Singapura Dilanggar Todak

  • Uploaded by: Firda
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Singapura Dilanggar Todak as PDF for free.

More details

  • Words: 1,515
  • Pages: 8
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU JXEA 1104

SULALATUS SALATIN SINGAPURA DILANGGAR TODAK

NAMA : NORHAFIZA BINTI YA’ACOB NO. MATRIK : JEA 080172 NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN MUHAMMAD SESI : SEMESTER 1, SESI 2008 / 2009 NAMA TUTOR : CIK SITI HADIJAH BINTI ABDUL RAHMAN

Dalam teks Sulalatus Salatin, terdapat sebuah cerita dimana, menceritakan sebuah kisah iaitu “cerita Singapura di langgar todak”. Cerita ini bermula,bila ikan todak melanggar negeri Singapura.

Akibat daripada itu, ramai penduduk telah

terkorban di tikam ikan todak tersebut. Setelah berita itu sampai ke pengetahuan Paduka Seri Maharaja, baginda pun segera pergi ke tepi pantai untuk melihat kejadian tersebut. Sampai di sana, baginda menitahkan semua rakyat berkubukan betis untuk menbunuh ikan todak tersebut, datang seorang kanak – kanak memberi cadangan supaya jangan berkubukan betis kerana ia akan mengorbankan lebih ramai rakyat negeri Singapura, sebaliknya dia mencadangkan supaya berkubukan batang pisang. Paduka Seri Maharaja pun bersetuju dengan cadang tersebut. Baginda pun segera mengarahkan rakyat untuk mengejakannya. Maka semua ikan itu pun melompat dan melekat pada batang pisang tersebut. Ikan todak itu pun berjaya dibunuh sehingga bertimbun di tepi pantai, sehingga tidak termakan oleh peduduk negeri Singapura. Pada suatu ketika, semasa bagida sedang melihat kejadian yang menimpa negeri Singapura. Seekor ikan todak telah melompat dan terkena baju baginda terus terkoyak. seloka.

Kejadian itu teleh menbuatkan rakyat mencipta sebuah

Setelah selesai, baginda pun pulang ke istana.

Sampai di istana para

pembesar pun menghasut Paduka Seri Maharaja. Mereka mengakatakan bahawa apabila kanak -kanak itu besar, kanak – kanak itu akan menggugat kedudukkan baginda sebagai seorang raja dan akan merampas takhta dari baginda. Mereka mencadangkan supaya budak itu dibunuh. Baginda pun bersetuju dengan cadang tersebut, baginda pun menjatuhkan hukuman tanpa berfikir dan bertindak mengikut telunjuk pembesar. Maka kanak – kanak yang tidak berdosa itu pun dibunuh.

Berdasarkan kisah tersebut, terdapat falsafah yang dapat kita ketengahkan iaitu falsafah tentang tindakan tanpa berfikir. pengarang buku salatus salatin iaitu Tun Seri Lanang memaparkan kisah seorang raja yang mengambil tindakan tanpa berfikir, dengan menjatuhkan hukuman bunuh terhadap seorang kanak – kanak yang telah menyelamatkan negeri Singapura daripada serangan todak. Tindakan itu diambil bila pembesar negari mengatakan bahawa kanak – kanak itu akan merampas takhtanya kelak. Tun Seri Lanang telah memberi gambaran bahawa raja pada ketika itu mudah termakan hasutan pembesar. Raja pada zaman itu juga, sangat menpercayai pembesar mereka. Raja pada masa itu, tidak boleh membuat keputusan yang adil. Selain daripada itu, Tun Seri Lanang juga, menggambarkan perbuatan para pembesar negeri Singapura yang tidak bertanggungjawab, tamakkan harta dan takut kehilangan jawatan masing – masing. Mereka sanggup menfitnah kanak – kanak tersebut.

Mereka jugak sanggup

menghasut Paduka Seri Maharaja supaya kanak – kanak tersebut dijatuhkan hukuman bunuh.

Tun Seri Lanang juga menunjukkan bahawa kisah daripada tindakan

pembesar – pembesar tersebut telah menyebabkan raja mengambil satu tindakan yang sangat kejam terhadap budak yang telah memberi cadangan untuk menyelamatkan negeri Singapura daripada serangan ikan todak. Raja pada masa itu, tidak mempunyai perasaan belas kasiah kerana dia bertindak tanpa memikirkan, bagiada tidak berfikir bagaimana perasaan keluarga kanak – kanak tersebut, bila mendapat tahu anak mereka akan dibunuh. Berdasarkan tindakan – tindakan tersebut, maka dapat disimpulkan dari sudut falsafah membuat tindakan tanpa berfikir. Mereka tidak sepatutnya bertindak sedemikian kerana ia akan mendatangkan keburukan dan kerugian pada banyak pihak khususnya negeri itu sendiri.

Selain itu, dalam cerita ini juga kita dapat melihat raja pada ketika itu tidak dapat berfikir secara rasional kerana telah menjatuhkan hukuman bunuh terhadap kanak – kanak yang tidak berdosa. Sedangkan jika difikirkan secara positif, suatu hari nanti kanak – kanak itu akan mendatangkan kebaikkan dan keuntungan kepada negeri tersebut.

Dengan kebijaksanaan yang ada pada kanak – kanak tersebut,

mungkin suatu hari nanti dia dapat memberikan buah fikiran untuk mengatur strategi untuk memajukan negeri dan mempertahankan negeri. Sepatutnya seorang raja tidak boleh bersikap terburu – buru atau pun mengikut dan terlalu percaya pada kata pembesar yang hanya takut kedudukan mereka akan dirampas atau digugat oleh kanak – kanak tersebut. Seorang raja juga perlu bersikap adil dalam semua aspek tanpa mengira bangsa, agama, warna kulit, kaya atau miskin. Seorang raja yang adil tidak akan membezakan antara golongan bangsawan dan golongan biasa. Raja yang berjiwa rakyat biasanya akan lebih disayangi dan disanjung tinggi oleh rakyat. Tindakan yang diambil oleh Paduka Seri Maharaja itu sangat tidak wajar sama sekali. Baginda perlu peka dalam keadaan tersebut. Kes – kes sedemikian perlu disiasat atau diserahkan kepada pihak – pihak yang bertanggungjawab untuk mengumpulkan bukti dan menyiasat sejauhmana kebenaran berita tersebut. Dengan cara ini, kebenaran dapat dibuktikan dan tidak akan berlaku penindasan terhadap golongan bawahan. Walau bagaimanapun, tidak semua raja yang hidup pada era itu berkelakuan zalim. Terdapat juga, raja – raja yang baik dan sangat prihatin terhadap kebajikan dan keselamatan rakyat. Sesetengah raja sanggup menyiasat sendiri sesuatu kes tanpa menyuruh orang bawahannya. Raja beginilah yang dimahukan oleh rakyat. Seorang

raja yang mampu berfikir secara rasional, berjiwa rakyat, dan sangat berdedikasi untuk meneraju negeri. Selain daripada itu juga, kita dapat melihat tindakan pembesar – pembesar negeri yang menyebabkan raja mengambil tindakan tanpa berfikir. Sebagai seorang pembesar, mereka sepatutnya mempunyai sikap bertanggungjawab terhadap kebajikan dan keselamatan rakyat. Bukan menindas atau menfitnah orang bawahan semata – mata takut kedudukan atau jawatan akan dirampas. Mereka sepatutnya berasa bangga dan kagum pada kanak – kanak tersebut kerana dia telah memberikan satu idea yang bernas untuk mengelakkan lebih ramai rakyat menjadi korban ikan todak. Di samping itu, mereka patut berasa gembira kerana ada golongan yang bijak pandai yang akan menjadi pelapis mereka apabila mereka tua atau bersara suatu hari nanti. Sepatutnya para pembesar harus lebih peka dan sebagai penasihat raja, seorang pembesar itu harus berfikiran jauh untuk memajukan negeri dan menjaga kebajikan rakyat.

Seorang pembesar juga harus pandai mengambil kesempatan yang ada.

Bukan bersifat dengki, iri hati dan menbuat fitnah untuk menjatuhkan orang lain dan kepentingan diri sendiri. Sementara itu, terdapat pembesar yang sanggup menghasut pihak berkuasa atau pihak atasan untuk menjatuhkan hukuman pada mereka yang dirasakan akan mengugat kedudukan pembesar tersebut.

Sepatutnya seorang pembesar itu perlu

pandai menghargai kebijaksanaan dan kecerdikan generasi muda yang bakal menjadi generasi pewaris bangsa dan negara. Para pembesar harus memainkan peranan penting untuk mengenengahkan golongan bijak pandai ini. Hal ini demikian kerana golongan ini perlu dididik dan diasah kepandaian mereka agak tidak lentur dan disia – siakan dengan begitu sahaja. Seandainya hal ini terjadi, ia merupakan satu kerugian kepada negara, bangsa dan

individu itu sendiri. Golongan ini perlu diberi pelajaran yang secukupnya kerana mereka mampu menjana pembangunan negara Sebagai kesimpulannya, falsafah bertindak tanpa berfikir atau tanpa usul periksa ini sememangnya ada kaitan dengan kisah Singapura dilanggar todak. Hal ini sepatutnya tidak berlaku. Seandainya Paduka Seri Maharaja masih ingin menjatuhkan hukuman terhadap kanak – kanak tersebut, baginda boleh mencari jalan lain selain membunuh kanak – kanak yang tidak berdosa itu. Hal ini demikian kerana suatu hari nanti kita akan memerlukan seseorang

yang bijaksana khususnya untuk

menyelesaikan masalah yang melanda negeri atau negara kelak. Hargailah apa yang sudah ada dan wujud di depan mata dan bukannya mengharap apa yang belum pasti. Sekian, wassalam...........

TEKS SINGAPURA DILANGGAR TODAK Maka datanglah todak menyerang Singapura, berlompatan lalu ke parit. Maka segala Orang yang dipantai itu banyak mati dilompati todak itu; barang yang kena terus -menerus olehnya. Maka tiadalah dapat orang berdiri dipantai itu lagi. Maka gemparlah Orang berlari-larian kesana kemari, semuanya mengatakan, “Todak datang menyerang Kita; banyaklah sudah mati ditikamnya.” Maka Paduka Seri Maharaja pun segera naik Gajah, lalu Baginda keluar diirikan segala menteri hulubalang sida-sida bentara sekalian. Setelah datang ke pantai maka baginda pun hairanlah melihat perihal todak itu, barang Yang kena dilompatinya sama sekali matilah. Maka baginada pun menitahkan orang Berkotakakan betis, maka dilompati oleh todak itu, terus berkancing kesebelah. Adapun Todak itu seperti hujan, usahkan kurang, semakin banyak orang mati. Sahadan pada antara itu, datangalah seorang budak berkata,” apa kerja kita Berkotakan betis ini? Mendayakan diri kita. Jika berkotakan batang pisang alangkah Baiknya?” setelah didengar Paduka Seri Maharaja kata budak itu, maka titah baginda, “benar seperti kata budak itu,” maka dikerahkan baginda rakyat mengambil batang pisang Diperbuat kota. Maka dikerjakan oranglah berkotakan batang pisang. Maka segala todak Yang melompat itu melekat jongornya, tercacak pada batang pisang itu; dibunuh Oranglah bertimbun-timbun dipantai itu, hingga tiadalah termakan lagi oleh segala Rakyat. Maka todak itu pun tiadalah melompat lagi. Pada suatu ceritera pada masa todak Itu melompat, datang ke atas gajah Paduka seri Maharaja kena baju baginda; maka Diperbuat orang seloka: Carik baju dilompati todak, Baharu menurut kata budak. Selain itu maka Paduka Seri Maharaja pun kembalilah ke istana baginda. Maka Sembah orang Besar-besar, “Tuanku, akan budak itu terlalu sekali besar akalnya. Sedang ia lagi budak sekian ada akalnya, jikalau sudah besar betapa lagi? Baiklah ia kita Bunuh tuanku.” Maka titah raja, “benarlah bagai kata tuan hamba sekalian itu, bunuhlah Ia!” maka adalah budak itu, takkala ia akan dibunuh, maka ia menanggungkan haknya Atas negeri itu; lalu ia pun dibunuh oranglah.

BIBLIOGRAFI Tun Seri Lanang. penyelenggara A. Samad Ahmad . 2000. BUKU SALATUS SALATIN :Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Awang Sariyan . 2007. Falsafah dan logika Melayu: Selangor: Synergymate Sdn. Bhd Hashim bin Haji Musa. 2001. Falsafah, Logik Teori Nilai dan Etika Melayu : Akademi Pengajian melayu http://www1.moe.edu sg/nadi/arkit/2005/jun/dogengwarisan.htm http://ms.wipedia.org./ wiki / singapura‗dilanggar‗ todak

Related Documents

Singapura Dilanggar Todak
October 2019 25
Singapura Dilanggar Todak
October 2019 23
Singapura
November 2019 28
Peta Singapura
May 2020 12
Sejarah Singapura
May 2020 5

More Documents from ""

Daftar Pustaka.docx
April 2020 31
Al-ghazali
October 2019 45
Plato
October 2019 71
Al-farabi
October 2019 46
Pantun
October 2019 40