Seminar Wajah Kepengarangan Muslimah Nusantara 2009

  • Uploaded by: shafie bin abu bakar
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Seminar Wajah Kepengarangan Muslimah Nusantara 2009 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,971
  • Pages: 9
SEMINAR WAJAH KEPENGARANGAN MUSLIMAH NUSANTARA 2009 Anjuran

: Persatuan Kesusasteraan Bandingan Malaysia (PKBM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB)

Dengan Kerjasama : Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM), Jabatan Warisan

Negara,

Kementerian

Perpaduan,

Kebudayaan,

Kesenian dan Warisan, Masjid Abdul Rahman bin Auf dan esastera.com (31Mac, 1 – 2 April 2009) Tempat

: Di Dewan Bahasa dan Pustaka

Ucapan Dasar: Bismil-Lahi`r-Rahmani`r-Rahim Tajuk: Prinsip, Fitrah dan Tarbiyah: Melakar Wajah Muslimah 1. Iftitah Antara sifat ketuhanan ialah Rabb, di samping Rahman dan Rahim. Kita ulangi mesra bacaan `Rabb` ini di dalam surah al-Fatihah berulangan dan berterusan, di dalam sembahyang atau di luar sembahyang. Sifat-sifat yang lain manifestasi kesempurnaan bagi Rabb ini banyak terakam di dalam al-Qur`an. Rabb mendidik dan memelihara dengan kelangsungan menurut fitrah. Keharmonian cakrawala alam yang bergerak di atas paksinya menurut aturan Rabb. Bertukar siang dan malam menurut sunnah dari Rabb. Bertiup angin mendebur ombak dipantai digerak oleh Rabb, turunnya hujan menumbuh hijau tanaman dari rahmat Rabb

Pendeknya semua kejadian alamiah

tabiiah patuh tunduk pada fitrah Rabbaniah. Tetapi insan diberi sedikit kebebasan terhad, diberi fakulti akal yang mampu memikir dan membuat keputusan,diberi fakulti nafsu yang kadang-kadang hilang

kawalan, diberi fakulti kalbu yang citrahati boleh berubah oleh berbagai sentuhan dan diberi rohani yang kadang mampu sampai kepada ketenangan. Kepelbagaian fakulti di dalam individu diri yang kadang-kadang tidak selaras dan stabil, kewujudan kelompok manusia yang stabil dan tidak stabil di dalam pembawaan watak mereka, menyebabkan berlaku kacau ganggu terhadap kelangsungan dan ketenteraman hidup.. Ini diakibatkan oleh kejahilan, ketamakan, kezaliman, peperangan, kemiskinan dan,

penindasan –

khususnya terhadap perempuan dan anak-anak, baik secara langsung dituju terhadap mereka seperti yang dilakukan oleh Zionis Israel terhadap umat Palestin bagi mengurangkan populasi mereka, bahkan menghapuskan turunan mereka.Atau kesan secara tidak langsung contohnya dari mana-mana peperangan yang berlaku, maka kesannya dialami ibu-ibu dan anak-anak yang tidak berdosa. Sesungguhnya insan relatifnya maju, tetapi insan juga mengganggu, mendorong kepada jahiliah, sesat dan menyeleweng. .

2. Akidah Paksi bagi tarbiah islamiah adalah akidah. Ia adalah falsafah pegangan, penyatu pandangan, kekukuhan nilai mencorak akhlak peribadi, warga masyarakat dan budaya umat. Prinsip semua ini dari wahyu Ilahi, iaitu al-Qur`an diperturunkan kepada Rasul Junjungan. Prinsip ini kekal, sama, jitu dan tak berubah. Tidak ada beda antara lelaki dan perempuan, jauh dan dekat, utara selatan, barat dan timur Akidah tauhid adalah sama dari zaman Nabi Allah Adam a. s. membawalah kepada rasul-rasul yang hingga kepada Nabi Muhammad s.a.w.Dari akidah pula turun kepada perundangan yang membentuk nilai dan kehidupan, keluarga dan masyarakat, Negara dan umat. Akidah, perundangan dan nilai ini mencorak ummah. Dirakam, dihurai, diolah dan ditafsir dalam pelbagai pecahan ilmu oleh deretan ulama cendiakiawan melahirkan dapatan dan penemuan dan berterusan menambahkan kepustakaan berbaur dengan kepelbagaian dapatan luaran. Kepustakaan ini merupakan manifestasi adab dan tamadun budaya umat.

3. Wajah Muslimah Wajah muslimah adalah wajah tak terpisah dari wajah ummah.Adalah `part and parcel` dan bahagian menyempurnakan. Ia hangat dan dingin bagi suhu alam sekitaran, asam dan garam bagi kehidupan, manis dan tawar ramuan kecapan. Lakaran wajah muslimah seharusnya `protype` acuan dari al-Qur’an. Dilengkapkan oleh Hadith Nabi, tokoh-tokoh muslimah dalam aliran sejarah. Prinsip perundangan pada dasarnya tidak membezakan antara lelaki dan perempuan misalnya menyuruh membuat baik dan menjauhi yang mungkar (Ali Imran: 104), melakukan keadilan dan keihsanan (AlNahl:90), menunaikan amanah (Al-Nisa`: 58) dan sebagainya. Al-Qur`an memberi kedudukan kepada perempuan sebagaimana diberi kedudukan kepada lelaki. Di dalam Al-Qur`an terdapat lakaran dan pemaparan watak-watak perempuan yang baik yang disebut secara langsung atau tidak langsung seperti kisah Saydatina Hawa, Maryam, Asiah, Balqis, anak-anak perempuan Nabi Allah Shu`ayb a. s. dan sebagainya, terdapat juga watak-watak jahat seperti isteri Nabi Allah Nuh a.s.dan isteri Abu Lahab. Terdapat kisah kemurnian cinta antara Zulaikha dan Yusuf, bahkan terdapat sebuah surah khusus tentang al-Nisa` (Perempuan). Watak-watak contoh muslimat tak lain daripada isteri-isteri Nabi seperti Khadijah, Aisyah, Hafsah dan lain-lain. Puteri-puteri baginda seperti Zainab, Ruqayyah, Ummi Kalthum dan Fatimah. Dari kalangan muslimat pada zaman Nabi dan sahabat seperti Asma` Binti Abu Bakar, Al-Khansa` Bnti Amr, Nasibah Binti Ka`ab, Ramlah Binti Abu Sufyan, Sumayyah Binti Khayyat, Ummu Sulaim Binti Milhan, manakala perempuan ganas seperti Hindun Binti ‘Utbah, Ummu Jamil dan sebagainya. Watak-watak unggul dari kalangan ummah sepanjang zaman seperti Siti Zubaidah isteri Khalifah Harun alRashid, Rabiah al-Adawiyyah, Mumtaz Mahal, Tun Fatimah, Safiyatuddin Tajul Alam Shah dan sebagainya. Islam amat meletakkan sistem kekeluargaan pada tempat yang tinggi dan suci, lantaran perempuan menjadi ibu bagi kita dan anak-anak kita. Ibu adalah sumber kasih. Di laman hatinya rimbun pepohon mesra berbuah cinta, rindu kepadanya anak-anak bila berjauhan, berbundung pulang mereka dihari lebaran bagi merebah kasih di pangkuan. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda:

Bermaksud: Syurga di bawah telapak kaki ibunda Ibu yang baik bersama bapa yang baik menghasilkan anak-anak yang baik. Mengalir ke muara keluarga sungai kebahagian. Sebaik perempuan sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. Bermaksud: Daripada Abdullah bin `Amr r.a. berkata, bersabda Rasulullah s.a.w. Dunia merupakan keseronokan sementara, dan keseronokan yang paling baik ialah wanita yang salihah: Riwayat Muslim Perempuan yang baik, berakhlak baik, berpelajaran haruslah menjadi pilihan, bakal ibu bagi anak-anak harapan, melebarkan cita-cita memuncak jaya. Di dalam mencari isteri, Rasulullah s.a.w. menyarankan: Bermaksud: Seorang perempuan dikahwini kerana empat perkara, iaitu kerana harta, keturunan, kecantikan atau agamanya. Maka pilihlah perempuan yang beragama, kerana kamu memerlukannya. Riwayat Bukhari dan Muslim. Sifat perempuan yang baik digariskan oleh Rasulullah s.a.w, Sebaik-baik perempuan ialah apabila kamu memandangnya membahagiakan kamu dan apabila kamu menyuruhnya dia akan mematuhi kamu dan apabila kamu keluar, ia memelihara harta kamu dan dirinya sendiri. Riwayat al-Nasai dan lainnya.

Walau bagaimana hak memilih secara terbaik ini tidak sahaja berpihak kepada lelaki, tetapi pihak perempuan juga berhak memilih terbaik yang diistilahkan sebagai `kufu` bagi dirinya. Sabda Rasulullah s.a.w. Bermaksud: Pilihlah tempat yang terbaik untuk meneruskan keturunanmu dan kahwinkanlah mereka yang sekufu dan kahwinilah mereka. Riwayat Ibn Majah. Di dalam hal ini ayat Qur`an menegaskan: Bermaksud: Maka adakah orang yang beriman sama seperti orang yang fasiq ? Mereka tidaklah sama (Al-Sajdah: 18). Islam amat menekankan peraturan bagi keharmonian keluarga. Firman Allah Bermaksud: Tuhan engkau melarang menyembah, melainkan kepadaNya. Dengan dua ibu bapa hendaklah berbuat baik. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan pemeliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar), sekalipun perkataan `oh !` dan janganlah engkau menengking/menyergah mereka. Tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan hendaklah engkau merendahkan diri kepada keduanya, kerana belas kasihan dan kasih saying. Dan doakanlah untuk mereka dengan berkata,``Wahai Tuhanku ! Cucurkanlah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayang, memelihara dan mendidikku semasa kecil – (Al-Isra`: 23-24).

4.

Pendidikan Anak-anak perlu dididik sebaik-baiknya di dalam pelajaran agama dan pelajaran-

pelajaran yang lain. Islam amat menekankan kepentingan pelajaran. Banyak ayat-ayat Qur`an yang menggesa supaya menuntut dan menguasai ilmu, bahkan Rasulullah s.a.w. menuntut agar setiap individu muslim dan muslimah mempelajari ilmu dari buaian ke akhir hayat (liang lahad). Keluarga dan generasi muslim berilmu menjamin kebahagiaan, kemuliaan dan kekuatan. Masyarakat berilmu menuntut pemerintah menjalankan pemerintahan dengan adil, saksama, tidak rasuah, menghapuskan gejala sosial dan mementingkan kebajikan rakyat yang dari segi idealnya dapat mengarah kepada apa yang digambarkan oleh al-Qur`an: Bermaksud: Negara yang baik lagi diampun Tuhan. (Saba`: 15). 5. Kepengarangan Muslimah Kepengarangan muslimah bererti keterlibatan muslimah di dalam bidang penulisan baik di dalam bidang kreatif atau non-kreatif. Adalah diakui, terutama di dalam bidang kreatif apa yang dihasilkan oleh seseorang penulis, khususnya muslimah adalah cerminan dari jiwa dan hati nuraninya. Ia adalah dari dirinya. Ia adalah pancaran dari pendidikan, pengalaman, keyakinan, kepercayaan, pemikiran dan sudut pandangannya. Sebagai penulis muslimah apa yang ditulis adalah hasil dari pendidikan yang dilalui dan pencapaian ilmunya. Sebagai muslimah sudah tentulah dia memahami keilmuan Islam, tidak mencanggahi, bahkan berusaha menyebarkan ilmu keislaman baik secara langsung atau secara tidak langsung. Penulisan yang dihasilkan oleh penulis muslimah adalah pengalaman hidup yang pernah dilalui yang dijelmakan kembali secara kreatif. Seorang Zurinah Hassan yang menulis puisi-puisi di dalam kumpulan Keberangkatan adalah himpunan pengalamannya misalnya tentang alam rumahtangganya, anak dan keluarga, tentang kembaranya, interaksinya dengan alam dan masyarakat yang diolahnya secara kreatif, retorik bahkan berelemen kontradik. Demikianlah dengan penulis-penulis yang lain seperti Siti Zainon Ismail, Zaihasra, Nor Aini Muhammad dan

Diah Hadaning di dalam bidang puisi, manakala Khadijah Hashim dan Fatimah Busu di dalam bidang novel dan juga cerpen. Seorang penulis muslimah adalah seorang yang memahami bidang akidah Islam, sebab itu dia menulis selari dengan pegangan akidahnya dan ia tidak mungkin mencanggahi prinsip-prinsip akidah. Andainya dilakukan, dia bukan saja tidak diterima sebagai penulis muslimah, bahkan dikecam dan dikutuk oleh umat Islam seperti terjadi kepada Salman Rushdi dengan Satanic Verses dan pengarang wanita Sharmini dari Bangladish. Di Negara kita juga terdapat penulis wanita yang terpengaruh dengan fahaman liberal dan secular. Ianya tidak lain dari pengaruh fahaman sekular yang memang bercanggah dengan fahaman Islam. Kita mengikuti anjuran-anjuran Sister`s In Islam yang mempersoalkan hukum hakam keislaman, mereka menganjur dan memperjuangkan hak dan kesamaan antara lelaki dan perempuan di dalam Islam yang banyak diantaranya tidak dapat diterima dan bercanggah dengan Islam. Persoalan ibadat juga dituntut dipersamakan mereka juga mau bersembahyang berjumaat yang tidak wajib bagi mereka sebagai satu rukhsah. Bahkan mewajarkan perempuan menjadi khatib dan imam sembahyang jumaat sebagai yang dilakukan oleh Aminah Wadud dan pengikut-pengikutnya di Amerika. Elemen-elemen sedemikian tentulah tidak disenangi, bahkan merosakkan Islam itu sendiri. 6. Bermatlamat Menulis dan kemudian dikenali sebagai penulis muslimah dan tidak muslimah mungkin secara kebetulan dan tidak dari niat dan perjuangan. Oleh kerana ada sedikit latar pendidikan agama dan menulis di dalam bidang biasa dan kebetulan ada tulisan yang berciri Islam, maka dinamakan penulis muslimah. Maksudnya ianya mungkin bukan dari niat, kesungguhan bahkan perjuangan. Barangkali dengan sifat dan keadaan sedemikian tidak akan ke mana-mana jadi dan pergi. Penulisan bukan sekadar merakamkan pengalaman, tetapi juga ilmu, aliran dan perjuangan. Penulis muslimat yang berkesan hendaklah penulis yang komited dengan penulisan dan mempunyai wawasan. Ia melibatkan diri dengan penulisan ialah bertujuan untuk menegakkan Islam. Maksud menegakkan Islam dalam erti kata yang luas, iaitu untuk mengisi kekosongan bidang penulisan yang kurang dilibati oleh penulis muslimah,

untuk meneroka pendekatan penulisan yang berciri, berteori dan berfalsafahkan Islam. Untuk menyampaikan pengajaran dan pendidikan Islam melalui medium seni penulisan yang dapat menarik khalayak menerima, membaca dan menghayatinya. Menjadi agen perubahan yang dapat memberi arah dan tujuan yang dapat membina masyarakat umat yang tinggi akhlak dan sekaligus menghapus gejala-gejala sosial yang mengancam ketenteraman dan kesejahteraan umat dan seterusnya memenuhi kepustakaan Islam dengan penulisan dan buku-buku yang dapat membina peradaban dan tamadun Islam. 7. Berstrategi Secara Berjamaah Seseorang penulis muslimah dengan kekuatan ilmu, minda, berdaya kreatif dan mendokong

perjuangan

Islam,

mungkin

dapat

bangkit

dengan

kemampuan

perseorangan. Tetapi ibarat sebiji benih pokok yang tumbuh secara berasingan dan bersendirian di atas sebuah tanah yang kontang, mungkin agak sukar untuk bangkit dan subur berkembang, berbanding sebuah biji yang tumbuh di dalam kelompoknya di atas tanah yang subur, maka ianya akan tumbuh dan berkembang menjadi hutan yang rimbun dan menghijau. Contoh pokok bakau yang hidup antara pinggiran muara di tepi pantai, walaupun berdepan dengan hakisan ombak, pokok-pokok dapat tegak bersama rumpunnya berdepan dengan angin dan ombak mempertahankan diri dari hakisan dan dapat meneruskan lanjutan benihnya tumbuh dan berkembang dan memberi faedah kepada alam dan manusia. Demikian ibarat penulis muslimah tidak mampu bersendirian dengan kekuatan bersendirian. Ianya perlu tegak secara berjamaah yang mempunyai misi dan visi keislaman. Dalam kata yang lain penulis muslimah perlu bangkit dan tegak melalui Persatuan Penulis Muslimah (PPM). Persatuan sedemikian jika belum ditubuhkan, maka amat wajar ditubuhkan. Melalui persatuan berdaftar dan ahli jawatankuasa yang dinamik dapat difikir dan disusun berbagai-bagai kursus dan latihan, memberi bimbingan penulisan, membekal ilmu pengetahuan, menilai dan memupuk kemajuan di dalam bidang penulisan sama ada dalam bidang, non kreatif dan yang bersifat ilmiah. Usaha juga hendaklah dilakukan bagi mewujudkan medium penulisan dengan mengadakan penerbitan dan buku-buku yang bahan ini dapat sampai ke khalayak dan mesej penulisan muslimah dapat disampaikan. Dalam kata lain objektif, misi dan visi penulisan

muslimah untuk memperkembangkan Islam melalui penulisan. Tujuan murni ini dapat dicapai. Insya Allah. Wallahu a`lam. Sekian.

Shafie Abu Bakar, Bangi. 04 Rabiul Akhir 1430 31 Mac, 2009

Related Documents

Muslimah
June 2020 22
Wajah
October 2019 38
Ziarah Muslimah
November 2019 38
Ideal Muslimah
June 2020 29
Wajah - Jac
November 2019 28

More Documents from ""