Paper Projek Siap

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Paper Projek Siap as PDF for free.

More details

  • Words: 6,870
  • Pages: 50
ABSTRAK

Kesihatan oral merupakan salah satu aset yang penting dalam menentukan seseorang individu itu sihat atau tidak. Berdasarkan kepentingannya, kajian ini dilaksanakan untuk mengenalpasti tentang tahap pengetahuan, amalan dan sikap murid-murid 16 tahun terhadap kesihatan oral. Kajian keratan rentas ini melibatkan 616 orang murid sekolah menengah dari lima buah sekolah di sekitar daerah Seremban.

Kajian ini merangkumi pengedaran borang soalselidik di kalangan subjek. Borang tersebut mengandungi soalan yang berkaitan dengan sosio-demografik, tahap pengetahuan, amalan dan sikap kesihatan oral di kalangan subjek.

Hasil kajian mendapati tahap pengetahuan subjek adalah baik iaitu seramai 286 (47.2%) murid mendapat 80 peratus markah dan lebih juga mempunyai amalan kesihatan oral yang baik. Amalan kesihatan pergigian merangkumi kekerapan memberus gigi dua kali sehari (72%), penggunaan ubat gigi berfluorida (82%), mula memberus gigi sebelum bersekolah (85%), menukar berus gigi satu ke tiga bulan (60%), kekerapan berjumpa doktor gigi satu ke dua kali setahun. Kajian juga mendapati tahap sikap di kalangan subjek berada pada tahap yang memuaskan iaitu 261 (43%) murid mendapat jumlah markah 80% dan lebih. Tahap pengetahuan, amalan dan sikap mengikut jantina pula tidak mencatatkan perbezaan yang ketara.

Kesimpulannya, status kesihatan oral di kalangan murid sekolah berumur 16 tahun ini boleh dianggap pada tahap yang baik. Pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan pergigian di kalangan murid ini mempengaruhi tahap kesihatan pergigian mereka.

1

Justeru itu, langkah-langkah pencegahan perlu dilaksanakan dengan teliti dan sempurna. Pendedahan yang lebih luas mengenai penjagaan kesihatan pergigian haruslah ditekankan kepada murid melalui aktiviti Pendidikan Kesihatan Pergigian bagi meningkatkan status kesihatan pergigian di kalangan murid di daerah ini.

2

ISI KANDUNGAN

MUKASURAT

Abstrak

1-2

Senarai Jadual

4

Senarai Rajah

5

Senarai Lampiran

6

Penghargaan

7

1. Pengenalan

8-9

2. Literature Review

10-18

3. Objektif

19

4. Kaedah 4.1

Jenis Kajian

20

4.2

Saiz Sampel

20

4.3

Pemilihan Sampel

20

4.4

Kaedah Pengumpulan Data

20-21

4.5

Penganalisisan Data

21-22

4.6

Kajian Terperinci

23

5. Hasil Kajian

24-36

6. Perbincangan

37-41

7. Kesimpulan

42

8. Cadangan

43-45

9. Rujukan

46-51

10. Lampiran

52-60

3

SENARAI JADUAL Jadual 5.1 Status sosio-demografik di kalangan

MUKA SURAT 24

murid-murid 16 tahun.

Jadual 5.2 Taburan markah tahap pengetahuan

26

murid-murid 16 tahun.

Jadual 5.3 Purata tahap pengetahuan murid-murid

27

16 tahun.

Jadual 5.4 Amalan kesihatan oral di kalangan

28

murid-murid 16 tahun.

Jadual 5.5 Taburan markah tahap sikap murid-murid

30

16 tahun.

Jadual 5.6 Purata markah tahap sikap murid-murid

31

16 tahun terhadap kesihatan oral.

Jadual 5.7 Tahap pengetahuan dan sikap di kalangan

32

murid lelaki dan perempuan.

4

SENARAI RAJAH

Rajah 5.1 Peratus markah tahap pengetahuan

MUKA SURAT

27

murid-murid 16 tahun

Rajah 5.2 Peratus markah sikap murid-murid 16 tahun

31

Rajah 5.3 Kekerapan memberus gigi mengikut jantina

33

Rajah 5.4 Penggunaan floss mengikut jantina

34

Rajah 5.5 Penggunaan ubat gigi mengikut jantina

35

Rajah 5.6 Kekerapan memberus gigi mengikut jantina

36

5

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran 1

MUKASURAT

Senarai sekolah menengah di daerah Seremban,

52-53

Negeri Sembilan.

Lampiran 2

Surat kebenaran kajian dari Jabatan Pelajaran Negeri

54-56

Negeri Sembilan

Lampiran 3

Borang maklumat dan keizinan peserta kajian

57

Lampiran 4

Borang keizinan peserta kajian

58

Lampiran 5

Borang soal selidik

59-60

6

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih ditujukan kepada:

Dr. Hasenah bt Mod Zaki Pengarah PPKK & KLPM

Dr. Cham Mui Yee Pegawai Pergigian selaku Pengurus Projek, Kolej Latihan Pergigian Malaysia.

Dr. Kwan Geok Leng Pegawai Kesihatan Pergigian Daerah Seremban selaku Local Preseptor, Klinik Pergigian Seremban.

Dr. Zainab Shamdol Pegawai Pergigian selaku Penasihat, Klinik Pergigian Seremban.

Dr. Abdull Sitar b. Abadan Pegawai Pergigian Y/M, Klinik Pergigian Seremban.

Tidak lupa juga kepada semua tenaga pengajar di kolej Latihan Pergigian, semua kakitangan Klinik Pergigian Seremban, ibu bapa serta rakan-rakan.

7

1.

PENGENALAN

Pengetahuan tentang kesihatan oral amat penting bagi membolehkan seseorang itu mengubah sikap dan amalan dalam penjagaan kesihatan oral. Ini dapat mencegah penyakit pergigian seperti karies dan penyakit gusi seperti gingivitis dan periodontitis. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kesihatan oral boleh ditakrifkan sebagai keadaan kesihatan mulut yang menyeluruh dan tidak terhad hanya kepada ketiadaan penyakit sahaja. Penjagaan kesihatan oral juga amat penting dalam menjamin hidup yang berkualiti.

Menurut Kamus Dewan dan Pustaka, pengetahuan boleh ditakrifkan sebagai segala yang diketahui dan dipelajari. Pengetahuan penjagaan kesihatan oral dapat memperbaiki kebersihan mulut seseorang dan sekaligus mencegah penyakit pergigian daripada berlaku.

Amalan pula bermaksud sesuatu yang dilakukan dan menjadi satu kebiasaan (Kamus Dewan dan Pustaka). Amalan adalah seperti memberus gigi dua kali sehari, penggunaan ubat gigi berfluorida, penggunaan floss, penggunaan ubat kumuran dan mendapatkan pemeriksaan kesihatan mulut dan gigi secara berkala.

Sikap pula boleh ditakrifkan sebagai pandangan dan perbuatan berdasarkan sesuatu pendapat (Kamus Dewan dan Pustaka). Seseorang murid itu boleh mempunyai sikap yang positif untuk mengekalkan tahap kesihatan oral yang sempurna. Ini boleh dilakukan dengan menjalankan pemeriksaan pergigian secara berkala dan mencari sumber-sumber untuk mendapatkan maklumat tentang kesihatan oral. Dengan adanya

8

pengetahuan tentang penjagaan kesihatan oral di kalangan murid-murid sekolah berumur 16 tahun, masalah kesihatan oral dapat dikurangkan.

Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti tentang tahap pengetahuan, amalan dan sikap kesihatan oral di kalangan murid-murid sekolah berumur 16 tahun terhadap kesihatan oral. Kajian ini penting untuk melihat sejauh mana penjagaan kesihatan oral di kalangan murid-murid dan dengan itu diharap dapat membantu dalam membuat cadangan program pergigian pada masa hadapan untuk meningkatkan lagi tahap kesihatan oral mereka.

Umumnya, kesihatan oral amatlah penting bagi seseorang individu. Seharusnya kesedaran tentang penjagaan oral amatlah penting dan tidak seharusnya dipandang remeh. Penyakit pergigian dapat dicegah sekiranya pengetahuan, amalan dan sikap yang baik terhadap kesihatan oral ada dalam diri setiap individu.

9

2.

LITERATURE REVIEW

2.1 Tahap pengetahuan kesihatan oral

Pengetahuan tentang kesihatan oral dapat disebarkan dengan mudah dengan adanya kemudahan komunikasi yang canggih dan maju. Oleh itu masyarakat akan dapat meningkatkan lagi pengetahuan mereka tentang pentingnya kesihatan oral.

Freeman, Mazels dan Wyllie (1993) menyatakan bahawa tahap pengetahuan di kalangan murid sekolah menengah didapati bertambah dan terdapat implikasi yang baik dalam program pencegahan kesihatan oral. Seseorang yang mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi dan mempunyai kesedaran terhadap penjagaan kesihatan oral adalah lebih mudah mempraktikkan amalan pembersihan yang sempurna.

Pengetahuan tentang kesihatan oral diajar oleh guru sewaktu kelas sains di sekolah rendah dan menengah (Vignarajah,1997). Vigild, Peterson dan Hadi (1999) telah menyatakan bahawa ramai pelajar mendapatkan sumber maklumat tentang kesihatan oral daripada keluarga (74%), doktor gigi (45%) dan guru-guru (33%). Sebaliknya maklumat daripada video, surat khabar dan majalah adalah kurang. Kajian Vignarajah (1997) juga telah menyatakan bahawa para pelajar mengetahui tentang hubungan antara plak dan penyakit periodontium.

Dalam usaha program mengawal karies gigi, fluorida telah mula diperkenalkan kepada umum. Bahan ini boleh didapati dari ubat gigi, ubat kumur, gel dan varnish (RuggGunn, 2001). Kajian yang dilakukan oleh Vignarajah (1997) di Antigua telah

10

menyatakan bahawa program mingguan berkaitan fluorida telah mendedahkan kanakkanak tentang penggunaan fluorida dan kebaikannya pada gigi.

Beiruti, Tayfour, Boles dan Poulsen (1995) pula mendapati murid-murid sekolah dalam lingkungan umur 15 tahun sudah mempunyai pengetahuan tentang penyakit pergigian dan mengetahui cara untuk mencegahnya daripada berlaku. Walaubagaimanapun mengikut kajian Rajab, Petersen, Bakaen dan Hamdan (2002) hanya segelintir pelajar mendapat faedah daripada penjagaan kesihatan oral di sekolah. Bagi kanak-kanak sekolah rendah, keluarga memainkan peranan penting dalam mendapatkan maklumat tentang kesihatan oral.

Peningkatan tahap karies di kalangan kanak-kanak dapat dikenalpasti di kebanyakan bandar maju terutama bagi bandar yang tidak menitikberatkan program pencegahan dan penjagaan kesihatan oral (WHO, 2000). Lebih daripada 80% murid-murid mengetahui tujuan mereka memberus gigi adalah untuk membersihkan gigi. Sesetengah berpendapat penggunaan berus gigi yang keras adalah alat yang sangat berkesan dan mereka pula tidak tahu bahawa penggunaan floss boleh membersihkan celah gigi (Beiruti et al., 1995).

Di Antigua 27.6% daripada kanak-kanak dan 28.6% daripada remaja menganggap makanan manis yang boleh merosakkan gigi adalah terdiri daripada gula-gula dan coklat sahaja. Manakala 28% daripada remaja ini tidak berjaga-jaga tentang makanan ringan yang mempunyai tahap gula yang tinggi. Ini meningkatkan lagi kebimbangan tentang keupayaan pelajar dalam mengenalpasti makanan yang mempunyai ‘gula tersorok’ (Vignarajah, 1997). Nutrisi dan diet adalah penyebab utama penyakit pergigian. Ini

11

adalah disebabkan oleh pengaruh ekologi yang terdapat dalam mulut (Silva, Sounza dan Chunha, 2002).

Vigild et al. (1999) menyatakan guru-guru sekolah penting sebagai kunci memberi pengetahuan atau maklumat kepada murid-murid sekolah menengah. Menurut Barenic, Leske dan Ripa (1996) dalam tinjauan rambang di China mendapati murid sekolah menunjukkan pengetahuan yang tinggi tentang aspek pergigian dan mempunyai sikap positif dalam pencegahan berbanding ibu bapa. Ini membolehkan murid-murid lebih terdedah tentang pengetahuan terhadap kesihatan oral. Aktiviti tentang pengetahuan kesihatan oral di sekolah rendah dan menengah haruslah disatukan dengan kokurikulum. Program kesihatan oral akan hanya memberi kesan yang terhad sekiranya tiada sokongan daripada keluarga dan guru-guru (Vigild et al., 1999). Kebanyakan daripada subjek memberi jawapan yang positif kepada kenyataan kesan memberus gigi, manakala satu per empat daripada subjek bersetuju dengan kenyataan berkenaan keberkesanan fluorida dalam mencegah karies gigi (Varenne, Petersen dan Quattala, 2006).

Kajian Vigild et al. (1999) membuktikan bahawa tahap pengetahuan sesebuah keluarga memainkan peranan penting dalam memberi maklumat primer tentang kesihatan oral, tahap pengambilan minuman bergula dan tabiat memberus gigi.

2.2 Amalan penjagaan kesihatan oral Amalan higin mulut yang baik memainkan peranan penting bagi memastikan keadaan mulut seseorang itu sihat. Amalan pergigian yang boleh dilakukan adalah penjagaan higin mulut, penggunaan fluorida, diet dan kehadiran ke klinik. Amalan pergigian yang baik di kalangan remaja juga amat berkait rapat dengan latarbelakang keluarganya. Ibu

12

bapa di galakkan membawa anak-anak mereka hadir untuk pemeriksaan pergigian sama ada di klinik swasta atau pusat penjagaan kesihatan awam ( Rajab et al., 2002)

Menurut kajian Ciancio (2003) untuk mengelakkan dari penyakit oral seseorang individu perlulah dinasihatkan supaya memberus gigi, menggunakan floss pergigian dan membuat pemeriksaan pergigian secara berkala. Penjagaan higin mulut melalui pemberusan gigi adalah amalan yang kerap dipraktikkan. Cara yang paling mudah untuk menghapuskan plak gigi ialah dengan memberus gigi setiap hari ( Rahimah, 1987). Walaubagaimanapun, kekerapan memberus gigi bukan merupakan suatu faktor yang penting malah teknik pemberusan efektif mesti dititikberatkan. Menurut kajian Beiruty dan Helderman (2004) didapati 81% murid-murid sekolah berumur 16 ke 20 tahun di Syria memberus gigi mereka sekurang-kurangnya sekali sehari. Lebih ramai remaja di kawasan bandar menggunakan ubat gigi berfluorida berbanding kawasan luar bandar. Secara umumnya penggunaan ubat gigi berfluorida di kalangan subjek adalah sangat sedikit (Zhu, 2003). Lebih daripada tiga per empat remaja menyatakan mereka mengambil masa selama dua minit atau lebih untuk memberus gigi (Beiruti et al.,1995). Menurut kajian Almas et al. (2003) didapati pelajar berusia 10 hingga 20 tahun di dua pusat pergigian yang berlainan di Arab Saudi memberus gigi sekali sehari menggunakan berus gigi dan 65% masih menggunakan miswak (iaitu kayu yang dikunyah untuk membentuk berkas fiber dan boleh digunakan untuk memberus gigi). Muhlemann (1965), di dalam kajiannya menunjukkan karies di kalangan kanak-kanak didapati menurun sebanyak 50% melalui pengambilan air berfluorida secara berterusan. Amalan penggunaan fluorida secara kerap boleh mengawal dari kejadian karies gigi.

13

Penggunaan floss juga merupakan salah satu daripada langkah penjagaan kesihatan oral selain dari memberus gigi. Ia merupakan satu teknik membersih pada celah-celah gigi di mana terdapat pengumpulan plak selalu terbentuk. Malah ia juga membantu mengeluarkan sisa makanan dan plak gigi yang tidak dapat dibersihkan ketika memberus gigi (Bahagian Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2006).

Kehadiran ke klinik untuk pemeriksaan secara berkala sekurang-kurangnya enam bulan sekali dalam setahun merupakan amalan yang digalakkan (Bahagian Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2005). Seramai 54% remaja akan memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari dan sebanyak 42% remaja pula membuat pemeriksaan pergigian dalam lingkungan 12 bulan (Vigild et al., 1999). Menurut kajian Silva et al. (2002) sebanyak 46.1% memberus gigi sebanyak tiga kali atau lebih dalam sehari, 28.8% tidak pernah membuat pemeriksaan pergigian, manakala hanya 24.3% membuat pemeriksaan di klinik pergigian untuk membuat rawatan.

Menurut kajian Vignarajah (1997) amalan dalam penjagaan kesihatan pergigian dan kehadiran ke klinik pergigian mencatatkan keputusan yang mengecewakan. Dalam tempoh kajian tersebut, golongan remaja yang hadir ke klinik gigi mencatatkan keputusan yang kecil iaitu sebanyak 58% berbanding dengan kanak-kanak yang mencatatkan 68%.

Di kawasan luar bandar, 57% murid tidak perihatin tentang pengambilan makanan manis boleh menyebabkan karies gigi manakala satu pertiga lagi mengetahui bahawa makanan manis boleh merosakkan gigi (Konig, 2000). Kajian yang telah dilakukan oleh Navia (1996) menunjukkan pengambilan diet yang tidak sesuai memainkan peranan penting di

14

dalam mulut seperti karies gigi, penyakit periodontium dan gingivitis. Ini menunjukkan amalan seseorang amat berkait rapat dengan status kesihatan oralnya. Ini juga disokong melalui kajian Jamal, Sheiham dan Cowell (1997) menyatakan kekerapan pengambilan dan jumlah makanan kariogenik menimgkatkan kejadian karies gigi. Beberapa kajian menunjukkan taraf kesihatan oral sangat berkait rapat dengan tabiat seseorang (Taani, 2002). Menurut Al-Da Laigan, Shown dan Smith (2001) melalui sampel seramai 418 remaja British menjumpai pentingnya hubungkait antara kelaziman hakisan dan penggunaan minuman ringan dan minuman berkarbonat. Jarvien, Rytome dan Einonen (1991) juga melaporkan bahawa meminum minuman ringan setiap hari atau minuman berkarbonat secara mingguan boleh menyebabkan hakisan yang teruk.

Amalan penggunaan fluorida seperti menggunakan ubat kumuran dan ubat gigi berfluorida boleh mengurangkan daripada terjadinya kejadian kejadian karies ( Bahagian Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia, 1998). Marinho, Higgins, Sheiham dan Logan (2003) pula membuat kesimpulan penggunaan ubat gigi berfluorida mengurangkan sebanyak 24% karies pada kegigian kekal bagi kanak-kanak dan remaja jika dibandingkan dengan ubat gigi yang tidak mempunyai fluorida. Selain daripada memberus gigi amalan yang biasa dilakukan selepas makan adalah seperti berkumur dengan air (73.3%), berkumur dengan air garam suam (15.4%) atau berkumur dengan air teh (22.6%) (Zhu, Petersen, Yip, Bian dan Zhong, 2003). Mengikut kajian Loe (2005) cara yang paling baik dalam pengawalan plak adalah menggunakan pembersihan secara mekanikal, cukup untuk membersihkan gigi untuk satu tempoh tertentu.

15

2.3

Sikap terhadap pentingnya penjagaan kesihatan oral

Sikap seseorang penting untuk menunjukkan kesedaran seseorang terhadap penjagaan kesihatan oral. Murid-murid sekolah yang berumur 16 tahun mempunyai sikap yang sukar untuk menghadirkan diri ke klinik pergigian. Hal ini disokong oleh Qutersh Taani (2002) yang menyatakan bahawa golongan remaja hanya akan menghadirkan diri ke klinik pergigian apabila menghadapi masalah atau sakit gigi sahaja. Umumnya, kanakkanak akan hadir ke klinik apabila mengalami masalah pergigian. Kajian Vignarajah (1997), melaporkan hanya sebilangan kecil di kalangan remaja menunjukkan kehadiran ke klinik pergigian adalah diperlukan. Namun, mereka hadir ke klinik jika mempunyai masalah pergigian atau tidak pernah berjumpa doktor gigi. Manakala kajian Vigild et al. (2003) menunjukkan alas an kanak-kanak ke klinik pergigian disebabkan oleh masalah keradangan pada gusi dan gigi iaitu sebanyak 53%. Sebanyak 54% dari kehadiran ini adalah daripada ibu bapa yang membuat temujanji untuk pemeriksaan manakala 10 peratus adalah temujanji yang diatur di kalangan kanak-kanak itu sendiri dan sebanyak 5 peratus memenuhi aturan rawatan yang dibuat.

Menurut kajian Konig (2000) sembilan peratus daripada kanak-kanak mempunyai pengalaman gigi bermasalah untuk tempoh masa satu tahun, 93% menyatakan mereka tidak pernah pergi ke klinik pergigian seumur hidup. Tujuh peratus pernah pergi ke klinik pergigian untuk sekali sahaja dan empat peratus pergi ke klinik pergigian untuk tempoh tidak sampai setahuan kerana kesakitan dan ketidakselesaan. Mereka yang tinggal di kawasan bandar selalunya pergi berjumpa doktor gigi untuk pemeriksaan gigi.

16

Masalah kesihatan oral bukan hanya bergantung kepada perangai atau kelakuan seseorang tetapi bergantung kepada rasa bertanggungjawab seseorang itu (Aubrey dan Richard, 2002). Beiruti et al. (1995) menyatakan kebanyakan kanak-kanak memberi alasan untuk tidak pergi membuat pemeriksaan pergigian kerana mereka mengganggap membuat rawatan pergigian adalah menyakitkan. Zhu et al. (2003) menyatakan remaja di China mempunyai sikap mencegah karies gigi dan penyakit periodontium walaupun informasi tentang pengetahuan kesihatan mulut mereka kurang dan tidak berapa faham tentang penyebab utama karies gigi dan penyakit periodontium. Lebih 30 peratus remaja yang tinggal di bandar mengatakan mereka akan pergi berjumpa doktor gigi apabila mempunyai simptom karies. Kebanyakan mereka yang tinggal di luar bandar pula menyatakan akan cuba menyelesaikan masalah gigi itu sendiri atau menahan sakit (Zhu et al., 2003).

2.4 Pengetahuan, amalan dan sikap terhadap kesihatan oral mengikut jantina.

Penyakit pergigian boleh berlaku kepada sesiapa tanpa mengira jantina atau umur. Pengetahuan yang tinggi serta amalan dan sikap yang positif dapat membolehkan murid sekolah berumur 16 tahun untuk meningkatkan kesihatan oral.

Kajian Almas, Al Shwami dan Al Shamrani (2003) di Arab Saudi menunjukkan perempuan dan lelaki yang berumur 16 ke 20 tahun memberus gigi mereka sekali sehari (61.4% perempuan dan 26.8% lelaki), dua kali sehari (perempuan 25.6%, lelaki 41.8%) atau tiga kali sehari (perempuan 13.1%, lelaki 31.4%).

17

Kajian di Sudan pula menunjukkan murid lelaki memberus gigi lebih dari tiga minit berbanding murid perempuan (Ismail, Darout dan Nils, 2005). Menurut kajian Vigild et al. (1999) pula kanak-kanak perempuan lebih kerap menggosok gigi berbanding kanakkanak lelaki dan kanak-kanak perempuan lebih kerap menggosok gigi menggunakan ubat gigi berfluorida jika dibandingkan dengan kanak-kanak lelaki. Lebih daripada 50% kanak-kanak lelaki menyatakan mereka memberus gigi selepas makan berbanding kanak-kanak perempuan (Beiruti et al., 1995).

Menurut kajian Zhu et al. (2003) kanak-kanak perempuan lebih kerap menghadirkan diri ke klinik pergigian iaitu 25.9% berbanding kanak-kanak lelaki 19.1%. Pada masa kini, pelajar tidak mengira jantina telah mempunyai tahap pengetahuan yang sama. Darout, Astrom dan Skaug (2005) di Jordan mendapati tiada perbezaan yang ketara di antara lelaki dan perempuan dalam tahap pengetahuan kesihatan oral. Ini dapat dilihat apabila mereka akan lebih mengambil berat tentang penjagaan kesihatan oral tanpa mengira jantina.

18

3. OBJEKTIF

Objektif Umum

Mengenalpasti pengetahuan, amalan dan sikap terhadap kesihatan oral di kalangan murid-murid sekolah berumur 16 tahun di daerah Seremban, Negeri Sembilan.

Objektif Spesifik

1.

Mengenalpasti tahap pengetahuan murid-murid sekolah berumur 16 tahun terhadap kesihatan oral di daerah Seremban, Negeri Sembilan.

2.

Mengenalpasti amalan kesihatan oral di kalangan murid-murid sekolah yang berumur 16 tahun di daerah Seremban, Negeri Sembilan.

3.

Mengenalpasti sikap terhadap kesihatan oral di kalangan murid-murid sekolah berumur 16 tahun di daerah Seremban, Negeri Sembilan.

4.

Membandingkan tahap pengetahuan, amalan dan sikap di kalangan murid-murid sekolah berumur 16 tahun terhadap kesihatan oral mengikut jantina di daerah Seremban, Negeri Sembilan.

19

4.

KAEDAH

4.1 Jenis kajian

Kajian yang dilaksanakan merupakan kajian ‘keratan lintang’. Kajian ini melibatkan murid-murid sekolah menengah berumur 16 tahun di daerah Seremban, Negeri Sembilan. Kajian bermula dari bulan Ogos 2008 sehingga Januari 2009.

4.2 Saiz sampel

Saiz sampel bagi kajian ini ialah 616 orang murid sekolah berumur 16 tahun.

4.3 Pemilihan sampel

Pemilihan sampel telah dilakukan pada dua peringkat. Pada peringkat pertama, lima buah sekolah menengah dipilih secara rawak daripada senarai 41 buah sekolah menengah di daerah Seremban (lampiran 1). Peringkat kedua ialah pemilihan sampel kajian secara kelompok. Semua murid berumur 16 tahun di lima buah sekolah menengah yang di pilih menyertai kajian ini.

4.4 Kaedah pengumpulan data

Kebenaran untuk menjalankan kajian di daerah Seremban (lampiran 2) diperoleh dari Jabatan Pelajaran Negeri, Negeri Sembilan. Penerangan berkaitan maklumat kajian telah diberi kepada semua murid-murid yang terlibat. Borang maklumat

20

kajian (lampiran 3) dan keizinan menyertai kajian (lampiran 4) diedarkan kepada murid-murid. Ibu bapa mereka yang bersetuju anak mereka menyertai kajian perlu menandatangani borang tersebut. Borang soal selidik diedarkan kepada subjek yang menyertai kajian (lampiran 5). Borang soal selidik terdiri daripada empat bahagian iaitu status sosiodemografik, lima soalan berkaitan pengetahuan kesihatan oral, lapan soalan berkaitan amalan kesihatan oral dan enam soalan berkaitan sikap pelajar terhadap kesihatan oral.

Borang-borang yang lengkap diisi dikumpulkan untuk

proses analisa data.

4.5 Penganalisisan data

Analisa data dibuat dengan menggunakan program Statistical Package for Social Sciences (SPSS) Version 15.0. Data yang telah dikumpul diisikan ke dalam program ini. Objektif kajian pertama ialah mengenalpasti tahap pengetahuan murid-murid sekolah 16 tahun terhadap kesihatan oral. Terdapat lima soalan iaitu berkaitan karies gigi, plak gigi, penyakit gusi, ubat gigi berfluorida dan penyakit pergigian. Soalan ini dinilai dengan markah terkumpul daripada lima soalan. Jawapan yang betul diberi dua markah, tidak pasti diberi satu markah dan salah diberi kosong markah. Julat keseluruhan markah bagi tahap pengetahuan murid-murid berkaitan kesihatan oral adalah dari kosong hingga 10 markah. Purata markah, sisihan piawai dan peratus memperolehi markah penuh akan dipaparkan dalam bentuk graf dan jadual. Mereka yang mendapat jumlah markah 80 peratus dan ke atas adalah di anggap pada tahap yang baik.

21

Objektif kedua berkaitan amalan terhadap kesihatan oral. Terdapat lapan soalan iaitu kekerapan memberus gigi, waktu memberus gigi, penggunaan floss dalam sehari, penggunaan ubat gigi, umur sewaktu mula memberus gigi, kekerapan menukar berus gigi, kekerapan berjumpa doktor gigi dan kali terakhir berjumpa doktor gigi. Respon akan dipaparkan dalam bentuk jadual. Hasil kajian dipaparkan dalam bilangan dan peratus.

Objektif ketiga ialah berkaitan sikap terhadap kesihatan oral. Terdapat enam soalan iaitu berkaitan memberus gigi dengan efektif, penggunaan floss gigi, pemeriksaan gigi, perasaan sewaktu berjumpa doktor gigi, pendapat tentang rawatan gigi dan perasaan sewaktu menerima rawatan gigi. Bagi soalan satu hingga tiga, subjek yang bersetuju dengan jawapan diberi dua markah, tidak pasti satu markah dan tidak setuju kosong markah. Bagi soalan empat hingga enam, subjek yang tidak bersetuju dengan jawapan diberi dua markah, tidak pasti satu markah dan setuju kosong markah. Julat nilai terkumpul diberi dari kosong hingga 12. Purata markah, sisihan piawai dan peratus memperolehi markah penuh akan dipaparkan dalam bentuk graf. Mereka yang mendapat jumlah markah melebihi 80 peratus adalah di anggap pada tahap yang baik.

22

4.6 Kajian terperinci

Populasi kajian Murid sekolah 16 tahun di daerah Seremban, Negeri Sembilan

Saiz sampel n= 616

Pemilihan sampel Sampel rawak 5 buah sekolah dari 41 buah sekolah menengah di daerah Seremban Sampel berkelompok Semua murid 16 tahun di 5 buah sekolah menegah di daerah Seremban Persetujuan menyertai kajian Subjek kajian n=606 Pengumpulan data Borang soal selidik - sosiodemografik - pengetahuan - amalan - sikap

Analisa data SPSS 15.0

Penulisan Kajian

23

5.

HASIL KAJIAN

5.1 Faktor Sosio-demografik (n=606) Seramai 606 orang murid sekolah berumur 16 tahun telah menjawab soalan dari borang soal selidik. 10 orang tidak menjawab borang tersebut kerana tidak hadir ke sekolah pada hari tersebut kerana cuti sakit.

Jadual 5.1 Faktor Sosio-demografik di kalangan murid-murid 16 tahun Faktor

n

Peratus

305

50.3%

Perempuan Pendapatan keluarga:

301

49.7%

RM 1000 ke bawah

68

11.2%

RM 1001-RM 2500

271

44.7%

267

44.1%

PMR

94

15.5%

SPM

275

45.4%

Diploma

85

14%

Ijazah

103

17%

Post Ijazah

49

8.1%

PMR

71

11.7%

SPM

244

40.3%

Diploma

119

19.6%

Ijazah

103

17%

Post Ijazah

69

11.4%

Jantina: Lelaki

RM 2500 ke atas Tahap pelajaran ibu

Tahap pelajaran bapa

24

Sampel kajian terdiri dari 50.3% murid lelaki dan selebihnya murid perempuan. Ramai di kalangan sampel berada dalam pendapatan keluarga RM 1001 ke atas. Tahap pelajaran ibu bapa mereka kebanyakannya adalah Sijil Pelajaran Malaysia.

25

5.2 Tahap Pengetahuan Jadual 5.2 Taburan markah tahap pengetahuan murid-murid 16 tahun (n=606) Markah 4 5 6 7 8 9 10

Bilangan (n) 24 78 67 151 123 77 86

Peratus(%) 4% 12.9% 11.1% 24.9% 20.3% 12.7% 14.2%

Jadual 5.2 menunjukkan taburan markah yang diperolehi berkaitan tahap pengetahuan kesihatan oral di kalangan murid-murid 16 tahun. Julat markah yang diperolehi adalah dari empat hingga 10.

26

52.90%

Rajah

5.1

Jumlah markah tahap Peratus

pengetahuan kesihatan 47.20%

oral

murid-murid 16 tahun

Daripada rajah Kurang dari 80%

Lebih dari 80%

5.1 mendapati

markah

seramai

47.2

peratus telah mendapat jumlah markah 80 peratus ke atas.

Jadual 5.3 Purata markah pengetahuan kesihatan oral murid 16 tahun n 606

Tahap pengetahuan

Purata markah 7.4

Sisihan piawai 1.679

Jadual 5.3 menunjukkan purata markah pengetahuan kesihatan oral di kalangan murid 16 tahun ialah 7.40 (1.679).

5.3

Tahap Amalan

Jadual 5.4 Amalan kesihatan oral di kalangan murid 16 tahun (n=606). Amalan

Bilangan (n)

Peratus (%) 27

Kekerapan memberus gigi -kadang-kadang/tidak memberus gigi -sekali sehari -sekurang-kurangnya dua kali sehari Waktu memberus gigi - pagi -malam -pagi dan malam -selepas waktu makan tetap -selepas makan pencuci mulut/manisan Menggunakan floss gigi dalam sehari -tidak pernah -sekali sehari -lebih dari sekali sehari Menggunakan ubat gigi -berfluorida -tidak berfluorida -tidak menggunakan ubat gigi Mula memberus gigi pada umur -sebelum bersekolah -apabila memasuki sekolah rendah -selepas tamat sekolah rendah Menukar berus gigi setiap -1 hingga 3 bulan -4-6 bulan -7-12 bulan -Lebih dari setahun -Tidak tahu Kekerapan berjumpa doktor gigi -3 kali atau lebih setahun -1 ke 2 kali setahun -Tidak pernah Kali terakhir berjumpa doktor gigi -kurang dari setahun -1-2 tahun lepas 3 tahun lepas Tidak pernah

53 117 436

9% 19% 72%

269 30 250 52 5

44% 5% 41% 9% 1%

374 158 74

62% 26% 12%

495 80 31

82% 13% 5%

515 67 24

85% 11% 4%

364 126 37 3 76

60% 21% 6% 1% 12%

156 333 117

26% 55% 19%

237 212 94 63

39% 35% 16% 10%

Jadual 5.4 menunjukkan tahap amalan murid-murid 16 tahun terhadap kesihatan oral. Seramai 436 (72%) orang murid memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Memberus gigi pada waktu pagi dan malam mencatatkan 250 (41%) orang murid.

28

Seramai 374 (62%) orang murid menyatakan tidak pernah menggunakan floss gigi sebagai amalan harian. Seramai 495 (82%) orang murid menggunakan ubat gigi berfluorida. Selain dari itu, 515 (85%) orang murid mula memberus gigi sebelum bersekolah lagi dan kekerapan menukar berus gigi setiap satu ke tiga bulan mencatatkan bilangan tertinggi iaitu 364 (60%) orang murid. Seramai 333 (55%) orang murid berjumpa doktor gigi satu ke dua kali setahun dan 237 (39%) kurang dari setahun kali terakhir berjumpa doktor gigi.

5.4

Tahap Sikap

Jadual 5.5 Taburan markah tahap sikap murid-murid 16 tahun (n=606).

29

Markah 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

Bilangan (n) 4 11 9 21 71 118 111 93 82 42 44

Peratus (%) 1% 2% 1% 3% 12% 20% 18% 15% 14% 7% 7%

Jadual 5.5 menunjukkan taburan markah yang diperolehi dari tahap sikap dari muridmurid 16 tahun. Seramai 44 (7 %) murid 16 tahun memperolehi markah penuh.

60%

57%

50% 43%

Peratus

40% 30% 20% 10% 0% kurang dari 80%

lebih dari 80% markah

30

Rajah 5.2 Peratus markah sikap murid-murid 16 tahun

Daripada rajah 5.2 didapati seramai 261 (43%) telah mendapat jumlah markah lebih dari 80 peratus.

Jadual 5.6 Purata markah tahap sikap murid-murid 16 tahun berkaitan kesihatan oral. n 606

Tahap sikap

Purata markah 8.2

Sisihan pawai 2.086

Jadual 5.6 menunjukkan purata markah berkaitan sikap terhadap kesihatan oral di kalangan murid 16 tahun ialah 8.20 (2.086)

5.5 Perbandingan tahap pengetahuan dan sikap mengikut jantina (n=606).

Jadual 5.7 Tahap pengetahuan dan sikap di kalangan murid lelaki dan perempuan

Tahap pengetahuan

305

Lelaki Purata markah 7.39

Sikap

305

8.28

n

Sisihan piawai 1.740

301

Perempuan Purata Sisihan markah piawai 7.41 1.617

2.113

301

8.12

n

2.059

Jadual 5.7 menunjukkan tentang tahap pengetahuan dan sikap di antara lelaki dan perempuan. Pelajar perempuan dan pelajar lelaki mempunyai purata markah yang hampir sama. 31

5.6 Perbandingan amalan mengikut jantina (n=606)

5.6.1 Kekerapan memberus gigi

80%

73%

71% 70% 60%

sekurang-kurangnya dua kali sehari

Peratus

50%

sekali sehari

40%

kadang-kadang/ tidak memberus gigi

30%

20%

18%

20%

9%

10%

9%

32

0%

lelaki

perempuan

Rajah 5.3 Kekerapan memberus gigi mengikut jantina

Rajah 5.3 menunjukkan kekerapan memberus gigi mengikut jantina. Murid lelaki (71%) dan perempuan (73%) memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari.

5.6.2

Penggunaan floss dalam sehari

70% 62%

61%

60%

Peratus

50%

40%

Tidak pernah Sekali sehari

30%

28%

Lebih dari sekali sehari 24%

20%

15% 10%

10%

33

0%

Lelaki

Perempuan

Rajah 5.4 Penggunaan floss mengikut jantina

Rajah 5.4 menunjukkan penggunaan floss mengikut jantina. Ramai di antara murid lelaki (62%) dan perempuan (61%) tidak pernah menggunakan floss.

5.6.3

Penggunaan ubat gigi

90%

82%

81% 80% 70%

Peratus

60%

Berfluorida

50%

Tidak berfluorida

40%

Tidak menggunakan ubat gigi

30% 20%

13%

10%

13% 6%

5%

0% Lelaki

Perempuan

Rajah 5.5 Penggunaan ubat gigi mengikut jantina

34

Graf 5.5 menunjukkan penggunaan ubat gigi mengikut jantina. Didapati ramai murid lelaki (81%) dan perempuan (82%) menggunakan ubat gigi berfluorida.

5.6.4

Kekerapan berjumpa doktor gigi

60%

57% 53%

50%

Peratus

40% 3 kali/lebih setahun

31%

1-2 kali setahun

30%

Tidak pernah

22%

21% 20%

16%

10%

Rajah

0% Lelaki

Perempuan

5.6 Kekerapan berjumpa doktor gigi mengikut jantina

35

Graf 5.6 menunjukkan kekerapan berjumpa doktor gigi mengikut jantina. Didapati ramai pelajar lelaki (57%) dan perempuan (53%) berjumpa doktor gigi satu ke dua kali setahun.

6.

PERBINCANGAN

6.1 Tahap pengetahuan terhadap kesihatan oral

Hasil daripada kajian ini, seramai 286 (47.2%) orang murid 16 tahun di daerah Seremban mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi terhadap kesihatan oral. Ini mungkin disebabkan tahap pengetahuan yang tinggi oleh subjek kajian dari kawasan bandar iaitu di sekitar bandar Seremban. Murid-murid di kawasan bandar adalah lebih terdedah kepada informasi mengenai penjagaan kesihatan pergigian melalui media massa berbanding di kawasan luar bandar (Nadanovsky & Sheiham, 1995). Ini menunjukkan bahawa sejumlah besar murid-murid berumur 16 tahun memahami faktor penyebab penyakit pergigian seperti karies gigi dan penyakit gusi, kebaikan fluorida kepada gigi dan apa itu plak. Kenyataan ini disokong oleh Freeman et al. (1993) yang menyatakan tahap pengetahuan di kalangan murid sekolah menengah didapati bertambah dan terdapat implikasi yang baik dalam program pencegahan kesihatan oral.

36

Beiruti et al. (1995) pula menyatakan murid-murid sekolah menengah sudah mempunyai pengetahuan tentang penyakit pergigian mengetahui cara untuk mencegahnya daripada berlaku.

Seramai 410 (67.7%) pelajar mengetahui tentang kebaikan ubat gigi berfluorida dalam mencegah kerosakan gigi. Hasil kajian ini disokong oleh Vignarajah (1997) yang menyatakan bahawa program mingguan yang berkaitan fluorida telah mendedahkan kanak-kanak tentang penggunaan fluorida dan kebaikannya kepada gigi.

Pengetahuan tentang kesihatan oral juga mungkin didapati daripada guru-guru di sekolah. Guru merupakan sumber utama dalam menyebarkan maklumat di sekolah. Vigild et al. (1999) menyatakan guru sekolah penting sebagai kunci memberi pengetahuan atau maklumat kepada murid-murid sekolah menegah. Aktiviti tentang pengetahuan kesihatan oral di sekolah rendah dan menegah haruslah disatukan dalam kokurikulum sekolah. Program kesihatan oral akan hanya memberi kesan yang terhad sekiranya tiada sokongan daripada guru-guru.

6.2 Tahap amalan terhadap kesihatan oral

Kajian menunjukkan tahap amalan terhadap kesihatan oral bagi murid-murid 16 tahun berada pada tahap yang baik. Hasil ini juga didapati oleh Ciancio (2003) yang menyatakan bahawa penyakit oral dapat dielakkan sekiranya individu tersebut memberus gigi, menggunakan floss pergigian dan membuat pemeriksaan secara berkala. Hasil kajian ini menunjukkan ramai murid memberus gigi sekurang- kurangnya dua kali

37

sehari iaitu 72%. Vigild et al. (1999) menyatakan 54% kanak-kanak memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Memberus gigi dua kali sehari merupakan salah satu amalan yang digalakkan semasa aktiviti latihan memberus gigi di sekolah. Selain aktiviti latihan memberus gigi di sekolah, pendidikan mengenai penjagaan gigi di rumah oleh ibu bapa juga mempengaruhi kebersihan mulut murid. Hasil penyelidikan Zhu et al. (2003) yang dijalankan di China menunjukkan kekerapan memberus gigi dua kali sehari adalah yang paling tinggi iaitu sebanyak 45%, berbanding dengan kekerapan memberus gigi sekali sehari sebanyak 38%. Ini menunjukkan bahawa memberus gigi dua kali sehari merupakan amalan yang sering dipraktikkan di kalangan murid.

Amalan pergigian yang baik juga berkait rapat dengan latar belakang keluarganya. Ibu bapa digalakkan membawa anak-anak mereka hadir untuk pemeriksaan sama ada di klinik swasta atau pusat penjagaan kesihatan awam (Rajab et al., 2002). Kajian ini disokong oleh Mahmoud, Board dan Khaled (2005) yang menyatakan kebanyakan ibu bapa tidak memberi galakan dan nasihat kepada anak mereka untuk pergi ke klinik gigi. Amalan pergigian yang ditunjukkan oleh ibu bapa juga mempengaruhi sikap anak untuk pergi ke klinik gigi.

Kebanyakan murid menggunakan ubat gigi berfluorida dalam amalan harian. Penggunaan ubat gigi berfluorida penting bagi mencegah kejadian karies. Hal ini dibuktikan dari kajian

yang dilakukan oleh Marinho et al. (2003) yang membuat

kesimpulan penggunaan ubat gigi berfluorida mengurangkan sebanyak 24% karies pada kegigian kekal bagi kanak-kanak dan remaja jika dibandingkan dengan ubat gigi yang tidak mempunyai fluorida. Amalan penggunaan fluorida seperti ubat kumuran dan ubat gigi berfluorida ini boleh mengurangkan kejadian karies (Kementerian Kesihatan

38

Malaysia, Bahagian Kesihatan Pergigian, 1998). Murray & Naylon (1989), telah membuktikan penggunaan ubat gigi berfluorida dapat megurangkan karies gigi sebanyak 20 hingga 30%. Fluorida di dalam ubat gigi mencegah daripada terjadinya pendemineralan, menggalakkan pemineralan semula dan menghalang pembentukan plak.

Seramai 39% murid mengambil masa kurang dari setahun untuk berjumpa doktor gigi. Ini mungkin disebabkan murid tersebut mengalami masalah pergigian dan perlukan rawatan selanjutnya. Hasil kajian ini dibuktikan oleh Taani (2002), menyatakan seramai 60.7% di kalangan pesakit hanya hadir ke klinik pergigian sekiranya perlu untuk mendapatkan rawatan pergigian. Di Malaysia, rawatan pergigian telah diberikan kepada murid-murid sekolah setiap tahun melalui program rawatan “Incrementel Care”. Hanya murid yang memerlukan cabutan gigi kekal atau rawatan kompleks digalakkan hadir ke klinik pergigian. Mereka telah menerima rawatan pergigian di sekolah.

6.3 Sikap terhadap kesihatan oral

Hasil kajian mendapati sebanyak 43% murid mempunyai sikap yang positif dalam penjagaan kesihatan oral. Menurut Aubrey dan Richard (2002) masalah kesihatan oral bukan hanya bergantung kepada perangai atau kelakuan seseorang tetapi bergantung kepada rasa tanggungjawab seseorang itu. Namun, masih ramai pelajar yang beranggapan bahawa rawatan pergigian adalah menyakitkan. Hasil kajian ini disokong oleh Beiruti et al. (1995) yang menyatakan ramai pelajar memberi alas an untuk tidak pergi membuat pemeriksaan pergigian kerana mereka mengganggap membuat rawatan pergigian adalah menyakitkan. Pelbagai program berkaitan kesihatan oral diadakan di

39

sekolah dalam usaha mengubah persepsi murid terhadap rawatan pergigian. Walaubagaimanapun, galakan untuk hadir ke klinik pergigian seharusnya dipupuk sejak kecil lagi bagi memberi tanggapan positif tentang rawatan pergigian.

Ramai murid bersetuju bahawa tidak perlu berjumpa doktor gigi sekiranya tiada masalah pergigian. Hal ini dinyatakan oleh Benoit et al. (2006) dalam kajiannya iaitu 93% daripada kanak-kanak tidak pernah pergi ke klinik seumur hidup, tujuh peratus pergi ke klinik pergigian untuk sekali sahaja dan empat peratus pergi ke klinik pergigian untuk tempoh tidak sampai setahun kerana kesakitan dan ketidakselesaan. Faktor lain mungkin disebabkan layanan yang kurang mesra dari personel pergigian dan kualiti rawatan yang diberikan kurang memuaskan menyebabkan murid tidak tertarik untuk pergi ke klinik pergigian dan hanya akan pergi sekiranya terdapat masalah pergigian.

6.4

Pengetahuan, amalan dan sikap kesihatan oral mengikut jantina

Hasil kajian menunjukkan tiada terdapat perbezaan ketara di antara pelajar lelaki dan perempuan mengenai kesihatan oral. Pada masa kini, pelajar tidak mengira jantina telah mempunyai tahap pengetahuan kesihatan oral. Hal ini dibuktikan dari kajian yang dilakukan oleh Darout, Astrom dan Skaug (2005) di Jordan yang mendapati tiada perbezaan yang ketara di antara lelaki dan perempuan dalam tahap pengetahuan kesihatan oral. Ini dapat dilihat apabila mereka akan lebih mengambil berat tentang penjagaan kesihatan oral tanpa mengira jantina.

Hasil kajian juga menunjukkan masih terdapat segelintir murid lelaki dan perempuan yang tidak menggunakan ubat gigi berflorida. Hasil kajian ini sama dengan kajian yang

40

dilakukan oleh Zhu et al. (2003) yang di jalankan di China yang mendapati sebanyak 82.2% remaja tidak menggunakan ubat gigi berfluorida semasa memberus gigi disebabkan kebanyakan daripada subjek kurang pengetahuan mengenai kelebihan fluorida di dalam kesihatan pergigian.

7. KESIMPULAN

Penjagaan kesihatan oral memerlukan pengetahuan, penjagaan yang berkesan dan haruslah mempunyai sikap bertanggungjawab untuk melaksanakannya. Dari segi pengetahuan, ramai di kalangan murid-murid 16 tahun mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi terhadap kesihatan oral. Mereka mengetahui tentang faktor berkaitan kerosakan gigi, plak gigi, penyakit gusi, penggunaan ubat gigi berfluorida dan penyakit pergigian.

Dari segi amalan pula ramai murid menyatakan mereka menggosok gigi dengan kekerapan dua kali sehari. Tetapi hanya segelintir murid yang mengamalkan penggunaan floss dalam amalan harian. Terdapat juga murid yang masih lagi tidak menggunakan ubat gigi sewaktu memberus gigi. Kebanyakan dari mereka berjumpa doktor gigi satu ke dua kali setahun dan kekerapan berjumpa doktor gigi adalah kurang dari setahun untuk setiap lawatan. Dari segi sikap, ramai di kalangan murid mempunyai sikap yang positif

41

terhadap penjagaan kesihatan oral. Manakala dari aspek jantina, tahap pengetahuan, amalan dan sikap mereka terhadap kesihatan oral didapati sama.

Kesimpulannya, pada masa kini tahap pengetahuan, amalan dan sikap murid 16 tahun di daerah Seremban, Negeri Sembilan terhadap kesihatan oral adalah baik. Walaupun terdapat segelintir murid yang tidak mempraktikkan amalan penjagaan kesihatan oral namun hal ini pasti dapat di atasi dengan kerjasama semua pihak.

8. CADANGAN

Pelbagai usaha dan langkah yang bijak perlu diambil bagi meningkatkan tahap kesedaran masyarakat tentang pentingnya pengetahuan mengenai kesihatan oral. Cadangan adalah seperti di bawah :

i)

Ceramah kesihatan pergigian di sekolah

Ceramah- ceramah kesihatan pergigian harus diberikan di setiap sekolah- sekolah serta perlu dipertingkatkan lagi, sama ada jururawat mahupun pegawai pergigian yang akan memberikan ceramah tersebut perlu tahu tajuk yang sesuai agar ceramah yang diberikan tidak membosankan murid-murid sebaliknya akan menarik minat murid-murid. Selain itu, isi kandungan dan kajian penemuan baru boleh dimasukkan ke dalam ceramah supaya isi kandungan yang diberi terkini dan mengikuti perkembangan semasa. Ini bertujuan agar ceramah tersebut dapat memberi kesan dengan mempertingkatkan lagi

42

pengetahuan dan memberi kesedaran kepada murid-murid. Dengan adanya peralatan yang canggih, serta gambar-gambar yang menarik boleh diselitkan dalam setiap ceramah yang diberikan dapat memastikan ceramah diberikan difahami oleh murid-murid.

ii)

Kehadiran ke klinik pergigian

Murid-murid berperanan dalam penjagaan kesihatan oral dengan mempertingkatkan lagi kehadiran mereka ke klinik pergigian dan bukan hanya bergantung kepada pasukan bergerak yang membuat lawatan ke sekolah-sekolah. Pemeriksaan pergigian secara berkala haruslah di amalkan oleh setiap murid agar kesihatan oral mereka dapat dipelihara.

iii)

Pengiklanan kempen kesihatan pergigian

Media massa seperti televisyen, majalah, surat khabar dan internet merupakan agen yang amat penting dalam menyalurkan maklumat kepada orang ramai. Pengiklanan kempen kesihatan pergigian dapat disebarkan kepada orang ramai. Maklumat yang disiarkan tersebut hendaklah ringkas, padat dan mudah difahami setiap masyarakat yang menonton dengan memberikan gambaran-gambaran yang jelas terhadap pentingnya penjagaan kesihatan mulut dalam setiap individu agar tidak diabaikan.

iv)

Peranan ibu bapa

Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam penjagaan kesihatan oral anak-anak mereka. Ibu bapa haruslah memberikan teladan yang baik dengan memberi tunjuk ajar

43

kepada anak-anak mereka cara penjagaan kesihatan oral yang betul dan berkesan di rumah. Di samping itu juga ibu bapa haruslah memberi dorongan kepada anak-anak mereka untuk membuat pemeriksaan pergigian dan tidak hanya bergantung kepada personel pergigian.

v)

Peranan sekolah

Kerjasama daripada pihak sekolah amatlah diperlukan dalam menjayakan aktiviti yang dirancang untuk mempertingkatkan tahap pengetahuan murid-murid terhadap kesihatan oral. Contohnya, pelajar diberi masa selama 10 minit selepas rehat bagi membolehkan murid-murid memberus gigi. Melalui aktiviti ini, penjagaan kesihatan oral dapat diamalkan oleh mereka dan sedikit sebanyak dapat mengurangkan kejadian karies gigi.

44

9. RUJUKAN

1. Abid A.; Oral health in Tunisia. International Dental Journal. 2004: 54 : 389-394

2.

Barenie JT, Leske GS, Ripa LW.; The effect of toothbrushing frequency on oral hygiene and gingival health in school children : reassessment after two and one half years. Journal Public Health Dent. 1996 : 36 : 9-16

3.

Beiruty N, Helderman WH.; Oral health in Syria. International Dental Journal. 2004: 54: 383-388

4.

Beiruti N, Tayfour D, Boles W, Poulsen S.;

45

Oral health related knowledge and behaviour of a group of 15 year old school children from Damascus, Syria. International Journal Dental Paediatric. 1995: 180-18

5.

Chestnut IG, Schafer F, Jacobson AP, Stephen KW.; The influence of toothbrushing frequency and post-brushing rinsing or caries in a caries clinical trial. Community Dent. Oral Epidermiol. 1998: 26: 406-411

6.

Ciancios.; Improving oral health: Current considerations. Journal Clinical Periodontology. 2003 : 25: 4-6

7.

Cowell CR.; Sweet preferens, consumption of sweet tea and dental caries studies in urban and rural Iraqi populations. International Pent. Journal. 1997: 47: 200-213

8.

Darout IA, Astram AN, Skaug N.; Knowledge and behaviours related to oral health among secondary school students in Khartoum Province, Sudan. International Dental Journal. 2005: 54: 224-230.

9.

D. B. DA Silva, I. P. R. Souza, M.C.S.A. Cunha.;

46

Knowledge, attitudes and status of oral health in children at risk for infective endocarditis. International Journal of Peadiatric Dentistry. 2002: 51: 124-131

10.

Downer MC.; The 1993 national survey of children’s dental health. British Dental Journal. 1995: 178: 407-412

11. Freeman R, Maizels J, Wyllie M, Sheiham A.; The relationship between health related knowledge, attitudes and dental health behaviours in 14 – 16 year old adolescents. Community Dental Health. 1993: 10: 397-404

12.

Jarvien VK, Rytomaa II, Heinonen OP.; Risk factors in dental evosion. International Dental Journal. 2001:25: 942-947

13.

Kementerian Kesihatan Malaysia, Bahagian Kesihatan Pergigian.; Laporan program pemfluoridaan 1997.

14.

Konig KG.; Diet and oral health. International Dental Journal. 2000 : 50: 162-174

47

15.

Ling Zhu, Poul Erik Petersen, Hong-Ying Wang, Jin-You Bian, Bo-Xue Zhang.; Oral health knowledge, attitudes and behaviour of children and adolescents in China. International Dental Journal. 2003 : 53: 289-298

16.

Loe H.; The natural history of periodontal disease in humans : risk factors for tooths loss in caries-free subjects receiving on oral health care. Periodontal Clinical Journal .2005: 32: 484-493

17.

Mahmoud K. Al-Omiri, Jor Board, Ahed M. Al-Wahadni, Khaled N. Saeed.; Oral Health attitudes, knowledge and behaviour among school children in North Jordan. International Dental Education. 2005: 25 : 165-176

18.

Marinho VC, Higgins JP, Sheiham A, Logan S.; Fluoride toothpastes for preventing dental caries in children and adolescents. Cochrane Database System Preview : 2003

19. Milsom KM, Rijal K, Lennon MA.; Oral health status of 12 year old children in Nepal in 1994. International Dental Journal. 1997: 47: 88-93

20.

Muhlemann H.R.; Nutrition, tooth formation and caries susceptibility.

48

Symp. Swed Nutri. Found. 1965 : 9-20

21.

Navia JM.; Prevalence of developmental enamel defects and dental caries in rural pre-school Thai Children. Communiti Dent Health. 1996: 13: 191-204

22.

Rahimah AK.; Pendidikan kesihatan, teori dan amalan. Dewan Bahasa dan Pustaka. 1995: 11-22

23.

Rugg-Gunn A.; Founders and Benefactors leture 2001. Preventing the preventable-the enigma of Dental Caries. British Dental Journal. 2001: 478-485

24. Suliman Al-Tamimi, Poul Erik Petersen.; Oral health situation of school children, mothers and schoolteacher in Saudi Arabia. International Dental Journal. 1993: 48: 180-186

25.

S. Vignarajah.; Oral health knowledge and behaviours and barriers to dental attendance of school children and adolescents in the Caribbean Island of Antigua. International Dental Journal. 1997 : 159-167

49

26.

Taani DQ.; Periodontal awareness and knowledge and pattern of dental attendance among adult in Jordan. International Pent. Journal. 2002: 52: 94-98

27.

Taani DQ, El-Qadari SS, Abu Alhaija ES.; Dental anxiety in children and its relationship to dental caries and gingival condition. International Journal Dental Hygine. 2005: 32: 83-87

28.

Varenne B, Petersen PE, Quattara S.; Oral health status of children and adults in urban and rural aries of Burkina Faso, Afrika. International Dental Journal. 2004: 54: 83-89

50

Related Documents

Paper Projek Siap
May 2020 1
Siap
May 2020 29
Projek
August 2019 56
Projek
April 2020 50
Siap Print.docx
April 2020 25