TAZKIRAH 0002 > > SIFAT SAHABAT > > Sahabat adalah orang yang selalu dekat dengan kita. > Sahabat yang baik > itu adalah orang yang selalu membantu dan menolong > kita dalam > kebaikan dan ketika kita mendapat kesusahan supaya > kita di hargai, > hendaklah kita menghormati sahabat kita. > > Ciri-ciri seorang sahabat > • Jika engkau membuat bakti kepadanya, ia akan > melindungimu. > • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, ia > akan membalas > baik persahabatanmu itu. > • Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya ia > akan > membantumu. > • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan > kepadanya ia akan > menerima dengan baik. > • Jika ia mendapat sesuatu kebajikan daripadamu ia > akan > menghargai atau menyebut kebaikanmu. > • Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik > daripadamu, ia akan > menutupnya. > • Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, > ia akan > mengusahakannya. > • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak > meminta), ia > akan menanyakan kesusahanmu. > • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia > akan > meringankan kesusahanmu. > • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan > membenarkanmu. > • Jika engkau merancang sesuatu nescaya ia akan > membantumu. > • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia > lebih senang > mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan. > > Ingatlah pesan Hasan Al-Banna, "Jadilah seperti > pohon mempelam, walau > ia dibaling dengan batu, namun ia masih memberikan > buah yang manis > untuk kita". >