Skrip Pengacara Majlis.docx

  • Uploaded by: aldrinaaugustus
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Skrip Pengacara Majlis.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 497
  • Pages: 3
SKRIP PENGACARA MAJLIS- MAAL HIJRAH 2018

(1) Bissmillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum wbt. Dan salam sejahtera.

Yang Berusaha Encik Suhadi Saidi, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SMK Kundasang Ranau, Yang dihormati, saudari Nor Adzlyn binti Sadiri atau dikenali sebagai Da’i Izzlyn, Pendakwah Milenia Musim ke 3 TV3, selaku penceramah jemputan kita pada hari ini,

Encik Muhammad Solleh bin said, Penolong Kanan Kokurikulum

Encik Sabri Amat, Penolong Kanan Petang Ketua-ketua bidang, guru-guru serta rakan- rakan pelajar yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi Tuhan yang Maha Agung kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan, dianugerahkan kesihatan untuk kita sama-sama berkumpul di dewan nan permai Dewan sekolah SMK Kundasang, Ranau bagi satu majlis ilmu, meraikan Sambutan Maal Hijrah peringkat sekolah tahun 2018 bersamaan dengan 1440 tahun hijrah.

Awal muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad Sallallah alaih wassalam dari Kota Mekah ke kota madinah.

2) Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari ini, majlis menjemput al-fadhil al-ustaz Mohd Hafiz bin Sidik untuk membacakan doa. Majlis dgn segala hormatnya dipersilakan.

*******************************bacaan doa******************************** Aamiin,aamin yaa rabbal ‘alamin.. Majlis mengucapkan ribuan terimakasih atas bacaan doa sebentar tadi.

Pengisian majlis ilmu ini diteruskan dengan ceramah/motivasi Awal Muharam oleh Penceramah Jemputan, Yang dihormati, Da’i Izzlyn, Pendakwah Milenia Musim ke 3 TV3. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

*******************************Ceramah******************************** Demikian tadi pengucapan yang telus lagi kudus, penuh dengan pengajaran jua teladan. Semoga apa yang diutarakan beliau sebentar tadi dapat menambahkan ilmu dan dijadikan amalan dalam kehidupan seharian kita sebagai umat Islam. Majlis merakamkan sekalungan bunga terima kasih kepada Da’i Nor Adzlyn Binti Sadiri.

3) Burung enggang terbang merendah, Mencari teduh di tengah padang, Hijrah pertama jadi sejarah Umat, Umat Islam mulia berkembang.

Seterusnya, majlis diserikan lagi dengan persembahan nyanyian berpasangan, daripada saudari Dian Amirah dan saudari Shryeon akan menyanyikan lagu maal hijrah. Sama-sama kita saksikan.

****************************persembahan Nyanyian**************************** Demikianlah tadi persembahan nyanyian dari saudari Dian dan Shryeon. Suka untuk saya mengingatkan diri saya dan hadirin sekalian, sambil kita mendengar kemerduan alunan lagu tadi, eloklah sekiranya kita juga menghayati lirik-lirik lagu yang dipersembahkan.

Hadirin yang dihormati, Sejambak bakti segugus budi, Untuk generasi bangsa sendiri Ganjaran terbaik hanya dari Ilahi Dari kami, terimalah cenderahati ini.

Majlis diteruskan dengan acara penyampaian cenderahati. Dipersilakan Yang Berbahagia En Suhadi Saidi, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Smk Kundasang diiringi Puan Zaiton Othman selaku Ketua Penyelaras Program untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang berusaha, Penceramah, Da’i Nor Adzlyn Sadiri. Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan.. ***************************penyampaian cenderahati**************************

Majlis merakamkan ucapan terima kasih diatas penyampaian cenderahati itu tadi.

4) Alhamdulillah, Majlis kita sudah sampai ke penghujungnya, pihak majlis mohon mengambil kesempatan untuk merakamkan sekalungan bunga terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan Majlis kita pada siang hari ini.

Pohon berangan tempat bertemu, Girangnya rasa si anak dara; Baliklah tuan membawa ilmu, Binalah bangsa bangunkan Negara.

Sekian & terima kasih. Wabillahi taufik walhidayah, Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Related Documents

Skrip
June 2020 16
Skrip Drama
August 2019 46
Teks Pengacara
May 2020 42

More Documents from ""

Visi & Misi.docx
June 2020 1
Ppt 1.docx
June 2020 3
Ba 2018 Mac.docx
June 2020 3