Di Malaysia, rakyat bekerja dalam pelbagai bidang pekerjaan yang berbeza. Maka setiap pekerjaan memerlukan individu tersebut mempunyai akauntabiliti tersendiri terhadap pekerjaan mereka. Sebagai contoh, seorang guru bertanggungjawab terhadap pekerjaannya iaitu akauntabiliti terhadap kurikulum yang dia ditugaskan untuk melaksanakannya. Hal ini demikian, guru tersebut haruslah memahami kurikulum sekolah secara mendalam supaya dapat melaksanakannya dengan sempurna tanpa sebarang kesilapan. Setiap pengajaran murid perlu mengikut kurikulum yang ditugaskan adalah merupakan salah satu akauntabiliti guru terhadap bidang perkerjaanya. Guru mempunyai tanggungjawab dan peranan yang pelbagai dan mencabar di sekolah. Dalam usaha untuk menunaikan tanggungjawabtanggungjawab dan peranan-peranan guru ini secara bersepadu, tersusun dan berterusan ini, guru hendaklah sentiasa bersikap positif, terbuka dan berjiwa besar. Hal ini tidak dapat dinafikan tugas dan tanggungjawab guru adalah berat dalam usaha membentuk generasi negara masa depan yang mampu menangani segala perubahan dan tuntutan masa.
AKAUNTABILITI GURU MURID
GURU
IBU BAPA PROFESION PERGURUAN MASYARAKAT DAN NEGARA
RAJAH 1 : IMPLIKASI AKAUNTABILITI GURU Selain itu, saya sebagai seorang guru menpunyai akuantabiliti terhadap profesion perguruan. Hal ini demikian, seorang guru bertanggungjawab meningkatkan imej profesion keguruan dengan memberi perkhidmatan yang bermutu tinggi seperti mengajar murid dengan cekap dan dedikasi supaya setiap murid yang diajarnya akan berjaya mencapai keputusan akedemik yang cemerlang. Guru hendaklah sentiasa berazam menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pendidikan supaya dapat menjalankan tugas mengajar cekap dan sempurna. Ini merupakan salah satu usaha untuk menepati akauntabilitinya terhadap profesionalisme keguruan. Implikasinya guru dapat menambah pengetahuan bukan sahaja bidang yang diajar malah bidang yang berlainan. Sama juga seperti profesion-profesion yang lain, guru haruslah menjalankan tugas dan tanggungjawab
mereka mengikut hasrat sekolah, murid, ibu bapa, masyarakat dan Negara. Guru merupakan harapan kepada Negara agar seorang guru dapat menjalankan tugas yang diberikan dengan penuh dedikasi supaya mutu perkhidmatan guru selaras dengan dengan akauntabiliti mereka terhadap bidang, sekolah, tingkahlaku murid dan profesion keguruan. Selain daripada implikasi akauntabiliti guru terhadap profesion keguruan, saya akan huraikan dengan lebih mendalam mengenai akauntabiliti guru terhadap negara, rakan sejawat, pelajar dan ibu bapa serta diri sendiri.
Implikasi yang seterusnya ialah implikasi guru terhadap pelajar dan Ibu Bapa. Akauntabiliti guru terhadap pelajar adalah memastikan guru untuk mendidik pelajar supaya menjadi cemerlang dalam pencapaian akademik di samping memcungkil bakat yang terdapat dalam diri murid. Murid akan menjadi lebih berkeyakinan dalam perkara yang mereka mahir dan berbakat. Selain itu, jika bakat yang tidak dicungkil akan hilang begitu sahaja. Akauntabiliti guru terhadap pelajar juga ialah dengan menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan berinovasi di semasa menjalankan pengajaran pembelajaran di dalam bilik darjah. Perkara ini termasuklah dengan menepati masa mengikut jadual waktu supaya pelajar supaya murid mendapat input yang berkesan dalam pembelajaran mereka. Dalam era transformasi pendidikan guru hendaklah menghasilkan pelajar yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis serta memperkembangkan potensi pelajar dalam semua aspek JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial) bagi mencapai pendidikan bertaraf antarabangsa.
Jika saya sebagai guru yang menjalankan akauntabiliti dengan sebaiknya, saya akan dijadikan contoh teladan yang baik dan dapat diikut oleh pelajar. Hal ini demikian kerana, pelajar lebih tertarik dengan guru yang berbudi bahasa dan bersopan santun ketika mengajar malah berpakaian kemas juga merupakan teladan yang baik untuk pelajar. Selain itu, pelajar menjadi lebih sayang terhadap guru jika guru bersikap adil terhadap setiap pelajar tanpa mengira bangsa, agama dan sebagainya. Hal ini menyebabkan pelajar menjadi lebih rapat dengan guru dan dapat meluahkan perasaan dan pendapat yang dirasai kepada guru. Akauntabili guru menjadikan guru sebagai seorang pendengar yang memahami masalah yang dihadapi oleh pelajar. Seorang guru yang mempunyai akauntabiliti terhadap ibu bapa dapat membina hubungan yang erat supaya mendapat sokongan daripada ibu bapa terhadap apa jua masalah yang berkaitan dengan sahsiah atau pencapaian akademik pelajar. Ibu bapa juga memberikan kepercayaan kepada ibu bapa sepenuhnya supaya guru dapat memainkan peranan dalam membimbing pelajar supaya dapat meningkatkan perkembangan dan kemajuan pelajar dalam pelbagai bidang yang pelajar ceburi.
Seterusnya ialah implikasi saya sebagai seorang guru terhadap diri sendiri. Implikasinya ialah saya dapat menjalankan tugas dengan sempurna jika kesihatan badan dijaga. Malah saya dapat meneroka dan mencari pengetahuan baru yang bersesuaian dengan abad ke-21 ini. Hal ini demikian kerana, guru yang mempunyai akauntabiliti terhadap diri sendiri perlulah mempunyai pengetahuan yang luas dan berketerampilan dalam setiap bidang. Perkara ini menyebabkan pelajar menjadi lebih menghormati dan memandang tinggi terhadap seorang guru yang berpengetahuan. Implikasi lain ialah dapat melibatkan diri di dalam sesuatu aktiviti yang bermanfaat dengan tujuan mengisi masa lapang secara berfaedah supaya dapat menjadi seorang yang berpengetahuan dan peka terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku disekeliling seperti bergiat aktif dalam sukan, membaca buku-buku ilmiah dan sebagainya. Jika saya sebagai seorang guru yang berjaya melaksanakan akauntabiliti secara professional, saya dapat memberikan komitmen terhadap tugas yang telah diberikan, bersikap positif dan melaksanakan tugas dengan baik dan memberikan peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar. Hal ini demikian dapat menjadi role model yang dapat diteladani oleh pelajar.
Akauntabilti yang terdapat dalam diri guru juga sangat penting terhadap masyarakat dan Negara. Apabila saya sebagai guru menjalankan tugas, saya dapat menyebarkan Falsafah Pendidikan Negara dan Rukun Negara dengan jelas. Hal ini demikian kerana, guru bertanggungjawab dan mempunyai akauntabiliti untuk melaksanakan tugas sebaik mungkin untuk mencapai cita-cita dan aspirasi dalam Falsafah Pendidikan Negara Kebangsaan. Guru juga memberikan sumbangan secara sukarela kepada negara juga merupakan implikasi akauntabiliti guru terhadap negara. Implikasi akauntabiliti guru terhadap masyarakat dan Negara juga ialah dapat memupuk nilai dan sikap yang murni dan sesuai dengan masyarakat berbilang bangsa dalam setiap jiwa pelajar dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab serta berguna. Selain itu, memenuhi tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia dengan mengambil bahagian secara tegas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat. Oleh itu, sebagai seorang guru dapat mengeratkan persefahaman dan bekerjasama dengan baik dan ikhlas dalam kalangan guru dan ibu bapa murid.
Kesimpulannya, akauntabiliti mamainkan peranan yang penting dalam menjamin keberkesanan profesion perguruan. Penerapan budaya kerja, penetapan matlamat i, corak kepimpinan, piawaian kerja yang telah ditetapkan dan pemantauan dapat meningkatkan prestasi dan produktiviti seseorang guru itu. Oleh itu, setiap organisasi perlu memastikan faktor akauntabilit iperlu dititikberatkan dalam khidmat yang disalurkan kepada pelajar, ibu
bapa, rakan sejawat, negara dan diri sendiri. Para guru juga perlu mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap peranan masing-masing supaya matlamat utama yang ditetapkan dapat dicapai.
AKAUNTABILITI
IMPLIKASI AKAUNTABILITI TERHADAP PROFESION KEGURUAN
IMPLIKASI AKAUNTABILITI TERHADAP PELAJAR DAN IBU BAPA
IMPLIKASI AKAUNTABILITI TERHADAP DIRI SENDIRI
- GURU dapat menambah pengetahuan dalam pelbagai bidang menaikkan kualiti pengajaran dan imej sebagai seorang guru
- MURID mendapat keputusan yang cemerlang proses pembelajaran di sekolah berjalan dengan lancar
-GURU mempunyai hubungan yang erat dengan ibu bapa mudah mengumpul maklumat mendapat kepercayaan dan sokongan dalam apa jua aktiviti
- MURID bakat murid dapat dicungkil melahirkan murid yang berfikiran kreatif dan kritis
- GURU kesihatan guru sentiasa dijaga komited terhadap tugas yang diberikan guru menjadi role model kepada murid-murid
- MURID guru dihormati oleh murid-murid murid menjadi lebih aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran
IMPLIKASI AKAUNTABILITI TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA
- GURU dapat memupuk sikap dan nilai murni dalam diri masyarakat melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang rakyat hubungan yang erat dengan masyarakat - MURID melahirkan warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna