Folio Sejarah 2009

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Folio Sejarah 2009 as PDF for free.

More details

  • Words: 2,632
  • Pages: 17
M E N G U M P U L FA K TA S E J A R A H (a) Orang sumber Nama : Amutha A/P Muniandy Umur : 45 tahun No. Kad Pengenalan : 640404-10-7083 Alamat : Unit perpustakaan, Jabatan Muzium Malaysia ( b ) M e l a w a t Te m p a t K a j i a n Te m p a t : M u z i u m N e g a r a , J a l a n D a m a n s a r a , 5 0 5 6 6 K u a l a L u m p u r. Ta r i k h : 1 8 A p r i l 2 0 0 9 (c) Internet 1 . h t t p : / / w w w . d a f t a r w a r i s a n . g o v. m y / i n d e x . p h p ? p a g e = w a r i s a n _ k e b_home&subpage=show_detail&category=1&id=27 2 . h t t p : / / w w w. i n s a n m u l t i m e d i a . n e t / 3 . h t t p : / / w w w . j m m . g o v. m y / 4.http://ms.wikipedia.org/wiki/Muzium_Negara_Malaysia (c) Buku Ilmiah Nama pengarang : Regian Annie Lopez Ta j u k : S e j a r a h Te m p a t a n M u z i u m N e g a r a M a l a y s i a Ta h u n t e r b i t : 1 9 8 2 Te m p a t t e r b i t : M a k t a b P e r g u r u a n I p o h , H u l u K i n t a , P e r a k

TA J U K K A J I A N : M U Z I U M N E G A R A

SENARAI KANDUNGAN

BIL.

TA J U K

HALAMAN

1

TA J U K K A J I A N

1

2

SENARAI KANDUNGAN

2

3

PENGHARGAAN

3

4

OBJEKTIF KAJIAN

4

5

KAEDAH KAJIAN

5

6

HASIL KAJIAN

6

7

RUMUSAN

11

8

LAMPIRAN

12

9

RUJUKAN

17

PENGHARGAAN Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniannya, saya t e l a h b e r j a y a m e n y i a p k a n k e r j a k h u s u s i n i d e n g a n l a n c a r. Te r l e b i h d a h u l u s a y a i n g i n m e r a k a m k a n u c a p a n penghargaan saya kepada guru sejarah saya, En Alias bin Ya ’ a c o b k e r a n a t e l a h m e m b e r i b i m b i n g a n d a n t u n j u k a j a r d a l a m m e n j a l a n k a n K e r j a K u r s u s S e j a r a h . Te r i m a k a s i h k e p a d a p e n g e t u a s e k o l a h , P u a n Te n g k u N o o r K e t i n a b i n t i T e n g k u Abdullah yang telah memberikan kebenaran untuk saya menjalankan kajian ini. Jutaan terima kasih juga saya tujukan kepada kedua-dua ibu bapa saya yang telah memberikan dorongan dan semangat s ep an ja ng ka jia n in i dija lan ka n. Tida k lup a ju ga kep ada ra ka n saya Najiyyah Nasuha binti Alwi yang turut bersama-sama saya ketika menjalankan kajian ini.

OBJEKTIF KAJIAN Saya dikehendaki menjalankan satu kajian tentang satu bangunan bersejarah di negara kita. Bangunan yang dipilih oleh saya ialah Bangunan Muzium Negara. Kajian saya merangkumi objektik-objektif berikut:

a) Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih. Ia dapat membantu saya membuat satu kajian yang berilmiah dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat

b) Dengan menjalankan kajian ini, saya dapat mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku di sebalik bangunan bersejarah tersebut.

c) Saya juga dapat menanamkan semangat patriotisme di dalam diri saya dan juga kalangan generasi muda melalui kajian ini.

KAEDAH KAJIAN

Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mejalankan kajian tersebut. Antaranya ialah melalui teknologi dan maklumat (ICT). Banyak maklumat yang saya perolehi daripada kaedah tersebut. Salah satu laman web yang saya layari ialah laman web rasmi jabatan muzium negara. Saya juga telah melawat tempat kajian bersama rakan saya ke Muzium Negara di Kuala Lumpur pada hari sabtu, 18 April 2009 bersamaan 19 Rabiulakhir 1430. Kami telah mengambil masa selama dua jam iaitu dari pukul 9.45 pagi hingga 12.30 tengah hari. Disana kami membuat rujukan di Unit Perpustakaan Jabatan Muzium Negara Malaysia. Kami juga telah menggunakan kaedah menemu ramah pekerja di perpustakaan jabatan muzium Negara. Melalui itu, kami telah diberi penerangan tentang penubuhan Muzium Negara serta kepentingan muzium kepada sesebuah Negara.

HASIL KAJIAN

Nama Bangunan : Muzim Negara

Latar belakang

Asal usul Perkataan muzium berasal daripada istilah “muse” yang berasal dari “Muses” iaitu sembilan orang anak perempuan dewa Z e u s m e n g i k u t m i t o l o g i Yu n a n i D e w a Z e u s y a n g d i k a t a k a n menjaga hal-hal yang berkaitan dengan kebudayaan, keagamaan, pendidikan, kesenian, tragedi dan astronomi. “Muse” juga membawa makna hibur(amusement) yang dipinjam dari bahasa Greek Kuno. Permuziuman di Malaysia bermula pada tahun 1883 apabila pemerintah British menubuhkan Muzium Perak di Ta i p i n g . I n i d i i k u t i d e n g a n p e n u b u h a n M u z i u m S a r a w a k d i Kuching pada tahun 1888 dan kemudiannya Muzium Selangor pada tahun 1899.Pada tahun 1910, pengurusan Muzium Perak dan Muzium Selangor disatukan di bawah Jabatan Muzium Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1930, pengurusan tersebut dipisahkan semula sebagai satu langkah di bawah sistem disentralisasi oleh pemerintah British. Ta p a k m u z i u m i n i d a h u l u n y a a d a l a h b e k a s M u z i u m Selangor pada tahun 1906 tetapi musnah akibat terkena bom y a n g d i g u g u r k a n o l e h p e s a w a t p e n g e b o m B . 2 9 Te n t e r a Bersekutu (Allied Force) semasa Perang Dunia Kedua dalam bulan Mac, 1945. Pengasas M u z i u m N e g a r a b a h a r u P e r s e k u t u t a n Ta n a h M e l a y u i n i telah didirikan sebagai hasil daripada usaha dan penuh minat P e r d a n a M e n t e r i , Ya n g Te r a m a t M u l i a T u n k u A b d u l R a h m a n Putra Al-Haj. Arahan-arahan bagi melambarkan projek ini telah dibeli oleh beliau pada 16 september 1958. Ta r i k h p e m b i n a a n Kerja pembinaan Muzium Negara bermula dalam tahun 1 9 6 2 o l e h S y a r i k a t k o n t r a k t o r Ye w L e e d a n s i a p d i b i n a d a l a m bulan Ogos 1963

Lokasi

Bangunan Muzium Negara terletak di jalan Damansara, Kuala Lumpur dan berada di pinggir taman tasik perdana. Tujuan penubuhan bangunan Muzium ini ditubuhkan untuk mengumpul dan menempatkan semua warisan sejarah, kebudayaan, kesenian, dan spesimen flora dan fauna di samping beroperasi sebagai pusat pendidikan, pembaik pulih, pusat penyelidikan dan pembangunan khazanah Negara. Muzium juga menguatkuasakan Akta Bendapurba 1976 dan undang-undang yang ada kaitan dengannya serta memberi khidmat nasihat dan bantuan teknikal kepada kerajaan-kerajaan negeri, Jabatan-jabatan kerajaan dan institusi-institusi pengajian tinggi di dalam penubuhan muzium-muzium mereka. Kos pembinaan Kerja-kerja pembinaan bangunan yang indah ini telah memakan kos sebanyak $1.5 juta. Perasmian S e r i P a d u k a B a g i n d a Ya n g d i - P e r t u a n A g o n g I I I – T u a n k u Syed Putra Al-Haj telah merasmikan pembukaan muzium ini pada 31 ogos 1963, jam 5.30 petang sempena menyambut penubuhan Malaysia.

Keistimewaan bangunan

Reka bentuk pelan Reka bentuk bangunan Muzium Negara adalah bercirikan elemen astetik dan ukiran bangunan Istana Melayu tradisional. Ia juga memaparkan senibina Melayu yang berasaskan istana Raja-Raja Melayu berlandaskan hasil seni kerja dan pertukangan tempatan yang estetik. Ta m b a h a n l a g i , i a d i p i l i h s e n d i r i o l e h Y T M T u n k u A b d u l Rahman Putra Al-Haj iaitu Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Arkitek Ho KoK Hoe pula telah mengambil kira segala aspek agar ia tergolong mengikut ciri-ciri dan kelas yang unggul. Bahan binaan Seni bina bangunan Muzium Negara disokong oleh 26 batang tiang konkrit yang telah diubahsuai bagi mengekalkan ciri-ciri istana Melayu tradisional. Konsep 26 batang tiang ini berdasarkan kepada gabungan 13 tiang yang terdapat pada bahagian timur dan 13 tiang lagi pada bahagian barat bangunan, yakni melambangkan Malaysia dibentuk daripada 13 buah negeri. Bumbung bangunan bangunan ini bertemakan corak minangkabau. Bahagian hadapan bangunan pula terdapat hiasan m o z e k y a n g b e s a r. Hiasan dalaman Arkitek telah berusaha dengan sehabis cermat untuk memasukkan bentuk asli Melayu di pintu masuk serta di dalam bangunan ini. Contoh-contoh yang nyata dalam hal ini ialah ukiran kayu chengal pada tiga buah pintu hadapan. Kerja-kerja pengukiran telah dilakukan oleh dua orang Melayu yang merupakan tukang ukir selama 5 bulan, begitu juga ladangladang konkrit bertuang pada jalan masuk, kayu berukir pada siling Dewan Besar serta kisi-kisi besar besi bertitik di hujung sebelah barat pintu masuk.

Te r d a p a t h i a s a n d u a l u k i s a n m u r a l b e r u k u r a n 11 5 m p a n j a n g , h a s i l r e k a a n C h o n g L a i To n g y a n g m e n g a m b a r k a n sejarah dan kebudayaan Negara di hadapan muzium. Media yang diguna adalah cantuman kecil gelas halus (fine venation glass) bernilai $100,000 yang di import dari Itali. Kedua, terdapat hiasan jubin khas sumbangan kerajaan Pakistan, terletak di lantai dewan tengah bangunan. Kegunaan dahulu dan sekarang Kemunculan muzium pada peringkat awal lebih mementingkan kepada koleksi dan barang daripada menitikberatkan hal-hal yang berkaitan dengan konservesi. Akibatnya,banyak barang yang mudah rosak musnah kerana kurang penjagaan dan tidak disenggara secara tetap mengikut kaedah saintifik. Hanya pada tahun 1930, perhatian serius diberikan terhadap kerja-kerja konservasi objek, artifak, dan hasil karya seni yang tersimpan di muzium. Sekarang, muzium digunakan untuk menyebarkan p e n g e t a h u a n m e n g e n a i k e k a y a a n Wa r i s a n K e b u d a y a a n Tradisiona l dan kehidu pan alam Nega ra . Ia ju ga m en ja lan ka n penyelidikan terhadap bahan dan artifak yang mempunyai kepentingan kepada sejarah Negara. Aktiviti menyelidik, mengumpul, merekod dan menerbitkan segala khazanah warisan Negara turut dijalankan. Pameran tentang bahan artifak warisan sejarah turut diadakan bagi menhjadikannya sebagai salah satu produk pelancongan Negara.

RUMUSAN

Saya dapat mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih. Ia dapat membantu saya membuat satu kajian yang berilmiah dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat

Dengan menjalankan kajian ini, saya juga dapat mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku di sebalik bangunan bersejarah tersebut. Sebagai contoh, Kemunculan muzium pada peringkat awal lebih mementingkan kepada koleksi dan barang daripada menitikberatkan hal-hal yang berkaitan dengan konservesi. Akibatnya,banyak barang yang mudah rosak musnah kerana kurang penjagaan dan tidak disenggara secara tetap mengikut kaedah saintifik. Saya juga dapat menanamkan semangat patriotisme di dalam diri saya dan juga kalangan generasi muda melalui kajian ini.

LAMPIRAN

Pelan lokasi ke Muzium Negara

bahagian hadapan muzium

RUJUKAN 1.http://www.daftarwarisan.gov.my/index.php?page=warisan_keb_home&subpage=show _detail&category=1&id=27 2. http://www.insanmultimedia.net/ 3. http://www.jmm.gov.my/ 4. Unit Perpustakaan Jabatan Muzium Malaysia. 5. Buku latihan Zoom Sejarah Tingkatan 3 6. Orang sumber – Cikgu Alias bin Ya’acob 7. Laman web scibd.

P E N E R A PA N U N S U R PAT R I O T I S M E

Perkataan pemeliharaan membawa maksud kepada kerjakerja membaikpulih bangunan dengan menggunakan pelbagai pendekatan yang bersesuaian seperti pencegahan, pengekalan, pengukuhan, pengembalian semula, pengeluaran semula, pembinaan semula dan lain-lain lagi. Perkataan pemuliharaan pula membawa kepada maksud memulihara dan mengekalkan dalam bentuk yang sedia ada. Semangat berbangga sebagai rakyat Malaysia dapat dibentuk melalui kajian bangunan bersejarah kerana melalui kajian ini, kita dapat menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara dengan mempelajari dan meneruskan pemeliharaan dan pemulihan warisan bangsa ini. Melalui ini juga kita dapat memperkenalkan bangunan bersejarah kepada generasi depan. Sekaligus menunjukkan bahawa kita menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa. Dalam ertikata lain, melalui prinsip penjagaan bangunan ini, kita dapat menunjukkan bahawa kita bangga dengan sejarah bangsa. Selain itu, kita haruslah memupuk semangat setia akan Negara untuk melahirkan

perasaan cintakan warisan bangsa dalam

kalangan rakyat Malaysia. Ia adalah kerana kita merasa bertanggungjawab untuk mempertahankan nama Negara. Kita

juga perlu berasa bersyukur sebagai warganegara Malaysia. Melalui pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga , kita dapat menyemai semangat bersatu padu dan berharmoni di antara masyarakat majmuk. Sikap bekerjasama dan tolong-menolong antara masyarakat juga akan melahirkan semangat patriotik antara anggota masyarakat. Justeru akan melahirkan semangat kekitaan yang tinggi. Ta m b a h a n l a g i , k i t a p e r l u l a h b e r s i k a p b e r d i s i p l i n u n t u k menjadi orang yang amanah, jujur dan berlaku adil serta bertimbang rasa. Berusaha dan produktif dalam menyokong dan melibatkan diri dalam usaha pembangunan juga akan membolehkan kita dilihat sebagai orang yang berilmu dan berketerampilan. Kesimpulannya, bebangga sebagai rakyat Malaysia, bersemangat setia Negara, bersemangat kekitaan, berdisipilin dan berusaha dan produktif dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia melalui pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah.

Related Documents