Stpm Pam Kertas2 Set1

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Stpm Pam Kertas2 Set1 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,770
  • Pages: 7
SULIT*

900/2

STPM 2005

JABATAN PELAJARAN PERAK

PENGAJIAN AM KERTAS 2 SET 1 LEARNING TO SCORE (Tiga jam)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

Arahan kepada calon : Jawab enam soalan. Pilih satu soalan daripada tiap-tiap bahagian A, B, D dan E, dan dua soalan dalam bahagian C. Gunakan lembaran kertas yang berlainan bagi tiap -tiap bahagian. Markah untuk tiap-tiap bahagian diberikan dalam tanda [ ].

Kertas soalan ini terdiri daripada 7 halaman bercetak Jabatan Pe lajaran Negeri Perak 2005 HALAMAN 1

SULIT* Bahagian A Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan . [25] 1. Kegiatan samseng di sekolah kini semakin serius dan membimbangkan pelbagai pihak. Pengaruh media bukanlah faktor utama yang menyumbang kepada wujudnya kegiatan samseng di sekolah. Oleh yang demikian tindakan buang sekolah terhadap pelajarpelajar yang terbabit dalam kegiatan ini bukanlah merupa kan satu jalan penyelesaian yang utama. Jelaskan pernyataan di atas. 2. Antara matlamat Malaysia adalah menjadi sebuah negara perindustrian. Bidang perindustrian biasanya memerlukan modal yang besar, teknologi yang canggih, dan tenaga kerja, profesional dan bukan profesional yang banyak. Jelaskan strategi-strategi yang dapat menjayakan matlamat tersebut. Bahagian B Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan . 3. Hujan lebat telah menyebabkan tanah runtuh. Kejadian ini akan menyebabkan kerosakan dan tragedi yang menyayat hati. Bincangkan faktor-faktor semulajadi tanah runtuh dan langkah-langkah mengatasi masalah ini. 4. Pemanasan global dikaitkan dengan kenaikan suhu dunia akibat peningkatan kepekatan gas-gas rumah kaca. Pemusnahan hutan bukanlah satu -satunya punca yang mencetuskan pemanasan global. Pada pendapat anda, apakah punca -punca yang telah menyebabkan berlakunya pemanasan global ini dan kesannya kepada manusia. Bahagian C Jawab dua soalan sahaja dalam bahagian ini, satu daripada soalan 5 dan satu daripada soalan 6 [20] 5(a) Serangan Tsunami pada 26 Disember 2004, sebenarnya satu ‘teguran ’ bahawa bencana yang berlaku jauh dari negara ini, juga boleh singgah di negara kita. Kedudukan Malaysia yang terletak di atas pentas benua di antara Lautan Hindi dan Lautan Pasifik sememangnya merupakan sasaran tsunami kerana pentas benua yang cetek berbanding dengan kawasan lautan yang lebih dalam menyebabkan magnitud atau kekuatannya bertambah berlipat kali ganda. Kerajaan harus memperkenalkan penggunaan sistem amaran awal supaya tindakan segera boleh diambil bagi meminimumkan kesan tsunami ke atas kegiatan ekonomi dan sosial penduduk negara ini. (Dipetik dan diubahsuai daripada ‘Tsunami dan gempa, halaman 21, Majalah sisipan Estidotmy,Edisi 36, 26 Januari 2005)

HALAMAN 2

SULIT* (i)

Apakah faktor yang menyebabkan Malaysia terdedah kepada ancaman tsunami?

(ii)

Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan bagaimana bencana tsunami boleh menjejaskan kegiatan ekonomi penduduk di negara ini. ATAU

(b) Di mana silapnya akta hakcipta 1987 setelah 11 tahun dikuatkuasakan tetapi cetak rompak terus menjadi igauan ngeri. Sebelas tahun bukan satu jangka masa yang singkat dan sewajarnyalah akta ini terus dipertikaikan keberkesanannya dan pelaksanaannya. Tidak pernah kekurangan serbuan terhadap vendor-vendor CDs, VCDs, dan CDROMs cetak rompak namun usaha ini menjadi sia-sia kerana sikap masyarakat yang lebih mementingkan diri sendiri. Pemilik karya asal pula hanya menyerahkan tanggungjawab ini sepenuhnya kepada pihak kerajaan tanpa mengambil sebarang inisiatif untuk menyelesaikan masalah cetak rompak ini secara bersepadu. (Dewan Masyarakat, Jun 1999) (i)

Mengapa akta hakcipta 1987 masih tidak mampu menangani masalah cetak rompak?

(ii)

Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan mengapa pemilik karya asal terlalu be rgantung kepada kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap penjual dan pengeluar produk cetak rompak?

6(a) AIDS hari ini menjadi epidemik di seluruh dunia kerana sifatnya yang merebak dengan cepat dan meluas di merata tempat pada sesuatu tempoh terten tu yang boleh mengancam nyawa manusia. Sebagaimana penyakit-penyakit lain seperti influenza, cacar, dan taun, AIDS kini telah menjadi penyakit global. 50% daripada pembawa virus HIV akhirnya akan menjadi pengidap AIDS dalam jangkamasa 10 tahun. 90% daripada penghidap HIV di negara-negara membangun tidak mengetahui bahawa mereka mengidap HIV. 2/3 daripada pengidap HIV dunia datangnya dari kawasan Sub-Sahara Afrika. (Dewan Masyarakat, Januari 1999) (i)

Mengapa AIDS dianggap epidemik alaf ke 21?

(ii)

Dengan mengguna kan tidak lebih dari 50 patah perkataan, nyatakan mengapa kadar pengidap penyakit AIDS dan virus HIV amat tinggi di negara -negara membangun dan mundur? ATAU

(b) Biasanya binatang liar diburu kerana ingin dijadikan ramuan yang kononnya mujarab dalam merawat penyakit-penyakit tertentu. Kepercayaan karut dan kurang yakin dengan teknologi perubatan yang kita miliki inilah tanpa disedari telah memaksa kita mengorbankan hayat makhluk lain yang sepatutnya diberi hak yang sama untuk menikmati hidup yang harmoni. Di samping itu faktor petempatan yang jauh di pedalaman juga turut menyumbang kepada amalan ini. (Dewan Kosmik, Julai 1999) (i)

Apakah faktor yang menyebabkan binatang liar diburu untuk dijadikan ramuan perubatan? HALAMAN 3

SULIT* (ii)

Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan bagaimana kepercayaan karut ini dapat dikikis bagi melindungi hidupan liar dari terus diburu?

Bahagian D Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf. [15] 7. Berdasarkan petikan di bawah, lukis graf bar yang sesuai untuk menunjukkan jumlah warganegara Malaysia antara tahun -tahun yang dinyatakan. Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Dasar Kependudukan 70 juta sebagai persediaan ke arah Wawasan 2020. Jumlah warganegara Malaysia pada tahun 2000 adalah sebanyak 22081.8 juta orang dan bilangan ini bertambah sebanyak 442.6 juta pada tahun 2001. Manakala jumlah warganegara Malaysia pada tahun 2002 dan 2003, masing-masing sebanyak 22970.9 juta orang dan 23424.4 juta orang. Kaum Bumiputera yang terdiri daripada orang Melayu dan Bumiputera lain merupakan kaum utama di negara ini. Pada tahun 2000, kaum Melayu berjumlah 11785.9 juta, manakala Bumiputera lain mencecah 2563.3 juta orang. Bilangan kaum Cina pada tahun yang sama, adalah sebanyak 5761.8 juta. Jika dibandingkan kedua-dua kaum ini , bilangan kaum India hanyalah sebanyak 1681.6 juta orang dan yang selebihnya terdiri daripada lain-lain kaum. Pada tahun 2001 bilangan kaum Bumiputera telah bertambah sebanyak 326.4 juta menjadi 14675.6 juta berbanding tahun sebelumnya, dan bilangan kaum ini telah meningkat kepada 15009.3 juta pada tahun 2002. Kaum Cina masih merupakan kaum kedua terbesar di Malaysia . Bilangan kaum ini adalah sebanyak 5842.4 juta pada tahun 200 1. Pada tahun yang sama, kaum India hanya mencatat sebanyak 1709.4 juta dan lain-lain kaum pula sebanyak 297.0 juta sahaja. Kemajuan yang dikecapi oleh negara ini, memungkinkan taraf kesihatan rakyat bertambah baik. Justeru, bilangan penduduk juga sema kin bertambah, dan keadaan ini dibuktikan dengan peningkatan bilangan kaum Cina pada tahun 2002. Bilangan kaum ini telah meningkat sebanyak 77.8 juta berbanding tahun 2001. Kaum India pula mencatat sebanyak 1736.7 juta pada tahun yang sama dan meningkat sebanyak 27.1 juta pada tahun 2003. Lain-lain kaum masih mencatat bilangan yang kecil iaitu sebanyak 304.7 juta pada tahun 2002. Kaum Bumiputera telah menyumbang sebanyak 15351.2 juta daripada jumlah warganegara Malaysia pada tahun 2003. Manakala kaum Cina pula meningkat sebanyak 76.8 juta berbanding tahun sebelumnya .Bakinya pula diwakili oleh lain-lain kaum yang terdapat di Malaysia. (Sumber: Dipetik dan ubahsuai daripada Jabatan Statistik,2000)

HALAMAN 4

SULIT*

8. Berpandukan dengan maklumat yang diberikan di bawah ini, sediakan sebuah graf yang sesuai untuk membandingkan unjuran kadar pertumbuhan ekonomi dunia antara tahun 2001 hingga tahun 2005. Prospek ekonomi dunia dijangka bertambah baik dengan keluaran dunia berkembang pada kadar purata 4.2 peratus setahun dalam tempoh 2004-2005. Dalam tempoh tahun 2001 hingga tahun 2005 ekonomi Negara Pertumbuhan Kerjasama Ekonomi Dan Pembangunan (OECD) dijangka berkembang. Kadar pertumbuhan ekonomi OECD pada tahun 2001 dijangka sebanyak 0.8%. Perkembangan ekonomi dunia menyebabkan pertumbuhan ekonomi OECD dijangka meningkat masing -masing kepada 1.8% dan 1.9% pada tahun 2002 dan 2003. Ekonomi Amerika Syarikat yang berkembang menyebabkan kadar pertumbuhan ekonomi OECD melonjak sebanyak 1.1% pada tahun 2004 tetapi merosot kepada 2.5% pada tahun 2005 berikutan permintaan dalam negara -negara terbabit yang lemah. Pertumbuhan ekonomi bagi Asean (Filipina, Indonesia, Malaysia dan Thailand ) dijangka berkembang setiap tahun kecuali pada tahun 2003. Kadar pertumbuhan ekonomi Asean pada tahun 2001 sebanyak 2.9% meningkat kepada 4.3% pada tahun 2002 tetapi merosot sebanyak 0.2% pada tahun 2003. Pemulihan sektor elektronik dunia dan pasaran yang luas kerana Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN ( AFTA ) serta kerjasama dengan China melalui Kawasan Perdagangan bebas ( FTA ) menyebabkan kadar pertumbuhan meningkat kepada 4.4% dan 5.0% pada tahun 2004 dan tahun 2005. Bagi Amerika Latin dan Caribbean, kadar pertumbuhan pada tahun 2001 sebanyak 0.3% merosot kepada 0.8 % pada tahun 2002. Berikutan pengurangan kekangan kewangan luar negara, kadar pertumbuhan dijangka meningkat kepada 1.8% pada tahun 2003. Pada tahun 2004 dan tahun 2005, kadar pertumbuhan meningkat lagi kepada 3.7% dan 3.8% masing -masing. Negara-negara membangun di Eropah dan Asia dijangka mencatat pertumbuhan pada kadar 2.2% pada tahun 2001 dan meningkat sebanyak 2.4% pada tahun 2002 tetapi merosot kepada 4.3% pada tahun 2003. Hasil daripada peningkatan pelaburan yang lebih tinggi dan pengukuhan kestabilan ekonomi makro, kadar pertumbuhan pada tahun 2004 dan 2005 dijangka masing -masing sebanyak 4.5% dan 4.1%. Sub-sahara Afrika, mencatat kadar pertumbuhan sebanyak 3.5% dan 3.0% masingmasing pada tahun 2001 dan tahun 2002. Keadaan keselamatan yang lebih baik, pengukuhan dan kestabilan dasar ekonomi makro yang berterusan dan peningkatan harga komoditi menyebabkan kawasan tersebut mencatat kadar pertumbuhan yang lebih kukuh meningkat sebanyak 0.1% dan 1.9% masing-masing pada tahun 2003 dan tahun 2004 berbanding dengan tahun 2002. Pada tahun 2005 kawasan tersebut dijangka mencatat 4.9%. Negara-negara Selatan juga dijangka mencatat kadar yang tinggi iaitu sebanyak 4.0% dan 4.6% masing-masing pada tahun 2001 dan 2002. Bagi tempoh tahun 2003 dan 2004, kawasan ini dijangka mencatat peningkatan sebanyak 0.9% dan 0.8% masing-masing sebelum merosot kepada 5.5% pada tahun 2005. Hal ini kerana pemulihan peserkitaran dasar dan politik. ( Sumber : Dipetik dan diubahsuai daripada Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke 8, 2001 – 2005)

HALAMAN 5

SULIT* Bahagian E Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini.

[15]

9. Berdasarkan maklumat di bawah, huraikan perubahan pensyarah di beberapa buah Institusi Pengajian Tinggi Awam bagi tahun 1999,2000 dan 2001. Pada pandangan anda mengapakah berlaku peningkatan bagi jumlah pensyarah di institusi Pengajian Tinggi tersebut? BILANGAN PENSYARAH DAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM 1999 2000 UUM 6.53% UKM 16.71%

UUM 8.26%

UiTM 32.52%

UKM 15.79%

UM 15.51% UTM 14.77%

UM 14.89%

UPM 13.97%

UTM 13.96%

2001 10145 orang

UiTM 33.07%

UUM 8.66% UKM 14.98%

UPM 14.02%

10897 orang

UiTM 34.45%

UM 14.57% UTM 13.91%

UPM 13.44%

11429 orang

[Sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada Jabatan Statistik, 2000]

HALAMAN 6

SULIT* 10. Berdasarkan rajah di bawah, huraikan proses penyediaan akaun sesebuah perniagaan. Pada pendapat anda, mengapakah dokumen penting dalam sesebuah organisasi?

DOKUMEN DALAM SISTEM AKAUN PERNIAGAAN

P E L A N G G A N

Tunai (bil. tunai)

Tunai (bil. tunai)

JUALAN/ KHIDMAT

Perniagaan

PEMBELIAN

P E M B E K A L

Hutang (invois pembekal)

Hutang (invois) Tunai/ cek Penghutang

Pemiutang

PENERIMAAN (Resit Rasmi)

PEMBAYARAN (Baucar Pembayaran)

Sumber : Dewan Ekonomi 2003 Nota : Dokumen -Bil Tunai, Invois, Resit Rasmi & baucer Bayaran

HALAMAN 7

Related Documents