Stpm Pam Kertas2 Set3

  • Uploaded by: ong kar weng
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Stpm Pam Kertas2 Set3 as PDF for free.

More details

  • Words: 2,156
  • Pages: 8
SULIT*

900/2

STPM 2005

JABATAN PELAJARAN PERAK

PENGAJIAN AM KERTAS 2 SET 3 LEARNING TO SCORE (3 jam) SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

Arahan kepada calon : Jawab enam soalan. Pilih satu soalan daripada tiap-tiap bahagian A, B, D dan E, dan dua soalan dalam bahagian C. Gunakan lembaran kertas yang berlainan bagi tiap -tiap bahagian. Markah untuk tiap-tiap bahagian diberikan dalam tanda [ ].

Kertas soalan ini terdiri daripada 8 halaman bercetak Jabatan Pe lajaran Negeri Perak 2005

HALAMAN 1

SULIT* Bahagian A Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan . [25] 1. Tatacara Baru Dunia ( New World Order ) te lah digunakan oleh negara -negara kuasa besar untuk menguasai ekonomi , politik dan sosial di negara negara membangun . Jelaskan pernyataan di atas.

2 Negara memerlukan tenaga kerja asing untuk mempercepat dan membangunkan pertumbuhan ekonomi negara. Me ngupah pekerja asing bukanlah suatu cara yang praktikal kerana negara masih mempunyai sumber tenaga yang banyak terutama di kalangan belia dan keadaan ini wujud disebabkan mereka kurang minat untuk bekerja dalam sektor perladangan dan pembinaan. Bincangkan.

Bahagian B Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan . [25] 3. Kemajuan sains dan teknologi telah mendorong keinginan manusia untuk menjelajah ke ruang angkasa lepas. Jelaskan kepentingan penerokaan angkasa lepas kepada manusia. 4. Kemajuan dan pembangunan negara yang pesat seolah -olah memaksa kaum ibu yang bekerja memberi bayi mereka susu formula , walaupun ramai yang mengetahui kelebihan susu ibu berbanding susu formula. Huraikan manfaat penyusuan susu ibu kepada ibu dan bayi.

Bahagian C Jawab dua soalan sahaja dalam bahagian ini, satu daripada soalan 5 dan satu daripada soalan 6 [20] 5(a) Isu kepenggunaan sering menjadi topik perbincangan dalam masyarakat. Media massa sering melaporkan pengguna dimanipulasi dan diperdaya oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab. Peniaga sewenang -wenangnya mengaut keuntungan dengan menawarkan barangan dan perkhidmatan yang tidak setimpal dengan ha rga yang dibayar oleh pengguna. Tidak kurang juga yang melakukan penipuan terhadap pengguna dengan memberikan janji-janji palsu dan tidak mematuhi persetujuan yang telah dicapai antara kedua belah pihak. Kerajaan telah memperkenalkan Akta Perlindungan Pengguna 1999 di samping menekankan aspek pendidikan kepenggunaan bagi melindungi pengguna daripada amalan-amalan perniagaan yang tidak beretika. (Dipetik dan diubahsuai daripada Dewan Masyarakat, November 2002) HALAMAN 2

SULIT*

(i)

Apakah perilaku negatif peniaga yang menindas pengguna?

(ii)

Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan bagaimana pendidikan kepenggunaan dapat melindungi pengguna daripada terus dimanipulasi dan diperdaya o leh peniaga yang tidak bertanggungjawab? ATAU

5(b) Aktiviti akuakultur dijangka mampu memberi pulangan lumayan ke atas pelaburannya. Melalui Zon Industri Akuakultur (ZIA) kerajaan sudah mengenal pasti kawasan akuakultur marin dan air tawar untuk dimajukan di seluruh negara. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani juga telah menubuhkan Jawatankuasa Pembangunan Akuakultur bagi memajukan sub sektor akuakultur yang berpotensi besar untuk diterokai. Menteri berkenaan berkata persepsi negatif golongan usahawan dan pelabur tempatan terhadap pertanian menjadi masalah utama yang dihadapi kementerian terbabit dalam merangka strategi serta program untuk memajukan bidang berkenaan. (Dipetik dan diubahsuai daripada Berita Harian, Jumaat, 13 Ogos 2004) (i)

Apakah kekangan kepada perkembangan aktiviti akuakultur di negara kita?

(ii)

Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan mengapa Jawatankuasa Pembangunan Akuakultur berpendapat sektor akuakultur berpotensi besar untuk diterokai di negara kita. ATAU

6(a) Negara memerlukan kira -kira enam kali ganda tenaga menjelang tahun 2020 berbanding 6,976 megawatt seperti yang dicatat pada tahun 1995. Selain menghadapi kemungkinan kehabisan sumber, penggunaan tenaga lazim turut menyumbang kepada pembebasan gas karbon dioksida yang semakin bertambah dalam udara. Pembakaran bahan api fosil pula merupakan punca terbesar kepada kepekatan karbon dioksida di atmosfera. Selain aktiviti penjanaan, kegiatan manusia dalam pelbagai sektor juga meningkatkan penggunaan tenaga. Sehubungan itu, Malaysia perlu memajukan penggunaan sumber tenaga alternatif melalui kegiatan R&D bagi menjamin kesejahteraan alam sekitar. (Sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada Dewan Kosmik, April 1999) (i)

Nyatakan bagaimana penggunaan tenaga boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar?

(ii)

Dengan menggunakan tidak lebih dari 50 patah perkataan, jelaskan bagaimana alam sekitar negara dapat dipelihara melalui penggunaan sumber tenaga alternatif.

HALAMAN 3

SULIT* ATAU 6(b) Hutan bandar wujud dalam bentuk taman awam, pokok-pokok yang ditanam di sepanjang pinggiran jalan ataupun di kawasan perumahan di bandar-bandar di negara ini. Pokok-pokok yang ditanam mengikut reka bentuk landskap atau tumbuh meliar, penting bertindak sebagai agen penyerap gas beracun seperti karbon dioksida. Pokok juga berupaya menurunkan suhu persekitaran sesuatu kawasan melalui proses transpirasi. Kawasan hijau ini juga bertindak sebagai span semulajadi yang besar, mampu menyerap air berlebihan kesan daripada hujan lebat. Di samping itu, hutan bandar juga mampu mewujudkan masyarakat yang sihat dari segi mental dan fizikal. Keadaan ini penting kepada perkembangan individu khususnya yang tinggal di kawasan bandar. (Sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada Dewan Kosmik, Julai 2002) (i)

Apakah kepentingan hutan bandar terhadap masyarakat terutamanya masyarakat yang tinggal di kawasan bandar?

(ii)

Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan bagaimana hutan bandar mampu mewujudkan masyarakat yang sihat dari segi mental dan fizikal. Bahagian D

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf. [15] 7. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan sebuah graf yang sesuai untuk menunjukkan kutipan hasil cukai tidak langsung Kerajaan Persekutuan dan peratusan daripada Keluaran Dalam Negara Kasar ( KDNK ) bagi tempoh yang dinyatakan. Pemulihan awal sektor luar walaupun mengalami tanda-tanda kelembapan pada pertengahan tahun 2002 telah mendorong kerajaan untuk melaksanakan belanjawan mengembang secara sederhana di samping mengekalkan teras konsolidasi. Prestasi hasil cukai tidak langsung dijangka meningkat berikutan kutipan cukai jualan yang bertambah baik disebabkan kenaikan harga produk-produk dan cukai jualan yang lebih tinggi berasaskan petroleum. Jumlah hasil cukai jualan pada tahun 2001 dijangka sebanyak RM7356 juta meningkat sebanyak RM1660 juta pada tahun 2002. Pada tahun 2003, jumlah cukai jualan dijangka berjumlah RM 9286 juta. Sementara itu, jualan kenderaan bermotor yang memberangsangkan juga dijangka menyebabkan peningkatan dalam kutipan duti eksais. Anggaran duti eksport pada tahun 2001 sebanyak RM867 juta berbanding dengan duti import sebanyak RM3193 juta. Duti eksais dan import yang menggalakkan juga berpunca daripada kutipan duti eksais ke atas tembakau dan kenderaan bermotor. Jumlah kutipan eksais pada tahun 2002 dijangka meningkat menjadi RM4272 juta berbanding dengan RM4129 juta pada tahun 2001. Pada tahun 2003, duti eksais meningkat lagi menjadi RM4349 juta. Kutipan ke atas duti import juga dijangka meningkat kepada RM3513 juta pada tahun 2003 berbanding dengan RM3385 juta pada tahun 2002. Begitu juga dengan duti eksport HALAMAN 4

SULIT* yang meningkat kepada RM863 juta pada tahun 2003 berbanding dengan RM821 juta pada tahun 2002. Kutipan cukai perkhidmatan dijangka lebih tinggi berikutan “thresholds” yang lebih rendah bagi setiap syarikat yang dikehendaki membayar cukai perkhidmatan serta liputan yang lebih luas terhadap jenis-jenis perkhidmatan yang dikenakan cukai. Kutipan cukai perkhidmatan pada tahun 2001 berjumlah RM1926 juta meningkat kepada RM2167 juta dan RM2450 juta masing-masing pada tahun 2002 dan 2003. Kutipan hasil cukai Tidak Langsung secara keseluruhannya dijangka meningkat sebanyak RM1954 juta pada tahun 2002 menjadi RM21,347 juta. Walaupun peratusan daripada KDNK dijangka menurun sebanyak 0.1% pada tahun 2003 menjadi 5.9% namun jumlah hasil cukai tidak langsung meningkat kepada RM22,527 juta. Peratusan daripada KDNK pada tahun 2001 dijangka sebanyak 5.8%. Selebihnya ialah lain-lain cukai tidak langsung iaitu masing-masing dijangka sebanyak RM1686 juta dan RM2066 juta bagi tahun 2002 dan 2003. ( Sumber : Dipetik dan diubah suai daripada Laporan Ekonomi 2002 ) 8. Berdasarkan maklumat yang diberi dalam petikan di bawah ini , sediakan graf garis yang sesuai untuk menunjukkan jumlah penggunaan tanah pertanian bagi tempoh tahun 2000 hingga tahun 2005. Sektor pertanian mencatat prestasi yang bercampur-campur dari segi pertumbuhan keluaran. Walaupun sektor pertanian mengalami kadar pertumbuhan yang lebih rendah, perlaksanaan pelbagai strategi dan program telah memperkukuh orentasi pasaran sektor ini. Secara keseluruhannya, pengukuhan pasaran pertanian telah memberikan manfaat kepada sektor tanaman industri memandangkan penyatuan ke bun kecil akan membolehkan faedah ekonomi bidangan dicapai. Penggunaan tanah pertanian pada tahun 2000 seluas 6.097 juta hektar telah meningkat kepada 6.379 juta hektar pada tahun 2003. Strategi mempelbagaikan makanan telah mewujudkan asas yang kukuh bagi membangunkan produk makanan bernilai tinggi termasuk aktiviti hiliran. Hal ini menyebabkan penggunaan tanah pertanian dijangka meningkat kepada 6.551 juta hektar pada tahun 2005. Kawasan tanaman kelapa sawit meningkat pada kadar 3.6% setahun mencapai 3.750 juta hektar pada tahun 2003 berbanding dengan 3.377 juta hektar pada tahun 2000. Bagi memastikan sektor ini berkembang dan membendung kejatuhan harga minyak, kerajaan telah menyediakan pakej rangsangan untuk tujuan menggalakkan klon berhasil tinggi. Kerajaan juga menggalakkan pembukaan tanah baru dan dijangka mencapai 3.950 juta hektar pada tahun 2005. Pengeluaran getah telah meningkat pada kadar 0.4 peratus setahun walaupun kawasan tanaman getah pula terus berkurangan sebanyak 2.8 peratus setahun antara tahun 2000 hingga tahun 2003 daripada 1.431 juta hektar pada tahun 2000. Sebagai akibatnya , pekebun kecil beralih kepada tanaman lain yang menghasilkan pendapatan yang lebih tinggi. Keluasan tanaman getah berkurangan sebanyak 0.065 juta hektar menjadi 1.250 juta hektar pada tahun 2005. Pengeluaran padi telah meningkat sedikit pada kadar 0.1 peratus setahun kepada 2.15 juta tan pada tahun 2003. Kawasan yang dituai telah berkurangan daripada 0.699 juta HALAMAN 5

SULIT* hektar kepada 0.684 juta he ktar pada tahun 2003 berikutan daripada keadaan cuaca yang tidak baik dan penukaran penggunaan tanah untuk kegunaan lain. Faktor-faktor di atas telah mendorong kepada pengurangan keluasan tanaman padi dan dijangka penggunaan tanah untuk penanaman padi pada tahun 2005 seluas 0.680 juta hektar. Bagi memastikan hasil yang lebih tinggi dan meningkatkan pendapatan petani, tumpuan kepada pengeluaran berorentasikan pasaran yang mencukupi dijalankan. Penggunaan tanah pertanian untuk buah-buahan dan sayur-sayuran telah meningkat kepada 0.380 juta hektar pada tahun 2003 berbanding dengan 0.328 juta hektar pada tahun 2000. Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan ( FAMA ) telah mewujudkan hubungan pertanian secara kontrak antara petani dan peladang dengan pasa r raya utama bagi mengukuhkan pasaran ini. Keadaan ini menyebabkan penggunaan tanah untuk buahbuahan dan sayur-sayuran dijangka meningkat kepada 0.419 juta hektar. Penggunaan tanah pertanian untuk komoditi-komoditi lain telah merosot kepada 0.250 juta hektar pada tahun 2003 berbanding dengan tahun 2000. Peningkatan penggunaan tanah untuk lada hitam telah meningkatkan penggunaan tanah untuk komoditi-komoditi lain kepada 0.252 juta hektar. (Sumber : Dipetik dan diubah suai daripada Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kelapan 2001-2005)

Bahagian E Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini.

[15]

9. Berdasarkan maklumat di bawah, huraikan tentang trend aliran pembacaan jenis akhbar dalam kalangan pembaca di negara ini dari tahun 2001 hingga 2003 . Mengapakah bilangan pembaca NST semakin merosot ?

HALAMAN 6

SULIT* MALAYSIA : PEMBACAAN JENIS AKHBAR DALAM KALANGAN PEMBACA

2002

2001

The Star 28% NST 10%

Utusan Malaysia 33%

Berita Harian 29%

Jumlah : 850,000 naskah

The Star 26%

Utusan Malaysia 36%

NST 9% Berita Harian 29%

Jumlah : 920,300 naskah

2003

The Star 28%

NST 6%

Utusan Malaysia 37%

Berita Harian 29%

Jumlah : 1,100,310 naskah

( Sumber : kementerian Penerangan Malaysia, 2004 )

10. Berdasarkan maklumat dalam jadual 1 di bawah, huraikan perbezaan utama antara negara−negara anggota ASEAN dari segi Kadar Pertumbuhan Ekonomi, Kadar Guna Tenaga Penuh, dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Perkapita pada harga pasaran semasa berdasarkan purata dari tahun 1991 hingga 1995. Mengapakah bagi sesetengah negara anggota ASEAN mengalami pendapatan perkapitanya yang rendah berdasarkan perangkaan yang diberi itu?

HALAMAN 7

SULIT* Jadual 1: ASEAN : PERANGKAAN PENTING EKONOMI NEGARA−NEGARA ANGGOTA NEGARA / TAHUN 1. MALAYSIA a) Kadar Pertumbuhan Ekonomi (%) b) Kadar Guna Tenaga Penuh (%) c) Indeks Harga Pengguna (%) d) KDNK Perkapita Pada Harga Pasaran Semasa (AS$) 2. THAILAND a) Kadar Pertumbuhan Ekonomi (%) b) Kadar Guna Tenaga Penuh (%) c) Indeks Harga Pengguna (%) d) KDNK Perkapita Pada Harga Pasaran Semasa (AS$) 3. SINGAPUR A a) Kadar Pertumbuhan Ekonomi (%) b) Kadar Guna Tenaga Penuh (%) c) Indeks Harga Pengguna (%) d) KDNK Perkapita Pada Harga Pasaran Semasa (AS$) 4. BRUNEI DARUSSALAM a) Kadar Pertumbuhan Ekonomi (%) b) Kadar Guna Tenaga Penuh (%) c) Indeks Harga Pengguna (%) d) KDNK Perkapita Pada Harga Pasaran Semasa (AS$) 5. FILIPINA a) Kadar Pertumbuhan Ekonomi (%) b) Kadar Guna Tenaga Penuh (%) c) Indeks Harga Pengguna (%) d) KDNK Perkapita Pada Harga Pasaran Semasa (AS$) 6. INDONESIA a) Kadar Pertumbuhan Ekonomi (%) b) Kadar Guna Tenaga Penuh (%) c) Indeks Harga Pengguna (%) d) KDNK Perkapita Pada Harga Pasaran Semasa (AS$)

1991

1992

1993

1994

1995

6.3 62 2.2 1912

6.4 63 2.6 1933

6.2 61 2.5 1926

7.1 68 4.9 2124

7.5 70 5.3 2267

6.1 64 2.1 860

5.9 66 2.4 1020

5.8 63 2.3 1021

5.9 69 3.4 1407

6.0 70 4.5 1410

8.1 81 0.8 7943

8.0 82 1.8 9175

7.8 83.1 1.9 9213

8.4 84.4 3.5 11243

8.5 85.2 3.6 13678

8.2 83 1.5 98894

8.3 84 1.6 10321

8.3 83.2 2.1 11453

8.6 85.6 2.2 12784

8.9 86.7 3.2 14762

3.1 53 7.8 594

3.2 54 8.3 624

3.0 52 8.5 678

3.4 59 10.6 750

3.5 58 13.6 814

2.9 50 9.5 490

3.0 51 9.2 493

3.0 49 9.3 510

3.1 50 9.8 515

3.0 51 9.7 634

(Sumber: Dipetik dan Disesuaikan Daripada, Laporan Statistik Ekonomi Menteri Kewangan Negara −Negara ASEAN, 1996)

HALAMAN 8

Related Documents

Stpm Pam Kertas2 Set3
June 2020 7
Stpm Pam Kertas2 Set2
June 2020 7
Stpm Pam Kertas2 Set1
June 2020 5
Pmr Bi Kertas2 Set3
May 2020 18
Pmr Bi Kertas2 Set3
October 2019 32
Bm Sjk Kertas2 Set3
May 2020 6

More Documents from ""