Statistik Denggi Lap Epid Saiful.docx

  • Uploaded by: Devanpural Muthusamy
  • 0
  • 0
  • August 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Statistik Denggi Lap Epid Saiful.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 2,906
  • Pages: 25
LAPORAN EPIDEMIOLOGI

PENGENALAN

Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi yang lebih berbahaya ialah demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan negara hari ini. Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).

Demam Denggi Ciri-ciri klinikal demam denggi berubah-ubah mengikut umur pesakit: 

Bayi dan kanak-kanak mungkin mengalami demam yang sukar dibeza-bezakan serta dengan kemunculan ruam.



Orang dewasa dan kanak-kanak yang lebih tua mungkin mengalami sama ada sindrom demam yang tidak serius ataupun demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk, ruam dan sakit di belakang mata, otot dan sendi.



Pendarahan kulit adalah fenomena lazim.



Kadar kematian amat rendah.



Penyakit ini lazimnya bermula dengan peningkatan suhu badan yang mendadak, diikuti gejala-gejala lain yang tidak khusus seperti merah muka dan lain-lain gejala demam denggi yang tidak spesifik.

1

LAPORAN EPIDEMIOLOGI



Rasa tidak selesa di bahagian ulu hati (epigastrik), sensitif di bahagian rusuk kanan dan sakit di bahagian abdomen merupakan fenomena biasa demam denggi berdarah.



Demam selalunya berterusan selama 2-7 hari dan suhu badan boleh meningkat setinggi 40-41oC dan mungkin diikuti dengan kekejangan dan pendarahan.



Dalam kes-kes yang sederhana teruk, selalunya semua tanda dan gejala penyakit hilang selepas demam sembuh.



Pesakit biasanya sembuh secara spontan atau selepas diberi terapi cecair dan elektrolit (ion berasingan seperti natrium, klorida, potasium, bikarbonat dan lainlain)

Sindrom Renjatan Denggi Bagi kes-kes yang serius, keadaan kesihatan pesakit merosot dengan mendadak selepas demam beberapa hari. Tanda-tanda kegagalan peredaran darah dapat dilihat seperti, Kulit pesakit menjadi dingin, lebam dan padat dengan darah terkumpul, sianosis sirkumoral (circumoral cyanosis) dan pesakit merasa tidak selesa. Seterusnya, melarat ke tahap renjatan yang kritikal. Renjatan dicirikan oleh denyutan nadi yang lemah dan cepat, tekanan darah rendah (hipotensi)(keadaan ini menurun secara tidak normal), kulit menjadi dingin serta lembap dan terasa tidak selesa. Pesakit yang mengalami renjatan adalah dalam keadaan bahaya dan boleh mengancam nyawa jika rawatan bersesuaian tidak diberikan segera. Jangka masa renjatan adalah pendek. Pesakit mungkin meninggal dunia dalam tempoh 12 - 24 jam atau sembuh dengan cepat selepas diberi terapi anti-renjatan.

Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus. Denggi 2

LAPORAN EPIDEMIOLOGI

dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya kadangkala oleh Aedes albopictus). Kadar insiden demam denggi dan demam denggi berdarah di Malaysia adalah masing-masing 118.3 dan 5.1 bagi setiap 100,000 penduduk. Manakala kadar kematian atau mortaliti demam denggi dan demam denggi berdarah pada tahun 1998 adalah masing-masing 0.22 dan 0.23 bagi setiap 100,000 penduduk. Insiden global demam denggi telah meningkat dengan mendadak dalam beberapa dekad kebelakangan ini. Kini demam denggi merupakan endemik di lebih 100 buah negara rantau Afrika, Amerika, Mediterranean Timur, Asia Tenggara dan Pasifik Barat Sebelum tahun 1970, hanya sembilan buah negara mengalami epidemik denggi. Bilangan yang merupakan peningkatan 4 kali ganda di sekurang-kurangnya 41 buah negara dalam tahun 1995. Perangkaan yang lain adalah seperti di bawah . Seramai 2500 juta manusia iaitu 2/5 penduduk dunia sekarang ini menghadapi risiko demam denggi. Tanpa rawatan yang bersesuaian, kadar kematian akibat demam denggi berdarah mencapai 15% atau lebih .

3

LAPORAN EPIDEMIOLOGI

BILANGAN KES MENGIKUT LOKALITI TAHUN 2014 MUKIM

BIL. KES

TAMPIN TENGAH

83

REPAH

3

KERU

0

TEBONG

2

GEMENCHEH

33

AIR KUNING SELATAN

5

GEMAS

7

4

LAPORAN EPIDEMIOLOGI

BILANGAN PREMIS DIPERIKSA (AEDES SURVEY) 2010 - 2014 30000 24791

25000 20066

20000 15000

21498

19871

14443

10000 5000 0

2010

2011

2012

2013

2014

5

LAPORAN EPIDEMIOLOGI

BILANGAN PREMIS POSITIF AEDES TAHUN 2010 – 2014 100 80 60

99

40 20 0

40

41 15

23

2010 2011 2012 2013 2014

Graf di atas menunjukkan bilangan premis yang diperiksa oleh unit Denggi Tampin dari tahun 2010 hingga ke tahun 2014.pada tahun 2010,sebanyak 14443 premis telah dilakukan pemeriksaan yang bertujuan untuk mengenal pasti lokasi pembiakan nyamuk aedes .pemeriksaan ini dilakukan bertujuan untuk membanteras dan mengawal kes denggi di daerah tampin yang mana terdapat sebanyak 40 kes denggi yang disahkan positif pada tahun tersebut. Pada tahun 2011,sebanyak 20066 premis telah diperiksa yang mana kebanyakan kawasan tersebut adalah kawasan perumahan dan industri kecil di daerah Tampin.pada tahun tersebut,premis positif aedes telah meningkat sebanyak 41 premis.hal ini mungkin disebabkan kurangnya keprihatinan para pemaju industri dan penduduk berkaitan bahayanya denggi dan kesannya terhadap masyarakat. Peningkatan kes ini mungkin disebabkan berlakunya musim hujan. Ini menyebabkan banyak takungan air di dalam tin6

LAPORAN EPIDEMIOLOGI

tin kosong, bekas kosong, tayar-tayar terpakai atau sebarang takungan air. Keadaan penakungan air yang banyak ini akan bertindak dengan mengalakkan pembiakan nyamuk aedes. Disebabkan musim hujan ini juga aktiviti pembersihan sekitar kawasan rumah juga sukar dilakukan, dengan itu keadaan ini juga turut menyumbang ke arah peningkatan pembiakan nyamuk aedes yang semakin berleluasa di sekitar Tampin. Peningkatan tersebut juga berterusan pada tahun 2012,di mana terdapat peningkatan pemeriksaan sebanyak 21498 premis di mana jumlah premis yang positif aedes menurun kepada 15 premis,namun pada tahun seterusnya, 2013 premis positif aedes meningkat sebanyak 23 premis dan jumlah premis yang dilakukan pemeriksaan hanya 19871 premis. Peningkatan yang mendadak berlaku pada tahun 2014 di mana terdapat 99 premis positif aedes dan terdapat 24791 premis yang diperiksa pada tahun tersebut.

7

LAPORAN EPIDEMIOLOGI

BILANGAN PREMIS DISEMBUR TAHUN 2010 - 2014 80000

65196

60000 40000 20000 0

43412 24465

30908 30841

2010 2011 2012 2013 2014

Graf di atas menunjukkan bilangan premis yang disembur bermula dari tahun 2010 hingga 2014.pada tahun 2010,sebanyak 24465 premis telah disembur oleh unit denggi.Pada tahun seterusnya,terdapat 30908 premis yang disembur manakala tahun 2012 premis yang disembur berkurang kepada 30841 dan berlaku peningkatan pada tahun seterusnya iaitu sebanyak 43412 premis dan berlanjutan kepada 65196 premis pada tahun 2014.

8

LAPORAN EPIDEMIOLOGI

BILANGAN NOTIS DIKELUARKAN TAHUN 2010 - 2014 2014 2013 2012 2011 2010

91 160 106 117 92

0 20 40 60 80 100120140160 Graf ini menunjukkan bilangan notis yang dikeluarkan dari tahun 2010 sehingga 2014.tahun 2010,sebanyak 92 notis dikeluarkan oleh unit denggi tampin,namun bilangan kompaun yang dikeluarkan adalah sebanyak 36 kompaun.kemudian meningkat pada 117 notis pada tahun berikutnya dan 28 kompaun dikeluarkan pada tahun 2011.pada tahun 2012, sebanyak 106 notis dikeluarkan dan hanya 15 kompaun dikeluarkan dan tahun 2013 merupakan bilangan notis paling banyak dikeluarkan iaitu sebanyak 160 notis dan bilangan kompaun menurun kepada hanya 12 kompaun, namun berkurang pada tahun berikutnya iaitu hanya 91 notis dikeluarkan dan hanya 9 kompaun dikeluarkan. Tindakan yang tegas mampu membantu mengurangkan peningkatan bilangan kes demam denggi.

9

LAPORAN EPIDEMIOLOGI

Maka, ini memberi kesan yang mendalam bagi masyarakat untuk mengambil langkah berjaga-jaga dengan lebih serius dalam mengatasi masalah demam denggi. Pihak penguatkuasa akan mengenakan kompaun sebanyak Rm500 bagi setiap kes yang terlibat dengan penakungan air yang mempunyai jentik-jentik. Nilai kompaun yang maksimum akan meninggalkan kesan kepada masyarakat. Langkah kawalan juga dilaksanakan dengan melakukan semburan ke kawasan yang terlibat dengan masalah denggi. Ini adalah langkah untuk mengelak berlakunya wabak di sekitar kawasan yang terlibat. Selain daripada itu, pihak vector juga menjalankan hebahan kepada penduduk setempat jika berlakunya masalah wabak demam denggi. Ini adalah salah satu daripada kaedah kawalan penyakit demam denggi daripada berlakunya wabak.

BILANGAN KOMPAUN DIKELUARKAN TAHUN 2010 - 2014

10

LAPORAN EPIDEMIOLOGI

40 35 30 25 20 15 10 5 0

36

28 15

12

9

2010 2011 2012 2013 2014

KELUASAN KAWASAN SEMBURAN

400M

200m

11

LAPORAN EPIDEMIOLOGI

Rajah ini menunjukkan keluasan

kawasan yang dilakukan semburan dari

kawasan kejadian. Ini merupakan langkah kawalan daripada berlakunya wabak demam denggi di sekitar kawasan yang mengalami masalah denggi. Aktiviti penyemburan ini akan dilaksanakan selepas pihak unit vektor mendapat notifikasi daripada pihak hospital, aktiviti penyemburan ini kemudiannya akan diulangi semula selepas 14 hari daripada tempoh semburan yang pertama. Ini bertujuan untuk mengelak daripada berlakunya kes ulangan dan kes tersebut akan dikenal sebagai wabak. Maka, aktiviti penyemburan ini perlu dititik beratkan agar tiada berlaku sebarang kes ulangan. Semasa melakukan semburan pihak vektor perlu memilih racun(gokilath biasa digunakan) yang bersesuaian untuk melakukan semburan disekitar kawasan yang terlibat. Aktiviti semburan ini akan dilaksanakan pada masa tertentu iaitu pada waktu 5pagi atau 5-7.30petang. Ini kerana nyamuk aktif pada waktu tersebut dan maka aktiviti semburan ini akan lebih berkesan. Maka, ini dapat mengurangkan kadar peningkatan masalah denggi di sekitar daerah Tampin.

12

LAPORAN EPIDEMIOLOGI

KES DD / DDB DAERAH TAMPIN TAHUN 2010 - 2014

13

LAPORAN EPIDEMIOLOGI

140

133

120 100 80 6052 40 20 0

0 2010

31

24

21

1

0

0

1

2011

2012

2013

2014

Graf di atas menunjukkan kes demam denggi dan demam denggi berdarah di daerah Tampin dari tahun 2010 hingga 2014.Pada tahun 2010,terdapat 52 kes demam denggi namun tiada kes demam denggi berdarah pada tahun tersebut,penurunan kes demam denggi kepada 24 kes pada tahun seterusnya dan hanya 1 kes demam denggi berdarah pada tahun 2011.seterusnya pada tahun 2012,penurunan kes demam denggi sebanyak 21 kes dan tiada kes demam denggi berdarah pada tahun tersebut namun peningkatan berterusan berlaku pada kes demam denggi pada tahun 2013 iaitu sebanyak 31 kes dilaporkan dan berterusan meningkat mendadak pada tahun 2014 iaitu sebanyak

14

LAPORAN EPIDEMIOLOGI

133 kes pada tahun tersebut manakala kes demam denggi berdarah tidaklah sepopular kes demam denggi di daerah tampin dan hanya terdapat 1 kes pada tahun 2014 manakala tiada kes pada tahun 2013.

15

LAPORAN EPIDEMIOLOGI

KES DD / DDB DAERAH TAMPIN MENGIKUT JANTINA TAHUN 2010 2014 90 82 80 70 60 61 50 40 32 30 20 23 20 15 13 9 10 8 8 0 Lelaki 2010 2011 2012 Perempuan 2013 2014 Graf di atas menunjukkan kekerapan kes demam denggi terhadap perbezaan jantina dari tahun 2010 hingga 2014.pada tahun 2010 kekerapan lelaki untuk menghidap demam denggi adalah sebanyak 32 peratus,manakala perempuan hanya pada aras 20 peratus.pada 2011 pula,lelaki yang mendapat demam denggi adalah 15 peratus dan perempuan hanya pada tahap 9 peratus.2012 pula menyaksikan lelaki pada 13 peratus dan perempuan pada 8 peratus.namun pada tahun berikutnya lelaki meningkat pada 23 peratus diikuti perempuan pada 8 peratus,masih sama dengan tahun sebelumnya dan pada 16

LAPORAN EPIDEMIOLOGI

tahun 2014 berlaku peningkatan mendadak golongan perempuan yang mendapat jangkitan demam denggi meningkat pada 82 peratus lebih tinggi pada golongan lelaki pada tahun tersebut yang mendapat 61 peratus kecenderungan untuk mendapat demam denggi pada tahun 2014.

17

LAPORAN EPIDEMIOLOGI

KES DD / DDB DAERAH TAMPIN MENGIKUT BANGSA TAHUN 2010 2014 70

64

60 50

47

40 30 29 20 10 0

16

15 6 1

2010

22

18

13

10

45

43

20110

2012

1

3

MELAYU

CINA

INDIA

LAIN-LAIN

0

2013

20140

Graf di atas menunjukkan kes demam denggi dan denggi berdarah mengikut bangsa di daerah Tampin.pada tahun 2010,bilangan bangsa Melayu mendapat demam denggi adalah tinggi berbanding bangsa lain iaitu sebanyak 29 kes diikuti bangsa cina sebanyak 16 kes kemudian india sebanyak 6 kes dan kaum lain lain hanya 1 kes.

18

LAPORAN EPIDEMIOLOGI

Pada 2011 terdapat 15 kes dalam kalangan bangsa Melayu diikuti kaum india 5 kes dan 4 kes dan tiada kes pada kaum cina dan lain lain pada tahun 2012,bangsa Melayu yang mempunyai kes denggi adalah seramai 13 kes diikuti kaum cina sebanyak 4 kes ,india 3 kes dan lain lain bangsa 1 kes. Peningkatan berterusan berlaku pada tahun 2013 di mana bangsa Melayu mendapat 18 kes diikuti bangsa cina sebanyak 10 kes,.bangsa india 3 kes dan tiada kes pada bangsa lain lain.peningkatan drastik berlaku pada tahun 2014 di mana terdapat 64 kes pada bangsa Melayu diikuti 47 kes dan 22 kes pada bangsa cina dan india masing masing,manakala bangsa lain tidak mendapat kes demam denggi.

19

LAPORAN EPIDEMIOLOGI

BILANGAN WABAK DAERAH TAMPIN TAHUN 2010 - 2014 6 5 4 3 2

3

2

1 0

0

2010

2011

0

2012

0

2013

2014

Graf di atas menunjukkan bilangan wabak denggi yang berlaku bermula tahun 2010 hingga 2014.pada tahun 2010 terdapat 3 kes wabak manakala tahun 2011,2012,dan 2013 tiada berlaku wabak sehingga tahun 2014 yang terdapat 2 wabak di daerah tampin. Unit Vektor Tampin, melakukan aktiviti harian dengan melakukan Active case Detection, yang bermakna mencari kes yang berlaku di sekitar kawasan yang terlibat dengan masalah demam denggi. Aktiviti Aedes survey juga dilakukan untuk memantau kawasan pembiakan nyamuk aedes di kawasan yang terlibat dengan masalah denggi. Keadaan ini membantu meningkatkan tahap kesedaran masyarakat mengenai bahayanya demam denggi

20

LAPORAN EPIDEMIOLOGI

KES DD / DDB DAERAH TAMPIN MENGIKUT PEKERJAAN TAHUN 2014 PELAJAR 32

SURI RUMAH/PENGANGGUR

60

KAKITANGAN KERAJAAN

17

LAIN-LAIN (PENIAGA,KERJA SENDIRI,KONTRAKTOR)

Carta di atas menunjukkan peratusan kes demam denggi dan demam denggi berdarah mengikut pekerjaan di daerah Tampin.Pekerjaan seperti peniaga,kerja sendiri ,kontraktor dan lain lain mudah terdedah kepada demam denggi.hal ini mungkin disebabkan persekitaran mereka yang sering terdedah kepada kawasan seperti air bertakung dan kawasan yang sesuai dengan pembiakan nyamuk aedes. Keadaan ini menunjukkan tahap kesedaran masyarakat mengenai masalah demam denggi amat kurang. Keadaan air yang bertakung semasa musim hujan merupakan faktor pengalak bagi pembiakan jentik-jentik. Tugas untuk melakukan Aedes survey dan pemantauan juga sukar di laksanakan berikutan dengan musim hujan serta diikuti dengan pelajar yang mendapat peratusan sebanyak 32 peratus.hal ini mungkin disebabkan pelajar yang kurang mengambil tahu berkaitan persekitaran yang mungkin boleh terdedah kepada gigitan 21

LAPORAN EPIDEMIOLOGI

nyamuk aedes ketika mereka sedang melakukan aktiviti riadah dan sebagainya.24 peratus suri rumah yang terdedah kepada demam denggi mungkin disebabkan kurang nya pengetahuan terhadap pentingnya menjaga tempat di sekeliling rumah sehingga menyebabkan berlakunya pembiakan nyamuk aedes. Selain daripada itu, aktiviti semasa waktu hujan juga sukar dilaksanakan terutamanya aktiviti pembersihan kawasan kediaman sendiri. Maka, keadaan ini meningkatkan peratusan pembiakan nyamuk Aedes di kawasan perumahan yang terlibat .Golongan pekerja awam atau kakitangan kerajaan merupakan golongan yang sering kali terdedah dengan kempen kesedaran berkaitan denggi sama ada secara langsung seperti mengikuti taklimat atau ceramah atau tidak langsung seperti melalui media massa dan sebagainya.oleh itu mereka hanya mendapat 1 peratus untuk dijangkiti oleh nyamuk aedes dan jarang mendapat demam denggi. ini mungkin disebabkan berlaku kesedaran masyarakat terhadap kebersihan kawasan halaman rumah untuk mengelak berlakunya pembiakan nyamuk Aedes. Ini juga aktiviti pemantauan Aedes Survey dipertingkatkan semasa musim hujan agar dapat memantau pembiakan jentik-jentik dapat dikawal daripada berlakunya wabak demam denggi di sesuatu kawasan. Tahap kesedaran masyarakat luar perlu diambil berat agar mengamalkan sikap berwaspada dan berjaga-jaga daripada berlakunya demam denggi. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati. Jika sikap bertanggungjawab di amalkan dalam diri seseorang masyarakat itu dapat membantu dalam mengurangkan kadar peningkatan berlakunya demam denggi di sekitar daerah Tampin.

22

LAPORAN EPIDEMIOLOGI

LANGKAH PENCEGAHAN Berikut adalah langkah-langkah pencegahan daripada berlakunya masalah demam denggi: 1. Bersihkan kolam mandi dan pastikan air dikeringkan atau masukkan abate. 2. Bersihkan perangkap air di bawah peti sejuk dan letakkan abate. 3. Pastikan alas pasu bunga tidak menakung air dan letakkan abate. Bubuh abate ke dalam bekas jambangan bunga yang terdapat air di dalamnya. 4. Bersihkan saluran air hujan, sistem kumbahan, parit dan longkang yang tersekat. 5. Menutup dengan rapat bekas-bekas takungan air dan bekas-bekas menyimpan air atau masukkan abate. 6. Memperbaiki mangkuk tandas yang rosak supaya air tidak bertakung. Tutup dengan rapat pam tandas dan masukkan abate di tempat air yang menakung. 7. Telangkupkan atau terbalikkan bekas-bekas yang tidak digunakan untuk menyimpan air. 8. Bersihkan sampah sarap dan buang di tempat pembuangan sampah. 9. Kumpul dan lupuskan dengan sempurna semua barangan yang tidak digunakan atau letakkan di tempat yang terlindung dari hujan. 10. Dapatkan rawatan segera di klinik yang berhampiran jika anda atau ahli keluarga anda mengalami demam panas. Apabila sahaja pesakit disahkan mendapat demam denggi adalah menjadi tanggung jawab doktor yang merawat untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa kesihatan mengenai perkara ini kerana denggi merupakan penyakit yang perlu

23

LAPORAN EPIDEMIOLOGI

dilaporkan. Laporan ini penting supaya tindakan lanjutan seperti di bawah ini dapat dijalankan: 

Kawasan dan persekitaran di mana pesakit disyaki dijangkiti perlu dilakukan pengasapan (fogging) oleh pihak berkuasa.



Memantau kawasan yang menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes supaya ianya tidak merebak ke tempat lain. Jika tempat pembiakan ditemui pemilik rumah akan didenda.



Apabila pesakit telah keluar dari hospital, beliau dan ahli keluarganya perlu mengambil langkah-langkah pencegahan dan bertindak untuk mencegah penyakit ini dari berulang. Ini kerana pesakit yang pernah mengalami denggi jika ia mendapat semula penyakit ini, kesannya adalah amat teruk.

\

24

LAPORAN EPIDEMIOLOGI

RUMUSAN Berdasarkan masalah demam denggi di daerah Tampin pada tahun 2010 hingga 2014. Kita dapat rumuskan bahawa masalah denggi ini setiap tahun akan berlaku peningkatan bilangan kes di sekitar daerah Tampin. Keadaan sedemikian semakin meningkat disebabkan peningkatan taburan penduduk di sekitar kawasan Tampin. Selain daripada itu, kedudukan geografinya pula padat dengan kawasan perindustrian dan kawasan perumahan. Secara tidak langsung ini akan menyumbang kepada penambahan penduduk di sekitar kawasan Tampin. Penempatan yang padat dengan penduduk akan menyebabkan berlakunya masalah pengaliran air dan ini akan menyebabkan berlakunya takungan air terutamanya semasa musim hujan. Selain daripada itu, sikap kurang tanggungjawab masyarakat akan menyumbang kepada pencemaran alam sekitar di kawasan penempatan yang padat. Maka, kesimpulannya kita warga kesihatan perlu memainkan peranan yang penting dengan memupuk semangat golongan masyarakat untuk terlibat aktiviti hidup sihat sepanjang hayat.

25

Related Documents

Statistik
May 2020 45
Statistik
October 2019 58
Statistik
April 2020 48
Statistik
May 2020 43
Statistik
June 2020 31

More Documents from ""