Pendekatan Moral Bertimbang Rasa

  • Uploaded by: AyulAshrul
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pendekatan Moral Bertimbang Rasa as PDF for free.

More details

  • Words: 2,140
  • Pages: 9
PENDAHULUAN Pendekatan yang digunakan dalam pendidikan moral adalah berkait rapat dengan pemupukan nilai-nilai murni dalam membentuk keperibadian pelajar dan bagaimana pelajar menghayati nilai-nilai tersebut. Dalam pendidikan moral di Malaysia terdapat tiga jenis pendekatan iaitu pendekatan tradisional, subjektivis dan rasional. Bentuk pendekatan tradisional adalah satu set peraturan moral yang kekal dan telah diterima secara langsung oleh masyarakat, manakala subjektivis pula adalah bentuk pendekatan yang memberikan pemikiran yang terbuka kepada pelajar. bentuk pendekatan rasinonal menekankan penerimaan dan penolakan peraturan nilai berdasarkan situasi tertentu dan merit. Pedekatan dalam pendidikan moral secara umumnya boleh dibahagikan beberapa antaranya pendekatan pemupukan nilai, pendekatan bertimbangrasa, pendekatan rasional, pendekatan tindakan sosial, pendekatan perkembangan moral kognitif, pendekatan penjelasan nilai dan pendekatan analisis nilai. PENDEKATAN BERTIMBANG RASA Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), bertimbang rasa membawa maksud perasaan simpati, berlaku adil dan belas kasihan. Manakala Pendekatan dimaksudkan dengan arah atau hala yang diambil untuk menuju sesuatu sasaran. Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan bertimbang rasa bermaksud pelajar bertindak atau melakukan sesuatu perkara agar tidak menyinggung perasaan orang lain. Pelajar juga bersikap prihatin iaitu bertimbang rasa terhadap perasaan orang lain, memahami pendapat yang berbeza dan belajar menyesuaikan diri dengan orang lain. Teknik pengajaran yang sesuai dalam mengajar pendidikan moral dengan menggunakan pendekatan ini adalah simulasi, perbahasan, perbincangan, projek, dan temuramah. Pendekatan bertimbang rasa terbahagi

kepada tiga set bahan iaitu In Other Peolpe’s Shoes, Proving the Rules dan What Would You Have Done? In Other People’s Shoes menyentuh situasi yang melibatkan hubungan biasa antara individu dengan individu. Dalam mengkaji isu ini pelajar perlu menentukan: (i) apa yang perlu dilakukan; (ii) menimbang apa yang kesan dan akibat tindakannya, (iii) memahami pandangan orang lain tentang konflik Contoh konflik dalam situasi adalah isu jantina, umur, bangsa, budaya dan politik. Proving the Rule pula pelajar dirangsang untuk mengenal pasti peraturan, harapan dan tekanan supaya mereka dapat belajar menyesuai diri dengan keadaan tersebut sesuai dengan pegangan nilai mereka. Situasi yang dikemukakan adalah mengenai hubungan seseorang individu dengan orang lain, di rumah, sekolah dan kawasan sejiran serta konflik-konflik yang wujud dari hubungan tersebut. Manakala What Would You Have Done merupakan hasil kajian kes yang dijalankan tentang beberapa masalah budaya di seluruh dunia yang berlaku sekitar abad 20. Situasi yang dikemukan lebih kompleks dan berkait dengan beberapa tanggungjawab, konflik ras, bencana, sikap penyayang dan masalah dadah (Tinjauan Sukata Pelajaran Tahun 1,2007). ANALISIS DAN KRITIKAN PENDEKATAN Pendekatan bertimbang rasa merupakan kesanggupan seseorang untuk berkorban demi orang lain. Bertimbang rasa, atau dalam kata lain ‘mengambil berat’ dan ‘menyayangi’, melibatkan responsif sensitif terhadap orang lain berdasarkan sikap keterbukaan dan perhatian terhadap pengalaman mereka. H. Lasswell (1976) menyatakan kaedah yang digunakan dalam pendidikan tingkah laku yang mengajar pola-pola perlakuan yang positif bagi amalan seseorang. McPhail dan rakan-rakannya (1973) telah menyatakan bahawa bagi membantu pelajar sekolah menengah bersikap prihatin terhadap orang lain, mereka perlu belajar membuat pilihan supaya tindakkannya tidak menyinggung perasaan orang lain. Oleh itu, McPhail berpendapat dengan adanya emosi dalam melakukan tindak balas, pelajar dapat bertimbang rasa.

Fokus utama adalah pendekatan bertimbang rasa ini adalah berkaitan dengan tindak balas emosi. Menurut Maclntyre (1976), konsep-konsep moral dijelmakan dan menjadi sebahagian unsur penting dalam kehidupan sosial. Oleh hal yang demikian, pendekatan bertimbang rasa ini lebih memberikan kesan kepada pelajar kepada kehidupan sebenar. McPhail berpendapat, tidak semua pelajar boleh belajar dan melahirkan perasaannya secara lisan, satu kaedah lain perlu digunakan contohnya seperi lakonan, cerita, dialog dan melukis. Oleh itu, dengan adanya aktiviti sampingan ini pelajar dapat melahirkan emosi atau perasaan mereka secara semula jadi. McPhail telah menyenaraikan tiga set bahan yang digunakan dalam pedekatan bertimbang rasa iaitu In Other Peolpe’s Shoes, Proving the Rules dan What Would You Have Done? Ketiga-tiga set bahan ini boleh digunakan untuk mengembangkan penaakulan moral pelajar. Pendekatan ini memang boleh membantu pelajar berfikir dan membincangan isu-isu dan permasalahan moral dengan mengaitkan pengalaman sedia ada pelajar. Pada masa yang sama dapat melebarluaskan konteks pengajaran dam pembelajaran dengan menggunakan pendekatan ini. Pengalaman pelajar ini adalah berkaitan dengan tindak balas emosi pelajar. Tiga set bahan yang terdapat dalam Pendekatan bertimbang rasa iaitu In Other Peolpe’s Shoes, Proving the Rules dan What Would You Have Done?, sebenarnya ada relevan dan impresif untuk pendidikan moral. Ketiga-tiga set bahan tersebut mempunyai kaitan dan menimbulkan kesan yang kuat dan mendalam ke atas seseorang individu. Pendekatan bertimbang rasa boleh dikatakan sebagai pendekatan yang praktis kerana bahan-bahan yang terkadung dalam pendekatan ini boleh dipraktikkan dan mudah dilaksanakan dalam situasi sebenar. Contohnya mampu mempengaruhi pertimbangan moral seseorang dalam membuat keputusan. Pendekatan Bertimbang rasa melibatkan keinginan, motovasi dan kemahuan Seseorang mengambil berat akan orang lain sekiranya dia merasakan adanya keinginan terhadapnya. Dalam erti kata yang lain, seseorang itu diambil berat apabila pandangan dan minatnya disukai oleh orang lain. Ini melibatkan keinginan seseorang dalam menentukan perkara yang membawa kepentingan kepada dirinya. Seseorang itu akan

melibatkan realiti orang lain sebagai satu kemungkinan. Dengan mengetahui realiti orang lain, seseorang dapat merasai apa yang dia rasai sehampir mungkin adalah perkara yang penting dalam bertimbang rasa. Apabila seseorang melihat realiti orang lain sebagai satu kemungkinan dan mula merasai realitinya, dia harus bertindak sewajarnya. Ini berkaitan dengan sikap bertimbang rasa seseorang dan membuat pelbagai kemungkinan dan andaian sebelum melakukan sesuatu perkara. Pendidikan moral perlu berfokus kepada cara individu berhubung dengan orang lain seperti bertimbang rasa terhadap keperluan, perasaan dan kepentingan orang lain. Ini adalah kerana kelakuan itu akan memberikan kepuasan orang yang bertindak sedemikian dan menggalakkan mereka mengembangkan cara hidup yang bertimbang rasa. Apabila menggunakan pendekatan ini, guru perlu meningkatkan kebolehan pelajar untuk mentafsir kesan-kesan sesuatu tindakan ke atas sendiri dan orang lain seperti yang digambarkan pada rajah di bawah:

SITUASI MORAL - Perhubungan peribadi. - kepentingan kumpulan - aoutoriti - sedunia

MEMBERIKAN PERTIMBANGAN KEPADA ORANG LAIN.

HASIL Mengukuhkan pengetahuan dan penaakulan.

MENTAFSIRKAN KESAN-KESAN KE ATAS: - Diri - orang Lain

Berdssarkan rajah di atas, pertimbangan yang dilakukan oleh orang lain adalah pelbagai dan setiap pandangan mempunyai langkah penyelesaian yang berlainan. Oleh itu, suka untuk pelajar atau seseorang mentafsir tahap konsep bertimbang rasa dalam diri

individu sendiri. Begitu juga dengan mentafsir kesen-kesan yang mungkin akan berlaku kepada diri seseorang itu, terdapat pelbagai andaian dan pendapat yang mungkin akan dilakukan berikutan tahap pertimbang moral dari aspek bertimbang rasa. Semuanya memerlukan kesefahaman serta saling faham memahami tanpa melibatkan tindak balas emosi. Secara tidak langsung akan menyukarkan seseorang melakukan proses penaakulan berkaitan bertimbang rasa jika konsep bertimbang rasa dalam diri individu atau pelajar mudah goyah. Walau bagaimanapun, melalui cara ini pelajar tidak dititikberatkan dengan penaakulan moral yang menggunakan akal yang rasional dengan menggunakan konspekonsep moral tetapi melibatkan penaakulan moral dengan menggunakan tindak balas emosi. Kebolehan pelajar dalam berfikir secara logik dan membuat perimbangan yang adil akan terganggu dan dipengaruhi oleh perasaan seseorang. Contohnya jika seseorang pengawas telah mendapati rakannya melakukan kesalahan, sepatutnya pengawas tersebut harus mengambil tindakan terhadap rakannya itu. Tetapi dengan adanya perasaan dan pendekatan bertimbang rasa yang dicipta oleh McPhail, pengawas tersebut akan melepaskan rakannya itu atas alasan sikap bertimbang rasa, belas kasihan dan sayang akan rakannya itu. Pendekatan bertimbang rasa merupakan satu teori yang tidak mempunyai asas yang kuat. Walaupun berimbang rasa merupakan satu perkara yang dituntut, tetapi ia tidak boleh dijadikan satu pendekatan yang berasingan dengan nilai yang lain. Menurut Downey dan A.V Kelly (1978), Bertimbang rasa merupakan satu perkara yang baik dan boleh diterima secara rasional, tetapi tidak sempurna dan kukuh jika hanya bertimbang rasa dijadikan sebagai tumpuan atau fokus utama yang berdiri sendiri dalam pendekatan pendidikan moral. P. McPhail, D.L. Miller (1973), berpendapat, bertimbang rasa perlu dimiliki oleh setiap individu. Oleh hal yang demikian, jika terdapat beberapa nilai lain yang digabungjalinkan dalam pendekatan tersebut, ia akan menjadikan pendekatan tersebut lebih kukuh dan berkesan. Pada masa yang sama, pendekatan yang dihasilkkan akan membentuk proses penaakulan daripada beberapa nilai berdasarkan pendekatan yang digabungjalinkan. Contohnya, pendekatan bertimbang rasa mempunyai kaitan rapat

dengan nilai-nilai lain yang bergerak seiringan dan wujud bersama seperti kasih sayang, bekerjasama dan belas kasihan. KESESUAIAN DENGAN KURIKULUM PENDIDIKAN MORAL DI MALAYSIA Pendekatan bertimbang rasa seharusnya diterapakan dan diguna pakai dalam kurikulum pendidikan moral di malasyia. Dengan penggunaan pendekatan ini, secara tidak langsung akan memberikan pelajar nilai atau input tambahan yang bukan bersifat pengajaran dam pembelajaran semata-mata. Tetapi juga boleh digunakan dan diaplikasikan dalam kokurikulum dan kehidupan seharaian. Pelajar dapat mengunakan akal fikiran dengan membuat pertimbangan yang sejawarnya jika menghadapi konflik semasa di dalam kelas, melakukan aktiviti persatuan atau kelab dan sebagainya. Falsafah pendidikan kebangsaan adalah untuk melahirkan manusia yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Jelas disini menunjukkan bahawa, pendekatan bertimbang rasa sedikit sebanyak membantu seseorang individu untuk berlaku adil, bertindak dengan menggunakan akan dan penaakulaan moral yang betul dan dapat menerapkan sikap kasih sayang. Kepentingan dan hasil yang akan diperolehi daripada pendekatan ini adalah bersesuaian dengan matlamat falsafah pendidikan kebangsaan. Sifat semula jadi manusia lahir daripada pertimbangan hati dan fikiran yang waras dalam segala aspek. Dengan adanya pendekatan ini dalam pendidikan moral, pengurusan bilik darjah yang melibatkan kerjasama serta beberapa pihak dapat diatas. Caranya adalah dengan menimbang setiap pemdapat dan terguran dengan lebih bijak. Proses bertimbang rasa juga memberikan kepuasan setiap individu yang terlibat. Contohnya, sebagai seorang ketua dalam bilik darjah, dia perlu menimbang baik buruk keputusan yang dibuat dan mecapai kata sepakat supaya semua pihak berpuas hati dengan keputusan yang akan dilakukan. Secara tidak langsung, proses bertimbang rasa dalam diri individu dapat diwujudkan.

Pendekatan bertimbang rasa perlu diterapkan dalam setiap individu umumnya kerana melibatkan beberapa isu-isu yang sensitif. Isu sensitif yang dimaksudkan adalah berkaitan dengan isu perkauman dan perbezaan cara hidup masyarakat berbilang kaum di malaysia. Dengan adanya sikap faham-memahami dan bertimbang rasa, isu tersebut tidak akan menjadi isu yang serius kerana usaha memupuk sikap bertimbang rasa dan tidak menyinggung perasaan orang lain dalam pendekatan moral bertimbang rasa telah diterapkan. Sikap tidak bertimbang rasa juga boleh dilihat dalam pelbagai aspek dan bentuk antaranya sikap bertimbang rasa antara individu dengan individu yang lain, keluarga, kelompok masyarakat dan sesuatu organisasi sosial. Sikap ini penting kerana dalam sesuatu organisasi seperti organisasi sesebuah kelas atau kelab dan persatuan contohnya memerlukan seorang ketua dan beberapa pengikut tertingginya. Oleh hal yang demikian, terdapat beberapa pendapat dan idea yang dikemukankan oleh setiap individu dalam organisasi tersebut dan setiap idea yang dikeluarkan ada yang bercanggah dan bertentangan antara satu sama lain. Lantara itu,

pendekatan moral bertimbang rasa

menerapkan aspek memahami pendapat yang berbeza dan belajar menyesuaikan diri dgn orang lain yang dapat memberikan kesan terhadapt sesuatu organisasi tersebut. Penerapan nilai dalam pendekatan ini sedikit sebanyak dapat memberikan kemahiran seseorang ketua dalam mengawal tingkah laku anggota dalam organisasi tersebut. Pedekatan moral bertimbang rasa juga menerapka unsur kasih sayang, mengambil berat dan keterbukan individu itu sendiri. Sebagai seorang pelajar, dan juga merupakan seorang anak, adik, abang atau kakak dalam sesebuah institusi kekeluargaan perlukan sokongan daripada nilai dalam diri itu sendiri contohnya kasih sayang. Dari sikap bertimbang rasa dapat menerapkan kasih sayang dan bertolak ansur dalam diri pelajar itu sendiri. Ini berlaku secara tidak langsung dan kadang-kala berlaku tanpa disedari. Apabila terlahirnya nilai dan perasaan kasih sayang, perasaan dan beberapa tanggungjawab lain akan wujud kerana saling berkaitan dan berhubung rapat antara satu sama lain seperti mengambil berat dan bertanggunjawab melindungi orang yang disayangi. Ini berkait rapat dengan pendekatan moral bertimbang rasa kerana sikap bertolak ansur dan tidak

menyinggung perasaan orang lain juga merupakan salah satu tanggungjawab yang semua orang perlu patuhi untuk mengelakan berkalunya konflik dan masalah. PENUTUP Pendekatan bertimbang rasa dapat memberikan sumbangan secara positif kepada Pendidikan Moral. Ini berdasarkan alasan bahawa pelajar-pelajar yang terdiri daripada pelbagai latar belakang terutama dari segi etnik, budaya, sosial dan agama perlu peka kepada keperluan, perasaan dan kepentingan orang lain. Setiap pelajar atau individu memilik latar belakang yang berbeza dan tahap bertimbang rasa yang juga berbeza. Oleh itu, pendekatan bertimbang rasa perlu dan amat sesuai diterapkan di dalam pendidikan moral di malaysia walaupun ada cacat celanya, namun penggabungjalinan nilai lain seperti kasih sayang dan hormati-menghormati, akan menjadikan pendekatan ini semakin berkesan dan mudah difahami oleh pelajar. Lantaran itu, guru perlu bijak dalam menggunakan pendekatan bertimbang rasa supaya pelajar tidak akan menyalah tafsir dan keliru dengan nilai kasih sayang atau hormat-menghormati yang seakan-akan menyerupai nilai bertimbang rasa. Kelemahan yang ada dalam bertimbang rasa seperti tidak boleh berdiri sendiri atas nama nilai bertimbang rasa perlu di atasi dengan bijak dan berkesan.

BIBLOIGRAFI

McPhail, P, Miller, D. L. 1973. The Assembling Process: A Theoretical and Empirical Investigation. Am. Sociol. Rev. 38:721-35 Maclntyre, A (1976). A Short History Of Ethics. London : Routledge And Kegan Paul. Lasswell, H.D. "The Garrison State." American Journal of Sociology, 1941, 46, 455-68. Abdul Rahman Md. Aroff (1999). Pendidikan Moral. Teori Etika dan Amalam Moral. Serdang. Universiti Putra Malaysia. Kamus Dewan Edisi Keempat (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Tinjauan Sukata Pelajaran Tahun 1 (2007). Diperoleh pada Februari 13,2009 daripada www.geocities.com/zulmz65/moral610.pdf. Chang Lee Hoon (2005). Konsep Asas Dalam Pendidikan Moral. Diperoleh pada Februari

13,2009 daripada http://pendidikanmoral.um.edu.my/uploads/rujukan/kertas%20 konsep%20moral.pdf

Kelly, A.V. & Downey (1978). Mixed Ability Grouping. London: Harper & Row Publishers.

Related Documents

Moral
April 2020 31
Moral
June 2020 29
Moral
June 2020 21
Anandabhairava Rasa
April 2020 32

More Documents from "DrVikas"