Smkdhaw Kertas Kerja Ppa 2018.docx

  • Uploaded by: Wahab
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Smkdhaw Kertas Kerja Ppa 2018.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,701
  • Pages: 7
SMK DATUK HAJI ABDUL WAHAB 31100 SUNGAI SIPUT (U) PERAK KAWASAN PARLIMEN SUNGAI SIPUT DUN JALONG

KERTAS KERJA PROGRAM KECEMERLANGAN PROGRAM LONJAKAN SAUJANA

1.0

PENDAHULUAN

Dalam sebuah sekolah harian biasa, komposisi pelajarnya selalunya dapat dikelompokkan kepada pelajar terbilang, pelajar cemerlang, pelajar sederhana dan pelajar yang lemah. Pada kebanyakan keadaan, kumpulan pelajar yang sederhana dan lemah lebih besar jumlahnya daripada pelajar yang cemerlang dan terbilang. Akan tetapi, hal ini bukanlah satu kekangan untuk mencapai kecemerlangan sebagaimana yang diimpikan oleh peneraju dan warga setiap sekolah. Kata Confucius, kejayaan dan kecemerlangan, semuanya bergantung pada persediaan dan perancangan dan tanpa persediaan dan perancangan, sudah pasti akan berlaku kegagalan. Ini bermakna setiap sekolah mestilah bersedia untuk merancang ke arah kejayaan dan kecemerlangan. Keberkesanan atau kecemerlangan sesebuah sekolah lazimnya diukur berasaskan perfomance atau prestasi sekolah tersebut. Prestasi pencapaian sesebuah sekolah diukur dari segi pencapaian akademik dan pencapaian bukan akademik seperti kelakuan dan disiplin pelajar yang baik, kendiri dan sikap pelajar-pelajar yang baik, kepuasan kerja guru dan persekitaran sekolah yang kondusif, bersih dan ceria. Kewujudan budaya sekolah yang positif serta kondusif untuk proses pembelajaran dan pengajaran, hubungan yang mesra antara pihak pengurusan sekolah dengan warga sekolah, hubungan yang baik, jitu dan bekerjasama sesama warga sekolah, dan interaksi serta komunikasi yang baik antara guru dengan ibu bapa pula menjadi kayu ukur keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sesebuah sekolah. Keberkesanan sekolah juga boleh diukur bukan sahaja melalui kecemerlangan dalam pendidikan, tetapi dari aspek ekuiti (kesaksamaan) untuk mendapatkan pendidikan tanpa mengira kebolehan dari segi kognitif, fizikal pelajar, latar belakang taraf sosioekonomi (SES) ibu bapa pelajar,latar belakang agama, bangsa dan keturunan dan fahaman pelajar, Akhir sekali keberkesanan sekolah boleh diukur dari segi kemajuan atau peningkatan dari segi kadar pencapaian akademik pelajar dari tahun ke tahun yang ditunjukkan melalui adanya nilai tambah (value added) kepada kebolehan pelajar.

Sekolah cemerlang juga yang bermaksud sekolah yang dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar iaitu daripada pencapaian akademik yang rendah meningkat kcpada pencapaian akademik yang tinggi. Mengikut Hussein Mahmood (1993) sekolah cemerlang bukanlah sekolah yang established atau sekolah primer tetapi sekolah yang dapat menghasilkan pencapaian akademik yang tinggi, kurang menghadapi

masalah disiplin dan mendapat kepercayaan dalam kalangan masyarakat dan guru-guru berasa puas bekerja. Abdul Shukor Abdullah (1991) mengatakan sekolah cemerlang adalah sekolah yang mencapai tahap terbaik, bermutu dan terunggul dalam semua bidang berkaitan dengan akademik, sahsiah, pengurusan, perhubungan, infrastruktur dan kepemimpinan. Pendapat Abdul Shukor Abdullah (1991) telah disokong oleh Sharifah Md. Nor (2000) yang mengatakan bahawa konsep sekolah cemerlang berkait dengan kecemerlangan akademik; walau bagaimanapun guru-guru perlu menentukan perkembangan seimbang pelajar dan kemampuan pentadbir membantu guru siapsiaga menjalankan tugas mereka dengan baik. Untuk membantu pelajar pula, sekolah cemerlang ialah sekolah yang mempunyai guru-guru yang boleh mengajar dengan efektif agar pelajamya bijak, bersahsiah mulia dan berdisiplin baik. Sejajar dengan matlamat di atas, amatlah perlu pihak sekolah merancang dan melaksanakan program yang dapat merealisasikan impian tersebut. Maka, Program Lonjakan Saujana ini merupakan satu menifestasi SMK Taman Tuanku Jaafar ke arah pencapaian cita-cita murni di atas.

2.0

MATLAMAT STRATEGIK

Matlamat strategik adalah merupakan pelan tindakan yang dirancang untuk mencapai matlamat program ini. Pelan ini dianggap strategik atau taktik untuk mencapai misi program ini. Analisis yang digunakan ialah analisis KLAP (SWOT), yang melibatkan analisis faktor dalaman dan faktor luaran sekolah. Analisis KLAP (SWOT) telah digunakan melibatkan faktor pentadbiran, guru , pelajar, kemudahan dan sumber kewangan. Melalui analisis ini , kita akan mengetahui apakah kekuatan yang dimiliki untuk memastikan kejayaan program, dan melihat juga apakah kelemahan yang kita perlu baik untuk mengatasi masalah yang timbul. Analisis persekitaran luaran adalah melibatkan faktor yang di luar kawalan kita yang mempengaruhi pencapaian wawasan berupa peluang dan ancaman. Persekitaran ini melibatkan ibu bapa , PIBG, komuniti, badan atau pertubuhan, jabatan, institusi, perkhidmatan, politik dan lain-lain. Rumusan analisis SWOT yang disusun mengikut skor adalah seperti jadual di bawah

Isu

Kekuatan (S)

Kelemahan (W)

1. Prestasi akademik para pelajar masih rendah

1. Terdapat guru-guru muda dan guruguru yang berpengalaman luas

1. Ramai pelajar tidak minat untuk belajar

2 Peratusan pencapaian bilangan A masih kurang. 3. Peratus lulus dalamSPM masih rendah 4. GPS sekolah dalam SPM masih rendah 5. Kuantiti latihan pelajar

3. Terdapat pelajar yang telah mencatat kejayaan yang cemerlang dalam bidang akademik yang boleh dijadikan sebagai role model 4. Keprihatinan dan

2.Ada guru selalu menyalahkan pelajar sahaja. 3. Sokongan ibu bapa dalam proses pembelajaran dan pengajaran adalah agak rendah

masih kurang 6. Kurang motivasi untukmencapai kecemerlngan dalamkalangan pelajar 7. Pemantauan terhadap tahap pencapaian pelajar masih kurang dan tidak konsisten. 8. Kebanyakan pelajar menetap jauh dari sekolah kekangan untuk datang ke sekolah

sokongan kuat pihak pentadbiran sekolah. 5. Keprihatinan dan sokongan yang kuat dan positif dari pihak PIBG. 6. Terdapat guru-guru yang bersemangat tinggi 7. Terdapat 1 orang Guru Cemerlang 8. Sekolah satu sesi

9. Peratus kehadiran murid yang rendah

9. Banyak guru yang tinggalberhampiran dengan sekolah

Peluang ((O)

Ancaman (T)

1. Terdapat kumpulan pelajar cemerlang sebagai model 2. Guru Cemerlang dijadikan sumber rujukan di sekolah 3. Kemudahan akses INTERNET dan ICT yang banyak 4. Sokongan kuat PIBG. 5. Banyak pelajar yang memiliki komputer peribadi. 6. Kemudahan makmal computer di sekolah.

1. Budaya tidak mementingkan pelajaran dalam masyarakat 2.Sikap pelajar yang menyalahgunakan kemudaha ICT. 3. Kekurangan bahan/ perisian bercorak akademik dalam ICT di sekolah 4.Sikap tidak serius pelajar dalam proses pembelajaran dan pengajaran. 5. Ketegasan guru dalam memberi,memantau dan menyemaktugasan latihan pelajar

STRATEGI S – O 1. Adakan program motivasi danpendedahan, bengkel serta teknik menjawabyang dibiayai oleh pihak NGO 2. Adakah program /projek khaskecemerlangan 3. Beri empowerment kepada gurudan pelajar merancang program 4. Galakan teamwork dan kerjasama antara pelajar untukmencapai kecemerlangan. 5. Menyediakan suasana kondusif untuk pelajar belajar denga selesa. 6. Pemantauan yang rapi dari setiap peringkat. 7.Kesungguhan dalam meyediakan bahan dan modul latihan yangbanyak dan berkualiti.

adalahkurag. STRATEGI W – O

STRATEGI S –T

STRATEGI W –T

1. Pemantauan rapi perlu diadakan

1. Pastikan P & berkesan dan menarik minat pelajar

1. Tindakan lebih tegas dan berkesan perlu dilaksanakan

2. Program keibubapaan kepada ibubapa perlu diadakan darisemasa ke semasa yang dibiayaioleh PIBG. 3. Program motivasi dan pendedahan, pentarbiyah danbengkel serta teknik menjawab dilaksanakan sekurang kurangnya tiga kali setahun iaitupada awal tahun, pertengahan tahun dan sebelum peperiksaan sebenar.

2. Program khusus untuk menarik minat belajar/ insentif 3. Memberikan motivasi kecemerlangan berterusan

2. Pemantauan yang lebih kerapdan efektif terhadap pengurusan P &P guru di dalam bilik darjah. 3. Kursus motivasi dan program P&P berkesan yang berterusan untuk para guru.

4. Penerapan nilai murni lebihKerap di dalam dan di luar bilikdarjah. 5. Galakan penggunaan ICT dalam P&P. 6. Memaksimumkan penggunaan makmal

Matlamat strategik adalah untuk memastikan: 1,

Prestasi akademik para pelajar meningkat

2.

Peningkatan prestasi pencapaian kualiti dan kuantiti dalam GPS sekolah.

3.

Kewujudan budaya saing yang sihat dan kerjasama dalam kalangan pelajar

4.

Peningkatan mutu dan prestasi kerja guru.

5.

Kewujudan kumpulan sasaran ke arah pencapaian kecemerlangan.

6

Peningkatan penglibatan ibu bapa, PIBG dan komuniti dalam kecemerlangan sekolah Meningkat

7.

Meningkatkan peratus kehadiran pelajar ke sekolah.

8.

Memperluaskan penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam pembangunan sekolah ( PIBK)

3.0

OBJEKTIF

Program ini mengandungi beberapa objektif iaitu:

3.1 Meningkatkan bilangan pelajar yang mencapai prestasi cemerlang dan mengurangkan peratus kegagalan pelajar dalam peperiksaan 3.2 Menyediakan tiga kumpulan pelajar sasaran dalam usaha meningkatkan prestasi akademik sekolah. 3.3

Menyediakan perancangan program peningkatan akademik yang sistematik dan efektif.

3.4 Meningkatkan kuantiti dan kualiti latihan yang diberi sebagai tugasan kepada para pelajar 3.5 Meningkatkan tahap keperihatinan setiap warga sekolah agar bersama-sama berusaha gigih meningkatkan kecemerlangan akademik sekolah. 3.6 Mempelbagaikan kaedah pengajaran guru dan mewujudkan semangat kerja berpasukan yang mantap dikalangan guru. 3.7

Menarik minat pelajar supaya sentisa hadir ke sekolah

3.8

Menggalakkan lebih ramai ibu bapa dan komuniti terlibat dalam aktivi sekolah dan memberi sumbangan ke arah pembangunan sekolah.

4.0

STRATEGI PERLAKSANAAN

4.1

Modus Operandi

4.1.1 Pembentukan Jawatankuasa Program Lonjakan Saujana 2018 SMK Datuk Haji Abdul Wahab 4.1.2 Pemilihan pelajar Cemerlang , sederhana dan Halus dilaksanakan berdasarkan keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2017. 4.1.3 Pelajar dikehendaki membuat latihan mengikut jadual, jumlah dan mata pelajaran yang tetapkan oleh Jawatankuasa Program Lonjakan Saujana SMK Datuk Haji Abdul Wahab. 4.1.4

Setiap pelajar akan didedahkan dengan teknik menjawap soalan yang betul.

4.1.5 Beberapa matapelajaran kritikal akan dikenalpasti dan akan diadakan klinik bersama guru-guru pakar ( specialist coach ) 4.1.6 Setiap pelajar akan dipantau kemajuannya 4.1.7 Laporan prestasi pelajar akan dilakukan 4.1.8 Perjumpan dan laporan prestasi pelajar secara berkelompok akan diadakan sebulan sekali iaitu pada hari Isnin pertama setiap bulan

4.1.9

Laporan akan dihantar kepada ibu bapa pelajar terbabit dua bulan sekali

4.1.10 Mengadakan Ladap untuk meningkatkan mutu PdPc para guru dan menyedikan guru kearah Pembelajaran Abad ke-21. 4.1.11 Menganjurkan ceramah kesedaran ibubapa untuk memberi kesedaran kepada ibubapa tentnag kepentingan pendidikan untuk anak mereka. 4.2

Kumpulan Sasaran

Program ini mensasarkan kepada pelajar Tingkatan 3 dan 4 yang dibahagikan kepada 3 kumpulan pelajar dengan dua matlamat seperti di dalam carta berikut: KUMPULAN

OBJEKTIF

Permata

Meningkatkan kualiti

6.9

20

Cemerlang

Meningkatkan kualiti

10.5

30

Sederhana

Meningkatkan kuantiti

27.9

80

Halus

Mengurangkan peratus gagal

54.7

157

100

287

Jumlah

5.

BIL PELAJAR (%)

SPM

Aktiviti Program

Sila rujuk Program Activity Overview 6.0

ORGANISASI

PENGERUSI TIMBALAN PENGERUSI NAIB PENGERUSI 1 NAIB PENGERUSI 2 SETIAUSAHA SPM PERMATA BENDAHARI AJK

1. Data 2. Dokumentasi

: TN. HAJI ZAKARIA BIN JAAFAR : EN SUNTHARALINGGAM MUNUSAMY : EN. NADARAJAH A/L GOPAL : PN. NORIZAH BINTI MOHAMMAD RAMLI : EN. AHMAD NASRON BIN MOHD NOR : PN. INAYAH BT YAHYA (GK KEM) : EN. BALACHANDRAN A/L ARUNASALAM : CIK HAJAH NOR HASIMAH BINTI UMAR : SEMUA GK :SEMUA KETUA PANITIA : SEMUA PENYELARAS TINGKATAN

:

EN.MOHD AZHAR BIN ABDUL HAMID

:

Pn. Noor Azian bt. Abdul Hani

3. Bahan

:

Semua Ketua Panitia Guru-guru Matapelajaran

7.0

4. Ceramah/Motivasi :

KOUNSELOR

5. Lawatan Ilmu

KOUNSELOR

:

TARIKH PERLAKSANAAN Program ini akan bermula pada bulan Nov 2018.

8.0

SUMBER KEWANGAN PERUNTUKAN KHAS MENTERI

8.1 KOS PERBELANJAAN Sila rujuk Sila rujuk Program Activity Overview

8.0

PENILAIAN

Kejayaan program ini adalah terletak kepada komitmen dan kesungguhan setiap warga sekolah melaksanakannya dengan betul dan konsisten. Petunjuk Prestasi adalah berdasarkan peningkatan pencapaian pelajar dalam setiap peperiksaan. Kejayaan seterusnya akan dapat dilihat melalui peningkatan GPS dan bilangan pelajar mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam iaitu SPM.

Disediakan oleh:

Disahkan oleh:

SUNTHARALINGGAM MUNUSAMY PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SMK DATUK HAJI ABDUL WAHAB SUNGAI SIPUT (U) PERAK

TN HAJI ZAKARIA BIN JAAFAR PENGETUA SMK DATUK HAJI ABDUL WAHAB SUNGAI SIPUT (U) PERAK

Related Documents

Kertas Kerja
November 2019 68
Kertas Kerja
May 2020 42
Kertas Kerja
June 2020 39
Kertas Kerja
June 2020 44
Kertas Kerja
December 2019 43

More Documents from ""