Latar Belakang Tamadun

  • Uploaded by: NORSHEMA BINTI SHAIKH ALI -
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Latar Belakang Tamadun as PDF for free.

More details

  • Words: 1,342
  • Pages: 18
Latar belakang tamadun  Tamadun Yunani

F1. Tamadun Yunani berkembang di Semenanjung Greece dan pulau-pulau di sekitamya yang dikelilingi oleh Laut Aegean dan Laut Mediterranean. F2. Tamadun ini bermula dengan pembentukan petempatan manusia yang dikenali sebagai negara kota atau polis. F3. Negara kota terbentuk hasil gabungan beberapa buah kampung dan bandar pada sekitar tahun 1000 - 800 S.M.. F4. Terdapat banyak negara kota pada zaman Yunani dan setiap negara kota mengandungi sebuah kota yang dikelilingi oleh kawasan pertanian dan di dalam kota terdapat pasar, kubu, kuil. dan istana.

 F5. Walaupun terdapat banyak negara kota di

Yunani tetapi yang paling menonjol ialah Athens, Sparta dan Corinth. F6. Ketiga-tiga negara kota tersebut terletak berhampiran dengan Laut Mediterranean. F7. Setiap negara kota memiliki corak pemerintahan dan undang-undang tersendiri F8. selain turut memiliki beberapa tuhan. F9. Masyarakat Dalam setiap negara kota itu sentiasa bersatu padu, walaupun begitu, peperangan sering berlaku antara negaranegara kota tersebut.

Tamadun Rom  F1. Tamadun Rom lahir di kawasan Bukit Palatine yang terletak

berhampiran dengan Sungai Tiber, di Lembah Latium. F2. Lembah ini didiami oleh masyarakat Latin. F3. Semasa pemerintahan Romulus pada tahun 753 S.M., lembah ini telah berkembang dan menjadi penting. F4. Pada abad kedua Masihi, pemerintahan Rom telah mewujudkan majlis perbandaran di setiap bandar. F5. Majlis perbandaran tersebut akan menjalankan pentadbiran tanpa diganggu oleh pentadbiran pusat di Rom. F6. Kewujudan majlis perbandaran juga telah membawa kepada kemajuan dan keselesaan hidup di bandar. F7. Pembinaan bandarnya adalah terancang dengan pelbagai kemudahan seperti bekalan air, sistem pemanas, rumah ibadat, teater, sarkas, tempat berdialog (forum), rumah mandi awam dan istana

 F8. Antara bandar di bawah pemerintahan Rom termasuklah

Pompei yang merupakan bandar contoh disebabkan wujudnya pelbagai kemudahan di bandar ini. Misalnya, di Pompei terdapat pejabat, dewan orang ramai, mahkamah, perpustakaan, rumah ibadat, kedai, pintu gerbang dan colloseum (binaan bulat tanpa atap, tempat pertandingan bagi pahlawan Rom). F9. Pada tahun 80 M., bandar Pompei mempunyai penduduk seramai 50 000 orang. F10. Selain itu, terdapat juga sistern saliran bawah tanah yang menyalurkan air melalui paip sejauh 165 kilometer yang melibatkan 14 buah saliran atau terusan. F11. Dengan adanya saliran tersebut, bekalan air dapat diberikan kepada penduduk di Pompei pada waktu aman dan semasa peperangan, selain digunakan untuk tujuan perindustrian dan pengangkutan.

Tamadun India  F1. Tamadun Indus telah melalui satu era kecemerlangan

antara tahun 2500 - 1800 S.M.. F2. Selepas tempoh ini tamadun Indus telah mengalami keruntuhan. F3. Hal ini dikaitkan dengan kedatangan orang Aryan yang telah membawa satu budaya dan tahap baru kepada masyarakat Lembah Indus. F4. Tahap ini dikenali sebagai Zaman Vedik. Nama Vedik ini diambil sempena kelahiran kitab-kitab Veda. F5. Zaman Vedik merupakan permulaan kehidupan beragama bagi masyarakat tersebut kerana pada zaman itulah lahirnya agama Hindu. F7. Setelah beberapa ketika bertapak di Lembah Indus, menjelang abad ketujuh Sebelum Masihi perhatian masyarakat tersebut beralih ke Lembah Ganges.

 F8. Pada zaman ini terdapat golongan pemerintah yang

terdiri daripada golongan raja. F9. Terdapat dua bentuk kerajaan, iaitu janapada atau kerajaan kecil dan mahajanapada atau kerajaan besar. F10. Di bawah pernerintahan Chandragupta Maurya, kerajaan-kerajaan kecil ini telah disatukan. F11. Pada tahun 321 S.M. telah lahir empayar yang pertama di India. F12. Ini berlaku semasa pemerintahan Dinasti Maurya apabila seluruh India utara telah disatukan. Dinasti ini mencapai kemuncak kegemilangan pada ketika pemerintahan Asoka.

Tamadun china  F1. Tamadun China terletak di Lembah Hwang Ho dan meluas

hingga ke bahagian selatan China. F2. Perluasan kawasan ini bermula dengan kemunculan Dinasti Chin. F3. Kelahiran empayar yang pertama itu menandakan satu peningkatan dalam tamadun China. F4. Dinasti Chin bermula pada tahun 221 S.M. dan berakhir pada tahun 206 S.M F5. Maharaja Shih Huang Ti merupakan pengasas Dinasti Chin dan beliau berjaya memperluas jajahan takluknya hingga terbentuk sebuah empayar. F6. Jajahan takluknya amat luas sehingga ke Sungai Merah di Vietnam. F7. Zaman empayar merupakan zaman berlakunya banyak peperangan dan perluasan kuasa dengan jajahan takluk yang luas dapat disatukan di bawah sebuah pentadbiran pusat.

Aspek peningkatan tamadun SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN TAMADUN YUNANI

F1. Sistem Beraja  H1a. Sebelum sistem demokrasi diperkenalkan, Athens

mengamalkan sistem beraja. H1b. Dalam sistem ini, raja dibantu oleh sebuah badan yang dinamakan konsul. H1c. Raja berperanan sebagai ketua hakim, ketua tentera, dan ketua agama. H1d. Apabila kuasa konsul menjadi kuat, peranan raja sebagai ketua tentera, ketua hakim, dan ketua agama merosot. H1e. Akibatnya, lahir sistem raja yang dipilih tetapi kuasanya amat terhad. h1f. Ini adalah kerana dalam sistem ini pemerintahan dikuasai oleh konsul yang terdiri daripada golongan kaya.

F2. Sistem Oligarki  H2a. Sistem pemerintahan oleh beberapa orang

konsul seperti ini dinamakan oligarki.

F3. Aritokrasi  H3a. Daripada kalangan konsul ini lahir pula

golongan aristokrat yang kuat. H3b. Mereka. memiliki kuasa yang besar dan pernerintahan oleh golongan aristokrat ini dinamakan aristokrasi.

F4. Tirani  H4a. Akibat rasa tidak puas hati rakyat terhadap

pemerintahan berbentuk aristokrasi, muncul pula golongan yang menuntut hak dan ini telah menyebabkan berlakunya rampasan kuasa. H4b. Keadaan ini telah membawa kepada pemerintahan berbentuk tirani oleh diktator. h4c. Biasanya, diktator bukan daripada golongan aristokrat tetapi daripada golongan kaya atau tentera. H4c Walaupun rakyat biasa menyokong rampasan kuasa tersebut, tetapi tindakan itu telah ditentang oleh golongan aristokrat.

F5. Demokrasi  H5a. Oleh itu, lahir pula sistem demokrasi.

H5b. Dalam. sistem demokrasi ini terdapat Dewan Perhimpunan dan Majlis. H5c. Semua warganegara lelaki dewasa Athens diberi peluang menjadi anggota Dewan Perhimpunan antara enam bulan hingga setahun. H5d. Dewan Perhimpunan bersidang sebanyak tiga kali dalam sebulan dan setiap ahli Dewan ini boleh mengemukakan cadangan tentang dasar kerajaan. H5e. Segala keputusan Dewan dikendalikan oleh Majlis. H5f. Ahli Majlis, Majistret dan Juri dilantik oleh Dewan. Oleh itu, Dewan mempunyai kuasa penuh terhadap ketiga-tiganya. H5g. Walaupun sistem demokrasi diamalkan di Athens, tetapi sistem ini tidak berlaku di negara kota yang mengamalkan sistem beraja yang berkuasa mutlak.

F6. Sistem Pemerintahan Tentera.  H6a. Jika demokrasi diamalkan di Athens, di Sparta

pula, sistem pemerintahan tentera telah diamalkan. H6b. Dengan ini sistem pertahanan telah diberikan perhatian yang penting. H6c. Anak lelaki dilatih dari awal untuk menjadi askar yang baik dan sistem latihan ini telah menyebabkan Sparta berjaya melahirkan tentera yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi lagi handal.

Aspek peningkatan tamadun SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN TAMADUN ROM

F1. Sistem Beraja  H1a. Dalam tamadun Rom pula, pemerintahan telah

bermula dengan sistem beraja dari tahun 753 S.M. lagi. H1b. Pada masa itu, Rom diperintah secara mutlak oleh raja-raja berketurunan Etruscan yang bukan berasal daripada kalangan masyarakat Latin tempatan. H1c. Pemerintahan secara mutlak oleh raja-raja Etruscan ini tidak disenangi oleh masyarakat Latin. H1d. Oleh itu, masyarakat Latin dengan pimpinan golongan bangsawan yang dikenali sebagai patrician telah bangun memberontak.

F2. Sistem Republik  H2a. Rom kemudiannya membentuk sebuah republik pada

tahun 509 S.M.. H2b. Dalam sistem republik, tiada pemerintah berkuasa mutlak. H2c. Kuasa tertinggi terletak pada dua orang konsul yang dilantik oleh Dewan Senat untuk sesuatu tempoh. H2e. Konsul dibantu oleh Dewan Senat yang diwakili oleh golongan bangsawan bagi membincangkan hal-hal pentadbiran negara dan merangka perundangan. H2f. Kebiasaannya, sebelum seseorang ahli Dewan Senat dilantik sebagai konsul, beliau ialah praeotor, iaitu pemerintah tentera. H2g. Di bawah Dewan Senat pula ialah Dewan Perhimpunan yang diwakili oleh semua rakyat Rom. H2h. Segala keputusan Dewan Senat akan disampaikan kepada Dewan Perhimpunan untuk diluluskan.

F3. Pemerintahan Bercorak Empayar  H3a. Sistem republik di Rom ini telah berubah apabila Rom mencapai taraf

empayar di bawah pemerintahan Julius Caesar. H3b. Perubahan ini berlaku setelah beliau dapat meluaskan kuasanya ke Macedonia, Yunani, Syam, Mesir, Perancis, Brittania (Britain) dan beberapa kawasan di Jerman. H3c. Pemerintahan bercorak empayar telah menunjukkan peningkatan dengan terbentuknya sistem pentadbiran berpusat, iaitu kesan penyatuan wilayahwilayah kecil yang ditaklukinya. H3d. Julius Caesar telah menamatkan sistem republik dan menjadi diktator. Beliau menguasai angkatan tentera dan Senat serta menggunakan gelaran maharaja. H3e. Gelaran maharaja ini telah diteruskan oleh Augustus yang memerintah dari tahun 27-14 S.M.. H3e. Walaupun memerintah sebagai maharaja, namun, beliau berjaya membawa keamanan dan keagungan kepada empayar Rom. H3f. Keamanan yang wujud pada zaman Augustus kekal selama 200 tahun. H3g. Zaman kegemilangan ini digelar sebagai Pax Romatia (Keamanan Rom). H3h. Augustus dapat membawa keamanan dan kesejahteraan kepada empayarnya yang terdiri daripada pelbagai bangsa Dalam tiga buah benua, iaitu Asia, Afrika dan Eropah.

Related Documents

Latar Belakang
May 2020 45
Latar Belakang
May 2020 19
Latar Belakang
August 2019 39
Latar Belakang
November 2019 34
Latar Belakang
June 2020 16

More Documents from "Mary Walker"