gaya Pengurusan Pengurusan secara penyertaan dan kemanusiaan atau participative management :
Pengurusan yang mementingkan pekerja tanpa mengira kedudukan sebagai manusia yang mempunyai perasaan, kehendak, cita-cita, minat, motivasi, harga diri serta potensi yang boleh dipupuk dan dikembangkan untuk bersama-bersama memberikan sumbangan terhadap kecemerlangan organisasi (Sprow M, 1984).
• Prinsip empowerment: – Memindahkan autonomi dan tanggungjawab yang berkaitan kerja daripada pengurus kepada pekerja atas dasar hormat menghormati dan percaya mempercayai.
Nilai-Nilai Nilai-Nilai Agama Agama
Nilai-Nilai Nilai-Nilai Kualiti Kualitidan dan Produktivit Produktivit ii
Nilai-Nilai Nilai-Nilai Profesionalisme Profesionalisme
NILAI-NILAI NILAI-NILAIMURNI MURNI
Nilai-Nilai Nilai-Nilai Mengutamaka Mengutamaka nnPelanggan Pelanggan
Nilai-Nilai Nilai-Nilai Kepimpina Kepimpina nn
NilaiNilaiNilai Nilai Peribadi Peribadi
CONTOH KERJA BERPASUKAN
KMK/QCC/KIK QIT/ WIT/SGA/JIT MS ISO 9000/5S
Faedah Kerja Berpasukan Mengikut
Juran (1993), antara kebaikan dan manfaat kerja berpasukan kepada pekerja termasuklah: Mempertingkatkan motivasi, perasaan girang dan minat terhadap kerja, Memberikan keyakinan diri pekerja tentang potensi dan kebolehan mereka,
Menanam semangat dan sikap gigih serta tekun di kalangan pekerja untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan dan kualiti keluaran/barangan, Menyemai perasaan kekitaan dan keupayaan di kalangan pekerja, Mendorong dan membantu
memperkembangkan sikap ingin bekerjasama dan saling bantu membantu di kalangan pekerja,
– Menanam perasaan saling percaya mempercayai dan hormat menghormati di kalangan pekerja – Membantu mewujudkan kemajuan dan perkembangan diri pekerja, sama ada dari segi kepimpinan, kerjaya, harga, diri, bakat mahupun potensi, – Membantu melahirkan pekerja yang sentiasa berfikir, sentiasa ingin belajar dan ingin mengetahui sesuatu perkara yang baru,
Membantu melahirkan pekerja yang kreatif, proaktif, dinamik, inovatif, berkualiti dan produktif, Menjadikan diri pekerja lebih berguna, lebih bermanfaat dan dihargai, Memupuk kebolehan berkomunikasi, kemahiran mengurus dan kemahiran memimpin di kalangan pekerja,
Melahirkan perasaan bangga dan minat untuk meneroka idea-idea baru dan kesediaan menerima perubahan di kalangan pekerja, Melahirkan pekerja yang berkebolehan dalam menyelesaikan masalah secara kolektif dan sistematik terutama perkara-perkara yang membabitkan kerja mereka sendiri, Mengasah bakat dan potensi pekerja,
Menggalakkan
pekerja supaya berusaha memperbaiki sistem dan cara bekerja dari semasa ke semasa,
Mempertingkatkan
kesedaran berkhidmat dan memberi kepuasan pekerja, Melahirkan pekerja yang lebih komited, bertanggungjawab, dinamik dan dedikasi,
Memberi
peluang dan kesempatan kepada pekerja menyertai proses membuat keputusan terutama perkaraperkara yang membabitkan kepentingan dan tugas-tugas harian mereka,
Melahirkan
golongan pekerja yang sentiasa mementingkan budaya kerja dan hasil kerja yang berkualiti untuk memenuhi keperluan, kepuasan dan jangkaan pelanggan,
Melahirkan
golongan pekerja yang bersikap dan berfikiran proaktif, berwawasan, bertimbangrasa, sabar, rajin dan komited untuk memajukan diri sendiri dan organisasi.
Kebaikan dan manfaat kerja berpasukan kepada pihak pengurusan dan organisasi termasuklah: Mewujudkan perasaan percaya mempercayai dan saling hormat menghormati di antara pekerja dan pihak pengurusan, Mewujudkan semangat bekerja secara berkumpulan atau berpasukan di kalangan pekerja yang menguntungkan pihak pengurusan dan organisasi,
Mempertingkatkan daya tahan, daya saing dan daya juang atau survival organisasi, Pihak pengurusan berupaya memupuk dan mencapai matlamat learning organization, iaitu mencipta satu suasana dan persekitaran kondusif dalam organisasi, di mana pekerja sentiasa digalakkan terus belajar dan sentiasa mementingkan imaginasi, kreativiti dan mengembangkan potensi diri demi perubahan dan kecemerlangan organisasi,
Memperbaiki proses dan tahap komunikasi serta persefahaman di antara pihak pengurusan dan pekerja, Mempertingkatkan kualiti dan produktiviti organisasi, Mempertingkatkan citra dan nama baik organisasi,
Memupuk semangat kekitaan dan semangat kepunyaan di kalangan pekerja yang menguntungkan organisasi, Membolehkan pihak pengurusan memimpin pekerja dan tidak semata-mata menguruskan pekerja mereka sebagaimana pendekatan tradisional, Memupuk dan menyuburkan konsep pengurusan secara penyertaan dan kemanusiaan dalam organisasi,
.
Mewujudkan suasana harmoni dan selesa dalam organisasi kerana pihak pengurusan dan pekerja berupaya melaksanakan tanggungjawab sehariharian dalam keadaan muhibah, saling hormat menghormati dan saling percaya mempercayai antara satu sama lain,
Mengurangkan krisis dan konflik antara pekerja dan pengurusan.
Kerja Berpasukan Mengikut Pendekatan TQM Usaha
mempertingkatkan tahap kepuasan hati pelanggan dan pihak-pihak yang berkepentingan,
Usaha
mempertingkatkan kualiti dan produktiviti perkhidmatan dan/produk,
Usaha
mempertingkatkan tahap kecekapan dan keberkesanan sistem dan prosedur kerja,
Usaha
mempertingkatkan prestasi kewangan, imej dan daya saing organisasi,
Usaha
mempertingkatkan persekitaran dan suasana tempat kerja,
Usaha
mempertingkatkan kompetensi modal insan/sumber tenaga manusia,
Usaha
mengurangkan kos dan pembaziran, termasuk pembaziran masa [ recycle time ], kecacatan dan kesilapan,
Usaha
melakukan penandaarasan [ benchmarking ].
Perbezaan antara Organisasi Tradisional dengan Learning Organization Daripada
Kepada
Pekerja sebagai kos
Pekerja sebagai aset
Mengurus pekerja
Memimpin pekerja
Kawalan
Komitmen
Bersaing dengan pekerja Bekerjasama dengan pekerja Pengasingan Penglibatan Pengiktirafan individu
Pengiktirafan kumpulan
Stereotaip Rahsia
Kreatif dan inovatif Berkongsi
maklumat Bergantung kepada peraturan Reaktif
Fokus kepada natijah/hasil Proaktif
Bekerja secara individu Bekerja secara berpasukan Menggunakan hirarki
Menggunakan jaringan
Perubahan dalam gaya komunikasi Amalan/pendekatan komunikasi secara “ top down ” perlu diadunkan dengan pendekatan/amalan “ bottom up ” Dengar idea pekerja dan manfaatkan idea/buah fikiran yang baik Dengar sungutan pelanggan – complain is a gift
Sistem pengiktirafan pekerja Perkenalkan sistem pengiktirafan secara berkumpulan [ team recognition ] Raikan kejayaan pekerja secara beramai - ramai > Ketua Jabatan perlu hadir sama
Sistem Pengukuran dan Pemantauan Ambil langkah yang sesuai untuk memantau prestasi kumpulan Bentuk kriteria/penilaian prestasi yang jelas Wujudkan sistem maklumbalas yang sesuai dan beri peluang pasukan kerja melakukan penambahbaikan kualiti
• Agama Islam menggalakkan umatnya bersatu padu, saling bantu membantu dan bekerja dalam satu pasukan yang mantap - bina tali silaturrahim
• Pemimpin, pengurus dan pekerja perlu memahami dan menghayati ajaran Islam
• Dalam tradisi, pemikiran dan budaya orang Melayu, nilai kerjasama, bantu membantu dan kerja berpasukan sangat dititikberatkan. • Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. • Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
Angin barat bertiup lembut, Bertiup pagi sampai ke petang, Kerja muafakat pasti bersambut, Nama yang baik sentiasa ditatang.
Bulat air kerana pembentung, Bulat manusia kerana muafakat, Kerja berkumpulan membawa untung, UKM sentiasa dilimpahi berkat.
TERIMA KASIH SELAMAT MAJU JAYA