Folio Geografi F3 2009

  • Uploaded by: wintercool
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Folio Geografi F3 2009 as PDF for free.

More details

  • Words: 3,004
  • Pages: 28
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ST. MARY, 52100 KUALA LUMPUR

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 2009

KAJIAN TENTANG PETEMPATAN DAN PERKEMBANGAN DI TAMAN SELAYANGJAYA DAN PERBANDINGANNYA DENGAN SINGAPURA

NAMA

:

TIngkatan :

3M

Nama Guru

:

T.Tangan Murid T.tangan Guru

Ng Chi San

Pn. Chang Mei Jin

SENARAI KANDUNGAN TAJUK

1. Penghargaan 2. Pendahuluan 3. Objektif Kajian 4. Kawasan Kajian 5. Kaedah Kajian 6. Hasil Kajian 7. Rumusan 8. Lampiran 9. Rujukan

MUKA SURAT

PENGHARGAAN Saya dapat menyiapkan folio Geografi PMR saya dengan sempurna kerana bantuan dan kerjasama daripada beberapa pihak : Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucap ribuan terima kasih kepada Pengetua sekolah SMK St, Mary, Cik Goh Hai Bee dan juga pihak sekolah yang telah memberi surat kebenaran untuk menjalankan tugasan ini. Sekalung budi kepada guru mata pelajaran Geografi Tingkatan 3 saya, Puan Chang Mei Jin yang telah memberikan penerangan tentang format folio Geografi PMR, membimbing dan memperbetulkan kesilapan saya semasa proses pembuatan folio ini. Tidak ketinggalan, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya Encik Ng Yew Fatt dan Puan Wong Soo Ngor serta ahli keluarga yang telah memberi sokongan dan dorongan kepada saya. Tidak lupa juga berterima kasih kepada semua penduduk Taman Selayang Jaya yang terlibat sebagai responden. Selain itu, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan yang turut membantu saya iaitu Yap Pei Teng, See Bee Qun dan Theresa Low Jia Lin kerana sudi berkongsi maklumat yang berkaitan dengan Taman Selayang Jaya serta memberi peluang kepada saya untuk menemubual ibu bapanya yang terlibat sebagai orang sumber dalam memberikan petunjuk serta inspirasi kepada saya Terima kasih di atas bantuan anda semua.

PENDAHULUAN Saya menjalankan kajian yang bertajuk ‘Kajian Tentang Petempatan dan Perkembangan di Taman Selayang Jaya dan Perbandingannya dengan Singapura’, bagi memenuhi keperluan kerja kursus Geografi ini. Saya memilih Taman Selayang Jaya sebagai kawasan kajian setelah berbincang dengan beberapa rakan-rakan sekelas saya yang lain.Taman Selayang Jaya merupakan pilihan terbaik kerana tidak terletak begitu jauh dengan kawasan tempat tinggal dan sekolah saya. Negara yang dibandingkan dengan kawasan kajian saya ialah Singapura. Saya memilih Singapura sebagai negara bandingan saya kerana negara tersebut terletak berhampiran dengan Malaysia, iaitu di hujung selatan Semenanjung Malaysia. Singapura adalah sebuah negara yang pesat membangun dengan pelbagai jenis kegiatan ekonomi dan juga merupakan sebuah negara yang berkeluasan kecil. Hal ini memudahkan saya melakukan kerja-kerja perbandingan. Semasa menjalankan kajian, saya telah memberi tumpuan tentang beberapa aspek iaitu jenis dan pola petempatan, faktor yang mempengaruhi petempatan, fungsi petempatan, masalah petempatan serta langkah mengurangkan masalah petempatan. Masa yang diberi untuk menyiapkan folio ini adalah sebanyak 8 minggu / 2 bulan. Setiap orang dikehendaki membuat laporan yang lengkap secara individu dalam tempoh masa yang ditetapkan.

OBJEKTIF KAJIAN Antara objektif kajian ini adalah untuk : 1.

Menentukan

jenis

dan

pola

petempatan

di

Taman

Selayang

Jaya

dan

membandingkannya dengan Singapura. 2.

Mengkaji faktor yang mempengaruhi petempatan di Taman Selayang Jaya dan membandingkannya dengan Singapura.

3.

Mengenal pasti fungsi petempatan di Taman Selayang Jaya dan membandingkannya dengan Singapura.

4.

Menyatakan masalah petempatan di Taman Selayang Jaya dan membandingkannya dengan Singapura.

5.

Mencadangkan langkah-langkah untuk mengurangkan masalah petempatan di Taman Selayang Jaya dan membandingkannya dengan Singapura.

6.

Pada akhir kajian, saya berasa bangga dan bersyukur kerana dapat tinggal di Taman Selayang Jaya iaitu sebuah kawasan yang penuh dengan kemudahan infrastruktur. Hal demikian telah meningkatkan tarat hidup penduduk tempatan.

KAWASAN KAJIAN Saya telah memilih Taman Selayang Jaya sebagai kawasan kajian saya. Taman Selayang Jaya merupakan sebuah kawasan yang berkembang maju. Berdekatan dengan Taman Selayang Jaya, terdapat beberapa kawasan perumahan yang lain seperti Taman Intan Baiduri dan Taman Bidara. Bentuk muka bumi di sekitar Taman Selayang Jaya ialah kawasan tanah pamah dan ketinggiannya adalah tidak melebihi daripada 100 meter dari aras laut. Taman Selayang Jaya telah mejadi tumpuan penduduk kerana bentuk muka buminya yang rata dan luas sesuai untuk pembangunan. Banyak kilang dan rumah serta kedai telah ditubuhkan oleh sebab bentuk muka buminya yang sesuai. Taman Selayang Jaya terletak di dalam daerah Gombak, negeri Selangor. Dengan selanjutnya, Taman Selayang Jaya terletak di sebelah barat daya bandar Kuala Lumpur, jarak di antaranya ialah kira-kira 15 kilometer. Masa yang dianggarkan untuk sampai di Taman Selayang Jaya dari bandar Kuala Lumpur dengan menaiki bas ialah lebih kurang 35 minit. Sila rujuk kepada Peta 1 iaitu peta daerah Taman Selayang Jaya dan Peta 2 sebagai peta Singapura. Peta 3 pula merupakan peta kawasan Taman Selayang Jaya.

i)

Peta Daerah Taman Selayang Jaya

U

Peta 1 : peta daerah Taman Selayang Jaya

ii )

Peta Singapura U

Peta 2 : peta Singapura

iii )

Peta Kawasan Taman Selayang Jaya

U

Peta 3 : peta kawasan Taman Selayang Jaya

Pertunjuk Tempat kediaman

Sempadan kawasan kajian

Lebuhraya

Kedai-kedai

Jalan Raya

KAEDAH KAJIAN Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk menjalankan kajian geografi ini :

1.

Pemerhatian

Saya telah membuat pemerhatian tentang fungsi petempatan dan masalah petempatan yang terdapat di Taman Selayang Jaya.

2.

Soal Selidik

Saya telah menyediakan satu set borang soal selidik lalu diajukan kepada 20 orang responden untuk mengenal pasti masalah-masalah yang terdapat di Taman Selayang Jaya. Kandungan soal selidik tersebut adalah seperti dalam Lampiran 4.

3.

Rujukan

Saya telah merujuk kepada Internet untuk mendapatkan peta daerah dan peta kawasan kajian serta peta petempatan negara yang dibandingkan. Selain itu, saya juga mendapatkan maklumat tentang fungsi petempatan di Taman Selayang Jaya dengan bantuannya Internet.

DAPATAN KAJIAN A)

Jenis dan pola petempatan

B)

Faktor yang mempengaruhi petempatan

C)

Fungsi petempatan

D)

Masalah petempatan

E)

Langkah mengurangkan masalah petempatan

A)

Jenis dan pola petempatan •

Taman Selayang Jaya

i ) Jenis bandar Berdasarkan kaedah kajian yang telah saya buat melalui melayari internet, Taman Selayang Jaya terlelak di kawasan bandar kerana kegiatan utama di Taman Selayang Jaya ialah perniagaan. Bangunan juga dibina rapat-rapat untuk menampung penduduk tempatan yang banyak ini. ii ) Pola petempatan Berdasarkan kaedah pemerhatian pula, saya dapati kebanyakan rumah dibina rapatrapat antara lain-lain. Setiap rumah dihubungkan dengan jalan raya untuk memudahkan pengerakan penduduk. Susur atur ini dikenali sebagai pola berpusat. Misalnya, rumah di kawasan tempat tinggal saya dibina secara teres dan rapat di sebelah jalan raya iaitu jalan SJ 34. •

Singapura

i ) Jenis bandar Singapura merupakan sebuah kawasan bandar yang amat pesat dibangunkan. Hal ini dapat dilihat melalui fungsi petempatannya sebagai pelabuhan antarabangsa. Selain itu, Singapura juga dibangunkan sebagai kawasan perniagaan dan pelancongan. ii ) Pola petempatan Berdasarkan kaedah melayari internet, saya dapati pola petempatan di Singapura ialah pola berpusat. Rumah-rumah di sana juga dibina dengan rapat serta terdapat banyak bangunan tinggi untuk menampung penduduk yang ramai seperti yang berlaku di sekitar jalan East Coast. Jalan raya di Singapura juga dibina secara berleluasa untuk memudahkan penduduk.

Saya berasa amat selesa tinggal di kawasan Taman Selayang Jaya kerana kawasan ini mampu menampung jumlah penduduk yang banyak dan tidak seperti kejadian yang berlaku di Singapura. Ini kerana jumlah penduduk di Singapura amat padat dan tidak sesuai dengan keluasan negara Singapura yang agak kecil jika dibandingkan dengan Malaysia. Saya juga berasa bersyukur kerana kerajaan selalu memainkan peranan mereka untuk memajukan kawasan ini.

B)

Faktor yang mempengaruhi petempatan

Terdapat beberapa pengaruh yang mempengarui petempatan di kawasan Taman Selayang Jaya. Faktor-faktor yang mempengaruhi kawasan ini ialah : i ) Bentuk muka bumi Melalui pemerhatian saya di kawasan kajian, bentuk muka bumi kawasan ini terdiri daripada tanah pamah yang luas dan rata.

Keadaan muka bumi yang

sedemikian telah mempengaruhi petempatan di kawasan ini sesuai untuk pembangunan. ii ) Darjah ketersampaian Perkembanagan ekonomi yang pesat di Taman Selayang Jaya menyebabkan pembinaan jalan raya diperluaskan. Contoh jalan raya di sini ialah Jalan Selayang Jaya 1 hingga ke Jalan Selayang Jaya 34 dan Lebuhraya Selayang - Kepong. Darjah ketersampaian seperti ini memudahkan penduduk Taman Selayang Jaya dan sekaligus telah menyebabkan petempatan di kawasan kajian semakin padat akibat daripada kemudahan seperti ini. iii ) Kegiatan ekonomi Di sekitar Taman Selayang Jaya terdapat beberapa jenis kegiatan ekonomi yang dijalankan, terutamanya adalah kegiatan perkhidmatan dan perniagaan. Di Taman Selayang Jaya, Hospital Selayang dan klinik-klinik lain pesat dibangunkan iaitu salah satu bahagian daripada kegiatan ekonomi perkhidmatan. Selain itu, pelbagai kedai membeli-belah seperti Selayang Mall dan Bintang dibangunkan sebagai salah satu kegiatan ekonomi perniagaan.

Faktor yang mempengaruhi petempatan di negara Singapura : i ) Bentuk muka bumi Singapura merupakan negara kota pulau yang kecil dan dijadikan kota di Asia Selatan, terletak antara Malaysia dan Indonesia. Singapura memiliki jumlah daerah daratan 692,7 km² dan 193 km garis pantainya. Terpisah dari Indonesia oleh Selat Singapura dan dari Malaysia oleh Selat Johor. Bentuk muka bumi di Singapura adalah tanah pamah. Bentuk muka bumi seperti ini telah mempengaruhi petempatan di Singapura dan menjadikannya suatu kawasan yang padat.

ii ) Darjah ketersampaian Perkhidmatan

pengangkutan

juga

dilakukan

di

negara

Singapura.

Perkhidmatan tersebut dikenali sebagai MRT(Mass Rapid Transit System). MRT digunakan secara meluas di Singapura. Ia memberikan perkhidmatan yang lengkap kepada seluruh negara Singapura. Malah, MRT memberikan perkhidmatan percuma untuk para pelajar. Ini akan memudahkan para pelajar di Singapura untuk ke sekolah mereka tanpa sebarang bayaran.

Saya sebagai penduduk di kawasan Taman Selayang Jaya ini amat bersyukur kerana berpeluang menikmati keselesaan kemudahan yang telah disediakan dengan adanya jaringan jalan raya yang baik. Saya juga rasa bersyukur kerana bentuk muka bumi di kawasan kajian telah menyebabkan petempatan menjadi padat dan sekaligus telah banyak kemudahan yang diesediakan oleh kerajaan.

C ) Fungsi petempatan •

Taman Selayang Jaya

Terdapat banyak fungsi petempatan di Taman Selayang Jaya telah mempengaruhi taraf hidup penduduk tempatan.Yang terutamanya, kawasan ini berfungsi sebagai pusat perniagaan. Di Taman Selayang Jaya, banyak pusat membeli-belah telah dibangunkan secara besarbesaran. Contohnya ialah Selayang Mall dan Bintang ( The Store ) serta kedai-kedai runcit yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan. Kemudahan membeli-belah seperti ini telah memudahkan penduduk tempatan untuk mendapatkan keperluan seharian. Secara tidak langsung, taraf hidup penduduk tempatan turut ditingkatkan. Selain itu, banyak restoran dan kedai makanan kecil juga dapat dilihat di mana-mana sahaja. Hal ini telah mengakibatkan kehidupan penduduk tempatan menjadi lebih selesa. •

Singapura

Manakala di Singapura pula, ia banyak berfungsi sebagai pusat pelancongan antarabangsa. Untuk mengembangkan industri pelancongan Singapura, Lembaga Promosi Pelancongan Singapura (Singapore Tourist Promotion Board, STPB) telah ditubuhkan. Sebagai misalan, tempat pelancongan yang terkenal di Singapura ialah Pulau Sentosa. Di samping itu, tempat pelancongan lain seperti China Town dam Orchard Road juga berjaya menarik banyak pelancong dari luar negara. Secara tidak langsung, fungsi petempatan ini telah meningkatkan ekonomi di negara Singapura.

Saya amat bersyukur kerana dapat tinggal di Taman Selayang Jaya iaitu sebuah kawasan yang berfungsi sebagai pusat perniagaan. Secara tidak langsung, saya dapat menikmati kemudahan membeli-belah serta mendapatkan perkhidmatan yang berkualiti.

D ) Masalah petempatan

i ) Kesesakan lalu lintas •

Taman Selayang Jaya

Masalah kesesakan lalu lintas amat ketara di sekitar Taman Selayang Jaya. Ini disebabkan jalan tersebut antara jalan yang menghala ke lebuh raya Selayang – Kepong. Selain itu, penduduk yang ramai ini telah mengakibatkan kenderaan semakin bertambah. Pengangkutan awam juga jaring digunakan kerana setiap individu mempunyai kenderaan sendiri disebabkan taraf hidup yang tinggi. Oleh itu, kesesakan lalu lintas sentiasa berlaku terutamanya pada waktu petang.



Singapura

Di Singapura pula, kesesakan lalu lintas juga sering berlaku kerana penduduk yang lampau banyak. Di samping itu, kawasan di Singapura terlalu kecil untuk menampung kenderaan dan penduduk yang begitu banyak ini. Kemudahan lebuh raya yang bersimpang siur juga mengalakkan rakyat untuk menaiki kenderaan sendiri. Contohnya Lebuhraya Kallang-Paya Lebar, Lebuhraya Pantai Marina, Lebuhraya Nicoll, Lebuhraya Pantai Barat dan sebagainya. Dengan ini, perjalanan amat mengambil masa kerana masalah kesesakan lalu lintas.

ii ) Pencemaran udara



Taman Selayang Jaya

Selain daripada masalah kesesakan lalu lintas, penduduk Taman Selayang Jaya juga mengahadapi masalah pencemaran udara. Pencemaran ini berlaku disebabkan pertambahan kenderaan di kawasan ini. Kenderaan tersebut turut mengeluarkan karbon monoksida ke udara terutamanya sementara kesesakan lalu lintas. Keadaan ini amat ketara antara jalan yang menghala ke lebuh raya Selayang – Kepong kerana selalunya berlaku kesesakan lalu lintas. Asap ini amat membahayakan kesihatan penduduk tempatan jika dilepas secara luas dan tidak terkawal.



Singapura

Masalah pencemaran udara juga bertambah serius dari semasa ke semasa di negara Singapura. Kenderaan yang semakin bertambah seperti berlaku di Taman Selayang jaya turut berlaku di Singapura juga. Ratusan pabrik dan jutaan kenderaan bermotor telah menambah kabut asap di atas pulau Singapura. Kabut asap ini, terutama mengandung gas-gas yang sangat beracun. Secara tidak langsung, kesihatan penduduk Singapura tidak dapat dijamin jika pencemaran berikut tidak diatasi dengan secepat mungkin. Dengan selanjutnya, pencemaran udara di Taman Selayang tidak begitu serius berbanding dengan kawasan di Singapura.

Saya amat bersyukur kerana masalah petempatan di Taman Selayang Jaya tidak begitu serius berbanding dengan Singapura. Sebagai salah satu insan ciptaan Tuhan, saya haruslah bersyukur terhadap tempat tinggal yang sedia ada dan bertanggungjawab untuk memelihara dan memuliharanya.

Keseluruhan borang soal selidik tentang masalah yang dihadapi oleh penduduk di Taman Selayang Jaya : Masalah yang dihadapi oleh penduduk di Taman Selayang Jaya

Bilangan

1.

Pencemaran Udara

7

2.

Pencemaran darat

4

3.

Pencemaran bunyi

1

4.

Kesesakan lalu lintas

5

5.

Kejadian hujan asid

3 Jumlah

Jadual 1 : masalah yang dihadapi oleh penduduk di Taman Selayang Jaya Sumber : 20 orang responden yang tinggal di Taman Selayang Jaya.

Carta pai tentang masalah yang dihadapi oleh penduduk di Taman Selayang Jaya :

15%

Pertunjuk :

35%

Pencemaran udara Pencemaran darat Pencemaran bunyi

25%

Kesesakan lalu lintas Kejadian hujan asid 5%

20%

Jadual 1 : masalah yang dihadapi oleh penduduk di Taman Selayang Jaya

20

E ) Langkah-langkah untuk mengurangkan masalah petempatan.

i ) Langkah-langkah mengatasi masalah kesesakan lalu lintas •

Taman Selayang Jaya

Untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas yang berlaku di Taman Selayang Jaya, kerajaan telah melebarkan jalan raya untuk menampung kederaan yang semakin banyak ini. Jalan raya yang bertingkat juga turut diperkenalkan di Taman Selayang Jaya supaya menjimatkan ruangan. Selain itu, kerajaan harus menyediakan pengangkutan

awam di

merata-rata tempat supaya mengalakkan penduduk tempatan menaiki pengangkutan awam seperti bas, kereta api dan LRT untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas.



Singapura

Di negara Singapura, pengangkutan awam juga luas digunakan kerana masalah kesesakan lalu lintas adalah amat serius. Kerajaan Singapura telah berusaha penuh untuk mewujudkan pengangkutan awam yang canggih dan moden serta cepat seperti The Mass Rapid Transit (MRT) yang beroperasi dibawah tanah. Selain itu, jalan raya yang bertingkat juga dapat dilihat mana-mana sahaja kerana Singapura merupakan sebuah negara yang berkeluasan kecil. Langkah ini diambil untuk menjimatkan ruangan dan juga mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas yang ketara ini. Secara umumnya, langkah untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas hampir sama jika membandingkan Taman Selayang Jaya dengan Singapura.

ii ) Langkah-langkah mengatasi masalah pencemaran udara



Taman Selayang Jaya

Antara langkah-langkah untuk mengatasi masalah pencemaran udara yang berlaku di Taman Selayang Jaya ialah menguatkuasakan undang-undang terhadap pengilang yang telah melepaskan asap berbahaya ke udara tanpa kawalan. Misalnya, denda yang tinggi atau hukuman penjara harus dikenakan sekiranya mengetahui kilang tersebut melepaskan asap beracun untuk menjamin kesihatan penduduk tempatan. Selain itu, kerajaan harus memperkenalkan pengangkutan awam supaya mengurangkan bilangan kenderaan yang mengeluarkan karbon monoksida iaitu gas yang amat berbahaya. •

Singapura

Di Singapura pula, masalah pencemaran udara diatasi dengan penggunaan minyak petrol tanpa plumbum supaya mengurangkan pencemaran udara. Asap beracun dari kilang juga akan disaring untuk menjadi asap biasa lalu dilepaskan ke udara. Dengan ini, pencemaran udara dapat dikurang kerana asap yang dilepaskan tidak berbahaya. Selain itu, undang-undang juga diketatkan bagi pembakaran terbuka di negara Singapura. Walau bagaimanapun, pencemaran udara masih menjadi masalah rakyat Singapura kerana terlalu banyak kilang dan kenderaan malah kekurangannya tumbuh-tumbuhan.

Saya bersyukur kerana pihak kerajaan Malaysia telah mengambil langkah-langkah yang berkesan untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas dan pencemaran udara dari

semasa ke semasa. Namun begitu, rakyat juga perlu berkerjasama dengan kerajaan supaya setiap program dan langkah yang dilancarkan mendapat kejayaan.

RUMUSAN Setelah menjalankan kajian ini, saya dapat mengenal pasti jenis petempatan di Taman Selayang Jaya ialah jenis petempatan bandar. Manakala pola petempatan di Taman Selayang Jaya ialah pola berpusat. Selain itu, bentuk muka bumi dan darjah ketersampaian yang baik telah mempengaruhi petempatan di Taman Selayang Jaya. Tambahan pula, Taman Selayang Jaya juga berfungsi sebagai pusat perniagaan. Walau bagaimanapun, beberapa masalah yang ketara telah diwujud. Antaranya ialah pencemaran udara dan kesesakan lalu lintas. Untuk mengatasi masalah-masalah petempatan ini, penggunaan pengangkutan awam juga harus diamal oleh masyarakat penduduk demi mengurangkan pencemaran udara. Manakala di Singapura pula, ia merupakan jenis petempatan bandar dan pola berpusat. Antara faktor yang mempengaruhi petempatannya ialah bentuk muka bumi dan darjah ketersampaian yang baik. Dengan selanjutnya, Singapura berfungsi dari segi pelancongan. Walau bagaimanapun, masalah-masalah seperti pencemaran udara dan kesesakan lalu lintas turut diwujud. Pembinaan

MRT dan lebuh raya merupakan salah satu langkah untuk

mengatasi masalah kesesakan lalu lintas. Saya berpendapat bahawa jalan raya di Taman Selayang Jaya harus diperlebarkan lagi supaya kesesakan lalu lintas yang ketara ini dapat diatasi. Selain itu, kerajaan juga dapat membina jalan raya bertingkat kerana tidak memerlukan ruang yang besar malah dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas. Pada akhir sekali, saya berasa amat bangga kerana dapat tinggal di Taman Selayang Jaya iaitu sesuatu kawasan yang dilengkapi oleh pelbagai kemudahan dan infrastruktur. Saya

juga bersyukur kerana kerajaan telah berusaha penuh untuk mengembangkan ekonomi kawasan ini. Jadi, kita haruslah bekerjasama dan tolong-menolong antara satu sama lain untuk mewujudkan suasana yang aman dan damai demi kesejahteraan negara.

LAMPIRAN i.

Surat kebenaran membuat kajian

ii.

Surat makluman kepada ibubapa / penjaga

iii.

Surat kebenaran ibubapa / penjaga

iv.

Borang Soal Selidik

v.

Gambar / foto tempat kajian

Borang Soal Selidik 1. Nama Responden : 2. Jantina

: Lelaki

Perempuan

3. Umur

:

tahun

4. Bangsa

: Melayu

Cina

5. Tempat tinggal

:

Indian

Lain-lain

6. Faktor-faktor yang mempengaruhi petempatan di Taman Selayang Jaya : Bentuk muka bumi

Ketersampaian

Peluang bekerja

Dasar kerajaan

Kegiatan ekonomi

Lain-lain :

7. Masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk di Taman Selayang Jaya : Pencemaran udara

Kesesakan lalu lintas

Pencemaran darat

Kejadian hujan asid

Pencemaran bunyi

Lain-lain :

8. Langkah-langkah mengatasi masalah tempatan di Taman Selayang Jaya : Melebarkan jalan raya

Mengitar semula

Menguatkuasakan undang-undang

Menanam pokok -pokok

Menyediakan tapak pelupusan

Lain-lain :

v.

Gambar / foto tempat kajian

Gambar 1 : Jalan Raya yang berturap di Taman Selayang Jaya

Gambar 2 : Petempatan di Singapura

RUJUKAN 1.

Buku Ilmiah

Abdul Rahim Md Nor, 2004. KBSM Geografi Tingkatan 3. Malaysia : Cerdik Publications Sdn. Bhd.

2.

Orang Sumber

Puan Wong Soo Ngor, 43 tahun, no 126, Jln SJ 34, Taman Selayang Jaya, 68100 Batu Caves, Selangor.

3.

Internet

http://www.pdfcoke.com/doc/3606017/kerja-kursus-geografi

Related Documents


More Documents from ""