Sekolah Bestari Sejak merdeka lagi negara kita telah mengalami perubahan yang ketara dalam sistem pendidikan. Bagi meningkatkan mutu pendidikan ke arah yang lebih tinggi, dasar pendidikan negara dan kurikulum sentiasa dikaji dan digubal bagi memastikan keberkesanannya dalam menghadapi alaf baru dari semua aspek seperti sosial, politik dan ekonomi selaras dengan kemajuan pesat yang berlaku di era ini. Di samping itu, sesuai dengan falafah pendidikan kebangsaan yang bermatlamat melahirkan individu yang seimbang dari semua aspek kehidupan seperti jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Selaras dengan itu, kerajaan telah mengadakan pengubahsuaian dalam sistem pendidikan negara kita dengan memperkenalkan Sekolah Bestari. Sekolah Bestari yang berasaskan teknologi maklumat sebagai sumber utama untuk memperbaiki sistem pendidikan negara sekaligus menyediakan tenaga kerja mahir bagi menghadapai cabaran dan implikasi kehidupan di alaf baru. Pada tahun 1996, pihak kementerian pendidikan telah menggubal konsep Sekolah Bestari yang berpusatkan pengajaran dan pembelajaran yang membolehkan pelajar berfikiran kritis dan kreatif di bawah kepimpinan Tan Sri Dato' Dr. Wan Zahid Wan Mohamed iaitu merupakan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia waktu itu. Sekolah Bestari ialah satu insitusi pembelajaran yang direka khas semula secara menyeluruh bagi proses pengajaran dan pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk membantu pelajar menghadapi zaman maklumat di mana pelajar berlumba-lumba mencari ilmu pengetahuan. Teknologi dijadikan medium utama sebagai komponen terpenting dalam konsep Sekolah Bestari, apabila projek Sekolah Bestari ini diwujudkan sebagai salah satu aplikasi atau “flagship” daripada Koridor Raya Multimedia (MSC). Sekolah Bestari berkembang dengan pembentukan staf yang profesional, sumber yang lengkap dan pentadbiran yang cekap. Ini membolehkan sekolah menyesuaikan diri dengan keadaan dan perubahan era masa kini. Sekolah Bestari adalah salah satu daripada tujuh “flagship” yang terdapat dalam Koridor Raya Multimedia (MSC) yang dilancar dan dilaksanakan pada tahun 2000. Ketika tahun 1999, sebanyak 90 buah sekolah di Malaysia termasuklah sekolah-sekolah berasrama penuh dah sekolah harian pilihan telah dipilih untuk menjayakan projek Sekolah Bestari yang bertujuan untuk maju setapak ke hadapan dan bukan kemewahan semata-mata. Sekolah ini diwujudkan bukan hanya untuk pelajar pintar, tetapi ianya bertujuan bagi menbantu setiap pelajar tidak kira pintar atau lemah, kaya atau miskin mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai
mengikut gaya dan langkah pembelajaran yang berlainan daripada biasa. Teknologi berkomputer diperkenalkan bertujuan membolehkan kepelbagaian jenis gaya pembelajaran dibina dalam sistem pendidikan di Malaysia. Untuk penyediaan Sekolah Bestari ini, tiga langkah utama telah dikenal pasti untuk kearah pelaksanaan projek ini. Langkah pertama ialah penyediaan infrastruktur pelbagai media. Perkakasan yang merangkumi komponen utama iaitu computer dan alatan berkaitan, peralatan sidang video, audio dan infrastruktur komunikasi. Perisian akan mengandungi spreadsheet, perisian penjaringan, perisian email, perisian pelayaran internet, alat pengarang dan perisian latihan. Alatan-alatan ini adalah komponen utama ke arah pelaksanaan projek ini. Langkah kedua ialah aspek latihan. Latihan adalah penting bagi membantu guru dan pelajar ke arah gaya pengajaran dan pembelajaran yang canggih dan berteknologi tinggi. Gabungan yang sebati antara latihan intensif dan kaunseling adalah sangat penting dan diperlukan untuk membantu guru dan para pelajar menyesuaikan diri dengan persekitaran baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini sangat penting untuk mendidik guru dan pelajar selain menghapuskan rasa tidak selamat dan tidak berguna yang akan timbul atas sebab-sebab anjakan paradigma yang radikal dalam pengkaedahan proses pengajaran dan pembelajaran yang baru. Latihan yang berterusan dapat membantu guru dan pelajar menjadi lebih mahir dan dapat menerima kaedah ini ini sebagai kaedah utama proses pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Bestari di Malaysia. Langkah ketiga ialah aspek bahan kursus. Bahan kursus yang terbaru, yang telah dikemaskini dan mencukupi perlu disediakan. Bahan kursus atau bahan mengajar perlu diperluaskan skopnya bagi semua mata pelajaran dan pelbagai jenis pelajar. Bahan mengajar juga perlulah mempamerkan dan berkaitan dengan cirri-ciri berikut iaitu pukal disket yang lengkap, interaktif, mencabar daya kognitif pelajar, mengandungi penilaian kendiri, penyemakan bina dalam bagi input guru penyediaan bahan untuk pelajar yang lemah atau sukar untuk memahami sesuatu pelajaran. Pengajaran dan pembelajaran Sekolah Bestari mengandungi empat komponen utama, iaitu kurikulum, pedagogi, pentaksiran dan bahan pengajaran-pembelajaran. Dalam pengajaranpembelajaran bestari, kurikulum direkabentuk bagi memastikan murid mencapai perkembangan seimbang dan menyeluruh dari segi intelektual, rohani, jasmani dan emosi bagi membolehkan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai, bagi menyediakan sumber manusia yang
berfikiran kritis dan kreatif serta celik teknologi serta menambahkan penglibatan pihak berkepentingan dalam proses pembelajaran di sekolah. Sistem pentaksiran yang membolehkan pengukuran pencapaian hasil pembelajaran yang seimbang dan menyeluruh, dengan pentaksiran yang autenik, bagi mengekalkan minat murid. Pentaksiran dilakukan dalam bilik darjah, pada peringkat sekolah dan pada peringkat pusat bagi memastikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai. Pedagogi, yang terdiri daripada pendekatan, strategi dan kaedah pengajaran pembelajaran, mengambil kira perbezaan individu dari segi gaya pembelajaran dan kecederasan pelbagai. Ini bermakna strategi dan kaedah yang berbeza yang digunakan bagi menjalankan pengajaran dan pembelajaran dengan bahan pengajaran dan pembelajaran terkini untuk merangsangkan pemikiran secara kreatif dan kritis. Sekolah Bestari mendorong para pelajarnya mengamalkan proses pembelajaran berasaskan akses kendiri dan ke arah kendiri serta megikut kadar pembelajaran pelajar itu sendiri. Hal ini bermakna, segala maklumat, bahan pembelajaran perlu diakses sendiri oleh pelajar. Ini akan dapat meningkatkan kemahiran kendiri pelajar dalam mencari maklumat dan menggalakkan pelajar tersebut berdikari mencari sendiri bahan pembelajaran berbanding mengharapkan guru untuk memberi bahan pembelajaran semata-mata. Selain itu, melalui projek ini, pengurus atau pengetua sekolah tersebut dapat menjalankan tugasnya dengan lebih cekap dan efektif apabila fungsi dan sistem yang berkaitan dengan pengurusan dan dokumen–dokumen penting sekolah dikomputerkan. Namun, pihak ibu bapa dan masyarakat memainkan peranan penting dan aktif dalam menjayakan prestasi sekolah. Pihak ini akan terlibat dengan peningkatan profesionalisme para guru dan bidang pendidikan anak-anak mereka di sekolah melalui proses pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah dan sebagainya. Penubuhan Sekolah Bestari ini mempunyai beberapa tujuan utama yang dikenal pasti oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Objektif yang pertama adalah untuk menggalakkan pelajar yang terlibat dengan projek ini agar lebih tinggi daya fikir dan kecekapan mengendalikan teknologi terkini. Ini bertujuan agar pengaplikasian teknologi dan ICT dapat diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ini dijangka dapat memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Di samping itu, tujuan penubuhan projek ini adalah untuk mengenal dan menerapkan pembelajaran melalui teknologi terkini yang menggunakan alatan canggih dalam kalangan pelajar. Penggunaan teknologi terkini
diharap dapat memberi kesan yang lebih efektif dan produktif kepada prestasi pelajar. Melalui projek ini juga, pelajar diajar untuk mencari maklumat dan bahan sendiri berbanding mengharapkan kepada guru semata-mata di samping menggalakkan para pelajar agar lebih berdikari untuk menyediakan mereka ke arah lebih berkeyakinan terhadap diri sendiri. Objektif kedua adalah untuk melahirkan pelajar yang sempurna dari segala aspek termasuklah spiritual, fizikal, emosi, rohani dan jasmani dan bukan aspek intelektual sematamata. Melalui objektif ini, pelajar akan didedahkan dengan kurikulum pembelajaran yang terbaru. Mereka juga akan diajar untuk meningkatkan kemahiran berfikir memandangkan kurikulum zaman sekarang yang semakin mencabar sesuai dengan visi dan misi negara menjelang Wawasan 2020. Pelajar dijangka dapat mencapai peningkatan dan pembangunan diri secara keseluruhan dan seimbang daripada semua aspek. Melalui objektif ini, pelajar diharapkan agar mempunyai pemikiran yang kritis dan kreatif, mempunyai nilai-nilai murni dan menggalakkan peningkatan kemahiran berbahasa. Pelajar juga akan dapat meningkatkan tahap pemikiran dan kemahiran proses pembelajaran dengan usaha mereka sendiri. Objektif ketiga ialah visi untuk meningkatkan kemahiran dan keupayaan para pelajar. Melalui objektif ini, pelajar akan diberikan pilihan di dalam kurikulum, ini bermaksud, pelajar diberi kuasa sepenuhnya dalam menentukan gaya belajar, mengakses maklumat dan sebagainya. Guru hanya bertindak sebagai pemantau dan memberikan tunjuk ajar sekiranya pelajar memerlukannya. Objektif keempat ialah pendidikan yang demokratis dalam kalangan pelajar. Objektif ini menekankan kesamarataan bagi semua pelajar yang terlibat dengan projek ini. Pelajar akan diberi peluang yang sama terhadap pendidikan tidak kira bangsa, keturunan, kemewahan dan jantina. Semua pelajar akan diberi peluang pendidikan berdasarkan keupayaan, kemahiran dan gaya belajar. Semua pelajar akan mendapat faedah dan kelebihan melalui projek ini. Para pelajar mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut gaya dan langkah pembelajaran yang berlainan daripada biasa. Objektif yang kelima ialah meningkatkan penglibatan ibu bapa ke dalam projek ini. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memastikan objektif penubuhan Sekolah Bestari ini
dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan melahirkan pelajar yang seimbang dari semua aspek dan bersifat holistik. Penglibatan ibu bapa dalam proses pengajaran dan pembelajaran, memajukan bahan mengajar, proses pengkajian dan sebagainya. Proses pembelajaran pelajar berlaku dimana-mana dan bukan di bilik darjah semata-mata. Ibu bapa boleh menjadi sumber rujukan atau dalam erti kata lain guru untuk anak-anak mereka di rumah. Proses ini membawa faedah kepada kedua-dua pihak kerana di samping dapat mengeratkan dan meningkatkan pengetahuan masing-masing, hubungan kekeluargaan antara ibu bapa dan anak-anak dapat dieratkan. Kajian telah menunjukkan bahawa anak-anak akan menjadi lebih cemerlang di sekolah apabila terdapat penglibatan ibu bapa dalam proses pembelajaran. Peranan dan tanggungjawab sangat penting dalam menjayakan projek ini. Ibu bapa merupakan penyampai ilmu peribadi bagi anak-anak di rumah. Ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam memotivasi dan memandu anak-anak mereka agar anakmereka tidak ketinggalan dalam proses pembelajaran di sekolah. Di peringkat sekolah, para ibu bapa perlulah melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang melibatkan ibu bapa dan guru. Antara strategi yang dijalankan oleh pihak bertanggungjawab untuk menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam projek ini ialah melancarkan kempen-kempen di sekolah-sekolah bestari. Ini boleh dilaksanakan dengan kerjasama dengan pihak media sama ada media cetak dan media elektronik. Di dalam kempen tersebut, ibu bapa akan diberi penjelasan tentang pendidikan di sekolah bestari. Pelajar pula diberi latihan tentang kemahiran asas internet. Pelajar juga akan diberi kaunseling dan seminar motivasi berkaitan projek sekolah bestari. Strategi ini dikenalpasti dapat meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam projek sekolah bestari ini. Guru adalah pendidik utama bagi para pelajar di sekolah dan ini tidak terkecuali di sekolahsekolah bestrari. Jadi peranan guru dalam projek sekolah bestari ini sangatlah penting. Oleh itu, penglibatan guru di dalam program pendidikan seperti ini perlulah secara menyeluruh dan untuk memastikan kejayaan dalam projek ini, guru-guru ini perlu mendapat kursus dan latihan intensif berkaitan dengan kemahiran teknologi maklumat dan teknologi integrasi. Latihan-latihan ini akan digunakan untuk mengajar pelajar di dalam kelas. Tambahan pula, guru perlulah menggalakkan pelajar agar lebih berdikari ketika mengakses maklumat berkaitan dengan pembelajaran daripada mengharapkan guru semata-mata. Latihan ini juga akan membolehkan
guru-guru mempelajari pelbagai kaedah dan strategi pengajaran yang berkesan kepada para pelajar. Pembelajaran dan latihan yang berterusan harus diberikan kepada guru agar guru yakin akan keberkesanan teknik mengajar yang baharu dengan menjadikan kemahiran teknologi maklumat sebagai asas pembentukan sekolah bestari ini. Guru terlatih yang benar-benar terpilih perlu mempunyai kemahiran IT, dan kemahiran berfikir yang kreatif. Ini sangat penting kepada mereka yang akan bertindak sebagai fasilitator dalam proses pembelajaran. Di dalam kemahiran Teknologi Maklumat (IT), guru ajar diberi kursus tentang konsep dan matlamat penubuhan Sekolah Bestari, asas penggunaan IT dan asas kemahiran mengajar. Pada fasa kedua, guru akan menggunakan kemahiran IT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini akan dapat meningkatkan kreativiti dan inovasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan juga proses pengurusan para pelajar. Kedua-dua fasa latihan ini perlu dilakukan secara berterusan untuk mendapatkan kesan dan mencapai matlamat yang diharapkan. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memastikan objektif penubuhan sekolah bestari ini dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan melahirkan pelajar yang seimbang dari semua aspek dan bersifat holistik. Penglibatan ibu bapa dalam proses pengajaran dan pembelajaran, memajukan bahan mengajar, proses pengkajian dan sebagainya. Proses pembelajaran pelajar berlaku dimana-mana dan bukan di bilik darjah semata-mata. Ibu bapa boleh menjadi sumber rujukan atau dalam erti kata lain guru untuk anak-anak mereka di rumah. Proses ini membawa faedah kepada kedua-dua pihak kerana di samping dapat mengeratkan dan meningkatkan pengetahuan masing-masing, hubungan kekeluargaan antara ibu bapa dan anakanak dapat dieratkan. Kajian telah menunjukkan bahawa anak-anak akan menjadi lebih cemerlang di sekolah apabila terdapat penglibatan ibu bapa dalam proses pembelajaran. Peranan dan tanggungjawab sangat penting dalam menjayakan projek ini. Ibu bapa merupakan penyampai ilmu peribadi bagi anak-anak di rumah. Ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam memotivasi dan memandu anak-anak mereka agar anakmereka tidak ketinggalan dalam proses pembelajaran di sekolah. Di peringkat sekolah, para ibu bapa perlulah melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang melibatkan ibu bapa dan guru. Antara strategi yang dijalankan oleh pihak bertanggungjawab untuk menggalakkan penglibatan ibu bapa
dalam projek ini ialah melancarkan kempen-kempen di sekolah-sekolah bestari. Ini boleh dilaksanakan dengan kerjasama dengan pihak media sama ada media cetak dan media elektronik. Di dalam kempen tersebut, ibu bapa akan diberi penjelasan tentang pendidikan di sekolah bestari. Pelajar pula diberi latihan tentang kemahiran asas internet. Pelajar juga akan diberi kaunseling dan seminar motivasi berkaitan projek sekolah bestari. Strategi ini dikenalpasti dapat meningkatkan pengelibatan ibu bapa dalam projek sekolah bestari ini. Pelajar itu sendiri juga perlu memainkan peranan penting dalam menjayakan projek ini. Pelajar perlu diyakinkan dengan keberkesanan proses pembelajaran baru ini terlebih dahulu. Latihan dan kursus yang intensif dan berterusan perlu diberikan kepada pelajar agar mereka dapat mengikuti gaya pembelajaran baru ini sekaligus meningkatkan minat mereka ke arah proses pemebelajaran ini. Salah satu objektif penubuhan sekolah bestari adalah membawa kepada pendemokrasian sepenuhnya di mana sekolah yang ditubuhnya tidak akan membezakanbezakan pelajarnya. Ini bertujuan untuk menjamin setiap pelajar mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan. Pengurusan dan pentadbiran sekolah bestari berbeza dengan sekolah kebangsaan harian biasa, kerana pengurusan dan pentadbiran sekolah bestari mengunakan aplikasi Sistem Pengurusan Sekolah Bestari (Smart School Management System– SSMS) manakala sekolah kebangsaan tidak. Sistem Pengurusan Sekolah Bestari (Smart School Management System– SSMS) telah dibina sebagai sebahagian daripada Penyelesaian Bersepadu Sekolah Bestari (Smart School Integrated Solution – SSIS). SSMS merupakan perisian unik di Negara ini yang menyepadukan fungsi pengurusan sekolah di dalam satu perisian. Sistem ini bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pengurusan sekolah serta mengurangkan beban kerja perkeranian guru. SSMS juga mengupayakan pengurusan Sekolah Bestari membuat keputusan berdasarkan maklumat yang terkini. Keputusan yang dibuat berdasarkan data yang lengkap dan terkini adalah lebih tepat dan adil. Kesepaduan SSMS ini mengambil kira keperluan pengautomasian dalam pengurusan dan pentadbiran untuk menyokong pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu SSMS dibina dengan menyepadukan sembilan fungsi pengurusan dan pentadbiran sekolah termasuk juga urusan yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran. Fungsi pengurusan yang disepadukan dalam SSMS ialah tadbir urus sekolah, pengurusan hal ehwal
murid, pengurusan sumber pendidikan, pengurusan sumber luar, pengurusan sumber manusia, pengurusan kemudahan, pengurusan teknologi, pengurusan asrama dan pengurusan kewangan. Selain itu, Sekolah Bestari mengunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) sebagai pengupaya berbanding dengan sekolah kebangsaan tidak mengunakannya. Sekolah kebangsaan biasa tidak menekankan pengunaan ICT sepenuhnya tetapi Sekolah Bestari sangat menekankan pengunaan ICT dalam proses pembelajaran dan pembelajaran (P&P) dan proses mencari maklumat. Sepertimana diketahui, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan keperluan dan kesediaan murid akan memerlukan sumber pembelajaran yang banyak dan pelbagai. Dengan adanya kemudahan komputer dan capaian internet yang terdapat di Sekolah Bestari sebagai pengupaya, pelbagai perisian aplikasi, perisian kursus dan perisian rujukan dari pasaran boleh digunakan untuk membantu murid belajar secara berdikari, dan memudahkan pelaksanaan
pembelajaran
bestari
di
sekolah.
Sumber
ini
akan
membantu
murid
mengembangkan potensinya mengikut kecenderungan dan keupayaan masing-masing, tidak lagi dihadkan oleh prasarana sekolah dan keadaan di bilik darjah. Sekolah Bestari mengunakan ICT sebagai pangkalan untuk menyimpan makulumat-maklumat seperti rekod pelajar-pelajar, makulumat sekolah dan sebagainya. Selain itu, ICT juga digunakan untuk pengurusan pangkalan data dengan diwujudkan pangkalan data sumber digital perisian pemprosesan perkataan, perisian helaian elektronik untuk paparan, akaun dan plikasi pengurusan pangkalan data. Untuk memudahkan komunikasi Sekolah Bestari ini, ICT digunakan juga untuk komunikasi seperti komunikasi melalui e-mail, melalui laman web sekolah dan komunikasi melalui sistem mesej dan paparan buletin. Pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran tidak bermakna guru perlu membina bahan sendiri. Sekolah bestari mengunakan menggunakan komputer sepenuhnya untuk mencapai maklumat, mencari maklumat dan pembelajaran kemahiran literasi komputer hanya merupakan kegunaan yang asas sahaja. Kegunaan peralatan ini boleh ditingkatkan untuk meningkatkan hasil pembelajaran sebenarnya. Untuk menghadapi zaman teknologi yang mencabar ini, guru memainkan peranan penting dalam mendidik para pelajar. Guru juga memainkan peranan penting dalam pengajaran dan pembelajaran Sekolah Bestari supaya lebih berkesan dan menarik. Oleh itu, guru hendaklah menguasai kemudahan teknologi atau ICT dengan cekap supaya dapat menghadapi zaman teknogi maklumat ini. Memandangkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) digunakan
dalam pengajaran dan pembelajaran secara integrasi atau sebagai pengupaya, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan dan penguasaan ICT penting kerana berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran, memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid dengan pelbagai keupayaan, meningkatkan motivasi murid dan membolehkan pembelajaran kendiri (individualized learning). Memandangkan pada masa kini, masyarakat Malaysia merupakan masyarakat perindustrian yang maju dalam teknologi telah mengalami perubahan sosial yang pesat. Oleh itu guru di sekolah juga hendaklah memainkan peranan sebagai agen memodenkan masyarakat dalam semua bidang bagi mencapai kemajuan. Ini bermakna, pendidikan di sekolah perlu mementingkan nilai kemasyarakatan dan perkembangan sifat perseorangan pelajar mengikut arus pembaharuan semasa. Ini selaras dengan wawasan negara, yang mementingkan kemajuan teknologi maklumat supaya konsep pendidikan negara bercorak ke arah bercirikan teknologi secara saintifik. Dalam kata lain tanggungjawab guru ini menjadi semakin berat dan kompleks kerana rakyat masa depan yang hendak dihasilkan itu bukan sahaja perlu diterapkan dari segi pemikiran dengan nilai teknologi tinggi semata-mata, tetapi perlu diseimbangkan dengan nilai moral dan etika yang murni. Persoalannnya sekarang , mampukan guru mengimbangkan teknologi maklumat, moral dan etika terhadap pelajar ?. Jika kita lihat untuk mengimbangi faktor ini sukar untuk dicapai. Selaras dengan kemajuan teknologi kini masalah keruntuhan moral pelajar semakin menjadi-jadi. Oleh itu, guru perlulah berpaling kepada tugas-tugas yang lebih mencabar dan menguji kewibawaan guru tersebut di samping tugas utamanya sebagai penyampai ilmu pengetahuan. Baru-baru ini di dalam akhbar tempatan turut menyuarakan pendapat dan rungutan ibu bapa mengenai masalah anak dan komputer. Menurut laporan Berita Harian Oktober,1997 seorang bapa mengadu tingkahlaku anaknya berubah menjadi liar dan berperangai tidak senonoh berikutan dengan pertambahan pengetahuan dan maklumat dari internet yang tidak bertapis. Pelajar mudah mendapatkan sebarang maklumat sama ada sesuai atau tidak dengan cara yang lebih mudah di zaman kemajuan teknologi maklumat kini. Penerapan nilai murni dan ketahanan jiwa pelajar perlu disemai oleh guru sebagai pendidik di sekolah di samping ibu bapa di rumah. Sekiranya ia tercicir dari landasan untuk mencapai hasrat ini maka akan timbul masalah di
kalangan pelajar seperti wujudnya pelbagai masalah yang menjurus mereka ke arah keruntuhan akhlak remaja masa kini. Pengetahuan ilmu teknologi maklumat ini penting untuk generasi muda sebagai satu wadah untuk mencapai kemajuan di masa hadapan. Tetapi pengetahuan ilmu ini perlu disekat dan diberi secara berperingkat. Misalnya bagi pelajar sekolah rendah pengetahuan mengenai internet tidak perlu lagi, bagi mengelakkan mereka daripada meneroka jauh di dalam bidang ini ke arah yang tidak sihat. Namun pengetahuan secara teori perlu diberikan supaya mereka tidak ketinggalan. Apabila pelajar ini telah melangkah ke sekolah menengah pengetahuan teknologi maklumat ini perlu diberi pendedahan secara keseluruhan kerana pada peringkat umur ini mereka sudah mampu berfikir untuk menentukan yang baik dan yang buruk. Walaupun pendedahan ini perlu, ibu bapa hendaklah sentiasa mengawasi tingkahlaku pelajar ini di rumah. Di sekolah masalah ini mungkin sukar terjadi kerana ia dikawal sepenuhnya oleh guru. Masalah ini biasanya berlaku di rumah ketika bersendirian atau bersama rakan sebaya. Kesimpulanya, perubahan sistem pendidikan negara sebenarnya adalah bertujuan untuk meningkatkan dan memajukan serta mengubahsuai sistem pendidikan yang sedia ada ini supaya lebih efektif dalam melahirkan bangsa Malaysia yang bertamadun dan proaktif pada masa akan datang. Dengan penubuhan Sekolah Bestari yang dilengkapi dengan teknologi yang canggih ini diharapkan dapat membantu negara melonjak ke Zaman Maklumat dengan membekalkan pendidikan yang diperlukan untuk memenuhi keperluan masa hadapan negara.