Semangat Kejiranan.docx

  • Uploaded by: NORSHEMA BINTI SHAIKH ALI -
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Semangat Kejiranan.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 267
  • Pages: 1
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana , guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Terima kasih kerana melapangkan masa untuk mendengar pidato saya pada pagi ini. Tajuk pidato saya ialah semangat kejiranan Hadirin sekalian, Kita semua sedia maklum bahawa jiran merupakan orang yang terdekat dengan kita. Jiranlah yang membantu dengan segera sekiranya ditimpa kesusahan atau dirundung malang. Oleh itu, kita mestilah sentiasa mengekalkan sikap berbaik-baik dengan jiran tetangga. Susun papan satu persatu, Agar redup dahan rumbia; Hidup berjiran bantu –membantu, Agar hidup harmoni bahagia. Semangat kejiranan merupakan semangat yang mementingkan hubungan baik dengan jiran-jiran kita. Akan tetapi, saban hari semangat kejiranan semakin luntur. Sebenarnya, semangat kejiranan patut ditingkatkan kerana banyak memberi kepentingan kepada semua pihak. Semangat kejiranan penting dalam masyarakat kerana dapat mewujudkan masyarakat penyayang. Jiran yang terdiri daripada pelbagai kaum perlu sentiasa bertegur sapa, hormat-menghormati, dan bertoleransi antara satu sama lain. Jiran-jiran yang mengamalkan semangat kejiranan ini akan saling bantu-membantu. Justeru itu, wujudlah masyarakat penyayang di kalangan jiran berbilang kaum. Hadirin yang dihormati, Semangat kejiranan dapat mengurangkan kadar jenayah di sekitar kawasan perumahan. Kawasan perumahan yang mementingkan semangat kejiranan akan membentuk Jawatankuasa Rukun Tertangga. Jawatankuasa Rukun Tetangga akan membuat rondaan dan memantau kegiatan di sekitar kawasan perumahan. Secara tidak langsung, kes-kes jenayah dapat dikurangkan. Di samping itu, semangat kejiranan juga dapat memupuk perpaduan khasnya dikalangan masyarakat berbilang kaum. Dengan adanya semangat kejiranan, jiran-jiran akan sentiasa kunjung-mengunjungi dalam apa-apa juga majlis yang diadakan. Akhir kata, semangat kejiranan haruslah dijadikan keutamaan oleh anggota masyarakat baik di kampung atau di bandar. Kesejahteraan hidup sesuatu masyarakat bergantung pada kesepakatan ahli-ahlinya kerana jiran sepakat membawa berkat. Sekian, terima kasih.

Related Documents

Semangat
May 2020 15
Semangat Belajar.docx
December 2019 36
Semangat Tektan.docx
April 2020 14
Semangat Membela Islam
June 2020 15

More Documents from "Prof. DR. H. Imam Suprayogo"