Kepentingan kerja berpasukan dalam aspek keharmonian kaum
Pengenalan Kemakmuran dan keamanan yang dinikmati di Malaysia hari ini adalah salah satu nikmat Allah yang dicapai menerusi perpaduan dan keharmonian hidup di kalangan rakyat yang berbilang agama, bangsa dan kebudayaan. Nikmat-nikmat ini mestilah dipelihara dan dijaga supaya ianya terus kekal dan dapat diwarisi oleh generasi akan datang. Bagi umat Islam Malaysia, secara khusus perpaduan ini lebih penting dan sangat mahal harganya kerana dengan keamanan dan keharmonian yang ada dapatlah usaha-usaha ditingkat bagi kebaikan agama Islam dan penganut-penganutnya serta penganut-penganut agama lain. Harga sebuah keamanan dan kemakmuran itu sangat penting kerana umat Islam di negara-negara yang lain belum mampu memperlihatkan pencapaian yang tinggi dalam keagamaan berbanding dengan apa yang telah dicapai oleh umat Islam di Malaysia hari ini. Sesungguhnya perpaduanlah merupakan tunjang bagi kemakmuran dan keamanan negara ini. Masalahnya ialah apakah kita umat manusia pada masa ini dan akan datang dapat mempastikan suasana aman dan harmoni ini dapat dikekalkan dan mampukah kita berubah kearah yang lebih baik? Inilah permasalahan yang perlu kita teliti dan pastikan. Sebenarnya kita optimis sekiranya kita mampu mengatasi halangan-halangan yang boleh merosakkan perpaduan. Penyebaran fahaman yang salah di kalangan umat merupakan salah satu faktor yang boleh memecahbelahkan perpaduan kita. Pada hari ini umumnya masyarakat lebih mementing diri sendir dari bersatu sesama masyarakat untuk menyelesaikan masalah setempat. Oleh itu, kita mestilah mempastikan supaya pegangan ini dapat dimansuhkan agar sifat seperti ini dibuang. Keburukan yang berupa perpecahan dan permusuhan di kalangan masyarakat akan mudah berlaku jika aspek perpaduan tidak diberi perhatian yang kemudiannya menyebabkan merebak sifat-sifat bagai enau melepaskan pucuk masing-masing di dalam masyarakat boleh menimbulkan suasana tidak harmoni di kalangan masyarakat sendiri.
Politik Apabila disebutkan perkataan politik, pelbagai tafsiran, gambaran dan juga persepsi yang dikemukan mengenainya. Malike Ibrahim (2007) mentafsirkan politik dari segi teori dan amalannya dalam masyarakat merupakan suatu perkara yang sukar untuk dibincangkan. Politik mempunyai hubungan rapat dengan konsep kuasa, autoriti dan pengaruh. Oleh itu bila dilihat pandangan tadi jelas bahawa politik sebenarnya begitu penting dalam mewujudkan keharmonian kaum. Di Malaysia sendiri kita bagamana sejarah membuktikan politik berjaya menyatupadukan tiga kaum terbesar untuk mendapatkan kemerdekaan.
Kepentingan politik amat penting dalam menjaga keamanan sejagat. Kita lihat bagaiman keadaan di negara-negara dunia ke-3 yang mana keadaan politik yang tidak menentu di dalam negara menyebabkan perang saudara meletus dan menyebabkan keadaan pembangunan negara dan juga pertumbuhan ekonomi akan terencat sekali gus keamanan, keharmonian tidak dapat dinikmati oleh masyarakat. Bila menyebut perkataan politik kita sebenarnya tidak dapat lari dari membincangkan sedikit ciri-ciri pemimpin yang sebenarnya menjadi penggerak kepada keharmonian kaum di Malaysia khasnya. Tanpa wujudnya pemimpin yang berdedikasi, komited serta tidak menghirau kepentingan peribadi dan tugas dilaksanakan dengan penuh amanah dan tanggungjawab. Oleh itu dengan tersedianya pemimpin yang sebegitu rupa maka keharmonian mampu dicapai tanpa sebarang masalah yang kompleks. Sosial Sosial dengan makna yang mudah di fahami adalah masyarakat. Masyarakat terdiri daripada pelbagai lapisan kaum majoriti dan juga minoriti. Pembentukan hidup masyarakat memerlukan toleransi diantara anggota masyarakat. Salah satu kunci ke arah pembentukan kehidupan yang harmoni khusus bagi masyarakat yang pelbagai etnik ialah masyarakat itu sendiri mempunyai pemikiran yang toleransi. Ini penting kerana jika sikap seperti ini diketepikan seperti mementingkan diri sendiri dan tidak memahami kepentingan pihak orang lain maka wujudlah satu kehidupan masyarakat yang penuh dengan was-was dan konflik. Lampiran A merupakan beberapa sejarah hitam negara ini dan kemuncaknya ialah peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu fenomena yang amat sagnifikan bagi masyarakat yang tiada toleransi. Pengajaran dan natijah daripada peristiwa ini ialah berlakunya kerosakan harta benda dan nyawa, perintah darurat dan keuntungan musuh negara (komunis). Sebagai mencegah peristiwa ini berulang semula maka perlulah wujud beberapa dasar kearah perpaduan nasional seperti mengwujudkan keadilan ekonomi antara kaum seperti DEB, bahasa kebangsaan, rukun negara, politik melalui konsep barisan nasional, penguatkuasaan undang-undang akta keselamatan dalam negeri(ISA), dan integrasi nasional dan muhibbah. Lantaran itu kepentingan semangat kerja berpasukan dalam aspek keharmonian kaum amat penting mengelakkan sejarah hitam berulang kembali. Sebagai rakyat yang dilahirkan ketika negara dilimpahi dengan kemakmuran ekonomi dan keharmonian hidup bermasyarakat ini kita seharusnya sama-sama membantu kerajaan dalam menjalankan dasar-dasar yang digubal. Pentingnya dasar-dasar ini digerakkan agar dapat membantu dalam merealisasikan impian negara dalam mencapai status negara maju. Seperti target yang telah ditetapkan oleh mantan perdana menteri agar pada tahun 2020 Malaysia mampu mencapai status negara maju ataupun dengan kata yang lebih tepat lagi wawasan 2020.
Ekonomi Melihat keharmonian kaum dalam konteks ekonomi sebenarnya umpama melihat bagaimana maju atau utuhnya ekonomi sesebuah negara tanpa ada sebarang perang saudara, rusuhan kaum, berbagai mogok dan sebagainya. Bila kita lihat di Malaysia sebagai contoh bagaimana ekonomi mampu dijana dengan Malaysia sendiri memiliki hampir berpuluh-puluh jenis kaum tanpa ada sebarang pergaduhan yang boleh melumpuhkan kegiatan ekonomi seperti mana yang berlaku kepada negara-negara afrika yang mana sampai hari ini rusuhan serta perang saudara yang berlaku tanpa ada titik noktah menyebabkan pembangunan kian sukar untuk dijalankan. Bila ketidakseimbangan pembangunan berlaku akan menyebabkan sesebuah negara menjadi miskin serta rakyat hidup dalam keadaan yang tidak selesa. Biasanya perang saudara ataupun apa-apa yang melibat ketidakpuasan hati dua puak yang bertelagah adalah hasil dari ketidakseimbangan ekonomi. Bila keadaan ini berlaku maka keharmonian kaum ataupun etnik di dalam negara tidak akan tercapai. Sebenarnya antara ekonomi dan keharmonian kaum berkait rapat ataupun saling bergantungan keadaan ini boleh disamakan dengan teori pergantungan(dependecy theory). Sebagai contoh kita lihat bagaimana negara-negara miskin menghadapi masalah rusuhan kaum dan sebagainya. Negara seperti ini tidak mempunyai ekonomi yang stabil. Ini kerana bagaimana untuk menarik para pelabur sedangkan keadaan kacau-bilau yang boleh mengganggu kegiatan ekonomi. Ini semua hanyalah menakutkan para pelabur. Begitulah sebaliknya jika kerajaan yang memerintah berjaya manarik ramai pelabur, berjaya mengurus ekonomi dengan sempurna ini akan menggalakan keharmonian kaum kerana dengan kestabilan ekonomi yang ada seperti sekarang akan meningkatkan taraf hidup masyarakat dan juga kualiti hidup. Dan ini sebenarnya dapat mendidik masyarakat kearah berfikiran toleransi didalam hidup dengan pelbagai kaum dan budaya yang ada tanpa menyinggung perasaan mana-mana pihak. Budaya Kerja berpasukan dalam aspek keharmonian kaum yang menjurus dalam konteks budaya sebenanya tidak dapat lari dari bangsa itu sendiri. Setiap bangsa mempunyai budaya dan adat resam yang diwarisi turun-temurun. Oleh sememangnya setiap bangsa tidak akan meninggalkan budaya bagi memastikan identiti masyarakat terpelihara. Tapi cuba kita fikir bagaimana untuk mengekalkan budaya-budaya yang ada dan hidup dalam suasana harmoni serta tenteram dari segala aspek. Sebenarnya perkara seperti ini memerlukan asuhan dari kecil lagi agar kita yang terdiri dari berbilang bangsa menghormati adat resam serta budaya kaum-kaum lain yang ada di Malaysia selagi mana ia tidak bertentangan nilai-nilai moral sebagai rakyat Malaysia.
Namun agenda ataupun dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan menarik minat kita sebagai masyarakat majmuk di Malaysia ini. Dasar ini juga mengundang pelbagai spekulasi serta pandangan yang berbagai sebagai tindakbalas terhadap dasar ini iaitu pembinaan Bangsa Malaysia. Mantan perdana menteri mendefinisikan Bangsa Malaysia sebagai Satu bangsa yang bersatu padu, mempunyai satu masa depan yang sama dan diperkongsikan. Sejahtera dan bersatu padu di antara wilayah atau kumpulan etnik. Hidup dalam keadaan harmoni dan berkongsi dengan cara yang sebenar dan adil. Satu Bangsa Malaysia yang kesetiaannya, politik dan kebaktiannya tertumpu kepada bangsa tersebut. (Tun Dr. Mahathir Mohamad, September 2003). Defenisi diatas jelas membawa maksud kearah untuk mewujudkan keharmonian kaum yang ada di Malaysia. Namun apa yang dikhuatiri adalah penggabungan budaya serta adat resam yang sedikit sebanyak akan membawa masalah terutama ialah identiti kaum tersebut akan terus hilang di makan arus keharmonian. Dasar tersebut bila dilihat secara kasar memperlihatkan usaha kerajaan untuk membentuk masyarakat yang majmuk mempunyai satu matlamat yang jelas dan yang pasti dasar ini perlu dikaji dengan teliti kerana budaya serta amalan itu sendiri mempunyai kesan yang begitu besar untuk membentuk keharmonian kaum tanpa perlu membentuk suatu bangsa lain. Ini kerana dengan adanya budaya kaum tersebut itu sendiri mampu untuk mempuk semangat kekitaan didalam kaum tersebut dan mampu untuk membentuk nilai-nilai yang mengajar kaum itu untuk hidup di dalam masyarakat yang pelbagai. Dengan budaya juga masyarakat mampu untuk mengenali lebih rapat kaum-kaum yang ada di Malaysia. Oleh itu suatu langkah yang drastik ataupun proaktif agar dapat menengahkan budaya-budaya kaum lain untuk di tonjolkan kepada umum. Sebenarnya langkah ini boleh menjadi suatu acara untuk merapatkan dan meningkatkan toleransi yang ada didalam masyarakat Malaysia.