Sejarah Folio T3 2009

  • Uploaded by: wintercool
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sejarah Folio T3 2009 as PDF for free.

More details

  • Words: 3,153
  • Pages: 43
E

LEMEN 1

Sumber Sejarah 1. Buku Ilmiah 2. Melawat tempat kajian 3. Internet 4. Sumber-sumber lain

1.

Buku Ilmiah

Gambar 1 : halaman depan Buku Teks Sejarah Tingkatan 1

Gambar 2 : m/s iv Buku Teks Sejarah Tingkatan 1

Gambar 3 : m/s 107 Buku Teks Sejarah Tingkatan 1

2.

Melawat tempat kajian

Gambar 4 : gambar saya melawat ke A’ Famosa

Nama Bangunan

:

A’ Famosa

Alamat

:

Bandar Hilir, Melaka

3.

Internet

Asal kota A’ Famosa Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511. Ketika Portugis mula-mula tiba di Melaka, orang tempatan menggelar mereka ‘Benggali Putih’. Gelaran ini timbul kerana itulah kali pertama penduduk awam Melaka melihat satu bangsa Eropah. Dengan susuk tubuh yang besar tinggi, bertopi dan berjambang, gelaran ‘Benggali Putih’ memang sesuai. Kota A’ Famosa dibina sebegitu kukuh sehinggakan ia membantu Portugis untuk menangkis semua bentuk serangan. Untuk menakluk Melaka, pasukan Belanda mengepong kota tersebut selama lima bulan, sementara penduduk yang terperangkap di dalamnya terpaksa memakan kucing, tikus, dan dalam satu kes seorang wanita memakan bayinya yang mati. Akhirnya, pada 14 Januari 1641, pihak Belanda menyerbu melalui Pintu Santo Domingo Gate, yang menjelang masa itu mengalami korban lebih 7,000, akibat kebuluran, penyakit dan tembakan senjata api. Kota A’ Famosa yang rosak teruk dalam pertempuran telah diperbaiki sementara Porta de Santiago yang merupakan pintu utamanya digantikan dengan logo Syarikat Hindia Timur Belanda. Selepas menawan kota tersebut, pihak Belanda membaiki dan mengubah suai, dan meletakkan jata mereka di atas pintu pagar yang masih kekal sehingga kini pada Porta de Santiago, satu-satunya pintu yang terselamat, dengan ukiran "Anno 1670". Sumber: http://myalexanderwathern.blogspot.com

4.

Sumber-sumber lain

E

LEMEN 2

B

ANGUNAN

A

F

AMOSA

SENARAI KANDUNGAN

Bil

KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.

Tajuk

2.

Senarai Kandungan

3.

Penghargaan

4.

Objektif Kajian

5.

Kaedah Kajian

6.

Hasil Kajian i.

Nama Bangunan

ii.

Latar Belakang

iii.

Keistimewaan Bangunan

iv.

Peristiwa Bersejarah

7.

Rumusan

8.

Lampiran

9.

Rujukan

PENGHARGAAN

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada pengetua sekolah, Cik Goh Hai Bee yang telah membenarkan kami menjalankan kajian ini sehingga selesai.. Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada guru mata pelajaran Sejarah saya iaitu Puan Prema Arumugam kerana telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan beliau dalam menjalankan Kajian Khusus Sejarah

Tidak ketinggalan, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu Encik Ng Yew Fatt dan Puan Wong Soo Ngor serta ahli keluarga yang telah banyak memberi sokongan dan dorongan kepada saya semasa menjalankan folio ini.

Akhir sekali, terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan-rakan yang turut membantu saya iaitu Yap Pei Teng, See Bee Qun dan Theresa Low Jia Lin kerana sudi berkongsi maklumat yang berkaitan dengan bangunan A’ Famosa. Dengan adanya bantuan mereka, kerja saya menjadi lebih mudah dan selesa.

OBJEKTIF KAJIAN Kajian saya ini adalah untuk merangkumi objektif-objektif berikut:

a.

Tujuan saya menjalankan kerja khusus ini adalah untuk mengenali dengan lebih mendalam tentang bangunan A’ Famosa.

b.

Kajian ini dilakukan secara amnya adalah untuk mengetahui latar belakang dan asal usul bangunan A’ Famosa.

c.

Kajian ini dapat menambah pengetahuan saya saya tentang banguanan bersejarah yang ada di Malaysia ini serta dapat memupuk perasaan bangga terhadap tanah air kita. Kajian ini juga dapat menyedarkan rakyat Malaysia betapa pentingnya bangunan bersejarah di negara kita kerana ianya dapat menyedarkan kita untuk menjaga dan mempertahankan bangsa serta memupuk semangat kekitaan dikalangan rakyat Malaysia.

KAEDAH KAJIAN

Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk menjalankan kajian sejarah ini :

1.

Melawat tempat kajian

Saya telah melawat ke A’ Famosa untuk mendapatkan maklumat yang bersesuaian dengan tajuk saya. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk bergambar di hadapan bangunan A’ Famosa supaya menjadi bukti pelawatan tersebut.

2.

Melayari Internet

Saya

telah

melayari

laman

web

http://en.wikipedia.org/wiki/A_Famosa

untuk

mendapatkan artikel yang bersesuaian dengan tajuk saya. Selain itu, saya telah merujuk kepada Internet untuk mendapatkan gambar-gambar serta peta A’ Famosa.

3.

Kaedah penyelidikan perpustakaan

Saya telah melawat perpustakaan SMK St. Mary untuk mencari sumber-sumber yang sesuai untuk tajuk kajian saya. Sila rujuk kepada Gambar 1 iaitu sumber ilmiah yang saya dapati dari perpustakaan.

HASIL KAJIAN i.

Nama Bangunan

ii.

Latar Belakang

iii.

Keistimewaan Bangunan

iv.

Peristiwa Bersejarah

i.

Nama Bangunan Nama bangunan kajian saya ialah bangunan A’ Famosa. Sementara kubu utama

dibina oleh Portugis, ia digelar “A’ Famosa”, atau secara rasminya Kubu Melaka (Fortaleza de Malaca). Manakalah selepas haibis pembinaan kota ini, ia diberi nama Kota A’ Famosa yang bermaksud "Yang Termashur" dalam bahasa Portugis.

Gambar 9 : gambar A’ Famosa yang kini tinggalnya sebuah pintu sahaja

ii.

Latar Belakang

Asal Usul Selepas penawanan Portugis

Gambar 10 :serangan kedua Portugis pada 10 Ogos 1511

Gambar 11: serangan ketiga Portugis pada 24 Ogos 1511

Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu, sementara mereka membina kubu utama yang digelar "A’ Famosa", atau secara rasminya Kubu Melaka (Fortaleza de Malaca). Kota A’ Famosa mengambil masa selama 5 bulan untuk di bina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain. Pembinaan kota A’ Famosa atas arahan Alfonso de Albuquerque boleh dikatakan menjadi lambang penentangan penduduk Melaka masa itu sehinggakan memaksa pihak Portugis membina kota pertahanan sebaik sahaja mereka menguasai bandar Melaka. Kota A’ Famosa yang disiapkan mempunyai empat menara, atau ketelom (bastion), dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter. Menara-menara tersebut dikenali sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo, dan Baluerte de Santiago. Menjelang tahun 1583, Melaka telah menjadi bandar berkota yang dilindungi dengan tujuh puluh meriam ke semua arah. A’ Famosa diperluaskan ke kawasan berhampiran dan meliputi penempatan Eropah. Kawasan itu termasuklah Jalan Kota, Jalan Gereja, Jalan Mahkamah & Jalan Istana. Penjajah Portugis turut menjadikan ini satu penempatan Kristian dengan 5 gereja, tempat beribadat, biara, hospital dan sebagainya. Bagaimanapun, kota ini gagal menghalang Belanda pada kurun ke-17. Dengan bantuan rakyat tempatan dan Melayu Johor, serangan telah dilancarkan sebelum Belanda berjaya merampas Melaka.

Penaklukan oleh Belanda Kota A’ Famosa dibina sebegitu kukuh sehinggakan ia membantu Portugis untuk menangkis semua bentuk serangan. Untuk menakluk Melaka, pasukan Belanda mengepong kota tersebut selama lima bulan, sementara penduduk yang terperangkap di dalamnya terpaksa memakan kucing, tikus, dan dalam satu kes seorang wanita memakan bayinya yang mati. Akhirnya, pada 14 Januari 1641, pihak Belanda menyerbu melalui Pintu Santo Domingo Gate, yang menjelang masa itu mengalami korban lebih 7,000, akibat kebuluran, penyakit dan tembakan senjata api. Kota A’ Famosa yang rosak teruk dalam pertempuran telah diperbaiki sementara Porta de Santiago yang merupakan pintu utamanya digantikan dengan logo Syarikat Hindia Timur Belanda. Selepas menawan kota tersebut, pihak Belanda membaiki dan mengubah suai, dan meletakkan jata mereka di atas pintu pagar yang masih kekal sehingga kini pada Porta de Santiago, satu-satunya pintu yang terselamat, dengan ukiran "Anno 1670".

Pentadbiran oleh British Apabila tentera Napoleon menjajah Belanda (Holland) pada tahun 1795, Putera William of Orange melarikan diri ke London, di mana dia memerintah semua penempatan Belanda untuk menerima tentera British, bagi menghalang mereka dari jatuh ke tangan Perancis. Akibatnya, pihak British berjaya menguasai Melaka pada 1795 tanpa sebarang pertempuran. Selepas menguasai Melaka, pihak British tidak berminat menyimpannya, ataupun membiayai penempatan tentera bagi mempertahankan Melaka yang dianggap milik sementara dan perlu dipulangkan kepada pihak Belanda selepas perang. Sebaliknya meninggalkan kota sekukuh itu tanpa pertahanan yang mencukupi adalah mengundang mara bahaya, sekiranya ia ditawan oleh pihak musuh. Tambahan lagi, mereka tidak berminat bagi memulangkan Melaka ke tangan Belanda dengan kota A’ Famosa dalam keadaan utuh sebagai saingan kepada penempatan Inggeris di Pulau Pinang dan Singapura. Dengan sebab itu, Mr. Robert Farquhar iaitu Leftenan Gabenor Pulau Pinang

dan juga Gabenor Melaka antara 1803 hingga 1818, telah membuat cadangan bagi memusnahkan kota A’ Famosa kepada Kerajaan Inggeris di India. Beliau menyatakan bahawa penyelenggaraan dan pertahanan kubu tersebut hendaklah dikecilkan dan memberikan dua sebab utama, iaitu hasil yang diperolehi oleh Melaka tidak mampu membantu membiayai kos penempatan tentera 'sepoy' dan pengecilan itu akan dapat membantu memajukan Pulau Pinang dengan memindahkan penduduk Melaka ke Pulau Pinang. Maka pada awal 1804, beliau dengan tegas mencadangkan agar Melaka dihapuskan dari muka bumi dengan semua penduduk Melaka diarah supaya dipindahkan ke Pulau Pinang dan KotA’ Famosa dimusnahkan bagi mengelak ia dikuasai oleh pihak lawan. Dengan cadangan tersebut, Kerajaan Inggeris di India mengarahkan Kota A’ Famosa yang terletak di Bandar Hilir, Melaka dihancurkan. Kerja merobohkan Kota A’ Famosa bermula pada 10 Ogos 1807. Pada awalnya dia memerintahkan pesalah untuk merobohkan Kota A’ Famosa batu demi batu dengan menggunakan pemungkis dan besi penyungkil. Apabila tembok yang sesetengahnya mencecah 4.5 meter kelihatan terlalu kukuh untuk ditanggalkan, dia memutuskan bagi memusnahkan Kota A’ Famosa dengan menggunakan ubat bedil. Dia memerintah lubang digali di sekeliling kaki kota dan meletupkan Kota A’ Famosa, menyebabkan batu sebesar rumah berterbangan dan jatuh ke laut. Hampir kesemua kubu, tembok-tembok, Hospital Besar, dua tempat menyimpan beras, tempat kediaman dan enam bilik simpanan telah diletup dan diratakan. Semasa kerja-kerja pemusnahan telah pun berlaku dengan rancaknya, Sir Stamford Raffles seorang kaki-tangan kerajaan yang bercuti sakit telah datang ke Melaka atas jemputan William Farquhar. Apabila mengetahui mengenai perobohan Kota A’

Famosa, beliau telah menulis surat kepada Kerajaan Inggeris di Pulau Pinang dan India dengan menyatakan bahawa pemusnahan KotA’ Famosa tidak patut dilakukan. Beliau telah memberi sebab-sebab tertentu, pertamanya jika Inggeris membiarkan Melaka, pihak lain akan mendudukinya, sudah pasti ia akan merugikan Pulau Pinang, kedua Melaka itu sendiri mempunyai nilai sejarah dan mentadbirkannya tidak memerlukan perbelanjaan yang banyak, manakala yang ketiga penduduk-penduduk Melaka tidak perlu dipindahkan kerana sebelum Belanda meninggalkan Melaka, Inggeris telah pun memerintahkan penduduk Melaka supaya terus tinggal di situ. Beliau turut menyatakan bahawa Inggeris tidak perlu meninggalkan Melaka hanya kecuali dipaksa. Cadangan Raffles itu telah diterima dengan baik oleh Kerajaan Inggeris tetapi ia sudah terlambat kerana hampir seluruh kota tersebut telah musnah. Pemusnahan Kota 'A’ Famosa' pada hari ini dalam tahun 1807, telah memusnahkan hampir seluruh kota itu, dan hanya meninggalkan satu pintu kotanya yang dapat dilihat hingga hari ini, iaitu Porta de Santiago. Pihak British kekal di Melaka sehingga tahun 1818. Apabila berakhirnya peperangan Napoleon, Melaka dikembalikan ke tangan Belanda (tanpa Kota A’ Famosa). Melaka kekal di tangan Belanda selama tujuh tahun berikutnya, sehinggalah perjanjian London 1824, apabila mereka menukarkan Melaka dengan Bangkahulu (Bencoolen) di Sumatra.

Gambar 12 : Kota A’ Famosa yang dirobohkan

Pengasas Mengikut buku sejarah yang telah saya kaji, orang yang bertanggungjawab mengarahkan pembinaan kota A Famosa ini ialah Alfonso de Albuquerque. Oleh itu boleh dikatakan bahawa beliau merupakan pengasas kepada bangunan bersejarah Kota A Famosa di Melaka ini.

Gambar 13 : Wajah

pengasas Kota A Famosa – Alfonso de Albuquerque

Tarikh binaan

Mengikut sejarah, dikatakan bahawa sebaik sahaja Melaka ditawan pada 26 Julai 1511, Alfonso de Abuquerque telah memerintahkan agar dibina sebuah kubu batu yang teguh untuk menggantikan kubu asal yang dibina oleh Parameswara. Dikatakan bahawa bangunan ini hanya mengambil tempoh yang pendek untuk dibina iaitu selama 5 bulan.

Lokasi Kota A Famosa ini terletak di Bandar Hilir Melaka bersebelahan dengan replica Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia. A Famosa kemudian telah diperluaskan ke kawasan berhampiran dan meliputi penempatan Eropah. Kawasan itu termasuklah Jalan Kota, Jalan Gereja,

Jalan Mahkamah dan Jalan Istana. Penjajah Portugis turut menjadikan ini satu penempatan Kristian dengan 5 gereja, tempat beribadat, biara, hospital dan sebagainya. Kota A Famosa

Tujuan pembinaan

Pada mulanya, kota A Famosa ini dibina untuk menghalang penentangan penduduk Melaka. Namun demikian, kota ini akhirnya menjadi kota pertahanan Portugis daripada serangan pihak Belanda. Walaupun kota ini amat kukuh namun kota ini akhirnya gagal menghalang Belanda pada kurun ke-17. Dengan bantuan rakyat tempatan dan Melayu Johor, serangan telah dilancarkan sebelum Belanda berjaya merampas Melaka. Kota A Famosa dibina sebegitu kukuh sehinggakan ia membantu Portugis untuk menangkis semua bentuk serangan.

Kos pembinaan

Pada pendapat saya, secara zahirnya, bangunan kota A Famosa ini seperti tidak mempunyai kos yang besar kerana menggunakan buruh paksa untuk membinanya dan bahan binaan pula diambil dari runtuhan masjid, batu-batu nisan dan bangunan lain. Namun demikian secara dalaman, untuk membina kota ini, terlalu banyak kos yang dikeluarkan iaitu kos pengorbanan buruh paksa yang ramai terkorban akibat suhu panas yang terik serta kekurangan makanan. Sebenarnya inilah kos pembinaan kota A Famosa yang tidak ternilai harganya.

iii.

Keistimewaan Bangunan

Reka bentuk pelan Kota A Famosa yang telah siap dibina mempunyai empat menara atau ketelom (bastion), dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter. Menara-menara tersebut dikenali sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo dan Baluerte de Santiago. Menjelang tahun 1583, Melaka telah menjadi Bandar berkota yang dilindungi dengan tujuh puluh meriam ke semua arah.

Bandar dan kubu Melaka (1780)

Pandangan hadapan kota A Famosa Bahan binaan

Secara ringkasnya, A’ Famosa dibina atas air mata dan darah rakyat Melaka. Pada pembinaannya, rakyat Melaka di paksa untuk membina kubu yang hebat itu. Batu Lada yang dibina diambil dari Pulau Upeh (kesan pemotongan batu masih kelihatan hingga kini). Batu lada memang batu yang kuat dan tahan bedilan peluru dan Meriam.

Malah ada yang mengatakan bahawa sebahagian batu yang digunapakai untuk membina A’ Famosa ialah batu-batu nisan sultan-sultan Melaka dan rakyat Melaka yang terdahulu. Oleh yang semikian sehingga kini kita tidak dapat melihat dan mengetahui makam-makan sultan Melaka yang pernah memerintah sebelum penjajahn Portugis begitu juga kubur orang Islam Melaka terdahulu. Kajian-kajian tentang Nisan Acheh membuktikan kenyataan saya dan lebih buruk ada yang mengatakan bahawa bancuhan simen di A’ Famosa sebahagiannya dibancuh dengan darah rakyat Melaka yang disembelih.

A’ Famosa dibina di Bukit Melaka. Pembinaannya secara tidak langsung melenyapkan kesan-kesan pemerintahan kesultanan Islam di Melaka. Masjid Melaka dan Istana Sultan dihapuskan kesannya. A’ Famosa di bina di atas runtuhan Masjid dan Istana

Melaka. Yang nyata, A’ Famosa di bina atas air mata dan darah rakyat Melaka dan hasil binaannya adalah untuk kepentingan Portugis di Melaka…

Pengubahsuaian Pihak Belanda membaiki dan mengubahsuai serta meletakkan jata mereka di atas pintu pagar yang masih kekal sehingga kini pada Porta de Santiago, satu-satunya pintu yang terselamat, dengan ukiran “Anno 1670”.

Hiasan dalaman

Gambar 14 : Di dalam kota A’ Famosa

Kota A’ Famosa tidak begitu mementingkan hiasan dalaman kerana kota tersebut digunakan sebagai kubu pertahanan terutamanya. Walau bagaimanapun, Kota A’ Famosa yang disiapkan mempunyai empat menara . Menjelang tahun 1583, Melaka telah menjadi bandar berkota yang dilindungi dengan tujuh puluh meriam ke semua arah. Secara tidak langsung, menara dan meriam tersebut telah dijadikan sesuatu hiasan untuk bangunan kota A’ Famosa. Kegunaan dahulu dan sekarang Pada masa dahulu, kota A’ Famosa dibina untuk menjadi kubu pertahanan Melaka bagi menangkis serangan orang-orang Melayu. Selain itu, Penjajah Portugis turut menjadikan bangunan ini satu penempatan Kristian dengan 5 gereja, tempat beribadat, biara, hospital dan sebagainya. Kini, A’ Famosa merupakan tarikan utama pelancong ke negeri Melaka. A’ Famosa merupakan mercu tanda pelancongan di negeri ini.

Gambar 15 : A’ Famosa yang kini dijadikan sebagai tempat pelancongan

Cara pembinaan Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu, Batu-bata untuk penambahbaikan kemudiannya dirampas daripada bangunan-bangunan dan masjid serta makam-makam di-Raja yang mereka musnahkan. iv.

Peristiwa Bersejarah

Pemusnahan Kota A’ Famosa :

Oleh sebab Melaka perlu dipulangkan kepada pihak Belanda selepas perang, British tidak mahu menguntungkan Belanda. Dengan sebab itu, Mr. Robert Farquhar telah membuat cadangan bagi memusnahkan kota A’ Famosa. Dengan cadangan tersebut, Kerajaan Inggeris di India mengarahkan Kota A’ Famosa dihancurkan pada 10 Ogos 1807. Semasa kerja-kerja pemusnahan telah pun berlaku dengan rancaknya, Sir Stamford Raffles mengetahui mengenai perobohan Kota A’ Famosa. Beliau telah menulis surat kepada Kerajaan Inggeris di Pulau Pinang dan India dengan menyatakan bahawa pemusnahan KotA’ Famosa tidak patut dilakukan. Beliau turut menyatakan bahawa Inggeris tidak perlu meninggalkan Melaka hanya kecuali dipaksa.

Cadangan Raffles itu telah diterima dengan baik oleh Kerajaan Inggeris tetapi ia sudah terlambat kerana hampir seluruh kota tersebut telah musnah. Pemusnahan Kota 'A’ Famosa' pada hari ini dalam tahun 1807, telah memusnahkan hampir seluruh kota itu, dan hanya meninggalkan satu pintu kotanya yang dapat dilihat hingga hari ini, iaitu Porta de Santiago.

RUMUSAN Saya telah banyak memperoleh maklumat tentang sejarah Kota A’ Famosa yang kian dilupakan oleh masyarakat kini. Melalui kajian ini, saya amat berasa bangga dan kagum dengan bangunan bersejarah yang terdapat di Malaysia. Secara tidak langsung,, A’ Famosa telah menjadi lambang kemegahan negara kita.

Saya

juga

menyedari

bahawa

masyarakat

mesti

bekerjasama

untuk

mempertahankan bangunan-bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita. Ini kerana bangunan-bangunan bersejarah ini penting untuk dijadikan iktibar dan pengajaran. Selain

itu, masyarakat juga mesti memelihara bangunan-bangunan bersejarah ini supaya generasi yang akan datang dapat menikmatinya.

Akhir sekali, saya mendapati bahawa bangunan-bangunan bersejarah ini amat penting untuk meningkatkan ekonomi negara. Hal ini kerana bangunan-bangunan tersebut telah dijadikan sebagai tempat pelancongan yang terkenal. Sebagai contoh, Kota A’ Famosa telah menjadi mercu tanda Melaka dan merupakan tempat pelancongan di dalam dan luar negara. Secara tidak langsung, kesejahteraan dan kemakmuran negara dapat dicapai disebabkan oleh ekonomi negara yang semakin meningkat.

LAMPIRAN

i.

Gambar A’ Famosa

ii.

Pelan Kota A’ Famosa

iii.

Peta kawasan Kota A’ Famosa

i.

Gambar kota A’ Famosa

Gambar 16 : Kota A’ Famosa yang

kini dijadikan sebagai tempat pelancongan

Gambar 17 : Kota A’ Famosa yang

dibina semula oleh Kerajaan Malaysia

ii.

Pelan Kota A’ Famosa

Gambar 18 :

iii.

Pelan Kota A’ Famosa pada tahun 1870

Peta kawasan Kota A’ Famosa

Gambar 19 :

Peta kawasan Kota A’ Famosa yang terletak di Bandar Hilir Melaka.

RUJUKAN i.

Buku Ilmiah

Ahmad Fawzi Bin Mohd Bashri, 2002. Sejarah Tingkatan 1 Buku Teks, Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

ii.

Internet

Bangunan Kota A’ Famosa, http://ms.wikipedia.org/wiki/A_Famosa

iii.

Melawat ke tempat kajian

Bangunan A’ Famosa, Bandar Hilir Melaka.

iv.

Sumber-sumber lain

Percutian Bermula di Melaka Bandaraya Warisan Dunia, Let’s Travel.

E

LEMEN 3

Dewasa kini, kerajaan telah menyarankan agar generasi muda kini dapat menghargai jasa dan pejuang tokoh-tokoh negara ditanah air kita. Oleh itu, kerajaan telah menjalankan berbagai-bagai usaha untuk memelihara dan memulihara bangunan bersejarah agar dengan itu dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini kerana, aktiviti ini dapat menimbulkan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia. Sebagai contoh, bangunan yang dibina oleh Portugis di Melaka iaitu bangunan Kota A Famosa dapat lagi kita lihat dari dulu hingga sekarang,bangunan itu masih kekal dan tidak berubah. Oleh itu,kita mesti berbangga dengan sejarah negara. Impaknya, masyarakat akan bekerjasama dan tolong-menolong untuk mempertahankan bangunanbangunan bersejarah ini.

Bangunan bersejarah di negara kita ini banyak meniggalkan kesan sejarah yang menarik untuk dikenang seperti bangunan Sultan Abdul Samad yang pernah dijadikan sebagai tempat pengumpulan raja-raja Melayu sewaktu menentang Malayan Union. Peristiwa

sedemikian

mengingatkan

kita

bertapa

susahnya

mereka

untuk

mempertahankan tanah Melayu ini daripada jatuh ke tangan British. Ini membuatkan kita sebagai rakyat Malaysia lebih menghargai jasa dan perjuangan tokoh-tokoh negara. Secara tidak langsung, bangunan bersejarah ini dapat dijadikan iktibar supaya rakyat berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara. Kesimpulannya, kita mesti bersyukur sebagai warganegara Malaysia kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang penuh dengan bangunan bersejarah. Oleh itu, kita mesti berterima kasih dengan cara berusaha untuk terus memelihara dan memulihara bangunan bersejarah tersebut.

Related Documents


More Documents from ""