Di kala senja Sang Mentari melabuhkan tirainya Kau keseorangan di situ menahan rasa duka Yang semakin mencengkam perasaan dan jiwa Sahabatku Kau dalam dilema Kau di dalam lubang yang menggelapkan jiwamu Yang memusnahkan ikatan persahabatan antara aku dan kamu Sahabatku Aku disini Akan ku membimbing kamu pergi dari sini Akan ku menarik kamu keluar dari sini Akan ku berada di sampingmu Walau kilat menghampiri anak rambutku Sahabatku Ini bukan sekadar kata-kata Mahupun janji manis yang menghiasi bibirku Tetapi ini adalah janji-janji seorang manusia Yang mendampingimu Yang menyayangimu Yang mengasihanimu Yang mencintaimu Sahabatku Persahabatan kita terlalu aku sayang Persahabatan kita tidak mahu aku putus Persahabatan inilah yang memulakan Hari-hari manis yang senantiasa akan aku kenang Sahabatku Antara kita tiada rahsia Ceritakan kepada sahabatmu ini Akan kecelaruan perasaanmu Yang kian memamah imanmu Sahabatku Betapa sayang aku padamu Tidak dapat engkau fahami Mahupun engkau dalami Tidakkan kau percayai Kerana Sayang aku padamu ibarat Separuh lautan dunia Yang tidak pernah akan diteroka