PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK GANUN 78000 ALOR GAJAH, MELAKA Email Sekolah : Website Sekolah :
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 44
2019 TARIKH
: 21 Februari 2019
HARI
: Khamis
MASA
: 2.30 PAGI
TEMPAT : Dewan SK Ganun, Melaka
DIRASMIKAN OLEH : YB. G. SAMINATHAN
Adun Gadek,
1
ISI KANDUNGAN PERKARA
HALAMAN
Aturcara Majlis
3
Agenda mesyuarat
4
Ucapan Aluan Penasihat PIBG
5
Ucapan Yang Dipertua PIBG
7
Surat Jemputan
8
Senarai Jawatankuasa PIBG Sesi 2018/2020
10
Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung PIBG 2019
11
Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-43
13
Penyata Kewangan terkini
17
Analisis Keputusan UPSR 2018
18
Program Intervensi Kecemerlangan UPSR 2019
20
Penghargaan
23
Catatan
24
ATURCARA MAJLIS
2.00 petang - Pendaftaran 2.30 petang - Ucapan aluan Pengerusi Majlis o Bacaan doa o Ucapan Penasihat PIBG o Ucapan YDP PIBG o Ucapan Perasmian: o YB. G. SAMINATHAN o Adun Gadek 3.30 petang - Mesyuarat Agung PIBG Kali ke- 44 sesi 2018/2020 4.00 petang - Cabutan bertuah 4.30 petang – Pemberian Bantuan Awal Persekolahan 2019 5.00 petang - Bersurai
Agenda Mesyuarat 1.
Pengerusi dan AJK mengambil tempat
2.
Ucapan aluan pengerusi
3.
Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-43
4.
Membentang dan Mengesahkan Penyata Kewangan PIBG
5.
Perkara Berbangkit
6.
Pembahasan usul
7.
Perancangan Aktiviti Tahun 2019
8.
Hal-hal lain
9.
Ucapan Penangguhan
10. Bersurai
UCAPAN ALUAN PENASIHAT PIBG
TEKS UCAPAN PENASIHAT PIBG SEMPENA MESYUARAT AGUNG PIBG SK GANUN KALI KE-43 2018
ن ٱللر م ب مسسم م ٱلل لهم ٱللرسح م حيم م م م
Yang berusaha pengerusi majlis Yang Berhormat, Datuk M S Mahadevan Sanasy, Ahli Dewan Undangan Negeri Dun Gadek. Yang dihormati Tn. Hj Ismail bin Mohd Amin selaku YDP PIBG SK Gadek serta ahli jawatankuasa PIBG 2018/2020, Guru-guru dan seterusnya ibu bapa serta murid-murid yang dikasihi sekalian.
Pertamanya, izinkan saya menzahirkan ungkapan terima kasih kepada yang berhormat kerana sudi melapangkan masa untuk menghadiri satu lagi agenda pendidikan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Terima kasih tidak terhingga juga kepada YDP dan ahli jawatankuasa yang sentiasa gigih dan komited dalam menjayakan apa-apa jua majlis yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Kita perlu sedar, majlis seumpama ini amat penting untuk diadakan bagi merapatkan lagi hubungan kemesraan antara kami sebagai warga sekolah dengan komuniti luar amnya dan secara khususnya dengan ibu bapa. Tuan-tuan dan puan-puan, Asas hubungan yang kukuh antara pihak kami dengan pihak tuan-tuan dan puan-puan amat membantu dalam melonjakkan lagi prestasi anak-anak kita seterusnya melahirkan individu-individu yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Sikap cakna ibu bapa terhadap pembelajaran anak- anak mereka sangat saya sanjungi. Saya fikir tiada ibu bapa di sekolah lain yang sanggup menghantar bekalan makanan setiap hari ke sekolah untuk anak-anak mereka, pada waktu rehat dan tengahari. Ini menunjukkan anda semua sebagai ibu bapa amat prihatin dengan anak-anak anda. Tahniah dan syabas saya ucapkan. Ibu-ibu dan bapa-bapa sekalian, Kejayaan seseorang murid tidak hanya terletak pada bahu guru semata-mata. Kami sebagai guru hanya memberi ilmu pengetahuan dan murid-murid bersedia menerima apa yang disampaikan. Apa yang diterima oleh murid akan hilang jika tidak diulangkaji dan diasah. Di sini letaknya peranan anda sebagai ibu bapa. Anda perlu bertindak sebagai pendorong, menggalakkan anak-anak belajar, mengulangkaji pelajaran atau menyiapkan kerja rumah. Jangan kita terlalu ikut kehendak anak-anak, terlalu memanjakan mereka kerana sikap sebegini akan merugikan kita sebagai ibu bapa pada masa akan datang. Tuan-tuan dan puan-puan, Sebagai ibu bapa, anda perlu tahu akan peri pentingnya pendidikan dalam mengubah nasib anda dan anak-anak pada masa akan datang. Pendidikan memainkan peranan penting untuk mencapai hidup yang berkualiti. Pendidikan yang baik adalah modal yang paling mahal dalam mengubah nasib anda pada masa akan datang. Sekali lagi saya ulangkan, pendidikan amat penting, kerana ia menjamin kesejahteraan dan kebahagiaan hidup kita pada masa akan datang. Apa yang kita semai pada hari ini, hasilnya akan kita tuai pada masa akan datang. Pada hari ini, kita semai benih ilmu dalam diri anak-anak kita. Pada hari kemudian, kita tuai hasil itu dengan kebahagiaan dan kesenangan. Biarlah kita berpayah-payahan dahulu,
kelak, di hari tua kita nanti, kita akan bersenang lenang. Oleh itu, marilah kita bekerjasama dan berganding bahu membentuk anak-anak kita berjaya dan menjadi orang yang berguna kepada keluarga dan negara kita. Yang berhormat dan para hadirin sekalian, Selain ibu bapa dan guru berperanan dalam melahirkan murid yang cemerlang, kemudahan logistik yang baik dan selamat juga membantu kita mencapai hasrat itu. Keselesaan dan keceriaan sekolah akan memberi satu suasana yang menggalakkan kepada murid-murid. Mereka pastinya akan berasa seronok untuk ke sekolah seterusnya menimba ilmu dalam keadaan yang seronok dan terhibur. Oleh itu, saya menyeru ibu bapa, pihak PIBG dan yang berhormat untuk bersama – sama kami, warga sekolah dalam melahirkan lebih ramai cendikiawan dan pemimpin tersohor yang boleh kita banggakan suatu hari nanti. Sebelum mengakhiri ucapan, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada yang berhormat, ydp dan ibu bapa sekalian. Kesudian anda semua menghadirkan diri ke majlis ini memberi satu semangat kepada saya untuk terus berkhidmat dalam dunia pendidikan ini.
Sekian, terima kasih
UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG
TEKS UCAPAN YDP PIBG SEMPENA MESYUARAT AGUNG PIBG SK GANUN KALI KE-43 2018 Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum w.b.k Yang Berhormat Datuk M S Mahadevan Sanasy, Yang berusaha En. Anuar bin Ismail, Guru Besar SK Ganun, Yang dihormati barisan Penolong-Penolong Kanan AJK PIBG, guru-guru, para ibu bapa, hadirin hadirat yang dikasihi sekalian. Marilah kita menzahirkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan rahmatNya maka kita dapat bersama-sama berkumpul di Dewan Gadek pada petang ini untuk bersama-sama dalam Mesyuarat Agung PIBG SK Ganun Kali Ke-43 Tahun 2018. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk M S Mahadevan Sanasy, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Gadek yang sudi hadir untuk merasmikan majlis kita pada petang ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah terutama kepada Guru Besar SK Ganun iaitu En. Anuar bin Ismail yang juga merupakan penasihat PIBG serta kepada para guru dan AJK PIBG yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SK Ganun Kali Ke-43 Tahun 2018. Yang Berhormat Datuk, Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian, PIBG merupakan sebuah medium yang berkesan untuk mengeratkan lagi hubungan antara pihak sekolah dengan komuniti. Justeru, PIBG sewajarnya bergerak seiring dengan perkembangan sekolah dan menjadi penyumbang kepada kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah. Sejak ditubuhkan, PIBG SK Ganun telah banyak berkolaborasi dengan pihak sekolah dalam menjalankan aktiviti-aktiviti sekolah seperti Motivasi keibubapaan, Kursus Kepimpinan, ceramah akademik, Majlis Solat Hajat, Hari Kecemerlangan dan sebagainya. Justeru, saya amat berharap agar program dan aktiviti untuk meningkatkan kecemerlangan para pelajar SK Ganun dapat diteruskan dari tahun ke tahun agar potensi para pelajar dapat dicungkil dan diperkasakan. Tuan-tuan dan puan-puan, Sepanjang tempoh setahun menerajui PIBG SK Ganun, saya dan para AJK PIBG sentiasa menyokong segala usaha sekolah untuk meningkatkan prestasi dan kecemerlangan pelajar. Saya amatlah berbesar hati sekiranya pihak sekolah dapat meneruskan segala aktiviti yang dirancang agar anak-anak kita akan berjaya dalam pelajaran seterusnya menjadi insan yang berguna untuk bangsa dan negara. Saya dan para AJK juga akan sentiasa membantu dari segi sokongan moral memandangkan terdapat sarana Ibu Bapa untuk membantu pihak sekolah. Yang berhormat Datuk, tuan-tuan dan puan-puan, Saya tidak berhajat untuk berucap dengan lebih panjang lagi. Saya sekali lagi ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk yang telah sudi hadir dan semua pihak yang telah menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SK Ganun Kali Ke-43 Tahun 2018. Semoga segala pengorbanan dan kerjasama yang diberikan akan diberkati oleh Allah swt seterusnya mendatangkan impak yang positif dalam perkembangan pendidikan anak-anak kita seterusnya melahirkan generasi yang cemerlang dan dapat menyumbang kepada kemajuan agama,bangsa dan negara. Sekian, wabillahi taufik wal hidayah assalamualaikum wbk
SEKOLAH KEBANGSAAN GANUN PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN GANUN, 78000 ALOR GAJAH, MELAKA.
Kod Sekolah : MBA 0025 No. Tel : 06-5548908 No. Fax : 06-5548908
Rujukan kami : PIBG/SKKS 900-8/2/3(42) Tarikh : 21 Januari 2019
Kepada: IBUBAPA/PENJAGA MURID, Tuan / Puan, NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG SK GANUN KALI KE– 44 TAHUN 2019 Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Ganun bagi tahun 2019 akan diadakan seperti ketetapan berikut: Tarikh : 21 Feb 2019 Hari : Khamis Masa : 2.00 petang Tempat : Dewan SK Ganun 3. Bersama-sama ini disertakan Aturcara Mesyuarat Agung yang telah ditetapkan oleh Jabatan untuk makluman tuan/puan. 4. Sehubungan itu, Sebarang usul boleh dibawa / diserahkan kepada pihak sekolah dengan menggunakan borang yang telah disediakan. Oleh yang demikian, tuan/puan dijemput hadir demi kebaikan dan kecemerlangan anak-anak kita bersama. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Yang menjalankan amanah, …………………………. (En. Asaduz Dzaman bin Omar) Setiausaha PIBG, Sekolah Kebangsaan Ganun. s.k:
i. Unit Perhubungan JPM ii. Pejabat Pelajaran Daerah Alor Gajah iii. Fail SU PIBG
Borang Usul
Saya (nama penuh) ………………………………………………… dengan ini membawa usul: 1. ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ _______________________________________________________________ 2. ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ _______________________________________________________________ 3. ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ _______________________________________________________________ PERHATIAN: Jawatankuasa PIBG berhak menapis usul/cadangan sebelum dibentangkan dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-44. * potong yang tidak berkenaan.
Sekian, terima kasih. Yang benar, ………………………………. No.tel: ……………………………….
AHLI JAWATANKUASA INDUK PIBG SESI 2018/2020
Penasihat
: En. Anuar bin Ismail
Yang Dipertua
: Tn. Hj. Ismail bin Mohd Amin
Naib yang
: En. Mohd Fahmy bin Abd Majid
Dipertua
: En. Asaduz Dzaman bin Omar
Setiausaha
: Pn. Rosamirah bt Rospandi
Pen. Setiausaha
: En. Mohd Zahari Safuan bin Draffar
Bendahari AJK Ibu Bapa Tn. Hj. Abd Rahim bin Abd Hamid En. Mohd Sidi bin Johan Pn. Norzaitul Akmal Pn. Suzana bt Ali Pn. Norafina Pn. Nurul Nadwa Pn. Norazizah bt Sabah AJK Guru Pn. Nor Aelea bt Ahmad Pn. Norhidayah bt Mohd Yasah Pn. Rohana bt Ramly Pn. Rozila bt Husin Pn. Hashimah bt Ismail Pn. Thalathawati bt Hashim Pemeriksa Kira-kira : Pn. Siti Haisah bt Saleh En. Mohd Zamani bin Mat Liza SENARAI JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG PIBG KE-44
SESI 2018/2020 Tarikh : 21 Feb. 2019 : Hari Khamis Masa
: 2.00 petang
Penasihat
: En Anuar bin Ismail
YDP
: Tn. Hj. Ismail bin Mohd Amin
Setiausaha
: En. Asaduz Dzaman bin Omar : En. Mohd Zahari Safuan bin Draffar
Bendahari
BUKU PROGRAM
PENYAMBUT TETAMU
1. En. Asaduz Dzaman bin Omar
1. En. Anuar bin Ismail
2. Pn. Norhidayah bt Mohd Yasah
2. Tuan Hj. Ismail bin Mohd Amin
3. Pn. Nor Suhaila bt Hashim
3. En. Mohd Fahmy bin Abd Ghani
4. Pn. Norhafizah bt Ramly
4. GPK Sekolah
5. Pn. Rozila bt Husin
PENDAFTARAN
PENGACARA MAJLIS
1. Pn. Faizalhasmin bt Ab Fatah
1. Pn. Rosamirah bt Rospandi
2. Pn. Faridah bt Ismail
2. Pn. Noor Aelea bt Ahmad
3. Pn. Hashimah bt Ismail
JAMUAN IBUBAPA & VIP
4. Pn. Nor Hayati bt Mohijan
1. Pn. Suzana bt Ali
PERSIAPAN PENTAS / TEMPAT
2. Pn. Norazizah bt Sabah
1. En. Mohd Safian bin Abd Majid
3. Pn. Nurul Nadwa
2. En. Mohd Zahari Safuan bin Draffar
4. Pn. Norafina
3. En. Faizal bin Hasan
5. Pn. Noorzaitul Akmal
4. En. Mohd Rohaizad bin Jamal
6. Pn. Thalathawati bt Hashim 7. Pn. Nor Aliah bt Mat Ali
PROTOKOL DAN SAMBUTAN
SIJIL DAN HADIAH
1.
Pn. Roslina bt Mohd Amin
1. Pn. Rosamirah bt Rospandi
2. Pn. Aelea BT Ahmad
2. Pn. Aelea BT Ahmad
3. Pn. Hashimah BT Ismail
3. Pn. Hashimah BT Ismail
JEMPUTAN PENERIMA ANUGERAH
JEMPUTAN
1. Pn. Rohana bt Ramli
1. En. Asaduz Dzaman bin Omar
2. Tuan Sabariah bt Tuan Mat
2. Pn. Rohana bt Ramli 3. Pn. Rosamirah bt Rospandi
PA SISTEM/LCD
BACAAN DOA
1. Tn. Hj. Izwan bin Othman
1. En. Asaduz Dzaman bin Omar
2. En. Mohd Rohaizad bin Jamil TAYANGAN MULTIMEDIA 1. En. Ahmad Suhaimi bin Mohd Nasir
BANNER 1. En. Mohd Rohaizad bin Jamil 2. En. Mohd Faizal bin Hasan 3.Pn. Hamnah bt Baharom
CABUTAN BERTUAH
PENCATAT MINIT
1. Pn. Norazian bt Abdullah
1. Siti Aisyah bt Abd Wahid
2. Cik Faharina bt Mohd Nor
2. Pn. Siti Habibah bt Sudirman
3. Pn. Rasidah bt Saleh FOTOGRAFI DOKUMENTASI
1. En. Ahmad Suhaimi bin Mohd Nasir
1. En. Asaduz Dzaman bin Omar 2. Pn. Rosamirah bt Rospandi
BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN
(BKAP) 1. PN. Badariah Bt Yusoff Guru Kelas
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 43 TAHUN 2018 SK GANUN AGENDA 1. Ucapan aluan YDP PIBG 2. Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-42 3. Membentang dan Mengesahkan Penyata Kewangan PIBG Tahun 2018 4. Perkara Berbangkit 5. Perbahasan Usul 6. Pemilihan AJK/Juru Audit Sesi 2018/2020 7. Hal-hal Lain 8. Ucapan Penangguhan 9. Bersurai 1.0 UCAPAN ALUAN YDP PIBG 1.1 Tn. Haji Ismail bin Mohd Amin selaku YDP PIBG mengalu-alukan kehadiran ibu bapa/waris dan mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk hadir ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-43. 1.2 Beliau juga menyeru agar pihak guru dan waris dapat sama-sama menjaga keharmonian hubungan, saling bekerjasama, melibatkan diri dan memberi sumbangan sama ada dalam bentuk kewangan atau tenaga agar program-program yang dirancang dapat dil-aksanakan dengan sempurna. 1.3 YDP PIBG juga mengingatkan semua waris tentang tatacara dan peraturan sekolah terutama peraturan lalu lintas yang perlu dipatuhi iaitu jalan utama bagi tujuan keselamatan dan memudahkan urusan menghantar dan menjemput anak-anak. 1.4 Beliau juga memohon maaf andainya terdapat kekurangan dalam perlaksanaan program sekolah. Jika ada isu-isu yang membuatkan waris tidak berpuas hati boleh berbincang dan memberi pandangan terbaik kepada pihak sekolah bagi menyelesaikan masalah terse-but. 1.5 Tidak lupa YDP PIBG juga menyentuh tentang Pendaftaran Murid Tahun 1/2018 yang telah bermula. Pendaftaran secara atas talian telah disediakan bagi kemudahan ibu bapa. Waris boleh dapatkan bantuan berkaitan maklumat/pertanyaan untuk permohonan di pejabat sekolah.
1.6 YDP PIBG juga mengucapkan tahniah kepada murid yang diraikan dengan anugerah yang diperoleh, tidak kira dalam bidang akademik maupun kokurikulum. 1.7 YDP PIBG juga mengucapkan berbanyak terima kasih, diatas kesudian YB Datuk yang sentiasa memberi bantuan sama ada dalam bentuk wang ringgit maupun frasarana. YDP juga mengharapkan pada kali ini, sumbangan lebih lagi kerana melihat kekangan guru yang ingin membuat sesuatu program terlalu terhad. Ucapan Penasihat En. Anuar bin Ismail (Guru Besar SKG)
GB mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Datuk Mahadevan yang sudi hadir dalam mesyauarat kali ini, walaupun dalam kesibukan beliau, YB sentiasa hadir mesyauarat di SKG ini apabila menerima undangan.
GB juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada jawatankuasa PIBG 2016/2018 yang sentiasa memberi komitmen dan perhatian dari masa ke semasa.
GB mengharapkan lantikan Jawatankuasa PIBG 2018/2020 yang baru ini dapat juga memberi kerjasama dan komitmen yang padu dalam merancang dan membina idea dan matlamat seiring dengan hasrat sekolah.
GB mengingatkan akhlak anak-anak juga perlu diajar di rumah dengan menyiapkan kerja sekolah yang diberikan disamping menyemak buku aktiviti anak-anak agak pembelajaran dua hala dapat dipupuk.
GB juga menyentuh berkaitan dengan Pembelajaran terkini melalui KPM, dimana murid tahap 1 tidak lagi diadakan ujian dalam kelas. Bermakna murid akan sentiasa dinilai dengan penilaian sepanjang tahun. Murid tidak lagi bergantung kepada pencapaian gred peperiksaan.
GB juga menyentuh pencapaian murid tahun sebelumnya, dimana dari segi CGPA nya prestasi murid meningkat kerana pencapaian dikira secara menyeluruh.
GB mengharapkan pada tahun ini, perancangan yang telah dibuat akan dilaksanakan berdasarkan peruntukan yang ada.
2.0 MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGONG KALI KE-43. 2.1
En. Asaduz Dzaman bin Omar, membentang Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke -43 tahun 2018.
2.2 En. Sidi bin Johan mencadangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-43 disahkan dan disokong oleh Tuan Haji Abdul Rahim bin Abd Hamid.
3.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN PENYATA KEWANGAN PIBG 1 JANUARI 2018 HINGGA 31 DISEMBER 2018
3.1 En. Asaduz Dzaman bin Omar selaku setiausaha membentangkan penyata kewangan PIBG 2018
untuk disahkan.
3.2 Pn. Hashimah bt Ismail mencadangkan untuk disahkan dan disokong oleh Pn. Roslina bt Mohd
Amin.
4.0 PEMBUBARAN AJK PIBG 2016/2018 DAN PERLANTIKAN AJK SESI 2018/2020 4.1 Tn. Haji Ismail bin Mohd Amin selaku YDP PIBG sesi 2016/2017 mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan kepada beliau sepanjang beliau menjadi YDP PIBG. 4.2 YDP Membubarkan JK PIBG sesi 2016/2017. 4.3 Tn. Haji Ismail bin Mohd Amin dilantik sebagai pengerusi sementara untuk perlantikan AJK sesi 2018/2020 Keputusan pemilihan AJK PIBG sesi 2018/2020 : Penasihat
:
En. Anuar bin Ismail
Yang Dipertua
:
Tn. Hj. Ismail bin Mohd Amin
Naib yang Dipertua
:
En. Mohd Fahmy bin Abd Ghani
Setiausaha
:
En. Asaduz Dzaman bin Omar
Bendahari
:
Pn. Zahrati Binti Azizan @ Abd Majid
AJK Ibu Bapa En. Mohd Sidi bin Johan Tn. Haji Ab. Rahim Bin Hj. Ab Hamid Pn. Noorzaitul Akmal Pn. Norafina Pn. Nurul Nadwa Pn. Suhaiti bt Ariffin Pn. Nor Azizah bt Babah Pn. Suzana bt Ali AJK Guru Pn. Nor Aelea bt Ahmad P.n Nor Hidayah bt Mohd Yasah Pn. Rohana bt Ramly Pn. ROZILA BT Husin Pn. HASHIMAH BT Ismail Pn. HAMNAH BT Baharom Pn.Thalathawati bt Hashim Pn. Rosamirah bt Rospandi ( Pen. S/Usaha) Pemeriksa Kira-kira : Pn. Siti Haisah bt Saleh En. Mohd Zamani bin Mat Liza
5.0 HAL-HAL LAIN 5.1 Tiada yang dibincangkan.
6.0 UCAPAN PENANGGUHAN 6.1 Tn. Hj Ismail bin Mohd Amin selaku YDP PIBG mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa baru yang telah dilantik dan terima kasih kepada semua waris di atas kerjasama yang diberikan sepanjang berlangsungnya Mesyuarat Agung Kali ke-43 bagi sesi 2012/2020 pada kali ini. 6.2
AJK PIBG baru diminta memperkenalkan diri kepada semua waris.
6.3
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.15 petang.
Disediakan Oleh: ASADUZ DZAMAN BIN OMAR Setiausaha PIBG SK Ganun
ANALISIS KEPUTUSAN UPSR 2018
PROGRAM INTERVENSI KECEMERLANGAN UPSR 2019
BIL
NAMA PROGRAM
1.
Kelas Stayback (kelas tambahan petang )
2
Kelas Sinaran pagi
3
Kelas Tambahan Sabtu
3
Program Mentor Mentee
4
ZOOM A
5
Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR
6
(Jadual waktu anjal )
7
Program Motivasi (perjumpaan murid dan ibubapa / penjaga)
8
Program Kerohanian (i) Solat Hajat (ii) Solat Dhuha (iii) Bacaan Yaasin
JANGKA MASA
Isnin, Selasa Jun-Ogos 2.00-4.00 petang Selasa ,Rabu,Khamis Mac-September 7.20-7.40 pagi Minggu ke 2 n ke 4 Feb- September Februari-September Ikut keperluan 7.20-7.40 pagi Februari-September
April,Julai Jun-September Waktu persekolahan Januari, Penggal 2
April, Mei, Jun, Julai dan Ogos 2 kali seminggu semasa PdP Setiap hari Jumaat sebelum bermula Pdp Julai - September Waktu persekolahan Penggal 1 Penggal 2
9
Modul / Buku Kerja (Ikut Mata pelajaran)
10
Bengkel Teknik Belajar (Motivasi murid)
Latihan Gerak Gempur format UPSR Kos Photostat kertas peperiksaan i Ujian Diagnostik ii Pep Percubaan sekolah iiiPep Percubaan Daerah iv Pep. Percubaan Melaka
11
12
Gambar untuk slip peperiksaan
RM RM RM 20 X 63 org RM200 X 4
1260 800
RM RM300 x 2kali
600
RM 5x63 org x 2 kali
630
RM32 x 63 orang
2016
RM500 x 2 kali
Mengikut RM 32 X 63 set takwim sekolah Mengikut tarikh yang ditetapkan
Mengikut tarikh yang ditetapkan
JUMLAH(RM)
RM
Anggaran RM2580
13
Anggaran KOS RM
RM 6X 62 Org
1000 2016
2580
378
14
Sarapan pagi semasa UPSR
15
Latihan harian dan kelas tambahan
Mengikut tarikh yang ditetapkan
Mengikut keperluan
RM2 X 62 Org X 4 hari
504
400
PUNGUTAN BAYARAN YANG DICADANGKAN ADALAH RM 200 SETIAP PELAJAR RASIONAL KUTIPAN : RM 200 X 62 ORANG PELAJAR ANGGARAN PERBELANJAAN BAKI
=RM 12,600
= RM12,184 = RM 416
JAWATAN KUASA PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR 2019
Pengerusi En.Anuar Bin Ismail(Guru Besar ) Timbalan Pengerusi En. Mohamed Azmy Bin Ismail Fathi(Gpk Pentadbiran ) Penyelaras Pn Rohana Bt Ramli Ahli Jawatankuasa : Pn. Norhidayah Binti Mohd Yasah( S/U Peperiksaan ) En.Mohd Zahari Safuan Bin Draffar(B&K) Pn.Nur Hafizah Binti Ramly(KP BI ) Pn Roslina Binti Mohd Amin(KP BM) Pn Rasidah Binti Saleh(KP MATHS ) Pn Rozila Binti Husin(KP SAINS) En Asaduz Dzaman Bin Omar(KP PI )
PENGHARGAAN TN. HJ. ISMAIL BIN MOHD AMIN YANG DIPERTUA PIBG SKG
EN. MOHD FAHMY BIN AB GHANI NAIB YANG DIPERTUA PIBG SKG
EN ANUAR BIN ISMAIL GURU BESAR SKG
GURU-GURU PENOLONG KANAN, GURU-GURU DAN AJK PIBG
SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG DALAM MENJAYAKAN MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-44
SESI 2018/2020
CATATAN