BIODATA
Nama
: Muhammad Hafiz bin Norzlan
Umur
: 15 tahun
No k/p
: 940702-07-5729
Nama Sekolah
: SMK Panglima Bukit Gantang
Alamat Rumah : 32,Jalan Damai 3,Taman Damai 3, 34200 Parit Buntar , Perak
PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibubapa saya yang sentiasa membantu saya untuk mendapatkan maklumat dan member sokongan moral serta memberi sumbangan wang untuk menjayakan projek ini. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru sejarah saya, Pn. Fauziah binti Sabri yang selalu member bimbingan,teguran dan tunjuk ajar serta mmemberi pendapat dalm usaha menjayakan kajian ini. Tidak dilupakan juga rakan-rakan saya yang sentiasa member maklumat terkini tentang kerja kursus ini.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui sejarah dan latar belakang bangunan bersejarah yang terdapat di Malaysia. Selain itu kajian ini juga di jalankan supaya dapat memupuk rasa bangga dan cinta terhadap negara di dalam diri pelajar dan tujuan kajian ini di jalankan adalah untuk membantu pelajar menguasai kemahiran mencari, mengumpul, merekod dan menganalisis maklumat tentang bangunan bersejarahyang terdapat di Malaysia.
KAEDAH KAJIAN
Kajian dilakukkan mengunakan beberapa kaedah, seperti kaedah temu bual.Saya telah menemu bual ayah saya untuk mendapatkan maklumat tentang Bangunan Sultan Abdul Samad. Saya juga telah membuat penyelidikan di perpustakan sekolah untuk memperolehi maklumat tentang Bangunan Sultan Abdul Samad. Selain itu,saya juga menggunakan kaedah lawatan dan pemerhatian.Saya telah melawat Bangunan Sulatan Abdul Samad pada cuti penggal yang lalu unutk mendapatkan maklumat tentang bangunan tersebut.
HASIL KAJIAN Sejarah Bangunan Sultan Abdul Samad
Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan diantara bangunan lama yang terdapat di Kuala Lumpur dan merupakan bangunan warisan yang masih dilindungi keaslian rekabentuknya. Bangunan ini dibina pada tahun 1893. Tetapi perletakan batu asas bagi bangunan ini hanya dibuat pada 6 Oktober 1894 oleh Sir Charles B.H. Mitchell yang merupakan Gabenor Negeri-negeri Selat ketika itu. Bangunan ini siap dibina dan digunakan pada tahun 1897. Nama bangunan ini diambil sempena nama Sultan Selangor yang memerintah pada ketika itu, iaitu dalam tahun 1896. Bangunan itu merupakan mercu tanda Kuala Lumpur yang gah pada masa itu. Bangunan tersebut terletak di Jalan Raja Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada satu tapak diantara pertemuan Sungai Kelang dan Sungai Gombak dan terkenal kerana merupakan satu tapak yang strategik, iaitu ditengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur. Keluasan kawasan tersebut adalah 10,200 meter persegi. Di bahagian belakangnya terdapat Jalan Belanda yang kini dikenali sebagai Jalan Mahkamah Persekutuan. Kedudukan bangunan dikatakan strategik kerana terletak berhampiran dengan Dataran Merdeka, Kelab Diraja Selangor dan Masjid Jamek yang kesemuanya terletak berhampiran Sungai Gombak. Sebelum merdeka, Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan sebuah Pusat Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Pejabat Residen-
General, Pejabat Besar Pos dan selepas kemerdekaan pula, ia dijadikan sebagai Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Mesyuarat Negeri dan Perbendaharaan Kerajaan. Bangunan Sultan Abdul Samad ini juga menempatkan Mahkamah Agung Malaysia dan sebahagian daripada Mahkamah-mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 1978. Pelan bangunan ini telah direkabentuk oleh arkitek dari British bernama -Arthur Charles Alfred Norman yang bekerja di Jabatan Kerja Raya di Kuala Lumpur) dibantu oleh seorang jurutera juga berasal dari British, iaitu Charles Edwin Spooner dan R.A.J Bidwell & A.B Hubback (Penyelia Pelan & Lukisan) . Bangunan Sultan Abdul Samad ini sangat unik seni binanya dan merupakan diantara bangunan yang tersohor pada ketika itu. Ia mempunyai dua tingkat setinggi 57 kaki yang berbentuk ladam dan di tengah-tengahnya terdapat satu dataran tinggi segi empat yang dipagari oleh batas-batas pokok bunga yang cantik. Terdapat juga tiga kubah, satu menara jam besar dan sebuah arked.Bangunan ini juga mempunyai satu serambi besar tertutup yang merupakan suatu elemen penting dalam rekabentuk bangunan ini. Bangunan Sultan Abdul Samad yang berbentuk ‘saracenic’ merupakan satu ciri senibina Moorish dan Moghul yang berunsurkan Islam. 3 buah kubah yang menghiasi bangunan ini membuktikanya. Pada peringkat awal ia diperbuat daripada kayu dan batu bata yang dicat warna hitam, namun ianya telah digantikan dengan kubah yang bersalut tembaga. Sebanyak RM 152,000 telah dilaburkan untuk membina bangunan ini dan merupakan bangunan yang termahal di rantau ini pada ketika ianya didirikan. Pada sekitar tahun 1978, pengubahsuaian bangunan telah dibuat dan siap sepenuhnya dalam tahun 1984 dengan anggaran belanja sebanyak RM 17.2 juta. Pada ketika itu kerajaan Australia telah menyumbang sebanyak RM 200,000 sebagai kos menyadur tembaga bagi ketiga-
tiga kubah yang terdapat pada bangunan tersebut pada tahun 1982. Pengubahsuaian dilakukan hanya pada bahagian dalam bangunan tanpa menjejaskan bahagian luarnya dan kedudukan asal bangunan tersebut. Selepas siap sepenuhnya, Bangunan Sultan Abdul Samad ini sekali lagi dirasmikan pada tahun 1984.
Keunikan Bangunan Pemilihan stail senibina Islam Moorish dan Moghul stail menjadi pilihan kepada struktur senibina Bangunan Sultan Abdul Samad. Ini terbukti melalui terdapatnya 3 buah kubah yang menghiasi bangunan ini. Bangunan ini menonjolkan dua stail unik kehebatan pembahagian (grand proportion) dan pertembungan simetri yang klasik (classical symmetry).
Pelan Bangunan
Tampak Hadapan
Tampak Belakang
Tampak Kiri
Tampak Kanan
Pelan bangunan ini berbentuk ladam yang mana di tengah-tengahnya terdapat satu dataran/laman segi empat yang dipagari oleh batas-batas pokok bunga. Kehadiran laman ini memberi pengudaraan kepada ruang legar di sebelah tampak dalam bangunan ini. Bahagian utama bangunan ini ialah anjung yang menghadap ke arah Padang Kelab Diraja Selangor. Apabila memasuki pintu utama bangunan ini, kita dapat melihat tangga berbentuk separuh bulatan yang menuju ke kamar-kamar Hakim dan bilik-bilik Mahkamah Agung. Ruang pejabat bangunan ini hampir 100 peratus dikelilingi serambi yang mana memberikan pengudaraan secara maksima, terutama pada zaman ianya dibina tidak mempunyai pendingin udara. Kerja membangunkan bangunan ini telah menggunakan 4 juta buta-bata, 2,500 tong simen, 18,000 pikul kapur, 5,000 paun tembaga, 50 tan besi, keluli dan 30,000 kaki padu kayu. Bangunan ini siap pada tahun 1897 dan dirasmikan dengan acara gilang-gemilang dengan ucapan Spooner yang menarik mengenai sejarah pembinaan bangunan tersebut. Bangunan ini pernah menempatkan
beberapa buah Kementerian dan Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Jabatan Kerajaan Negeri Selangor. Seterusnya, bangunan ini telah menempatkan Mahkamah Persekutuan Malaysia dan sebahagian daripadanya menempatkan Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Pelan Tingkat Bawah Pelan Tingkat 1
Pelan Tingkat 2 Pelan Tingkat Mezanin
Tapak Bangunan Kerja-kerja mereka bentuk bangunan ini telah bermula seawal tahun 1889, setelah W. E. Maxwell mengambil alih tugas sebagai Residen British di Selangor. Pada masa itu, Kuala Lumpur hanya dihuni oleh bangunan-bangunan rumah kedai dan beberapa bangunan kerajaan yang tidak berapa menonjol. Maxwell telah membawa C. E. Spooner dari Ceylon sebagai State Engineer dan dibantu oleh Bellamy dan A.C. Norman sebagai arkitek. Reka bentuk asal yang dikemukakan oleh Norman adalah hanya sebuah bangunan yang berkonsep Inggeris Classical Rennaisance. Bidwell, seorang arkitek muda, adalah orang yang bertanggungjawab mengadaptasi seni bina Islam (Mahometan style) sebagai tonggak reka bentuk tampak bangunan tersebut di atas pelan asal Norman selepas Spooner kurang berpuashati dengan reka bentuk tampak yang dikemukakan oleh A.C. Norman. Bangunan dua tingkat ini mempunyai ketinggian 17.5 meter dengan menara jam setinggi 40 meter dan meliputi kawasan seluas 10,200 meter persegi. Ciri-ciri utama bangunan ini adalah ketiga-tiga kubahnya, menara jam besar dan arked serta lengkungannya yang luas. Ketiga-tiga kubah tersebut yang asalnya diperbuat daripada kayu dan batu bata dan dicat hitam, telah digantikan dengan kubah-kubah bersalut tembaga. Kubah yang terletak di atas menara jam besar diapit oleh dua kubah kecil dengan tangga pilin menurun. Kubah tengah agak luar biasa kerana ia adalah paduan dua ciri tradisional kubah dan kios. Arch yang terdapat di bangunan ini adalah berbentuk ladam yang tajam dengan jarak antara dua tiang yang berbeza-beza. Ianya diperbuat daripada batu-bata yang dicat hitam. Menara jam besar yang terletak di tengah-tengah diimbangi oleh dua menara kecil di sudut bangunan. Tangga pilin di menara kecil menghala ke arah menara seolah-olah melambangkan keagungan bangunan ini.
RUMUSAN
Saya berasa bersyukur kerana saya dapat menyelesaikan Kerja Kursus Sejarah dalam tempoh masa yang ditetapkan . Ketika menjalankan kerja kursus ini ,banyak pengetahuan dan pengajaran telah saya dapati.
Bangunan Sultan Abdul Samad adalah merupakan mercu tanda yang sangat sinonim bagi bandaraya Kuala Lumpur harta negara Malaysia. Kehadiran, keunikan dan identiti seni bina yang terdapat pada bangunan tersebut mendapat pujian dan sanjungan dari segenap lapisan penduduk Malaysia mahupun dari luar negara. Bangunan ini telah berjaya menjadi ikon kepada Kuala Lumpur dan beberapa perayaan penting seperti Sambutan Tahun Baru, Sambutan Hari Merdeka dan acara-acara yang membabitkan promosi pelancongan negara.
Saya juga dapat memupuk nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran dan kerjasama di antara rakan-rakan semasa menjalankan dan menyelesaikan kerja kursus ini dengan sempurna . Nilai kerjasama telah membuatkan saya bersama rakan-rakan berganding bahu untuk mencari maklumat tentang bangunan-bangunan yang bersejarah.
LAMPIRAN
(Pelan lokasi Bangunan Sultan Abdul Samad)
RUJUKAN
* Orang Sumber - Norzlan bin Yusof,540120-05-5549 (55 Tahun) 32, Jalan Damai 3, Taman Damai 3, 34200 Parit Buntar , Perak * Internet
- Bangunan Sultan Abdul Samad http://ms.wikipedia.org/wiki/Bangunan_Sultan_Abdul_Samad - Bangunan Sultan Abdul Samad http://www.pdfcoke.com/doc/15164394/Folio-Sejarah-Bangunan-Sultan-Abdul Samad-
2009-
* Buku Ilmiah - Nurul Syair dan Sti Mariam,2007,Tempat-tempat Bersejarah di Malaysia ,33-1, Jalan USJ 1/1A, Regalia Business Park, 47620Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia,Mika Cemerlang Sdn. Bhd. * Surat Khabar - Berita Harian,20 Januari 2009.29
SMK PANGLIMA BUKIT GANTANG, PARIT BUNTAR,PERAK
FOLIO SEJARAH BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD
Nama
: Muhammad Hafiz bin Norzlan
Umur
: 15 tahun
No K/P
: 940702-07-5729
Nama Sekolah : Sekolah Menengah Kebangsaan Panglima Bukit Gantang, Parit Buntar, Perak Alamat Rumah: 32,Jalan Damai 3,Taman Damai 3, 34200 Parit Buntar , Perak
ISI KANDUNGAN PENGHARGAAN
OBJEKTIF KAJIAN KAEDAH KAJIAN HASIL KAJIAN RUMUSAN LAMPIRAN RUJUKAN
PENERAPAN UNSUR PATRIOTISME
Saya amat berbangga sebagai rakyat Malaysia kerana negara kita memiliki pelbagai bangunan yang bersejarah di negara kita ini. Saya juga amat menghormati raja dan pemimpin negara kerana kerajaan telah menyediakan kemudahan kepada para pelajar untuk mencari dan
mengkaji tentang bangunan yang bersejarah yang terdapat di Malaysia. Selain itu, saya juga mengamalkan sikap tolong-menolong dan bekerjasama bersama rakan-rakan saya semasa menjalankan kajian ini. Saya juga sentiasa bersikap amanah dan jujur semasa menjalankan penyelidikkan tentang bangunan bersejarah ini.
ORANG SUMBER Norzlan Bin Tahun , No 32, Jalan Damai 3,Taman Damai 3, 34200 Parit Buntar,Perak Dialog Perbualan Hafiz : Abah, tahun bilakah Bangunan Sultan Abdul Samad dibina?
Yusof, 56
Abah : Bangunan Sultan Abdul Samad dibina tahun 1893. Hafiz : Siapakah arkitek yang telah melukis bangunan Bangunan Sultan Abdul Samad? Abah : Pelan Bangunan Sultan Abdul Samad ini telah direkabentuk oleh arkitek dari British bernama Arthur Charles Alfred Norman yang bekerja di Jabatan Kerja Raya di Kuala Lumpur dibantu oleh seorang jurutera juga berasal dari British, iaitu Charles Edwin Spooner dan R.A.J Bidwell & A.B Hubback (Penyelia Pelan & Lukisan) Hafiz : Berapakah kos anggaran pembinaan Bangunan Sultan Abdul Samad? Abah: Sebanyak RM 152,000 telah dilaburkan untuk membina bangunan ini dan merupakan bangunan yang termahal di rantau ini pada ketika ianya didirikan.
Hafiz: Apakah keunikan yang ada pada Bangunan Sultan Abdul Samad? Abah : Pemilihan stail senibina Islam Moorish dan Moghul stail menjadi pilihan kepada struktur senibina Bangunan Sultan Abdul Samad. Ini terbukti melalui terdapatnya 3 buah kubah yang menghiasi bangunan ini. Bangunan ini menonjolkan dua stail
unik kehebatan pembahagian (grand proportion) dan pertembungan simetri yang klasik (classical symmetry).
SUMBER INTERNET
•
http://ms.wikipedia.org/wiki/Bangunan_Sultan_Abdul_Samad
http://www.flickr.com/photos/21635155@N07/2677756065/
http://www.pdfcoke.com/doc/15164394/Folio-Sejarah-Bangunan-Sultan-Abdul-Samad-2009-
PENERAPAN UNSUR PATRIOTISME
Setiap insan yang mempunyai semangat berbangga sebagai rakyat Malaysia dapat di bentuk melalui kajian bangunan bersejarah kerana melaluikajian ini, kita dapat menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan Negara dengan mempelajari dan memperkenalkan bangunan ini kepada generasi masa depan. Melalui pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga dapat menyemai semangat setia Negara di antara masyarakat majmuk.Dalam melaksanakan pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah masyarakat dapat bekerjasama dan tolong menolong. Proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga dapat mempamerkan sikap rajin dan gigih rakyat Malaysia.Di samping itu,kita dapat memupuk sikap berdikari dan menjayakan pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah yang biasanya dilakukan secara berkumpulan.