SEBAHAGIAN FADHILAT SURAH-SURAH DALAM AL-QUR'AN Beberapa Fadhilat Surah Di Dalam Al-Quran Surah Al-Baqarah Imam al-Baihaqi dari Imam Shalshal berkata: "Barangsiapa membaca surat baqarah maka dipakaikan kepada mahkota di Syurga." Imam Ibnu Zanjawai dari Imam Wahab ibn Munabih mengatakan: "Barangsiapa membaca Surat Baqarah dan Ali Imran pada malam Jumat maka baginya nur cahaya membentang antara Arsy dan dasar bumi." Abu Mas'ud Albadri ra. berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa membaca dua ayat dari akhir surah Al-Baqarah, maka cukuplah baginya dari hal-hal yang membencikan. Dan menurut sebahagian pendapat: sama dengan bersembahyang malam)." Ibnu Abbas ra. bercerita: Pada suatu ketika Jibrail berada di sisi Nabi SAW. tiba-tiba terdengar suara dari atas, maka ia mengangkat kepalanya dan berkata: ini sebuah pintu di langit, pada hari ini dibuka, dan turun seorang malaikat, memberi salam dan berkata:"(Bergembiralah dengan dua cahaya penerangan yang diberikan oleh Allah kepadamu, dan belum pernah diberikan kepada seseorang Nabi sebelum kamu, iaitu:Fatihul kitab dan akhir surah Al-Baqarah. Tiada engkau membaca suatu huruf daripadanya, melainkan pasti permintaanmu di beri)."
Surah Al-Kautsar Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat dari batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warna pula lebih cantik dari susu dan lebih angi dari kasturi. Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur Nabi Muhammad s.a.w kerana diturukankan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan saudaranya Abu Talib. Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini:1. Baca surah ini ketika hujan dan doa, mudah-mudahan Allah s.w.t makbulkan doa kita. 2.Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok dileher, insya'allah hilang dahaga. 3. Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata. 4. Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu. 5. Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah. 6. Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat. 7. Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi. Fadhilat surah Hud & Yusuf Surah Hud, apabila di tulis di atas kertas putih, di mana huruf (MIM) huruf(WAU) serta huruf(HHa) di tulis berlubang, pula jangan sampai terhapus, lalu di bawa, maka tidak akan terkena senjata dan ia berwibawa juga mendapatkan pertolongan dan keuntungan. Surah Yusuf, apabila di tulis dengan cara sebagaimana di atas dan di kalungkan kepada perempuan yang sedang hamil maka, ia akan melahirkan anak lelaki yang baik dan menjadi orang yang beruntung serta di jaga dari perilaku yang terlarang.
Fadhilat surah Al Haj(ayat 70) Ayat ini adalah berguna sekali untuk di mana apabila seseorang merasa kehilangan barang, hartanya di curi orang, anak atau pelayannya melarikan diri atau isterinya meninggalkan