Spm > Biologi > Skema Bio K3 Set 3

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Spm > Biologi > Skema Bio K3 Set 3 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,260
  • Pages: 9
PERATURAN PEMARKAHAN BIOLOGI KERTAS 3 SET 3

SOALAN 1

NO ITEM

SKOR

(a) (i)

PENERANGAN

KB0601- Memerhati 3

Dapat menyatakan mana-mana dua pemerhatian dengan betul. Contoh jawapan: ( jika dibandingkan bacaan awal dengan bacaan akhir) 1.Panjang turus udara berkurang sebanyak 0.4cm setelah udara dari padang sekolah bercampur dengan kalium hidroksida. 2.Panjang turus udara berkurang sebanyak 1.2cm setelah udara ekzos kereta bercampur dengan kalium hidroksida. 3.Panjang turus udara berkurang sebanyak 0.8cm setelah udara dari kawasan pembakaran sampah bercampur dengan kalium hidroksida. ( jika dibandingkan antara sampel udara) 4.Panjang turus udara bagi udara ekzos kereta berkurang lebih banyak berbanding udara dari padang sekolah. 5.Panjang turus udara bagi udara dari kawasan pembakaran sampah berkurang lebih banyak berbanding udara dari padang sekolah

a) (ii) KB0604- Membuat inferens 3

Dapat membuat inferens dengan tepat tentang setiap pemerhatian yang dinyatakan di (a) (i) Contoh jawapan: 1. Pengurangan panjang turus udara disebabkan penyerapan karbon dioksida oleh larutan kalium hidroksida 2. Pengurangan panjang turus udara disebabkan penyerapan karbon dioksida oleh larutan kalium hidroksida 3. Pengurangan panjang turus udara disebabkan penyerapan karbon dioksida oleh larutan kalium hidroksida 4. Kandungan karbon dioksida dalam udara ekzos kereta adalah lebih tinggi berbanding udara dari padang sekolah. 5. Kandungan karbon dioksida dalam udara dari kawasan pembakaran sampah adalah lebih tinggi berbanding udara dari padang sekolah.

1

PERATURAN PEMARKAHAN BIOLOGI KERTAS 3 SET 3

(b)

KB0603- Mengukur menggunakan nombor 3

Dapat merekod 5 hingga 6 data dan unit dengan betul. Contoh jawapan: Udara di padang sekolah i) 10.0cm ii) 9.6cm Udara ekzos kereta i) 9.6cm

ii) 8.4cm

Udara di kawasan pembakaran sampah i) 10.0cm ii) 9.2cm

NO ITEM

SKOR

(c) (i)

PENERANGAN

KB0606- Berkomunikasi 3

Dapat membina jadual dengan mempamerkan perkara berikut: 1. Label tajuk-tajuk jadual dengan unit yang betul 2. Memindahkan data-data dengan betul Contoh jawapan:

Sampel udara

Panjang turus udara(cm) awal Akhir

Udara padang

10.0

9.6

0.4

Udara ekzos

9.6

8.4

1.2

Udara kawasan pembakaran

10.0

9.2

0.8

2

Panjang turus karbon dioksida (cm)

PERATURAN PEMARKAHAN BIOLOGI KERTAS 3 SET 3

(c) (ii)

KB0608- Mentafsir data 3

Dapat menghitung peratus kandungan karbon dioksida bagi udara di kawasan pembakaran sampah dengan menunjukkan penggantian dan jawapan Contoh jawapan: (a) peratus kandungan karbon dioksida

=

Pjg awal turus udara – pjg turus udara selepas bercampur dengan kalium hidroksida panjang awal turus udara

= 10.0cm – 9.2cm 10.0cm

x 100%

x 100%

= 0.8 x 100% 10 = 8.0 %

(d)

KB0607- Menggunakan perhubungan ruang dengan masa 3

Dapat menyatakan dengan tepat hubungan antara kualiti udara dengan peratus kandungan karbon dioksida. Contoh jawapan: Semakin baik kualiti udara semakin rendah peratus kandungan karbon dioksida di dalamnya.

3

PERATURAN PEMARKAHAN BIOLOGI KERTAS 3 SET 3

(e)

KB0610- Mengawal pembolehubah 3

Dapat menyatakan ketiga-tiga pembolehubah dan cara kendali dengan betul Contoh jawapan:

Pembolehubah

Perkara yang dikendalikan

1. P. dimanipulasi Sampel udara

Mengumpul udara dari kawasan yang berlainan iaitu udara padang sekolah, udara ekzos kereta dan udara kawasan pembakaran sampah.

2. P. bergerakbalas Panjang turus udara

Mengukur panjang turus udara dengan menggunakan pembaris

Atau Peratus kandungan karbon dioksida dalam udara

Menghitung peratus kandungan karbon dioksida dalam udara

3. P. dimalarkan Masa/ tempoh rendaman tiub-J

Merendam tiub-J dalam air selama 5 minit bagi semua eksperimen.

atau Suhu air rendaman

4

Merendam tiub-J dalam air pada suhu 28oC atau pada suhu bilik bagi semua eksperimen.

PERATURAN PEMARKAHAN BIOLOGI KERTAS 3 SET 3

(f)

KB0611- Membuat hipotesis 3

Dapat membuat pernyataan hipotesis yang menunjukkan hubungan antara pembolehubah dimanipulasi dengan pembolehubah bergerak balas dengan betul dan lengkap Contoh jawapan: Semakin tercemar sampel udara semakin tinggi peratus kandungan karbon dioksida

(g)

KB0605- Meramal 3

Dapat membuat ramalan dan memberikan penerangan dengan betul Contoh jawapan: Pada waktu tengahari peratus kandungan karbon dioksida akan bertambah iaitu menjadi lebih tinggi daripada 1.0 % kerana kenderaan yang banyak akan membebaskan banyak karbon dioksida ke udara.

(h)

KB0609- Mendefinasi secara operasi 3

Dapat menerangkan maksud udara tercemar berdasarkan pemerhatian dalam eksperimen dengan betul Contoh jawapan: Udara tercemar ialah udara yang mengandungi peratus kandungan karbon dioksida yang tinggi apabila diukur/ dikaji dengan menggunakan tiub-J.

(i)

KB0602- Mengelas 3

Dapat mengelaskan dengan betul kawasan yang diberikan kepada kawasan yang mengalami pencemaran udara dan yang mempunyai kualiti udara yang baik. Contoh jawapan: Kawasan udara tercemar : kawasan perindustrian dan stesen bas Kawasan kualiti udara baik : padang bola dan taman rekreasi

5

PERATURAN PEMARKAHAN BIOLOGI KERTAS 3 SET 3

SOALAN 2

NO ITEM

SKOR

PENERANGAN KB061201 – Membuat Pernyataan Masalah

3

Dapat membuat pernyataan masalah yang tepat (tentang objektif kajian) Contoh jawapan: Apakah kesan kepekatan enzim ke atas kadar tindak balas enzim ? KB061202 – Membuat Hipotesis

3

Dapat menyatakan perhubungan antara pembolehubah dimanipulasi dan pembolehubah bergerakbalas dengan jelas dan betul Contoh jawapan: Semakin tinggi kepekatan enzim semakin tinggi kadar tindakbalas enzim. KB061203 – Merancang untuk menjalankan penyiasatan

3

Dapat menyatakan dengan betul 7-9 perkara dalam perancangan eksperimen seperti berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Pernyataan masalah Objektif/ tujuan kajian Pembolehubah Hipotesis Radas/ bahan Teknik Kaedah Cara data dikomunikasi – terdapat jadual bertajuk betul Kesimpulan

6

PERATURAN PEMARKAHAN BIOLOGI KERTAS 3 SET 3

KB061204 – Prosedur / Kaedah 3

Dapat menyatakan kelima-lima prosedur kerja dengan betul

P1. Cara mengendalikan radas atau bahan P2. Langkah menetapkan pembolehubah dimalarkan P3. Langkah mengesan pembolehubah bergerakbalas P4. Langkah mengubah / menukar pembolehubah dimanipulasikan P5. Langkah berjaga-jaga KB061205 – Menyenaraikan alat radas dan bahan 3

Dapat menyenaraikan semua radas dan bahan untuk penyiasatan Contoh jawapan: Radas : Bikar, tabung uji, penitis, termometer, jubin putih, jam randik, Penunu Bunsen, tungku kaki tiga dan kasa dawai. Bahan : Larutan kanji 1 %, larutan iodin , air liur dan air suling.

Bonus: 1

1. Mengemukakan satu laporan yang lengkap

1

2. Memberikan teknik dengan betul

7

PERATURAN PEMARKAHAN BIOLOGI KERTAS 3 SET 3

Contoh jawapan Tujuan

: Mengkaji kesan kepekatan enzim ke atas kadar tindak balas enzim.

Pernyataan masalah: Apakah kesan kepekatan enzim ke atas kadar tindak balas enzim? Hipotesis

: Semakin tinggi kepekatan enzim semakin tinggi kadar tindak balas enzim.

Pembolehubah Dimanipulasikan Bergerakbalas Dimalarkan Teknik

: Kepekatan enzim : Masa : Kepekatan substrat, suhu : Menentukan kadar tindak balas enzim dengan menentukan masa yang diambil untuk larutan iodin tidak bertukar warna .

Bahan Radas

: Larutan kanji 1%, larutan iodin, air liur dan air suling : Bikar, tabung uji, penitis, termometer, jubin putih, jam randik, penunu Bunsen, tungku kaki tiga dan kasa dawai.

Kaedah

: 1. Enam tabung uji dilabelkan A,B,C,D,E dan F. 2. Larutan -larutan dimasukkan seperti yang ditunjukkan dalam jadual berikut: (P4)

Tabung uji

A

B

C

D

E

F

Isipadu air liur (ml)

0.5

1.0

1.5

2.0

2.5

3.0

Isipadu air suling (ml)

2.5

2.0

1.5

1.0

0.5

0.0

3. Beberapa titik larutan iodin dititiskan secara berasingan di atas sekeping jubin putih. 4. 4 ml larutan kanji 1% dimasukkan ke dalam tabung uji A. 5. Jam randik dimulakan. Dengan serta merta, sedikit campuran dikeluarkan dengan menggunakan penitis. Setitik campuran dititiskan ke dalam iodin pada jubin putih. Perubahan warna iodin diperhatikan.(P3) 6. Ujian iodin dijalankan pada selang masa 15 saat sehingga larutan iodin tidak bertukar warna.(P3) 7. Masa yang diperlukan untuk kanji lengkap dihidrolisiskan dicatatkan dalam jadual. 8. Langkah 4 hingga 6 diulang bagi kandungan tabung uji B,C,D,E dan F.(P2) 9. Semua pemerhatian direkodkan dalam jadual. 10. Graf kadar tindak balas ( __1__ ) melawan kepekatan enzim diplotkan. masa

8

PERATURAN PEMARKAHAN BIOLOGI KERTAS 3 SET 3

Keputusan :

Tabung uji

Kepekatan enzim(%)

Masa untuk hidrolisis kanji lengkap (minit)

__1___ (minit -1) masa

A B C D E F

Kadar tindak balas ( minit -1)

Kepekatan enzim (%) Kesimpulan : Apabila kepekatan enzim bertambah, kadar tindak balas enzim juga akan bertambah. Hipotesis diterima.

9

Related Documents