Teks Pengacara Mesyuarat Agung Pibg 2018.docx

  • Uploaded by: Faez Idham
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Teks Pengacara Mesyuarat Agung Pibg 2018.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 678
  • Pages: 5
TEKS PENGACARA MESYUARAT AGUNG PIBG 2018 SK SLIM VILLAGE BIL Mengambil tempat

PERKARA CATATAN Tuan-tuan, Puan-puan yang dimuliakan, sila mengambil tempat masing-masing kerana majlis akan bermula sebentar saja lagi. Kerjasama dan perhatian dari tuan-tuan dan puan-puan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Ketibaan VIP Mengumumkan ketibaan _______________________________________, diiringi oleh Tuan Haji Roslan bin Lee, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Slim Village, En. Agus, Naib Yang Dipertua PIBG, guru-guru Penolong Kanan dan AJK PIBG. Hadirin diminta berdiri. NYANYIAN LAGU NEGARAKU

Marilah sama-sama kita berdiri untuk menyanyikan Lagu Negaraku ************************* Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk.

Solutasi Kompang Bergema Pusaka Bangsa Dipalu oleh Si Anak Muda Hadir Tuan Puan meriah suasana Kami menyambut penuh gembira ‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬ ‫الحمد هلل رب العالمين والصالة والسالم على أشرف األنبياء والمرسلين‬ ‫وعلى آله وأصحابه أجمعين‬ Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera. Yang dimuliakan ……………………………………………. . Yang Berusaha Tuan Haji Roslan bin Lee, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Slim Village, Yang Dihormati, En. Agus, Naib Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Slim Village, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Siti

Rodiah binti Taib Guru Penolong Kanan HEM, Puan Safura binti Baharuddin Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum, Puan Haslinda binti Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas Puan Raziyah binti AJK PIBG sekolah Kebangsaan Slim Village, barisan guru-guru, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu, digerakkan minda dan deria rasa, dikurniakan kecerdasan fizikal dan mental untuk sama-sama berkumpul di Dewan ini bagi menjayakan MESYUARAT AGUNG PIBG Sekolah Kebangsaan Slim Village. Mawar di taman mekar nan indah Harum mewangi di rumpun serai Terukir senyuman pembuka kalimah Selamat datang tuan dirai. Hadirin Yang Dimuliakan, Bacaan Doa Kayu jati si kayu cendana Mari di tanam kita berdua Majlis kami tidak kan sempurna Tanpa diiring seutai doa Sebelum tirai dibuka, sebelum majlis bermula, marilah sama-sama kita menadah tangan memohon limpah rahmat dan barakah dari Yang Maha Esa. Dengan itu, majlis dengan penuh takzim menjemput dan mempersilakan untuk memimpin bacaan doa. Dengan hormatnya dipersilakan… **************BACAAN DOA******************* Majlis merakamkan terima kasih kepada atas

pimpinan doa itu tadi. Mudah-mudahan majlis yang berlangsung akan terus terpancar keberkatan dari Ilahi.

Warga dewan yang dimuliakan, Ucapan Guru Besar

Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Yang Berusaha Tuan Haji Roslan bin Lee, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Slim Village. Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan. **************UCAPAN GB************* Majlis mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar atas ucapan sebentar tadi.

Ucapan NYDP

Bagi melengkapkan perjalanan majlis kita pada hari ini, majlis menjemput dan mempersilakan En. Sarlan Bin Shahrum untuk menyempurnakan bingkisan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan. *************ucapan YDP************* Terima kasih diucapkan kepada atas ucapan sebentar tadi.

Ucapan Perasmian

En.

Agus

Hadirin yang dimuliakan, Daun semulur di pekan sari, Batang jerami rebah ke bumi; Madah dihulur sembah diberi, Kata perasmi hajatnya kami. Bagi memeriahkan lagi majlis kali ini, majlis sangat berbesar hati memberi laluan, peluang dan kesempatan kepada ……………………………………………… …………. untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan MESYUARAT AGUNG PIBG SK SLIM VILLAGE. Dengan segala hormatnya dipersilakan. **********Ucapan

***************

**** Majlis merakamkan jutaan terima kasih diucapkan kepada …………………………………………. atas ucapan perasmian sebentar tadi.

Persembaha n

Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita saksikan persembahan. Dipersilakan.. ******************************

Penyampaia n Cenderahati jawatankuas a PIBGPerasmi

Hadirin yang Dimuliakan, Bagi menghargai jasa dan sumbangan Jawatankuasa PIBG SK Slim Village sesi 2018, majlis berbesar hati menjemput dan mempersilakan ……………………………………… …… untuk menyampaikan cenderahati dan sijil penghargaan. Dipersilakan. Dipersilakan.... 1. 2. 3. 4. AJK IBU BAPA 1. 2. 3. 4. AJK GURU: 1. 2. 3. 4.

Penutup

Dari mana asalnya, usah diusul Molek budinya menambat hati Dua tiga bicara salah tersasul Jangan dibawa ke dalam hati. Kami mewakili AJK PIBG dan SK Slim Village, merakamkan penghargaan terima kasih

kepada …………………………………… atas kesudian meluangkan masa pada _________ ini untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke- ….. Tidak dilupakan juga kepada ibu bapa, guru-guru dan Tuan-tuan dan Puan-puan. Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh….. MESYUARA Seterusnya, saya menyerahkan kepada SU PIBG T PIBG 2018 untuk meneruskan agenda Mesyuarat Agung PIBG SK Slim Village bagi tahun 2018 Jamuan Ringan

Related Documents


More Documents from ""

Week 1 Day 1.docx
November 2019 11
Week 11 Day 3.docx
November 2019 20
Minggu 14 (la).docx
December 2019 13
Week 1 Day 2.docx
November 2019 15
Document.rtf
November 2019 14