Stpm Pam Kertas 2 Set1

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Stpm Pam Kertas 2 Set1 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,683
  • Pages: 6
900/2

STPM 2007

JABATAN PELAJARAN PERAK

PENGAJIAN AM KERTAS 2 SET 1 LEARNING TO SCORE (Tiga jam)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

Arahan kepada calon : Jawab enam soalan. Pilih satu soalan daripada tiap-tiap bahagian A, B, D dan E, dan dua soalan dalam bahagian C. Gunakan lembaran kertas yang berlainan bagi tiap-tiap bahagian. Markah untuk tiap-tiap bahagian diberikan dalam tanda [ ].

Kertas soalan ini terdiri daripada 6 halaman bercetak Jabatan Pelajaran Negeri Perak 2007

Bahagian A Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan. [25]

1. Isu ceti haram (Ah Long) dan perkembangannya berkait langsung dengan ekonomi dan sosio budaya masyarakat Malaysia. Isu ini boleh mengancam ketenteraman awam jika tidak dibanteras dengan segera. Jelaskan bagaimana aktiviti ceti haram ini boleh berkembang dalam masyarakat Malaysia.

2. Patriotisme dikaitkan dengan semangat perjuangan dan pengorbanan yang berasaskan nilai-nilai cinta, kasih sayang, kesanggupan dan komitmen seseorang manusia kepada agama, bangsa dan negaranya. Bersempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke 50, semangat ini haruslah ditanam di jiwa para remaja kita. Bincangkan peranan remaja dalam merealisasikan semangat patriotisme ini. Bahagian B Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan. [25]

3. Kajian yang dijalankan telah membuktikan bahawa kemunculan penyakit diabetes disebabkan oleh amalan pemakanan dan gaya hidup. Bincangkan faktor dan langkah yang diambil untuk mengurangkan masalah penyakit ini.

4. Pelancaran MAESAT-3 memudahkan komunikasi dan penyebaran maklumat. Huraikan keistimewaan satelit kepada manusia sejagat. Bahagian C Jawab dua soalan sahaja dalam bahagian ini. Pilih satu daripada soalan 5(a) atau 5(b) dan satu daripada soalan 6(a) atau 6(b). 5(a) “.......... Kerenah warganegara Afrika yang tertumpu di ibu kota dengan kegiatan menjual barangan tiruan dan kegiatan `Black Money‘ untuk memperoleh pendapatan mudah mengusarkan penduduk tempatan. Warganegara Indonesia pula terlibat dalam pembunuhan dan rompakan serta mula mengambilalih peluang ekonomi daripada kelompok tempatan. Kerajaan telah merangka pelbagai kaedah untuk mengawal kemasukan dan kegiatan warga asing ini.“ (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Dewan Ekonomi, November 2006) (i)

Apakah rasional kerajaan mengawal kemasukan dan kegiatan warganegara asing?

(ii)

Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan bincangkan cara mengurangkan jumlah pekerja asing dalam negara. ATAU

5(b) “.........Kekuatan institusi pengajian tinggi di Malaysia turut memacu pertumbuhan dalam sektor perkhidmatan pengajian tinggi. Perkhidmatan ini dipasarkan ke luar negara melalui sistem pendidikan jarak jauh, pendidikan maya dan pendidikan elektronik. Perkhidmatan pengajian tinggi telah lama mendatangkan pendapatan lumayan kepada negara-negara maju seperti Australia dan Britain.“

(i) (ii)

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada Dewan Ekonomi, 2006 ) Apakah manfaat produk perkhidmatan pengajian tinggi kepada negara? Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan langkah untuk memajukan institusi pengajian tinggi di Malaysia

6(a) “Pelestarian kesuburan tanah berkait rapat dengan pengurusan sesuatu tanah sama ada secara meluas atau insentif. Sistem tanah yang subur seharusnya mengandungi bahan-bahan berikut seperti 2% bahan organik, 42% lempung, 55% pasir dan 1% hidupan dan makroorganisma tanah. Amatlah penting bahan-bahan berikut dilestari untuk menentukan agar tanah ini berupaya menyokong pertumbuhan tanaman secara berterusan.” (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Tanah Lestari, Era Hijau, keluaran 2, 1997) (i)

Jelaskan apa yang dimaksudkan dengan pelestarian kesuburan tanah.

(ii)

Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan langkahlangkah untuk melestari kesuburan tanah. ATAU 6(b) “Dioksin adalah sejenis bahan yang di dapati kekal di dalam persekitaran termasuk di dalam badan manusia apabila larut di dalam lemak. Salah satu cara pembentukan dioksin ialah akibat penggunaan alat insinerator bagi bahan-bahan buangan yang mengandungi klorin. Keracunan dioksin ini hanya dapat dikesan melalui ujian-ujian makmal dan pemeriksaan klinikal tertentu sahaja.” (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Wan Normi Hasan, “Dioksin membantutkan perkembangan mental dan fizikal,” Kosmik, Ogos 1999) (i)

Bagaimanakah keracunan dioksin boleh terjadi?

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, nyatakan kesan dioksin terhadap kesihatan. Bahagian D Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf. [15] 7. Merujuk kepada petikan yang diberikan, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan bilangan saman yang dikeluarkan dan anggaran hasil kutipan saman atas kesalahan trafik di Malaysia pada tempoh yang dilaporkan. Ops Sikap yang dilancarkan kerajaan berjaya mengawal amalan pengguna jalan raya walaupun kes kemalangan dan kematian semakin meningkat. Menggunakan telefon bimbit semasa memandu kenderaan merupakan kesalahan lalu lintas dan dikenakan saman RM300.00 dan pada tahun 2003 jumlah saman yang dikeluarkan untuk kesalahan ini sebanyak 41 245 kes dan meningkat kepada 47 247 kes pada tahun berikutnya. Pada tahun 2005, pemandu kenderaan yang melanggar lampu isyarat mencatatkan bilangan saman sebanyak 138 442 kes. Manakala bilangan saman atas kesalahan menggunakan telefon bimbit semasa memandu sebanyak 52 009 kes dengan anggaran hasil kutipan saman sebanyak RM 156 027.00 pada tempoh yang sama. Berlaku

peningkatan dalam anggaran hasil kutipan saman dari tahun 2003 yang berjumlah RM 123 735.00 dan menokok sebanyak RM 18 006.00 pada tahun berikutnya. Pada tahun 2003, bilangan saman kepada pesalah trafik yang melanggar lampu isyarat berjumlah 93 879 kes dan meningkat sebanyak 31.039% pada tahun 2004 dengan anggaran nilai saman sebanyak RM 369 054.00 dan pada tahun 2005 meningkat kepada RM 133 689.00 manakala anggaran hasil kutipan saman pada tahun 2003 berjumlah 281 637 kes. Anggaran hasil kutipan saman bagi kesalahan memandu melebihi had laju pada tahun 2003 berjumlah RM 6 576 276.00 dan menurun kepada RM 5 951 751.00 pada tahun 2005 , jumlah ini melebihi anggaran hasil kutipan saman pada tahun 2004 sebanyak RM 735 474.00. Bilangan saman trafik bagi kesalahan memandu melebihi had laju juga mencatatkan peningkatan dari tahun 2003 apabila jumlah yang dilaporkan adalah 2 192 092 kes dan menurun kepada 1 738 759 kes pada tahun berikutnya sebelum meningkat semula kepada 1 983 917 kes pada tahun 2005. Manakala pada tahun 2005 pula bilangan saman trafik yang dikeluarkan atas kesalahan memotong di garisan berkembar adalah sebanyak 38 664 kes, peningkatan sebanyak 10 322 kes berbanding tahun 2003 dan bilangan saman pada tahun 2004 berjumlah 31 173 kes. Bagi kesalahan tidak memakai tali pinggang keselamatan pula mencatatkan anggaran hasil kutipan saman berjumlah RM 788 910.00 daripada RM 8 620 810.00 pada tahun 2003, tetapi jumlah keseluruhan nilai saman pada tahun berikutnya jumlah keseluruhannya menurun kepada RM 7 431 347.00 dengan anggaran hasil kutipan saman bagi kes yang sama berjumlah RM 769 085.00 pada tahun 2004. Pada tahun 2005, anggaran nilai saman bagi kesalahan tidak memakai tali keselamatan ialah RM 726 145.00 daripada RM 7 365 241.00. Bilangan saman yang dikeluarkan kepada pesalah trafik yang tidak memakai tali keselamatan pada tahun 2003 adalah sebanyak 157 782 kes dan menurun sebanyak 3 965 kes pada tahun berikutnya sebelum merosot kepada 145 229 kes pada tahun 2005. Kemalangan jalan raya dan kematian maut dapat dikurangkan jika pengguna jalan raya mengutamakan keselamatan diri sendiri dan orang lain ( Dipetik dan diubahsuaikan daripada Berita Harian, Februari 2006 ) 8. Berdasarkan maklumat yang diberikan, sediakan graf garis yang sesuai untuk menunjukkan aduan kes pencemaran secara kumulatif yang diterima oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia dari tahun 2001 hingga 2005. Aktiviti manusia dalam sektor pembuatan, pembangunan dan perindustrian menyebabkan pelbagai kes pencemaran, wujud ketidakstabilan ekologi alam sekitar dan mengancam kehidupan. Kebakaran yang berlaku di Indonesia dan kepesatan sektor perindustrian meningkatkan gas kimia beracun menyebabkan pencemaran udara, terutama pada tahun 1997 dan pada tahun 2002 aduan yang dilaporkan meningkat sebanyak 140 kes berbanding 668 kes pada tahun sebelumnya. Aduan kes pencemaran udara meningkat secara mendadak sehingga 177.04% antara tahun 2003 hingga 2005. Pada tahun terakhir laporan jumlah aduan yang diterima ialah 3053 kes, meningkat sebanyak 62 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada tahun 2003 aduan kes ini meningkat sebanyak 294 kes berbanding tahun 2002. Pertambahan jumlah kenderaan dan pembangunan hartanah meningkatkan kes pencemaran bunyi. Kes pencemaran yang dilaporkan pada tahun 2001 berjumlah 102 kes dan pada tahun 2002 serta tahun berikutnya masing-masing mencatatkan aduan sebanyak 179 kes dan 206 kes. Manakala pada tahun 2005 pula jumlah aduan yang dilaporkan adalah 267 kes telah merosot sebanyak 36 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada tahun 2004, petunjuk ekonomi negara positif dan telah melunjak sektor pembuatan dan perindustrian. Sebanyak 2990 kes yang telah dilaporkan yang melibatkan pencemaran air dan jumlah ini telah bertambah sebanyak 882 kes pada tahun 2004.

Pencemaran yang berpunca daripada aktiviti pembuangan sisa cecair dan pepejal terus mencatatkan peningkatan jumlah aduan .Pada tahun 2001 jumlah aduan adalah sebanyak 866 kes dan meningkat sebanyak 86.95% atau 753 kes kepada 1619 kes pada tahun berikutnya. Sebanyak 4625 kes yang dilaporkan pada tahun 2005 dan jumlah ini melebihi sebanyak 2571 kes berbanding aduan kes pencemaran lain-lain pada tahun yang sama. Aduan kes pencemaran lain-lain mencatatkan jumlah aduan yang tidak konsisten dari tahun 2001 hingga 2005. Pada tahun 2001 jumlah aduan sebanyak 775 kes dan menokok sebanyak 501 kes, pada tahun berikutnya. Walau bagaimanapun jumlah aduan merosot sebanyak 251 kes pada tahun 2004 berbanding 1911 kes yang dilaporkan pada tahun 2003. Akta Kualiti Alam Sekitar ( EQA ) dan Peraturan Penilaian Kesan Alam Sekitar ( EIA ) mengandungi terma dan seksyen yang berkaitan dengan pencemaran udara, bunyi , air dan lain-lain yang boleh dikenakan hukuman oleh pihak berkuasa jika bersabit kesalahan. Terma ini secara langsung dapat mengurang risiko dan ancaman pencemaran kepada kehidupan dan alam sekitar. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Jabatan Alam Sekitar, 2005) Bahagian E Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini.

[15]

9. Berdasarkan carta di bawah, bandingkan aliran eksport sektor pembuatan dan nilai perdagangan mengikut destinasi antara tahun 2000 dengan 2005.

Destinasi Eksport Utama Barangan Pembuatan 2000 – 2005 (%)

Jepun 11.3%

Brunai 0.8 Vietnam 1.8 Indonesia 5.8 Filipina 6.3

Hong Kong China Negara Lain 2.5% 5.0% 15.1%

Thailand 11.6

Kesatuan Eropah 14.9%

ASEAN 27.7% Singapura 73.3

Amerika Syarikat 23.4%

Hong Kong 7.0% Jepun 7.4%

China 6.1%

2000 RM317.9 bilion Negara Lain 18.5%

Brunai 0.9 Vietnam 3.2 Indonesia 8.1 Filipina 4.5

Kesatuan Eropah 10.4%

ASEAN 27.2%

Thailand 18.2 Singapura 64.2

Amerika Syarikat 23.4%

2005 RM429.9 bilion

Dipetik dan diubahsuaikan daripada Rancangan Malaysia Kesembilan,2006 – 2010

10. Berdasarkan carta di bawah, huraikan keadaan persekitaran mikro dan makro dalam mempengaruhi strategi pemasaran sesebuah firma.

Persekitaran Pemasaran Persekitaran Makro Pengaruh sosial dan budaya

Perubahan struktur populasi Persekitaran Mikro Pembekal

Perantaraan pemasaran

Strategi Pemasaran Firma

Lain-lain jabatan

Pembangunan teknologi

Lembaga Pengarah

Pengaruh politik dan undang-undang

Dipetik dan diubahsuaikan daripada Management Pearson Education Asia Singapore Pte. Ltd, 2003

Related Documents