Skrip Pengacara Majlis Hari Guru.docx

  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Skrip Pengacara Majlis Hari Guru.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,378
  • Pages: 10
SKRIP PENGACARA MAJLIS -HARI GURU HARI GURU SMKPNZ 2010 [1] Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Yang Berbahagia, Tn.Hj Mhd Ramli bin Che Mat, Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah En. Abdul Rahim b Abdullah, Penolong kanan Pentadbiran, En. Amran bin Ibrahim, Penolong kanan Hal Ehwal Murid, En. Wan Pauzi bin Wan Mohd, Penolong kanan Kokurikulum

Guru-guru Kanan, Guru Cemerlang, kaunselor sekolah, rakan-rakan guru-guru, staf-staf sokongan dan para pelajar yang dikasihi sekalian.

[2] Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan untuk kita sama-sama berkumpul di Dewan Gemilang ini bagi meraikan Sambutan hari Guru peringkat sekolah bagi tahun 2010. Selasih mekar di tengah desa Mencelah sama kembang melat Guru Pembina Negara Bangsa Menabur ilmu berkhidmat bakt Hadirin-hadirat yang dihormat sekalian, Sambutan Hari Guru merupakan satu pengiktrafan buat kita yang bergelar ’cikgu’..Semoga dengan pengiktrafan ini dapat menyemarakkan lagi iltzam dan tekad serta ikhtar dalam usaha kita menjana dan mengangkat martabat profesion keguruan sebagai profesion yang dipandang tnggi semurni tugas seorang guru. [3] PERSEMBAHAN GURU {1} Memulakan acara, majlis dengan penuh sukacitanya menjemput dan mempersilakan semua guru untuk naik ke pentas bagi menyampaikan Lagu Kami Guru Malaysia. Dipersilakan. ...........

Sama-samalah kita dengarkanlah alunan suara cikgu-cikgu kita mendendangkan lagu GURU MALAYSIA. ...... {2} Sebelum guru-guru mengambil tempat duduk..dijemput Yang berbahagia Tuan Pengetua untuk memotong kek Hari Guru yang disumbangkan oleh Badan Pengawas SMKPNZ. Dipersilakan. ......................... Terima kasih kepada Tuan Pengetua. Terima kasih diucapkan kepada semua guru TERIMA KASIH CIKGU. {3} Berburu ke padang datar Dapat rusa belang kaki Berguru kepalang ajar Bagai bunga kembang tak jadi. Seterusnya, dijemput rakan seperjuangan, Pn Che Faridah bt Che Isa untuk bergandingan mendeklamasikan sajak bersama saya untuk semua guru di SMKPNZ ......................... Terima kasih diucapkan kepada Pn. Che Faridah.

[4] PERSEMBAHAN PELAJAR: {1} Seterusnya kita perdengarkan pula palutan kata ’berdikirlah pulok’ persembahan dikir barat yang akan dipersembahkan oleh pelajar-pelajar kita, ... dipersilakan. ...... Terima kasih diucapkan kepada kumpulan dikir itu tadi.

{2} Persembahan seterusnya,pendeklamasian sajak bersambungan dengan Irama Nasyid dari kumpulan Kelas Pendidikan Khas dengan lagu ____________ Dipersilakan. ................ Terima kasih kepada kumpulan Pendidikan Khas. {3} seterusnya dijemput kumpulan 4 SC untuk menyampaikan Musical Poem berjudul Wonderfull Teacher Dipersilakan .......................... Terima kasih diucapkan kepada kumpulan pelajar 4SC.

................. Demikian tadi berakhirnya persembahan . Terima kasih sekalung budi diucapkan kepada semua yang menjayakan persembahan itu tadi.

[5] PENYAMPAIAN HADIAH Guru-guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian, Seterusnya, majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang bagi acara pertandingan memasak, permainan dan sukaneka hari guru,dan hadiah cabutan bertuah

{1} Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia En Wan Pauzi bin Wan Mohd, GPK Kokurikulum untuk mengiringi yang berbahagia, En. Amran bin Ibrahim, GPK HEM untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Dipersilakan. LAMPIRAN...... {i} badminton {ii} petangue {iii} dart {iv} basikal lambat {v} 15 cabutan bertuah .... Majlis merakamkan setnggi-tnggi ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia GPK KO dan GPK HEM. SUPRISE: Seterusnya, satu kejutan..suprise untuk seorang guru....antara yang bertuah di kalangan yang bertuah...satu hadiah dari seorang suami tersayang untuk seorang isteri tercinta....ucapan selamat Hari Guru..bersama sejambangan bunga tanda ingatan romants si suami buat si isteri...majlis mempersilakan..............................................dari suami tercinta. ........ tahniah kepada.........................

{2} Seterusnya, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang berbahagia En Abdul Rahim bin Abdullah, GPK Tadbir untuk mengiringi Yang Berbahagia, Tn.Hj Mhd Ramli bin Che Mat, Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Majlis mempersilakan.

[ LAMPIRAN] {i} bolling {ii} netshout {iii} pertandingan masakan Desert dan lauk {iv} hadiah hari jadi guru yang lahir pada bulan Mei i. En. Amir Azha -17/5 ii. En. Ahmad Syawal- 29/5 iii. Tn Hj Mohammad Arshad -8/5 iv. En. Ramlan – 12/5 v. Pn. Ruslina - 29/5 vi. Pn. Sit khalijah – 21/5 vii. En. Tahar -23/5 .......... {v} Seterusnya penyampaian anugerah guru. majlis mempersilakan Ahmad NorSyazwan bin Mustafa, selaku Ketua Pengawas untuk membaca keputusan. Dipersilakan.

KEPUTUSAN ??? Terima kasih kepada Ketua Pengawas. {vi} cabutan bertuah -15 Majlis merakamkan setnggi-tnggi ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia, Tn.Hj Mhd Ramli bin Che Mat dan Yang Berbahagia En. Abdul Rahim b Abdullah.

[6] Demikian tadi persembahan guru, pelajar dan juga acara penyampaian hadiah. Majlis yang melibatkan pelajar berakhir di sini. Para pelajar boleh bersurai dalam keadaan tertb dan pulang terus ke rumah.

........................................................................................................................................................................ ... [7] Sebelum majlis kita diteruskan dengan pengisian kerohanian untuk semua guru dan staf SMKPNZ, majlis mengalu-alukan kehadiran Penceramah jemputan Al-Fadzil Ustaz Abdul Aziz bin Yahya. Tanpa melengahkan masa, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Al-fadzil Ustaz Abdul Aziz bin Yahya untuk menyampaikan ceramah beliau yang bertajuk ” Suburnya amanah di dunia, Bunganya bahagia di akhirat” Majlis mempersilakan al-fadzil Ustaz. .................................. Demikian tadi ceramah penuh makna pada sambutan Hari Guru ini. Majlis merakamkan setnggi-tnggi penghargaan dan terima kasih kepada Al-Fadzil Ustaz Abdul Aziz bin Yahya.

[8] Hadirin yang dirahmat Allah sekalian, Majlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil kesempatan waktu di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan kalungan bunga terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastkan majlis sambutan Hari Guru peringkat sekolah ini dapat dilangsung dengan jayanya.

Sekali lagi, TERIMA KASIH CIKGU..... SELAMAT HARI GURU! Tetamu jemputan, Semua guru dan staf sokongan dijemput ke kantn untuk menikmat juadah jamuan yang telah disediakan. Sekian, Wassalamualakum wbt.

Teks MC Hari Guru TEKS UCAPAN MC SEMPENA HARI GURU 2012

MURID-MURID SEKALIAN,MARILAH SAMA2 KITA MEMBERIKAN TEPUKAN YANG GEMURUH KEPADA SEMUA GURU-GURU SK SUNGAI ROKAM. ISTANA KOTA SEBELAS TINGKAT TEMPAT BAHARU NAKHODA PEKAN SAMA KATA SAMA SEPAKAT HARI GURU MARI RAIKAN. JALAN KE DARAT BERPILIN-PILIN CUACA REDUP MENAWAN DUKA GURU IBARAT CAHAYA LILIN MENYULUH HIDUP TIAP KETIKA. BISMILLAHIRAHMANIRAHIM…ASSALAMUALAIKUM W.B.T, SALAM SEJAHTERA… DAN SALAM SATU MALAYSIA YANG DIHORMATI PN SABARIAH BT SAMSUDIN, PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SK SUNGAI ROKAM PN FATIMAH ZAHARAH BT GHAZALI, PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID TUAN HAJI ABDUL RAHMAN B. ARIFFIN, PENOLONG KANAN KOKURIKULUM PN HAJAH AINUN NUR BT ABDUL RAHMAN PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS RAKAN-RAKAN GURU-GURU, STAF-STAF SOKONGAN SERTA MURID-MURID YANG DIKASIHI SEKALIAN. ALHAMDULILLAH, MARILAH KITA SAMA-SAMA MEMANJATKAN SYUKUR KE HADRAT ILLAHI KERANA DENGAN LIMPAH KURNIANYA JUA MAKA KITA DIBERIKAN

LUANGAN WAKTU DAN KESEMPATAN UNTUK KITA SAMA-SAMA BERKUMPUL PADA PAGI YANG GEMILANG INI BAGI MERAIKAN SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH BAGI TAHUN 2012. UNTUK PENGETAHUAN SEMUA TEMA HARI GURU PADA TAHUN INI IALAH GURU INOVATIF MELONJAK TRANSFORMASI NEGARA. HADIRIN-HADIRAT YANG DIHORMATI SEKALIAN, SAMBUTAN HARI GURU MERUPAKAN SATU PENGIKTIRAFAN BUAT KITA YANG BERGELAR ’CIKGU’..SEMOGA DENGAN PENGIKTIRAFAN INI DAPAT MENYEMARAKKAN LAGI ILTIZAM DAN TEKAD SERTA IKHTIAR DALAM USAHA KITA MENJANA DAN MENGANGKAT MARTABAT PROFESION KEGURUAN SEBAGAI PROFESION YANG DIPANDANG TINGGI SEMURNI TUGAS SEORANG GURU.

HADIRIN YANG DIHORMATI, BAGI MEMBERKATI MAJLIS PADA PAGI INI,,DIPERSILAKAN _________________________ UNTUK MENGETUAI BACAAN DOA.DIPERSILAKAN. MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA__________________________________________DIATAS BACAAN DOA ITU TADI.

ANAK KECIL PERGI BERBURU TIDAK TERBIASA DENGAN KERJA YANG SIA DARI KECIL DI ASUH GURU AGAR DEWASA MENJADI MANUSIA.

**** MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN PEMBACAAN PERUTUSAN………………………………..YANG AKAN DISAMPAIKAN OLEH……………….....................................DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.

PARA GURU DAN MURID SEKALIAN, SETERUSNYA MAJLIS MENJEMPUT KETUA MURID SK SUNGAI ROKAM SAUDARI________________________________UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN KHAS SEMPENA HARI GURU. DIPERSILAKAN. TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SAUDARI _______________________________ATAS UCAPAN SEBENTAR TADI. PUTIK BARU MEKAR DI LAMAN KEMBANG KUDUP KUMBANG TERIKAT HARGAIKU SEPANJANG ZAMAN AGAR HIDUP BEROLEH BERKAT.

HADIRIN SEKALIAN MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN MEMPERSILAKAN _________________________________________GURU BESAR SK SUNGAI ROKAM BAGI MENYAMPAIKAN UCAPAN SEMPENA PERAYAAN HARI GURU. DIPERSILAKAN TERIMA KASIH DI UCAPKAN KEPADA PUAN GURU BESAR DI ATAS UCAPAN ITU TADI. DI MANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA JALAN JASAMU GURU TAK AKAN DILUPAKAN BUDIMU GURU SENTIASA DALAM INGATAN. ANGIN MENDERU DENGAN SEPOINYA DI ANAK TANGGA DUDUK BERPERIKAN KASIH GURU AKAN MURIDNYA MASA DAN TENAGA RELA KORBANKAN

BAIKLAH HADIRIN HADIRAT SEKALIAN MAJLIS KINI MENJEMPUT _______________________________________________UNTUK MENGETUAI BACAAN IKRAR GURU..MOHON PARA GURU BERDIRI…DAN SELEPAS ITU,KITA AKAN DIPERDENGARKAN OLEH PARA GURU NYANYIAN LAGU GURU MALAYSIA.

DENGAN BERAKHIRNYA NYANYIAN LAGU GURU MALAYSIA ITU TADI, MAKA BERAKHIRLAH PERHIMPUNAN KITA PADA PAGI INI…UNTUK MENERUSKAN ACARA YANG PALING DINANTI-NANTIKAN OLEH PARA GURU DAN MURID IAITU ACARA SUKANEKA…SAYA SERAHKAN MAJLIS KEPADA _________________________________

******** PENUTUP AKHIR KATA TAMATLAH SUDAH MAJLIS KITA PADA HARI INI. SEKALI LAGI SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA WARGA SK SUNGAI ROKAM KERANA DAPAT BERSAMASAMA DALAM SAMBUTAN HARI GURU BAGI TAHUN INI….. SEMOGA ALLAH MENGANUGERAHKAN ILHAM KPD SEMUA GURU UTK MENJADI PENDIDIK YANG GEMILANG…SEMOGA BENIH2 KEIKHLASAN BERJAYA DITANAM DALAM SETIAP BATAS HATI PARA GURU,KERANA DENGAN KEIKHLASAN,AKANTERPANCAR KEJERNIHAN DAN KEJAYAAN ANAK DIDIK YANG MUTLAK...INSYAALLAH…MUDAH MUDAHAN… AYUH BERSAMA KITA UCAPKAN SELAMAT HARI GURU…..

TERIMA KASIH.SEKIAN WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT

Related Documents