Sekularisme Dalam Pendidikan Di Malaysia

  • Uploaded by: AyulAshrul
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sekularisme Dalam Pendidikan Di Malaysia as PDF for free.

More details

  • Words: 386
  • Pages: 2
Pada tahun 2002 Kerajaan telah memutuskan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar mata pelajaran sains dan matematik di peringkat sekolah hingga ke tingkatan enam dan matrikulasi dan pelaksanaan keputusan itu telah bermula pada tahun 2003 di tahun satu dan empat (peringkat sekolah rendah), di tingkatan satu, empat dan enam bawah (di peringkat sekolah menengah) dan juga di pusat matrikulasi. Fakta yang sebenarnya ialah bahawa keputusan itu bukan terhad pada dua mata pelajaran seperti yang difahami oleh kebanyakan orang, tetapi melibatkan semua mata pelajaran yang berasaskan sains dan matematik. Pelaksanaan dasar baharu itu dengan sendirinya akan mengubah dasar yang selama puluhan tahun dilaksanakan, iaitu daripada sistem pendidikan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama kepada sistem pendidikan yang berbahasa penghantar utama bahasa Inggeris. Di universiti awam pula, boleh dikatakan semua pemimpinnya telah membuat kenyataan media bahawa mereka sedang berusaha ke arah menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar kursus-kursus sains dan teknologi, dengan menekankan sasaran seperti 70% kursus dalam bahasa Inggeris. Dalam hal ini, pelajar tidak boleh tidak, perlu menggunakan bahasa Inggeris untuk membuat capaian ilmu sains dan matematik seperti yang telah dimaktubkan oleh Kementerian Pelajaran. Justeru tanggungjawab pelajar ini adalah selaras dengan Aliran Deontologikal yang telah diasaskan oleh Immanuel Kant iaitu prinsip dan peraturan yang menekankan tentang apa yang sepatutnya dilakukan. Disamping itu, peranan dan inisiatif pelajar itu sendiri dalam menguasai ilmu sains dan matematik dalam bahasa Inggeris merupakan satu bentuk “Good –Will” seperti yang disarankan oleh Kant iaitu melakukan kewajipan kerana batinnya atau semangatnya dan niatnya adalah baik. Oleh itu, pelajar

ini akan dianggap bermoral kerana bertekad baik dan sentiasa berkelakuan atau bertindaka atas dasar kewajipan atau kerana menghormati undang-undang tetapi bukannya kerana kecenderungan untuk melakukan kebaikan. Selain itu, usaha kerajaan ini melaksanakan dasar ini adalah bermatlamat untuk medidik dan melatih generasi masa kini dan akan datang ke tahap yang cemerlang dalam semua aspek bagi membentuk masyarakat yang berfikiran saintifik dan berdaya cipta dengan memanfaatkan teknologi terkini serta menyumbang kepada pembentukan peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan. Justeru dasar ini akan mendedahkan pelajar terhadap perkembangan sains dan teknologi secara holistik sekaligus menggunkan kemahiran yang dimiliki untuk kepentingan sejagat. Fenomena ini, selaras dengan Aliran Teleologikal di bawah teori Utilitarianisme yang menekankan kebaikan yang terbanyak atau “ usefulness” iaitu perlu mengambil kira kesan baik dan manfaat kepada semua yang terlibat

termasuklah

masyarakat

tanpa

memikirkan

keuntungan

peribadi.

Related Documents


More Documents from "Lang Mensilang"