Soalan 1

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Soalan 1 as PDF for free.

More details

  • Words: 527
  • Pages: 2
SOALAN 1 Konsep penubuhan Malaysia bukanlah satu konsep baru. Walaupun pada mulanya cadangan penubuhan ini tidak diterima oleh negara-negara yang digabungkan iaitu Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei namun di atas kebijaksanaan Tunku Abdul Rahman dalam usulnya pada 27 Mei 1961 akhirnya dapat membuka mata dan bersetuju dengan cadangan tersebut. Malaysia ditubuhkan dengan pelbagai bentuk cabaran daripada aspek politik, ekonomi dan social. Pada peringkat awal pembentukkannya, masyarakat Tanah Melayu berasa bimbang atas kemasukan Singapura. Pada tanggapan mereka kemasukan Singapura tanah melayu akan dikuasai seperti yang dilakukan di bawah system sebelum perang. Bagi Singapura, walaupun British bercadang untuk member kemerdekaan kepada negara tersebut ramai pemimpin Singapura berpendapat negara itu tidak boleh berdiri dengan sendirinya. Dengan

penggabungan

Singapura

dan

Tanah

Melayu,

ekonomi

dan

keselamatan negara itu akan terjamin. Ini kerana soal keselamatan adalah tanggungjawab kerajaan persekutuan dan sebarang bentuk ancaman akan dapat dikawal. Mereka juga berpendapat, ini merupakan salah satu jalan keluar untuk mendapatkan kemerdekaan secara berasingan. Mengenai bidang pendidikan dan guna tenaga, kuasa ke atas isu-isu ini adalah terletak di tangan Singapura. Bagi negeri Sabah pula, beberapa buah parti menunjukan reaksi masing-masing. Parti Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) dan Pertubuhan Kebangsaan sabah Bersatu (USNO) merupakan pari yang menyokong penggabungan ini. Namun Parti Pasok Momogun adalah diantara parti yang menentang cadangan penggabungan ini. Parti Bersatu dan Parti Demokratik bersetuju dengan konsep penggabungan ini tetepi mereka menetapkan syarat Sabah mesti mempunyai kerajaan mereka sendiri. Di Sarawak, parti-parti politik wujud sebelum penggabungan ini diumumkan. Parti yang menentang ialah Parti Negara Sarawak (PANAS) pada awalnya. Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dianggotai oleh Kaum Iban. Akhirnya parti-parti ini bersetuju dengan syarat Sarawak diberikan pemerintahan sendiri. Bagi negara Brunei pula, sebahagian daripada rakyat Brunei tidak bersetuju dengan penyertaan negara itu ke dalam Persekutuan Malaysia. Parti Rakyat Brunei yang diketuai oleh Sheikh A.M Azahari mahukan sebuah Kerajaan yang dinamakan Kerajaan Kalimantan Utara dan akan diperintah oleh Sultan Brunei sendiri. Parti Kerajaan Brunei ini telah mencetuskan satu pemberontakan tetapi pemberontakan ini dapat dihentikan oleh Sultan Brunei apabila beliau mula sedar sekiranya brunei bersetuju untuk bergabung dengan

Malaysia maka pemberontakan ini akan berterusan. Oleh itu, Kerajaan Brunei membuat keputusan untuk menarik diri dan tidak menyertai penggabungan itu. Akhirnya dengan penggabungan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura ini telah berjaya membentuk Malaysia pada 16 September 1963 dengan beberapa faktor antaranya : 1. Keselamatan Dengan penubuhan Malaysia akan menyekat ancaman komunis. Pada tahun 1960an, penagruh komunis semakin berkembang di Singapura dan Wilayah-wilayah Borneo. Keadaan ini telah menimbulkan kebimbangan yang serius kepada Kerajaan Tanah Melayu dan Kerajaan Singapura. Bagi menyekat perkembangan Komunis serta

menjamin

kestabilan

ekonomi,

penubuhan

Malaysia

telah

disokong

sepenuhnya oleh Kerajaan British. 2. Keseimbangan Kaum Menerusi pembentukan Malaysia keseimbangan kaum dapat diwujudkan. Dalam gabungan ini, jumlah penduduk bumiputera akan menjadi seimbang dengan jumlah penduduk bukan bumiputera kerana Wilayah Borneo mempunya bilangan penduduk Bumiputera yang ramai sedangkan Singapura pula mempunya 80% penduduk bukan bumiputera. 3. Faktor Ekonomi Penubuhan Malaysia akan mewujudkan kemajuan ekonomi bersama dan hubungan perdagangan diantara Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu akan meningkat dengan lebih pesat lagi. Dengan adanya penggabungan ini Tanah Melayu dapat menyalurkan bantuan bagi mempertingkatkan lagi ekaonomi Sabah dan Sarawak. 4. Pembentukan Malaysia dapat mempercepatkan lagi proses kemerdekaan Singapura, Sabah dan Sarawak dari jajahan British.

Related Documents

Soalan 1
June 2020 5
Soalan 1
October 2019 37
Soalan 1
June 2020 8
Soalan
October 2019 81
Soalan
June 2020 44