Soalan 1

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Soalan 1 as PDF for free.

More details

  • Words: 970
  • Pages: 7
Soalan 1 : Rumusan

[30 markah]

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah penerokaan angkasa lepas terhadap manusia dan langkah-langkah untuk menggalakan rakyat Malaysia menceburkan diri dalam bidang ini. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Pada 10 Oktober 2007, Malaysia telah berjaya menghantar seorang rakyatnya ke angkasa lepas. Kejayaan negara ini telah mula mendapat pelbagai komen negatif, terutamanya apabila menyentuh kosnya yang agak besar. Selepas pendaratan manusia ke bulan dan kejayaan meletakkan probe angkasa di planet Marikh dan Kejora, semakin banyak yang bertanya, “Apa faedahnya manusia pergi ke angkasa lepas?” Bagi menjawab soalan ini, bayangkan kehidupan hari ini tanpa televisyen berbayar, telefon bimbit atau tanpa komputer riba. Sudah pasti kita merasakan kita hampir kembali ke zaman batu. Sebenarnya kemudahan teknologi itu hanya secebis daripada faedah penerokaan angkasa lepas. Ada banyak lagi teknologi angkasa lepas telah digunakan dan kesannya amat relevan dengan kehidupan moden hari ini. Misalnya syarikat-syarikat utama dalam pembuatan kereta yang berprestasi tinggi dan kapal terbang banyak bergantung pada industri aeroangkasa. Beberapa teknologi yang digunakan dalam reka bentuk kenderaan berkenaan pada asalnya digunakan untuk tujuan angkasa lepas. Ternyata teknologi berkenaan mampu mengurangkan kos, meningkatkan prestasi, keselesaan dan tahap keselamatan. Contohnya sistem beg udara, sistem brek karbon, penyerap hentak dan sebagainya. Selain daripada kelebihan aplikasi teknologi pembuatan kenderaan, industri aeroangkasa ini juga telah membuka satu saluran memperkenalkan sumber tenaga yang mesra alam seperti penghasilan kereta hibrid yang menggunakan bahan bakar yang minimum dan dibantu dengan bateri yang memperoleh tenaga matahari. Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA) telah memperkenalkan sejenis logam kalis api melalui kereta lumba IdeeVerte yang digerakkan dengan kuasa gas petroleum cecair dan menggunakan bahan pelincir daripada bunga matahari kesan daripada kajian cabaran suasana dan keadaan angkasa lepas. Di samping itu, kemajuan dalam penjanaan tenaga elektrik dari cahaya matahari dapat dimanfaatkan apabila ‘Teleskop Hubble’ mula dilancarkan oleh manusia di angkasa lepas. Kesannya

manusia dapat menikmati sumber tenaga percuma tanpa bingung memikirkan peningkatan kos tenaga elektrik pada setiap bulan. Eksplorasi angkasa lepas juga telah mencabar pemikiran manusia untuk menghasilkan lebih banyak hasilan teknologi yang boleh memberikan faedah kepada kita. Misalnya perkembangan sistem telekomunikasi negara bermula dengan pelancaran MEASAT dan TIONGSAT di ruang angkasa lepas negara. Malaysia memang menyedari kepentingan bidang aeroangkasa yang berupaya meningkatkan keupayaan radar bagi mengukur permukaan muka bumi dengan tepat. Ini telah memudahkan kita untuk merancang pembangunan berdasarkan maklumat keadaan geologi negara. Semua ini dijalankan bagi meminimumkan atau menghapuskan risiko bencana alam akibat aktiviti pembangunan yang dilaksanakan. Sistem pemantauan jarak jauh menggunakan satelit membolehkan kita memantau keadaan cuaca, aktiviti pembakaran dan penebangan hutan secara haram. Semua contoh yang diperoleh ini sebenarnya hanyalah sebahagian kecil daripada faedah penerokaan angkasa lepas. Jika difikirkan dari aspek cabaran aeroangkasa sebenarnya ia telah mencabar keupayaan manusia untuk lebih berinovasi dalam mencipta dan mencari kaedah yang sesuai bagi membolehkan kita meneroka angkasa lepas. Oleh itu Malaysia haruslah mengorak langkah untuk merebut peluang bagi membawa masuk teknologi angkasa lepas ini sekiranya ingin berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain. Sekiranya kita takut dan sentiasa berkira dalam tempoh jangka pendek maka kita akan sentiasa menjadi pengguna teknologi maju untuk selama-lamanya. [Dipetik dan diubahsuai daripada rencana Aplikasi Teknologi daripada Penerokaan Angkasa Lepas oleh Syed Yusainee Yahya, KOSMIK ,Oktober 2008]

Soalan 2 : Pemahaman

[35 markah]

Soalan 2(a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

i.

Apakah maksud rangkai kata satu saluran?

ii.

Bagaimanakah teknologi aeroangkasa ini dapat memberikan faedah kepada manusia?

[2 markah]

[3 markah] iii.

Pada pendapat anda relevankah negara kita turut terlibat dalam industri aeroangkasa ini? Mengapa?

[4 markah]

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kefahaman tentang Tatabahasa [30 markah]

a) Tulis satu ayat daripada kata-kata di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, serta menggunakan kata-kata tersebut sebagai peribahasa dan nama khas.

i)

Bernama

ii) Menamai iii) Menamakan iv) Ternama v) Kenamaan vi) Penamaan [6 markah]

b) Tukar ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

i)

Rahim memukul ular yang berlingkar di dalam reban itu dengan sebatang buluh.

ii) Penduduk di situ memagar kawasan tanah di kaki bukit itu. iii) Kami menziarahi nenek petang semalam kerana beliau sakit. [6 markah]

c) Dalam ayat-ayat di bawah ini terdapat dua penggunaan ejaan dan imbuhan yang salah. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

i)

Berdasar lapuran pegawai penyiasat, ternyatalah beliau telah difitnah.

ii) Pasokan bola sepak negara akan menjalankan latihan pusat di Stadium Nasional, Bukit Jalil. iii) Perlancaran kempen keselamatan jalan raya akan diresmikan oleh Perdana Menteri esok.

[6 markah]

d)

Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat dua kesalahanpenggunaan kata atau istilah dan penggunaan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

i)

Para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM akan diberi latihan insentif bermula daripada minggu hadapan.

ii) Oleh kerana dia menunggang motosikalnya terlalu laju, motosikalnya tersembam ke dalam longkang. iii) “Simpanlah semua barang-barang kamu di tempat yang elok,” kata pegawai keselamatan itu kepada Saiful. [6 markah]

e) Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan berkenaan.

Sikap malu untuk bertanya tentang isi pelajaran akan hanya membawa keburukan kepada seseorang pelajar. Guru mungkin beranggapan bahawa para pelajarnya sudah memahami pelajaran yang diajarkan. Sebagai akibatnya, pelajar mungkin tidak dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik. Akhirnya, mereka akan gagal dalam pelajaran dan segala penat lelahnya sis-sia belaka. Oleh yang demikian, sikap malu bertanya perlu dielakkan kerana yang rugi ialah pelajar itu sendiri. Pelajar yang lemah dalam sesuatu mata pelajaran harus mengikis sikap malu bertanya. Selain melipatgandakan usaha dengan menghadiri kelas tambahan dan mengadakan kumpulan belajar, pelajar yang rajin berusaha akan mendapat apa-apa yang dicita-citakan. Sesungguhnya, tiada kejayaan yang dapat diperoleh hanya dengan berpeluk tubuh saja. [6 markah]

Related Documents

Soalan 1
June 2020 5
Soalan 1
October 2019 37
Soalan 1
June 2020 8
Soalan
October 2019 81
Soalan
June 2020 44