Sejarah Mesir Purba

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sejarah Mesir Purba as PDF for free.

More details

  • Words: 5,351
  • Pages: 24
Mesir Purba

Peta Mesir Silam Zaman Purba Mesir merujuk kepada kebudayaan di Hulu Lembah Nil menganjur dari ke selatan sehingga Jebel Barkal, Napata [1], keutara sehingga Laut Mediterranean, walaupun mempunyai saiz berbeza sepanjang sejarahnya antara sekitar 3200 SM dan 332 SM, dengan penaklukan oleh Alexander the Great. Sebagai kebudayaan yang berasaskan pengairan ia merupakan contoh jelas (quintessential example) empayar hidrolik.

Geografi Kebanyakan daripada geografi Mesir terletak di Afrika Utara, walaupun Semenanjung Sinai adalah dalam Asia Barat daya. Negara ini mempunyai persisiran pantai Laut Mediterranean dan Laut Merah; ia bersempadan dengan Libya di barat, Sudan di selatan, dan Semenanjung Gaza, Palestin dan Israel ke timur. Mesir Purba terbahagi kepada dua kerajaan, dikenali sebagai Mesir Hulu dan Hilir. Berlainan dengan kebiasaan, Mesir Hulu (Upper Egypt) terletak di selatan dan Mesir Hilir (Lower Egypt) di utara, dinamakan menurut aliran sungai Nil. Sungai Nil mengalir ke utara dari titik selatan ke Mediterranean bukannya kebahagian selatan daripada titik utara. Sungai Nil, yang merupakan tumpuan penduduk negara tersebut telah menjadi sumber kehidupan bagi kebudayaan Mesir semenjak kebudayaan Naqada dan Zaman Batu.

Kedua kerajaan membentuk Kemet ("tanah hitam"), nama bagi tanah hitam yang dimendak oleh air bah sungai nil. Gurun pula dikenali sebagai Deshret ("tanah merah"), menurut Herodotus: "Mesir merupakan negara tanah hitam.... Kita ketahui bahawa Libya mempunyai tanah lebih merah." (Histories, 2:12). Tetapi Herodotus turut menyatakan "Colchians adalah penduduk Mesir...berdasarkan fakta bahawa mereka berkulit hitam dan mempunyai rambut kerinting (wooly hair)." (Histories Book 2:104), dan Champollion yang lebih muda (yang mendikripsi Batu Rosetta) dalam Expressions et Termes Particuliers (Expression of Particular Terms) mendakwa bahawa Kemet sebenarnya tidak merujuk kepada tanah, tetapi kepada penduduk negro dalam ertikata "Negara Hitam - (Black Nation)".

Sejarah Rencana utama: Sejarah Mesir purba Penduduk Mesir purba sendiri menjejak asal keturunan mereka kepada tanah yang mereka kenali sebagai Punt, atau "Ta Nteru" ("Tanah Dewa-dewa"). Suatu suatu masa dahulu, ia biasanya diagak sebagai terletak di apa yang sekarang ini dikenali sebagai persisiran Somalia, Punt sekarang ini dipercayai sebagai terletak samaada di selatan Sudan atau Eritrea. sejarah Mesir purba sebenar bermula dengan Mesir sebagai negara bersatu, yang berlaku pada satu ketika sekitar 3000 SM, walaupun bukti arkaeologi menunjukkan bahawa masyarakat Mesir maju mungkin telah wujud untuk tempoh yang lebih lama.

Sphinx Agung Giza, dipercayai menyerupai Khafre, c. 2600 SM. Ciri-ciri muka dijumpai di Timur laut Afrika. Ukiran batu tunggal terbesar di dunia. Sepanjang sungai Nil, pada milenium ke-10 SM, kebudayaan mengisar bijirin yang menggunakan jenis mata sabit terawal telah digantikan dengan kebudayaan penduduk pemburu, pengail, dan pengumpul-pemburu yang menggunakan peralatan batu. Bukti turut menunjukkan kehadiran manusia di barat daya Mesir, berhampiran sempadan Sudan, sebelum 8000 SM. Pertukaran cuaca dan/atau terlebih ragut sekitar 8000 SM mula

mengeringkan padang ragut di Mesir, yang akhirnya mendorong kepada pembentukan Sahara (2500 SM), dan puak-puak awal dengan sendirinya terdorong untuk berpindah ke sungai Nil di mana mereka memajukan ekonomi pertanian setempat dan masyarakat yang lebih berpusat (lihat Sejarah: Nil). Terdapat bukti ternakan dan penanaman bijirin di Timur Sahara pada milenium ke-7 SM. Sehingga 6000 SM penduduk Mesir purba di sudut baratdaya Mesir telahpun mengembala lembu dan membina bangunan besar. Mortar dalam pembinaan bangunan telah digunakan menjelang 4000 SM. Tempoh Pradinasti Mesir berterusan sepanjang tempoh masa ini, sebelumnya dipegang pelbagai oleh kebudayaan Naqada. Sesetengah pakar bagaimanapun memulakan Predinasti Mesir lebih awal, di Paleolithik Bawah (lihat Pradinasti Mesir). Mesir bersatu sebagai satu negara sekitar 3000 SM. Kronologi Mesir termasuk menetapkan permulaan dan pengakhiran sesuatu dinasti sekitar tempoh masa ini. Kronologi Mesir biasa adalah yang diterima pakai semasa abad ke 20, tetapi tidak termasuk cadangan rombakan besar yang turut diajukan ketika itu. Malah dalam hasil kerja yang sama, seringkali pakar kaji purba menawarkan beberapa tarikh yang mungkin atau beberapa khronologi lain sebagai mungkin. Disebabkan itu, kemungkinannya terdapat beberapa perbezaan antara tarikah ditunjukkan di sini dan dalam rencana pemerintah tertentu. Seringkali juga terdapat beberapa variasi ejaan nama.

• •

Senarai firaun -- Firaun telah wujud semenjak sebelum 3000 SM sehingga sekitar 30 SM. Dinasti (lihat juga: Daftar dinasti Mesir): o Tempoh Dinasti Awal Mesir (Early Dynastic Period of Egypt) (Dinasti 1 ke 2; sehingga sekitar abad ke-27 SM) o Kerajaan Lama (Old Kingdom) (Dinasti ke-3 - ke-6; abad ke-7 - ke-22 SM) o Tempoh Perantaraan Pertama (First Intermediate Period) (abad ke-7 - ke11 SM) o Kerajaan Pertengahan Mesir (Middle Kingdom of Egypt) (Dinasti ke-11 ke-14; abad ke-20 - ke-17 SM) o Tempoh Perantaraan Kedua (Second Intermediate Period (Dinasti ke-14 ke-17)  Hyksos (Dinasti ke-15 - ke-16) o Kerajaan Baru Mesir (New Kingdom of Egypt) (Dinasti ke-18 - ke-20; abad ke-16 - ke-11 SM) o Tempoh Perantaraan Ketiga (Third Intermediate Period (Dinasti ke-21 ke-25; abad ke-11 - ke-7 SM) o Tempoh Akhir Mesir Silam (Late Period of Ancient Egypt) (Dinasti ke-26 - ke-31; Abad ke-7 SM - 332 SM)  Dinasti Akhaemenid o Mesir Yunani-Rom (Graeco-Roman) (332 SM - 639)  Dinasti Ptolemaik  Empayar Rom

Kerajaan Nomes merupakan separa kebangsaan division pentadbir Mesir Atas dan Bawah (Upper and Lower Egypt). Firaun merupakan pemerintah kedua kerajaan ini dan mengetuai struktur negara Mesir silam. Firaun bertindak sebagai raja, pemimpin kerohanian dan commander-in-chief bagi kedua-dia tentera dan tentera laut. Firaun dianggap dewa, hubungan antara manusia dan para dewata. Di bawahnya adalah kerajaan, adalah 2 wazir (satu bagi Mesir Atas dan satu lagi bagi Mesir Bawah) dan pelbagai pegawai. Di bawahnya di sebelah keugamaan adalah paderi besar dan pelbagai paderi lain. Secara umumnya, kedudukan ini diwarisi dari bapa kepada anak lelaki sulung. Kadang-kala aturan ini terbantut, dan kadang-kala wanita memegang kuasa. [2]

Bahasa Mesir silam bertutur bahasa Afro-Asiatik berkait dengan bahasa Chadic, Berber dan Semitik. Rekod bahasa Mesir silam telah ditarikh sekitar 3200 BC. Para sarjana meletakkan bahasa Mesir kepada enam pembahagian mengikut kronologi: • • • • • •

Mesir Silam (Archaic Egyptian) (sebelum 2600 SM) Mesir Lama (Old Egyptian) (2600–2000 SM) Mesir Tengah (Middle Egyptian) (2000–1300 SM) Mesir Akhir (Late Egyptian) (1300–700 SM) Mesir Demotik (Demotic Egyptian) (abad ke-7 SM–abad ke-4) Bahasa Coptik (Coptic language) (abad ke-3–abad ke-12)

Penulisan Pengkaji Mesir Purba (Egyptologis) merujuk kepada tulisan Mesir sebagai hieroglif, bersama dengan skrip baji (cuneiform script) Mesopotamia ranking sebagai sistem penulisan tertua di dunia. Skrip hieroglif sebahagiannya syllabik, sebahagiannya ideografik. Hieratic adalah bentuk hieroglif Mesir bersambung (cursive) yang pertama sekali digunakan semasa Dinasti Pertama (kk. 2925 SM - kk. 2775 SM). Istilah Demotik dari sudut Mesir, Ia itu, "asal - indigenous" dari sudut pandangan Hellenistik, berubah menjadi merujuk kepada kedua-dua skrip dan bahasa yang selepas tahap Mesir Silam Akhir (Late Ancient Egyptian) daripada Nubian dinasti ke-25 sehingga ia dipinggirkan oleh Greek Koine pada awal abad AD. Selepas penaklukan oleh Umar ibn al-Khattab, bahasa Coptic kekal sehingga Zaman Pertengahan sebagai bahasa keugamaan (liturgical) oleh minoriti Kristian. Skrip hieroplif akhirnya tidak lagi digunakan sekitar abad ke-4, dan mulai dijumpai kembali semenjak abad ke-15 (lihat Hieroglfika). Alphabet (abjad) terawal juga dicipta di Mesir Purba, sebagai hasilan dari hieroplyphik sylabik (syllabic).

Tulisan • • • • •

kk. 1999 SM - Papyrus Westcar kk. 1800 SM Cerita Sinuhe kk. 1800 SM - Papyrus Ipuwer kk. 1800 SM - Papyrus Harris I kk. 1000 SM Cerita Wenamun

Kebudayaan

Kolossus Memnon

Asas Tamadun Maju Mesir Mesir purba telah banyak dipengaruhi oleh sungai Nil, yang telah membolehkan negara Mesir didiami manusia. Sungai Nil yang banjir secara berkala dengan tetap pada musim panas membawa bersamanya lumpur yang subur, dan surut tepat pada masanya pada musim menanam, memberikan penduduk Mesir satu perasaan bahawa alam semulajadi adalah tenang dan memberi banyak kebajikan. Negara Mesir yang dikelilingi oleh gurun dan Laut Merah menjadikannya agak bebas daripada ancaman negara luar. Kepentingan sungai Nil pada penduduk Mesir dapat dilihat melalui perkataan mengembara bagi orang Mesir, iaitu khed menghilir atau khent mudik ke hulu. Malah pakar sejarah Yunani, Herodotus menggelarkan Mesir sebagai hadiah daripada sungai Nil. Walaupun sebelum Zaman Kuno, penduduk Mesir telahpun mengorak langkah kearah membina tamadun yang maju. Terutama sekali mereka telah mulai bercucuk tanam;

menggunakan perkakasan tembaga menggantikan perkakasan batu dan , tidak lama sebelum 3100 SM, mereka telah membangunkan tulisan yang dikenali sebagai hieroglif (dari perkataan Yunani bagi Ukiran Pendita). Pakar kaji purba tidak pasti sama ada penulisan ini dimajukan oleh orang Mesir sendiri ataupun datangnya daripada penduduk Mesopotamia. Ini berdasarkan tulisan hieroglif jauh berbeza dengan pepaku Mesopotamia, tetapi kemunculan hieroglif secara tiba-tiba membayangkan Pendita/pentadbir Mesir telah memulakan sistem penyimpanan rekod berasaskan pengaruh asing yang lebih awal. Walau apapun puncanya, penulisan memberikan peluang bagi kemunculan kerajaan yang berkesan dan syarat awal dalam sejarah politik Mesir, penyatuan daerah utara dan selatan.

Permulaan Zaman Kuno Penyatuan Mesir yang menandakan permulaan Zaman Kuno bermula sekitar 3100 SM Sebelum itu kuasa di Mesir Atas (Selatan) dan Mesir Bawah (Utara) dikuasai oleh pemerintah yang berlainan. Dengan penyatuan kedua jajahan ini, ia membenarkan sistem saliran pusat dan pengaliran perdagangan sepanjang sungai Nil. Dalam riwayat tradisi, penyatuan Mesir dikatakan dilakukan oleh pahlawan dari selatan yang bernama Narmer, firaun pertama yang berjaya menguasai seluruh Mesir utara sehingga ke delta Mediterranean. Kemungkinannya proses penyatuan tersebut berlaku secara perlahanlahan, tetapi tidak dapat dipertikaikan lagi bahawa kedua dinasti firaun berikutnya telah menguasai keseluruhan Mesir.

Kerajaan Lama Kedua dinasti firaun Mesir kemudiannya digantikan oleh Zoser perkasa sekitar 2770 SM, firaun pertama bagi Dinasti Ketiga dan pengasas kepada Kerajaan Lama. Walaupun perbezaan antara sistem kerajaan Kerajaan Lama dengan sebelumnya tidak diketahui dengan jelas, ianya pasti bahawa pemerintahan Zoser memulakan tempoh pemerintahan raja mutlak dan kuasa negara yang lebih kukuh. Ini dapat dilihat dengan bukti bahawa Zoser memulakan pembinaa piramid pertama. Di bawah pemerintahan Zoser dan penggantinya Kerajaan Lama, kuasa firaun tidak terbatas. Firaun dianggap anak Dewa Matahari, dan secara adat akan mengahwini saudara perempuannya bagi mengekalkan darah keturunannya tulen. Tiada perbezaan antara politik an keagamaan wujud. Orang bawahan utama firaun adalah paderi, dan firaun sendiri merupakan ketua paderi. Corak Kerajaan Lama adalah berasaskan polisi keamanan. Dari segi ini, ia adalah unik dikalangan negara silam. Firaun tidak memiliki askar sepenuh masa, dan tidak memiliki pasukan bersenjata kebangsaan. Setiap kawasan memiliki pasukan bersenjata sendiri tetapi ia diperintah oleh pegawai am, dan sekiranya dipangil bertugas, ia kebiasaannya bagi kerja awam. Bagi menangani ancaman serangan, unit tempatan berlainan akan digabungkan dibawah pemerintahan pegawai am firaun. Pada masa lain ketua kerajaan tidak mempunyai penguasaan diatas pasukan bersenjata.

Kerajaan Lama Mesir berpuas hati memerintah negara mereka sendiri. Keadaan ini wujud akibat negara Mesir yang terlindung dan terasing daripada pengaruh luar, memiliki tanah yang subur, dan pentadbiran kerajaan secara kerjasama dan bukannya secara peras-ugut .

Zaman Perantaraan Pertama Setelah beberapa abad tenteram dan aman, Kerajaan Lama berakhir dengan kejatuhan Dinasti Keenam sekitar 2200 SM Ini disebabkan oleh beberapa sebab antaranya:• • •

Perbendaharaan negara muflis akibat projek besar-besaran firaun seperti pembinaan piramid. Perubahan cuaca mengakibatkan kegagalan tanaman. Bangsawan daerah yang mengambil kuasa semakin banyak sehinggakan kuasa pemerintahan pusat hampir lenyap.

Tempoh yang berikutnya dikenali sebagai Zaman Perantaraan pertama. Keadaan huruhara berleluasa dan keadaan anarki wujud. Kaum bangsawan membina pemerintahan mereka sendiri dan kekecohan politik diburukkan lagi oleh perompakan dari dalam dan oleh puak gurun. Zaman Peralihan pertama tidak berakhir sehingga kebangkitan Dinasti Kesebelas yang mengembalikan pemerintahan pusat sekitar 2050 SM dari pengkalannya di Thebes (Mesir Atas). Kebangkitan ini menandakan permulaan Kerajaan Pertengahan.

Kerajaan Pertengahan Sepanjang tempoh Kerajaan Pertengahan, tanggung jawab masyarakat lebih ditekankan, berbanding Kerajaan Lama. Walaupun Dinasti ke Sebelas tidak mampu menandingi kuasa bangsawan tempatan, Dinasti ke Duabelas yang berikutnya sekitar 1990 SM dan berakhir sekitar 1786 SM diperintah dengan gabungan dengan golongan pertengahan yang terdiri daripada pegawai, pedagang, seniman, dan petani. Gabungan ini menahan kaum bangsawan dan meletakkan asas bagi keamanan yang tiada tandingnya. Semasa pemerintahan Dinasti ke Duabelas terdapat perkembangan dalam keadilan masyarakat dan pencapaian pemikiran. Kerja awam yang memberi faedah kepada keseluruh penduduk seperti projek pengairan dan saliran, menggantikan pembinaan piramid yang tidak mempunyai kegunaan pratikal. Terdapat juga perubahan dalam keagamaan di mana orang biasa mampu mencapai keselamatan denganperbuatan moral yang baik dan bukannya melalui upacara yang bergantung kepada kekayaan seseorang. Berasaskan sebab-sebab di atas, zaman Dinasti ke Duabelas dianggap sebagai Mesir klassik atau zaman kegemilangan.

Zaman Perantaraan Kedua Pada zaman berikutnya bagaimanapun, Mesir memasuki Zaman Peralihan kedua. Ini merupakan era kekacauan dan penjajahan asing yang berakhir selama dua abad, atau dari 1786 sehingga sekitar 1560 SM Rekod semasa dari tempoh itu jarang dijumpai, bagaimanapun ia menunjukkan bahawa pergeseran dalaman merupakan akibat

pemberontakan balas kaum bangsawan. Firaun kembali tidak berkuasa, dan kebanyakan kemajuan masyarakat Dinasti ke Duabelas musnah. Sekitar 1750 SM. Mesir dijajah oleh Hyksos, atau Pemerintah Tanah Asing, puak campuran yang berasal dari Asia barat. Keunggulan ketenteraan mereka biasanya dikatakan kerana mereka memiliki kuda dan pedati perang. Tetapi kemenangan mereka turut disumbangkan oleh fakta bahawa Mesir berpecah sesama sendiri. Pemerintahan mereka memberi kesan yang besar kepada sejarah Mesir. Tidak hanya mereka memperkenalkan perperangan kaedah baru kepada Mesir, tetapi ia juga memberikan penduduk Mesir matlamat yang sama dengan pemerintahan yang menindas, mendorong mereka melupakan pertelingkahan sesama mereka dan bergabung bagi mencapai matlamat yang sama, iaitu membebaskan diri daripada pemerintahan asing.

Kerajaan Baru Pada akhir abad ketujuh belas SM pemerintah selatan Mesir (Atas) melancarkan pemberontakan terhadap Hyksos, pergerakan yang kemudiannya disertai oleh keseluruhan rakyat Mesir. Menjelang sekitar 1560 SM penjajah terakhir yang tidak dibunuh atau dijadikan hmba telah dihalau keluar daripada Mesir. Horo kejayaan ini, Ahmose merupakan pengasas Dinasti ke Lapan belas, selepas itu menubuhkan regim yang lebih padu berbanding yang sebelumnya. Dalam pergerakan patriotik menentang penjajah melawan Hyksos, ketaatan kepada bangsawan tempatan menjadi lemah dengan itu melemahkan kuasa bangsawan tempatan. Tempoh yang berikut selepas kebangkitan Ahmose dikenali sebagai Kerajaan Baru, dan oleh sesetengah pakar sejarah lain sebagai tempoh Empayar. Ia berkuasa dari sekitar 1560 SM - 1087 SM, ketika mana Mesir diperintah oleh tiga dinasti secara berturutan. Dinasti kelapan belas, Dinasti Kesembilan Belas, dan Dinasti Kedua Puluh. Dengan kebangkitan Kerajaan Baru, tiada lagi semangat aman dan mengasingkan diri; semangat imperial yang agresif melanda Mesir dan kecenderungan kearah ketenteraan yang berpunca daripada kejayaan dalam perperangan kemerdekaan melawan Hyksos telah menimbulkan keinginan bagi kemenangan lebih lanjut. Tambahan lagi mesin ketenteraan yang dibina bagi menghalau penjajah, ternyata terlalu berharga sebagai menyokong kuasa firaun untuk dihapuskan begitu sahaja. Langkah pertama kearah polisi baru diambil oleh pengganti Ahmose dengan melakukan serangan kilat ke Palestin dan menguasai Syria. Debgan askar yang terkuat pada zaman purba, firaun baru itu dengan pantas mematahkan semua tentangan di Syria dan menjadikan diri mereka tuan kepada jajahan yang terbentang luas dari tebing sungai Euphrates sehingga ke selatan sungai Nil. Tetapi mereka tidak pernah berjaya menjadikan penduduk yang dijajah sebagai rakyat yang taat dan kelemahan ini merupakan punca pemberontakan meluas di Syria. Sungguhpun pengganti mereka menindas pemberontakan tersebut dan berjaya memegang Empayar seketika, malapetaka akhir tidak dapat dielakkan. Lebih banyak jajahan telah ditakluk dari apa yang boleh dikendalikan dengan berkesan. Jumlah kekayaan yang mencurah-curah memasuku Mesir melemahkan asas nasional dengan menggalakkan penyelewengan, dan pemberontakan yang berpanjangan oleh tanah jajahan melemahkan kekuatan negara melebihi apa tahap

ia mampu pulih. Menjelang abad ke dua belas kebanyakan tanah jajahan telah kekal bebas. Corak pemerintahan Kerajaan Baru menyerupai Kerajaan Lama, tetapi lebih mutlak. Kuasa ketenteraan kini menjadi asas pemerintahan firaun. Tentera terlatih sentiasa bersedia bagi mengkagumkan rakyatnya. Kebanyakan bekas kaum bangsawan kini menjadi bangsawan istana atau ahli kepada birokrasi firaun di bawah penguasaan penuh firaun. Firaun agung terakhir adalah Ramses III yag memerintah dari 1182 - 1151 SM. Dia diganti oleh ramai pemerintah yang mearisi namanya tetapi tanpa keupayaannya. Pada akhir abad ke dua belas, Mesir menjadi mangsa penjajahan pemangsa baru. Pada masa yang sama Mesir kehilangan daya ciptaan. Untuk mendapatkan kehidupan abadi, ilmu sihir menjadi minat utama rakyat seluruh golongan. Proses kejatuhan ini dipercepatkan lagi oleh peningkatan kuasa Paderi, yang mengambil alih keistimewaan firaun dan menentukan pengistiharan firaun.

Kejatuhan politik Mesir Purba Dari pertengahan abad ke sepuluh SM sehingga akhir abad ke lapan SM dinasti gasar Libya memegang kuasa. Mereka diikuti oleh penguasaan sementara kaum Nubia yang menjajah Mesir dari gurun barat Nil Atas. Pada 671 SM Mesir dijajah oleh Assyrian, tetapi hanya untuk selama lapan tahun. Selepas keruntuhan pemerintah Assyrian, Mesir mendapat kemerdekaan mereka dan kebangkitan semula tradisi bermula. Bagaimanapun ia terbantut dengan tiba-tiba dengan penjajahan Parsi pada 525 SM apabila tentera Parsi mengalahkan tentera Mesir yang bertahan dalam pertempuran yang sengit. Mesir dengan itu menjadi sebahagian Empayar Parsi dan kemudiannya ditadbir oleh Yunani dan Rom.

Firaun Firaun ( ‫ ) فرعون‬atau Pharaoh (‫ פּרְעֹה‬Par‘ō); merupakan gelaran yang merujuk kepada pemerintah Mesir ketika tempoh pra-Kristian dan pra-Islam

Etimologi Pharaoh "Pr Aa" dalam hieroglif

'Firaun' merupakan perkataan yang diambil dari bahasa Arab (al-Qur’an) tentang panggilan raja Mesir. Ia juga berasal dari Bahasa Mesir Pr-Aa bermaksud 'Rumah Besar',

digunakan ketika Kerajaan Lama sebagai sebahagian dari frasa seperti 'smr pr-Aa' bermaksud 'Penghuni Rumah Besar', dengan rujukan khas kepada mahkamah atau istana itu sendiri. 1 Dari Dinasti Kedua Belas dan seterusnya, perkataan itu muncul dengan ucapan 'Rumah Besar, semoga hidup makmur dan dalam kesihatan', tetapi masih dengan rujukan bangunan berbanding dengan rajanya. Contoh awal 'Pr Aa' digunakan untuk merujuk raja adalah dalam surat kepada Amenhotep IV (Akhenaten) peda pertengahan Dinasti Kelapan Belas Mesir (1539-1292 SM) yang merujuk kepada 'Firaun, dikurniakan kehidupan, kemakmuran dan kesihatan, Tuan'.2 Dari Dinasti Kesembilan Belas dan seterusnya, digunakan juga hm.f 'Baginda Tuanku'. Maka, istilah itu berubah dari sesuatu yang dirujuk bersama bangunan sehinggalah gelaran kehormat bagi seorang raja, dan juga pejabatnya. 1

(Inggeris)Ancient Egyptian Grammar (3rd ed.), A. Gardiner (1957) 71-76

2

(Inggeris)Hieratic Papyrus from Kahun and Gurob, F. LL. Griffith, 38, 17.

Kebesaran dan Gelaran Raja Mesir memakai dua mahkota, yang dicipta dari Mahkota Merah dari Mesir Hilir dan Mahkota Putih dari Mesir Hulu. Ia dihiasi dengan ular yang digandakan ketika Dinasti Kedua Puluh Lima.

Ramesses II dalam hieroglif nama diraja

nama kelahiran

Ahli kaji Mesir purba, Bob Brier mendapati walaupun terdapat banyak pernyataan dan lukisan tentang mahkota diraja, tiada mahkota yang sebenar ditemui. Makam Tutankhamun digali besar-besaran tetapi tetap tidak dijumpai. Mahkota tersebut dikatakan mempunyai kandungan sihir, dan pendapat Brier mengatakan bahawa mahkota tersebut tidak boleh dibawa bersama apabila telah mangkat tetapi harus diserahkan kepada penggantinya. Gelaran rasmi bagi raja ketika Kerajaan Baru mengandungi lima nama; bagi sesetengah pemerintah, kita hanya mengetahui satu atau dua sahaja

Permasalahan Terdapat persoalan tentang para raja atau firaun Mesir purba. Berikut adalah di antaranya: •

Tidak diketahui siapakan raja Mesir yang pertama. Ia mungkin Menes atau Narmer. Narmer disahkan secara arkaeologi, tetapi Menes tidak; ia mungkin Menes hanyalah mitos atau Menes dan Narmer adalah orang yang sama. Jika

Menes wujud dan bukan orang yang sama dengan Narmer, tidak dapat diketahui siapa muncul dahulu. •

Ahli sarjana tertanya-tanya adakah Ramses III mempertahan Mesir dari Orang Laut kerana mereka pernah menjarah atau mereka merupakan pelarian ke Mesir ketika peperangan. Tidak pasti sama ada Ramesses III atau Amenemhat I dibunuh.



Keadaan sebenar kehilangan isteri Akhenaten, Nefertiti, tidak dapat diketahui. Jasad Akhenaten sendiri tidak dapat ditemui dan tidak diketahui sama ada dibunuh atau dibuang. Tentang kepercayaan Akhenaten pula masih diperdebatkan ahli cendekiawan. Firaun berikutnya, Tutankhamun, juga tidak diketahui dengan banyak tentang hal tersebut dan juga penyebab dan terikh kemangkatan.



Apa yang berlaku kepada Hatshepsut tidak diketahui dan hubungan antara Hatshepsut dengan Senenmut masih diperdebatkan.



Walaupun jelas Cleopatra adalah keturunan Yunani dan bukan Mesir, bapanya Ptolemy XII Auletes, tetapi ibunya masih tidak pasti. Barangkali adik tiri Ptolemy Cleopatra Selene.



Sedikit yang diketahui tentang pemerintahan Firaun Smendes I, dan kemungkinan Mesir berpecah ketika itu.



Tidak jelas sama ada Khababash dari Dinasti Ketiga Puluh betul-betul seorang firaun, malah asal-usulnya juga adalah misteri.



Tidak diketahui sama ada Necho II menghantar ekspedisi yang berlayar dari Laut Merah mengelilingi Afrika dan kembali ke delta Nil.

Senarai firaun Rencana ini mengandungi senarai Firaun Mesir Purba, dari Tempoh Dinasti Awal sebelum 3000 SM hingga ke penghujung Dinasti Ptolemaik, apabila Mesir menjadi jajahan Empayar Rom di bawah pemerintahan Augustus Caesar pada 30 SM. Harus diketahui terdapat tiga pemerintah perempuan dalam senarai firaun yang memilih untuk tidak memakai gelarai firaun iaitu yang bukan pasangan firaun Ptolemy (Sobeknefru, Hatshepsut, dan Twosret), kerana firaun adalah gelaran bagi lelaki. Dalam, senarai ini mereka digelarkan "Ratu ________." Harus diketahui juga bahawa tarikh berkenaan adalah anggaran, Terdapat pelbagai sistem untuk pentarikhan bagi kajian Mesir Purba iaitu bergantung kepada bagaimana ia dilakukan dan anggaran apakah yang digunakan. Yang tertera di bawah merupakan satu daripadanya dan bukan satu-satunya.

Zaman Purba Zaman Purba merangkumi Tempoh Dinasti Awal, apabila Mesir Hilir dan Mesir Hulu diperintah sebagai kerajaan yang berasingan, dan Dinasti Pertama dan Kedua

Dinasti Awal: Mesir Hilir Hilir Mesir, dikenali sebagai Tanah Hitam berada di utara Nil dan delta Nil. Senarai berikut mungkin tidak lengkap:

Nama Firaun Tiu Thesh Hsekiu Wazner

Catatan — — — —

Tarikh ? ? ? 3100 SM?

Dinasti Awal: Mesir Hulu Mesir Hulu, dikenali sebagai Tanah Merah, adalah sekitar Nil selatan dan gurun. Berikut mungkin tidak lengkap (dan terdapat juga yang dipertikaikan kewujudannya): Nama Serket I Iry-Hor Ka Serket II Narmer

Catatan Makam tertua di Umm el-Qa'ab mempunyai lambang kala jengking tidak pasti — Juga dikenali sebagai "Kala Jengking Mesir" atau "Raja Jengking" (Scorpion King); mungkin orang yang sama dengan Narmer. Dikatakan sesetengah pihak sebagai raja yang menyatukan Mesir Hulu dan Hilir

Dinasti Pertama Dinasti Pertama memerintah dari kira-kira 3050 SM ke 2890 SM.

Tarikh 3200 SM? 3150 SM? 3100 SM 3100 SM 3100 SM

Nama

Catatan Diperdebatkan sebagai penyatu Mesir Hulu dan Hilir. Hor-Aha (Menes) Dalam senarai awal, juga dikenali sebagai Min dan Meni. Djer — Merneith Pemangku bagi Djet dan Den Djet — Den



Anedjib



Semerkhet



Qa'a



Tarikh 3050 SM 2 tahun — 23 tahun 14 ke 20 tahun 26 tahun 9 ke 18 tahun 2916?–2890

Dinasti Kedua Dinasti Kedua memerintah dari 2890 ke 2686 SM. Nama Hotepsekhemwy Raneb Nynetjer Wneg Senedj Seth-Peribsen Khasekhemwy

Catatan — — — — — — ?–

Tarikh 2890–? 39 tahun 23 tahun 8 tahun 20 tahun 17 tahun 2686 SM

Kerajaan Lama Kerajaan Lama merupakan zaman ketika alaf ketiga sebelum Masihi apabila Mesir mencapai kemuncak pencapaian ketamadunan pertama (pertama dari tiga dipanggil Zaman “Kerajaan” menandakan ketinggian tahap ketamadunan di Lembah Nil), menjadi tempoh penghubung apabila Mesir diperintah Dinasti Ketiga hingga ke Dinasti Keenam (2630–2151 SM). Banyak ahli kaji Mesir Purba memasukkan Memphite Ketujuh dan Kelapan ke dalam Kerajaan Lama sebagai sambungan kepada pentadbiran yang berpusat di Memphis. Kerajaan Lama diikuti oleh zaman perpecahan dan kebudayaan merosot menurut ahli kaji Mesir Purba pada Tempoh Perantaraan Pertama – atau masyarakat Mesir memanggilnya, “kesakitan pertama”. Ibu kota diraja Mesir ketika Kerajaan Lama terletak di Memphis, apabila Djoser mengasaskan mahkamahnya. Kerajaan Lama mungkin dikenali kerana piramidnya yang

besar yang dibina ketika ini sebagai tempat persemadian Firaun. Kerana itu, Kerajaan Lama kerap dirujuk sebagai "Zaman Piramid ".

Dinasti Ketiga Dinasti Ketiga memrintah dari 2686 hingga 2613 SM. Nama Sanakhte Djoser Sekhemkhet Khaba Huni

Catatan — Mencadangkan Piramid Tangga yang direka oleh Imhotep — — —

Tarikh 2686-2668 2668–2649 2649–2643 2643–2637 2637–2613

Dinasti Keempat Dinasti Keempat memerintah dari 2613 hingga 2498 SM dan merangkumi Firaun yang membina Piramid Agung, Khufu (Cheops), Khafra (Chephren) dan Menkaura (Mycerinus). Nama Sneferu Khufu Djedefra (Radjedef) Khafra — Menkaura Shepseskaf —

Catatan

Tarikh 2613–2589

— Bentuk Yunani - Cheops. Membina Piramid 2589–2566 Agung di Giza. — 2566–2558 Bentuk Yunani - Chephren 2558–2532 beberapa pihak memasukkan Bikheris, menurut — Manetho Bentuk Yunani - Mycerinus 2532–2503 – 2503–2498 beberapa pihak memasukkan Thampthis, — menurut Manetho

Dinasti Kelima Dinasti Kelima memerintah dari 2498 ke 2345 SM.

Nama Userkaf Sahure Neferirkare Kakai Shepseskare Isi Neferefre Nyuserre Ini Menkauhor Kaiu Djedkare Isesi Unas

Catatan — — — — — — — — —

Tarikh 2498–2491 2487–2477 2477–2467 2467–2460 2460–2453 2453–2422 2422–2414 2414–2375 2375–2345

Dinasti Keenam Dinasti Keenam memerintah dari 2345 hingga 2181 SM. Nama Teti Userkare Pepi I Meryre Merenre Nemtyemsaf I Pepi II Neferkare Merenre Nemtyemsaf II Nitiqret

Catatan — — — — — Tidak pasti sebagai Firaun. Barangkali pemerintah perempuan.

Tarikh 2345–2333 2333–2332 2332–2283 2283–2278 2278–2184 2184 2184–2181

Tempoh Perantaraan Pertama Tempoh Perantaraan Pertama merupakan zaman di antara Kerajaan Lama dan kemunculan Kerajaan Pertengahan. Kerajaan Lama dengan cepatnya runtuh selepas kemangkatan Pepi II. Baginda memerintah selama 94 tahun, lebih lama dari mana-mana monarki yang ada dalam sejarah dan mangkat pada umur 200 tahun. Tahun-tahun akhir pemerintahan baginda tidak begitu beaik akibat lanjutnya usia baginda. Kesatuan Dua Kerajaan telah berpecah dan pemimpin tempatan terpaksa menangani masalah kebuluran. Sekitar 2160 SM, beberapa Firaun cuba menyatukan Mesir Hilir dari pusat Bandar mereka di Herakleopolis Magna. Pada masa yang sama, barisan musuh di Thebes sedang menyatukan semula Upper Mesir dan pertembungan dua dinasti tersebut tidak dapat

dielakkan. Sekitar tahun 2055 SM, waris Firaun Intef III mengalahkan Firaun Herakleopolitan, menyatukan Dua Tanah tersebut dan mengasaskan Dinasti Kesebelas dan memerintah sebagai Mentuhotep II, Firaun Pertama Kerajaan Pertengahan.

Dinasti Ketujuh dan Kelapan Dinasti Ketujuh dan Kelapan memerintah dari 2181 hingga 2160 SM. (Jadual ini berasaskan Jadual Abydos dari Saumaah Seti I, di ambil dari www.narmer.pl/main/abydos_en.html) Nama Neferkara I Neferkara Nebi Djedkara Shemai Neferkara Khendu Neferkamin Seneferka Nikara Neferkara Tereru Neferkahor Neferkara Pepyseneb Neferkamin Anu Qakare Ibi Neferkara II Neferkawhor Khuwihap Neferirkara

Catatan Sesetengah meletakkan di sini Merenhor -

Dinasti Kesembilan Dinasti Kesembilan memerintah dari 2160 ke 2130 SM.

Tarikh ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? ?

Nama Meryibre Khety (Achthoes I) Meribre Khety II Neferkare III Nebkaure (Acthoes II) Setut Wakhare Khety I Merykare Wankhare Khety II Menethoupe I Wankhare Khety III Khety II Anak perempuan Khety II Anak perempuan Merikare

Catatan

Tarikh

-

2160– ?

-

? ? ? ? ? ? ? ? ? ?

-

?

-

? –2130

Dinasti Kesepuluh Dinasti Kesepuluh merupakan kumpulan tempatan yang menguasai Mesir Hulu yang memerintah dari 2130 ke 2040 SM. Nama Meryhathor Neferkare IV Wankare (Acthoes III) Merykare —

Catatan — — — — —

Tarikh 2130– ? ? ? ? ? –2040

Dinasti Kesebelas Dinasti Kesebelas merupakan kumpulan tempatan yang berasal dari Lower Mesir yang memerintah dari 2134 hingga 1991 SM.

Nama Intef I Intef II Intef III Nebhetepre Mentuhotep I Sankhkare Mentuhotep II Nebtawyre Mentuhotep III

Catatan — — — Menyatukan Mesir 2040, Kerajaan Pertengahan bermula.

Tarikh 2134–2117 2117–2069 2069–2060 2060–2010



2010–1998



1997–1991

Kerajaan Pertengahan Kerajaan Pertengahan merupakan tempoh dari penghujung Tempoh Perantaraan Pertama hingga bermulanya Tempoh Perantaraan Kedua. Sebagai tambahan bagi Dinasti Kedua Belas, sesetengah sarjana memasukkan Dinasti Kesebelas, Ketiga Belas dan Dinasti Keempat Belas dalam Kerajaan Pertengahan. Kerajaan Pertengahan boleh dilihat akan perkembangan dagangan luar yang berlaku di waktu ini. Pembukaan kepada dagangan membuatkan kejatuhan Kerajaan Pertengahan kerana memudahkan penaklukan dari Hyksos.

Dinasti Kedua Belas Dinasti Kedua Belas memerintah dari 1991 hingga 1802 SM, dan dikatakan oleh rakyat Mesir sebagai Dinasti terbaik. Nama Catatan Tarikh Amenemhat I Firaun yang membuka dagangan dari luar Mesir. 1991–1962 Senusret I (Sesostris — 1971–1926 I) Amenemhat II — 1929–1895 Senusret II (Sesostris — 1897–1878 II) Senusret III (Sesostris Firaun paling berkuasa dalam Kerajaan Pertengahan. 1878–1860 III) Amenemhat III — 1860–1815 Mempunyai pemangku bagi sekurang-kurangnya Amenemhat IV 1815–1807 setahun menurut pernyataan di Konosso. Ratu Sobekneferu Pemerintah wanita yang jarang. 1807–1803

Tempoh Perantaraan Kedua Tempoh Perantaraan Kedua merupakan zaman kekucar-kaciran di antara Kerajaan Pertengahan, dan permulaan Kerajaan Baru. Ianya diketahui akibat Hyksos muncul di Mesir, yang memerintah bagi Dinasti Kelima Belas dan Keenam Belas. Dinasti Ketiga Belas lebih lemah daripada Dinasti Kedua Belas, dan tidak mampu bertahan lama di Mesir. Pemerintahan keluarga berwilayah di Xois, terletak di paya Barat Delta, terpisah dari pemerintahan pusat untuk membentuk Dinasti Keempat Belas. Hyksos muncul buat kali pertamanyaketika pemerintahan Sobekhotep IV, dan sekitar 1720 SM mengambil alih pekan Avaris (Tell ed-Dab'a/Khata'na kini). Hyksos, yang dipimpini Salitis, pengasas Dinasti Kelima Belas, menjajah Mesir ketika pemerintahan Dudimose I. Ketika Memphis jatuh ke tangan Hyksos, masyarakat asli Mesir memerintah Thebes dan mengisytiharkan kemerdekaan lalu membentuk Dinasti Ketujuh Belas. Dinasti ini menghalau Hyksos pulang ke Asia.

Dinasti Ketiga Belas Dinasti Ketiga Belas (menurut Senarai Raja Turin) memerintah dari 1803 hingga sekitar 1649 SM dan bertahan selama 153 atau 154 Tahun menurut Manetho.

Nama Sekhemre Khutawy Sobekhotep atau Wegaf Sekhemkare Amenemhat Sehetepre Iufni Seankhibre Semenkare Sehetepre Sewadjkare Nedjemibre Sobekhotep I Renseneb Hor Sedjefakare

Catatan Mengasakan Dinasti ke-13. Pemerintahannya dibuktikan oleh beberapa Rekod Nil dan Papirus. Amenemhat V Senebef, adik Sekhemre Khutawy. 3 tahun. — — — — — — — 7 bulan — 4 bulan — Raja terkenal yang tertera pada beberapa batu bersurat dan dokumen lain.

Sekhemre Khutawy Pesaing Wegaf Sobekhotep Khendjer Minimum 4 tahun. Imyremeshaw — Antef V — Raja Seth — Sobekhotep III 4 tahun & 2 bulan Neferhotep I 11 tahun Sobekhotep IV 10 atau 11 tahun Sobekhotep V — Wahibre Ibiau 10 tahun & 8 bulan Merneferre Ai 23 tahun & 8 bulan Merhetepre Ini 2 tahun & 2 bulan Seankhenre Sewadtjew — Mersekhemre Ined — Sewadjkare Hori — Kedudukan raja berikut tidak dapat dipastikan:

Tarikh 1803–1799 4 tahun. — 1795–1792 ? –1790 ? ? ? ? ? ? ? 1775 1775 5 ke 7 tahun. 1767 1765 ? ? ? 1755 1751–1740 1740–1730 1730 1725–1714 1714–1691 ? ? ? ?

Lima Gelaran Lima Gelaran bagi Firaun Mesir merupakan kelaziman bagi penamaan yang diambil oleh raja Mesir purba. Ia melambangkan kekuatan dan kuasa suci dan juga bertindak sebagai pernyataan misi bagi pemerintahan monarki. Ia kadangkala berubah mengikukt pemerintahan. “Lima gelaran” ini tidak menjadi kebiasaan hinggalah Kerajaan Pertengahan

Nama Horus

Serekh mengandungi nama Djet, dipamerkan di Louvre

Nama ini sering ditulis dalam Serekh, kotak penutup istana. Nama firaun ditulis dalam hieroglif dalam penutup istana. Biasanya, imej Dewa falko Horus, dewa penaung bagi monarki, bertenggek di atas atau ditepinya. Ini adalah bentuk tertua bagi nama firaun, yang asalnya dari Kerajaan Lama. Banyak firaun yang lama yang terkenal hanya dikenali dengan gelaran ini. Sekurang-kurangnya satu pemerintah Mesir, Seth-Peribsen dari Dinasti Kedua, menggunakan imej Dewa serigala-musang Seth dan bukan Horus, mungkin menunjukkan wujudnya bahagian-bahagian agama dalaman dalam negara itu. Baginda digantikan oleh Khasekhemwy, yang meletakkan kedua-dea simbol Seth dan Horus di atas nama baginda. Selepas itu, imej Horus sentiasa muncul bersebelahan nama firaun. Menjelang Kerajaan Baru, nama Horus sering diletakkan tanpa kotak penutup.

(Nama Nebty) Baginda yang Memiliki Dua Wanita

Nebty digabungkan dengan dewi Mesir Hulu dan Hilir: • •

Nekhbet, dewi penaung Mesir Hulu, diwakilkan oleh burung hering, dan Wadjet, dewi penaung Mesir Hulu, diwakilkan oleh ular tedung.

Nama ini pertama kali oleh firaun Semerkhet dari Dinasti Pertama, dan ia menjadi gelaran bebas ketika Dinasti Kedua Belas Nama ini tidak dibingkaikan dengan serekh atau cartouche, tetapi sering bermula dengan gambar burung hering atau ular tedung.Horus Emas

Juga dikenali dengan Nama Horus Keemasan, bentuk nama firaun ini menggunakan gambar falko Horus bertenggek di atas atau ditepi hireoglif untuk yang emas. Maksud gelaran ini dipertikaikan tetapi satu yang paling dipercayai ialah nama gelaran itu mewakili kejayaan Horus mengatasi Seth, sebagai symbol yang emas membawa maksud Horus "lebih hebat dari seterunya". Emas juga dsering dikaitkan dengan pemikiran Mesir purba yang menganggapnya berkaitan dengan keabadian, maka ini menepati nama Horus abadi bagi firaun. Seperti nama Nebty, nama ini tidak dibingkaikan oleh cartouche atau serekh. Ia sering bermula dengan imej falko Horus bertenggek di atas lambing matahari.

(Nama rasmi) Baginda Rusiga dan Lebah

Cartouche nama bagi Thutmose II dimulakan dengan lambang Rusiga dan Lebah di Kuil Hatshepsut, Luxor

Nama rasmi firaun, yang pertama dari dua nama tertulis dalam cartouche, dan biasanya diiringi satu dari dua frasa: sama ada n-sw-bity, "Baginda Rusiga dan Lebah"; atau neb tawy, "Penguasa Dua Tanah", merujuk kepada kawasan lembah dan delta Mesir. Bentuk ini sering digabungkan dengan nama Dewa matahari, Re. Bentuk ini menjadi penting pada penghujung Dinasti Ketiga, dan kemudian menjadi gelaran rasmi terpenting bagi firaun.

(Nama kelahiran) Anak Ra

Nama ini diberikan kepada putera mahkota ketika kelahiran. Ia diwakilkan imej itik, yang homonim bagi anak lelaki, bersebelahan imej matahari, mewakili bapa, dewa matahari Ra. Ia mula diperkenalkan kepada gelaran diraja pada Dinasti Keempat. Sekali dengan nama rasmi, nama ini ditulis dalam cartouche. Ahli sejarah moden merujuk raja Mesir purba dengan meletakkan ordinal (cth. "II", "III") untuk membezakan individu yang mempunyai nama yang sama.

Contoh Lima Gelaran

Thutmose III in hieroglyphs serekh atau nama Horus Ketika Kerajaan Pertengahan gelaran penih kadang-kala ditulis dalam satu cartouche, seperti contoh dari Senusret I, dari Beni Hasan.

nama Nebty

nama Horus Keemasan

nama rasmi

nama kelahiran

Gelaran penuh firaun Thutmose III pada Dinasti Kelapan Belas, dan penyebutan serta maksud yang seerti adalah berikut: • • • • •

Nama Horus: Kanakht Khaemwaset (Horus Si Lembu Kuat, Muncul di Thebes) Nama Nebty: Wahnesytmireempet (Baginda yang Memiliki Dua Wanita, Bertahan dalam kerajaan sepertimana Ra di langit) Horus Emas: Sekhempahtydsejerkhaw (Horus Emas Sangat Berkuasa dan Kuat, dan Suci Mahkota) Nama Rasmi: Menkheperre (Baginda Rusiga dan Lebah) Nama Kelahiran: Thutmose Neferkheperu (Anak Ra, Thutmose, bentuk yang cantik)

Related Documents

Sejarah Mesir Purba
November 2019 25
Sejarah Mesir
May 2020 19
Sejarah Maya Purba
November 2019 12
Mesir 2
October 2019 26