1
JMS 314 – SEJARAH CHINA MODEN PEMBERONTAKAN TAIPING ( 1851 – 1864 ) PENGENALAN Pemberontakan Taiping (1851 hingga 1864) merupakan merupakan suatu daripada pergerakan revolusioner terbesar dalam sejarah negara China dan dunia. Pemberontakan Taiping yang bermula secara rasmi pada 11 Januari 1851 telah dipimpin oleh Hung Hsiu-chuan dari keturunan Hakka yang lahir di Kwantung pada Januari 1814, apabila beliau mengasaskan Kerajaan Perdamaian Agung atau Taiping Tien-kuo.11 Propaganda pergerakan ini ialah 'Keamanan, kemakmuran' yang bertujuan menggulingkan Kerajaan Manchu dan menubuhkan satu susunan politik dan sosial yang baru di negara China. Pada peringkat awalnya Hung Hsiu-chuan menubuhkan agama Shang Ti-hui yang menjadi pelopor kepada pemberontakan. Menurut Hsiao I-shan, seorang sejarawan negara China mengatakan bahawa pemberontakan ini merupakan suatu gerakan reformasi atau pembaharuan nasional dan anti-Manchu. Pergerakan Taiping telah mencapai kejayaan pada peringkat awal ekoran dari rasa tidak puas hati rakyat China terhadap Dinasti Manchu akibat kegagalan China dalam Perang Candu I dan II. Namun demikian, ia telah mulai merosot selepas tahun 1855 dan akhirnya tertumpas sama sekali pada tahun 1864.
FAKTOR-FAKTOR KEBANGKITAN GERAKAN TAIPING MAI / 1998 – 2002 / PPPJJ USM
2
2.2 Faktor Politik. Pada pendapat saya faktor utama yang telah mencetuskan Pemberontakan Taiping ialah faktor kelemahan pentadbiran Manchu dalam aspek politik. Kecekapan dalam aspek pentadbiran politik menjadi nadi utama sesebuah kerajaan untuk menguasai keseluruhan susunan politik, memperjuangkan aspek kehidupan sosial yang lebih baik serta mengembangkan ekonomi. Kelemahan aspek politik telah mengaitkan faktor-faktor dalaman dan luaran berkembang dengan perbagai alasan yang menepati rasa tidak puas hati dari kalangan petani, cendiakawan malah keseluruhan orang-orang Cina tempatan. Kelemahan pentadbiran yang ketara memudahkan penonjolan isu-isu sensitif seperti sentimen anti-Manchu yang dianggap pemerintah asing oleh orang-orang Cina, korupsi politik, diskriminasi, kesengsaraan sosial dan ekonomi serta yang akhirnya dianggap sudah kehilangan mandat dari syurga. Gabungan rencah sedemikian menggalakkan orang ramai tercari-cari tokoh dan akan menyokong sebarang pergerakan anti Manchu. Ketika inilah munculnya kepimpinan Hung Hsiu-chuan yang bertujuan menggulingkan Kerajaan Manchu dan menubuhkan satu susunan politik dan sosial yang baru di negara China. Pergerakan Taiping mendapat sokongan dari perasaan tidak puas hati yang membentuk gelombang kebangkitan rakyat. Saya amat bersetuju dengan pendapat Ssu-yu Teng, korupsi politik Kerajaan Manchu merupakan sebab terpenting yang mencetuskan kebangkitan pemberontakan Taiping.
2
Perasaan anti-Manchu yang sedia ada dengan mudah dibangkitkan apabila
sistem pentadbiran Kerajaan Manchu yang mulai merosot akibat korupsi dan sikap tamak di kalangan pegawai-pengawai Manchu yang dibayar gaji rendah. Faktor pentadbiran MAI / 1998 – 2002 / PPPJJ USM
3
yang tidak cekap dan curang telah menyebabkan Kerajaan Manchu gagal memberi bantuan yang secukupnya kepada mangsa-mangsa bencana alam dan tidak mampu memperbaiki kemiskinan dan taraf hidup petani. Sebaliknya berlaku penyelewengan wang negara untuk membina istana serta turut melibatkan penyalahgunaan wang peruntukan kerajaan oleh jabatan kerajaan seperti Yellow Rivers Conservansy dan Grand Canal Administration yang ditugaskan mencegah berlakunya banjir. Kelemahan aspek pentadbiran menyebabkan rancangan kerajaan tidak berkesan
akibat dari pegawai-
pegawai tidak menekankan kebajikan rakyat dan mengabaikan tanggungjawab. Gejala rasuah semakin berluasa apabila kuasa dan urusan ditentukan dengan nilai wang yang akhirnya telah menjadi barah yang menghancurkan struktur sesebuah kerajaan. Misalnya jawatan Majistret dapat dibeli dengan 3000 taels. Kelemahan Dinasti Manchu dalam menangani dasar luar dengan pihak barat terbukti dari kekalahan Kerajaan Manchu dalam Perang China-Inggeris Pertama (18391842 ). Akibatnya Perjanjian Nanking ditandatangani di antara China dengan Inggeris pada 29 Ogos 1842 yang telah merendahkan martabat China sebagai middle kingdom. Punca kekalahan di dalam bidang ketenteraan adalah dari keenganan mereka menerima pembaharuan sains dan teknologi. Apabila Inggeris bebas menjalankan perdangangan di China maka bermulalah pengaruh barat di China. Kekalahan telah menjatuhkan imej Kerajaan Manchu tentang ketidakupayaan mereka untuk mengalahkan orang asing dan sebaliknya menyemarakkan kepercayaan umum anti Manchu bahawa Kerajaan Manchu telah kehilangan kuasa atau mandat dari syurga untuk memerintah negara. Keadaan ini menggalakkan rakyat China menyokong sebarang pergerakan anti-Manchu seperti Heaven and Earth Sociey (Tienti-hui ) dan propaganda Kerajaan Kayangan Hung Hsiuchuan. MAI / 1998 – 2002 / PPPJJ USM
4
Faktor anti-Manchu turut merujuk pemusuhan antara orang-orang Han terhadap Manchu merangkumi dasar-dasar diskriminasi dan kekejaman Kerajaan Manchu terhadap orang-orang Han telah menimbulkan kebencian dan membangkitkan semangat kebangsaan menentang Manchu sebagai pemerintah asing di China. Pemerintah Manchu yang berasal dari pendatang Manchuria telah tidak disukai oleh orang-orang Cina tempatan terutamanya di daerah Kwangtung dan Kwangsi yang dominasi dan pegangan Manchu lemah. Antara dasar diskriminasi yang mencabar dan menghina orang-orang Han ialah tidak dibenarkan menjawat jawatan-jawatan yang penting dalam struktur perjawatan dan tugas pentadbiran Kerajaan Manchu. Pegawai-pegawai tempatan iaitu orang-orang Cina tulen tidak dibenarkan bertugas ditempat masing-masing Sebaliknya ramai orang-orang Manchu dilantik memegang jawatan tertinggi yang menguasai jabatan-jabatan yang penting dan diberi keistimewaan menikmati kehidupan yang mewah. Keadaan ini menimbulkan rasa tidak puas hati orang-orang Cina tempatan yang seolah-olah pemerintah Manchu mencurigai kejujuran mereka atau bimbang mereka mengatur strategi bagi menggulingkan pemerintahan Manchu. Pemerintah Manchu telah menjalankan dasar memaksa semua orang-orang Cina lelaki mesti mencukur rambut di hadapan kepalanya dan bertocang iaitu toi chong sebagai lambang kesetiaan kepada Kerajaan Manchu. Dasar ini telah ditentang hebat oleh kumpulan Teratai Putih. Pendekatan keras dan kejam yang diambil oleh pemerintah Manchu untuk menghapuskan gerakan anti Manchu ialah melaksanakan hukuman mati ke atas golongan intelek yang disyaki menyebarkan ajaran-ajaran anti-Manchu melalui syarahan atau tulisan. Keluarga dan saudara-mara mereka turut dibunuh jika bersubahat. Penindasan dan dasar diskriminasi ini telah menyemarakkan semangat kebangsaan orangorang Cina untuk menggulingkan pemerintah Manchu. MAI / 1998 – 2002 / PPPJJ USM
5
Menurut Wolfgang Franke, faktor semangat kebangsaan penting bagi kebangkitan Pergerakan Taiping. 3 Semangat kebangsaan anti-Manchu memang tinggi di kalangan penduduk wilayah selatan kerana semua pemimpin pemberontak seperti Feng Yun-shan dan Hung Hsiu-chuan datang dari wilayah selatan. Perasaan anti-Manchu yang telah wujud sejak 1641 telah dikembangkan lagi pada tahun 1844 oleh Feng Yun-shan dengan menubuhkan Kesatuan Penyembah Tuhan berhampiran Tzu-Chn-shan dan pada 11 Januari 1851, Hung Hsiu-chuan telah diisytiharkan sebagai raja Kerajaan Syurga yang mendakwa mendapat wahyu untuk mengusir syaitan yang merosakkan manusia dan sebaliknya mendirikan kerajaan yang diterima tuhan. Malah wilayah selatan yang berhampiran dengan pelabuhan Canton telah terdedah dengan pengaruh barat akibat Perang China Inggeris Pertama memudahkan lagi proses kebangkitan Pergerakan Taiping
2.2 Faktor Ekonomi Faktor ekonomi merujuk kepada kemerosotan ekonomi China sebagai negara pertanian pada abad ke 19 yang wujud akibat ketidakseimbangan pembahagian dan perkembangan tanah pertanian dengan pertambahan pesat penduduk. Walaupun China sebuah negara yang luas namun hanya 16 % sahaja tanah yang sesuai untuk pertanian. Keadaan ini tidak mampu menampung keperluan pembahagian tanah untuk perkembangan penduduk yang pesat.
Misalnya pada tahun 1751, jumlah penduduk
China berjumlah 163 juta orang tetapi pada tahun 1851 telah meningkat kepada 432 juta orang menyebabkan pembahagian milik tanah di kalangan rakyat semakin mengecil kerana perkembangan tanah pertanian hanya 37 % sahaja. Penumpuan hak milik tanah yang tidak adil telah mewujudkan jurang penguasaan ekonomi dan eksploitasi apabila
MAI / 1998 – 2002 / PPPJJ USM
6
hanya segelintir petani memiliki tanah yang luas sedangkan majoriti petani hanya mampu memiliki tanah yang sempit atau menyewa dari tuan tuan tanah yang kaya. Pengukuran tanah untuk pertanian menggunakan ukuran nilai mou
4
dengan
setiap purata pemilikan tanah individu kepada 3.86 mou, tetapi akibat pertambahan penduduk pada abad ke 19 menjadikan kadar purata ukuran menjadi 2.19 mou.4 Pengecilan milikan tanah perseorangan bereti kesengsaraan yang bertambah bagi petani kerana hasil tidak ekonomik telah tidak dapat menampung hidup lalu menjualkan tanah dan menjadi penyewa kepada tuan tanah. Peningkatan cukai tanah yang tinggi telah menyebabkan ramai petani kehilangan tanah hingga menyebabkan bertambahnya kadar kemiskinan dan taraf hidup yang merosot akibat dari pemerasan tuan-tuan tanah yang tidak bertimbang rasa hingga menyukarkan mereka untuk mendapat kembali tanah-tanah mereka. Petani yang menyewa tanah terpaksa membayar sebanyak 50 % dari hasil pertanian dan membayar 30 % pula untuk cukai hingga mampu 20 % sahaja untuk sara hidup. Adalah dianggarkan bahawa 60 - 90 % petani tidak mempunyai tanah sendiri pada pertengahan abad ke 19. 45 Tekanan ekonomi petani bertambah terutamanya pada tahun 1840-an dan 1850an apabila berlakunya bencana alam yang merupakan masalah tradisi di China seperti banjir, banjir dan gempa bumi yang memberi kesan kemerosotan hasil pertanian atau tidak dapat diusahakan samasekali. Sedangkan pemerintah Manchu gagal memberi bantuan kepada petani yang ditimpa bencana alam akibat pengabaian tugas oleh pegawai dan korupsi seperti penyelewengan di Yellow River Conservansy dan Grand Canal Administration. Kehidupan orang-orang Chian bertambah susah dan menderita apabila banjir dan kemarau berlaku. Misalnya kemarau di Wilayah Honan pada tahun 1847 dan banjir di sekitar Yangtze pada tahun 1849 melibatkan wilayah-wilayah Hupeh, Anhwei MAI / 1998 – 2002 / PPPJJ USM
7
dan Kiangsu. Pada tahun 1852, suatu kawasan yang luas telah mengalami banjir dari Sungai Kuning yang menukarkan haluannya. Akibatnya berjuta-juta rakyat menderita apabila banjir merosakkan tanah-tanah pertanian, harta benda dan mengorbankan nyawa. Hubungan antara faktor ekonomi dan sosial adalah saling berkait iaitu apabila berlaku tekanan punca ekonomi yang terjejas menyebabkan ramai petani yang kehilangan sumber pendapatan dan menganggur telah berhijrah ke kota-kota mencari pekerjaan baru seperti buruh, pendayung sampan dan tidak lagi terlibat dengan aktiviti pertanian. Apabila pelarian ekonomi ini gagal atau tiada pekerjaan maka mudah terlibat dalam penyeludupan, rompakan dan jenayah dengan mudah dipengaruhi untuk memberontak. Kesempatan inilah diambil oleh pemimpin pemberontak seperti Hung Hsui-chuan untuk mencari pengaruh di kalangan petani-petani. Ini bertepatan dengan pendapat Wolfgang Franke iaitu : "Kesengsaraan sosial dan ekonomi petani-petani China merupakan sebab asas bagi kebangkitan Taiping." 56
Kesengsaraan ekonomi dan taraf hidup petani bertambah buruk apabila berlaku imbangan perdagangan yang merugikan dalam pengaliran keluar perak dari China. Perubahan nisbah nilai perak dengan tembaga telah berubah dari 1: 2 kepada 1: 3 telah merugikan kaum petani yang menerima pendapatan dengan tembaga tetapi terpaksa membayar cukai-cukai dan sewa tanah dalam perak. 57
2.3 Faktor Sosial Faktor sosial menjadi elemen penting kebangkitan Pergerakan Taiping apabila kaitan kejatuhan ekonomi melibatkan sosial dan taraf hidup rakyat terjejas. Kesan MAI / 1998 – 2002 / PPPJJ USM
8
buruknya berlakulah gejala sosial seperti rusuhan, rompakan dan kongsi gelap di selatan China. rakyat tidak puas hati apabila keharmonian rakyat terjejas dan mereka terpaksa bergelut untuk hidup akibat dari kehilangan sumber pendapatan dari pertanian. Kesengsaraan dan kejadian bencana alam membenarkan anggapan feudal China bahawa Manchu telah hilang mandat dari syurga. Kegiatan kongsi-kongsi gelap berlaku apabila orang-orang Cina dan pengikut Dinasti Ming menubuhkan kongsi-kongsi gelap dengan tujuan untuk menggulingkan Dinasti Manchu dan memulihkan Dinasti Ming. Pada masa itu terdapat dua kongsi gelap yang terbesar iaitu Pertubuhan Teratai Putih dan Pertubuhan Triad. Pakatan-pakatan ini mengadakan rusuhan terutamanya di wilayah-wilayah selatan seperti Kwangtung, Fukien dan Taiwan. Sungguhpun mereka tidak berjaya menggulingkan Kerajaan Manchu tetapi mereka telah menyediakan asas sokongan bagi berlakunya pemberontakan yang lebih besar. Kegiatan kongsi gelap membantu kebangkitan Pergerakan Taiping untuk mengumpulkan sokongan dari pelbagai pihak anti-Manchu melalui gerakan bawah tanah Sedangkan pentadbiran Manchu gagal menanganinya akibat dari gejala rasuah dan kelemahan pentadbiran dengan sistem perundangan yang mudah dibeli dengan wang seperti keputusan seseorang hakim boleh dibeli dengan 1000 tahil wang perak. Kepentingan konsep mandate of heaven atau mandat dari syurga dalam kepercayaan tradisi masyarakat China untuk menentukan keabsahan kedudukan politik seseorang maharaja sebagai wakil syurga atau 'Anak Syurga' yang memberi kuasa spritual yang tidak terhingga kepada sesorang maharaja. Konsep ini digunakan oleh Hung Hsiu-chuan dengan mengisytiharkan dirinya Raja Kayangan yang mendapat wahyu untuk mengusir syaitan-syaitan yang merosakkan manusia dan seterusnya mendirikan kerajaan yang diterima tuhan. Mengikut ajaran Confucius pemberontakan MAI / 1998 – 2002 / PPPJJ USM
9
dihalalkan untuk menggulingkan seseorang maharaja apabila pemerintahannya lemah dan tidak mampu memberi kemakmuran dan keamanan kepada masyarakat dan negara. Kegagalan Maharaja Manchu membela kehidupan rakyat hingga berlakunya kebuluran akibat kemusnahan tanaman dalam bencana alam telah menghilangkan mandat dari syurga. Keperluan rakyat untuk kemakmuran dan kestabilan menjadi faktor kebangkitan Pergerakan Taiping. Usaha menggulingkan Kerajaan Manchu dianggap perjuangan suci yang menepati ajaran Confucius dan konsep mandat. Kewujudan Pergerakan Taiping ketika itu dengan ketokohan dan propaganda Hung Hsiu-chuan sangat menepati masanya. Interprestasi Hung mengenai agama Kristian dalam asas ideologi Pergerakan Taiping turut menepati pendapat Confucius yang mengatakan ; 'sesiapa yang berjaya mendapat mandat syurga akan berjaya menjadi maharaja manakala sesiapa yang gagal akan dianggap sebagai penjenayah' 8
Konsep mandat dari syurga merupakan elemen penting kebangkitan Pergerakan Taiping mudah mendapat sokongan anti-Manchu dan kepercayaan rakyat sebagai kerajaan altelnatif mengantikan Kerajaan Manchu. Kebangkitan Pergerakan Taiping mendapat kelebihan apabila pada tahun 1850, Hsien-teng yang telah dilantik menjadi Maharaja adalah seorang pentadbir yang tidak cekap dan lemah menerima tekanan dari pihak barat selepas Perang Candu 1839-1842 serta tidak diterima oleh penduduk di China Selatan. Malahan pembangunan oleh kerajaan Manchu adalah berbeza dengan kemajuan dengan wilayah utara dengan selatan menyebabkan timbul ketidakseimbangan ekonomi dan sosial di China.
MAI / 1998 – 2002 / PPPJJ USM
10
2.4 Faktor Kemasukan Pengaruh Asing Kemasukan pengaruh asing seperti Inggeris, Amerika dan Perancis merupakan faktor luaran yang membantu membangkitkan Pergerakan Taiping kerana isi kandungan Perjanjian Nanking 1842 meninggalkan banyak kesan buruk terhadap kehidupan rakyat China serta meleburkan aspek politik, ekonomi dan sosial yang selama ini dipertahankan oleh China sebagai middle kingdom. Kekalahan dalam peperangan ini melibatkan kepentingan politik China ke atas Hong Kong tergadai, terpaksa membayar ganti rugi kepada Inggeris, hak monopoli untuk menetapkan cukai import dibatalkan, menjejaskan perusahaan tempatan dan yang utama sekali membawa kesan buruk perdagangan candu di China. Kesan yang nyata dari kemasukan pengaruh asing ialah perluasan perdagangan tanpa sekatan dengan pembukaan 5 buah pelabuhan iaitu Canton, Amoy, Foochow, Ningpo dan Shanghai. Keadaan ini membawa kepada ketidak-seimbangan perdagangan China tidak baik hingga menjejaskan beberapa perusahaan tempatan seperti menenun kain, membuat paku dan jarum di Fatshan iatu bandar yang berhampiran dengan Canton.9 Perluasan kepada banyak lagi pelabuhan seperti Shanghai pada tahun 1843 telah menjejaskan beribu-ribu buruh termasuk pelarian ekonomi dari luar bandar yang sebelum ini mengangkut barang-barang ekspot seperti teh dan sutera dari kawasan-kawasan Yangtze ke Canton. Pengenalan sistem pengangkutan moden seperti kapal api dan keretapi telah menjejaskan pendapatan orang-orang Cina yang bergantung kepada kereta kuda dan tongkang hingga memberi kesan kepada meningkatnya kadar penggangguran. Manakala kesan buruk perdagangan candu terhadap ekonomi China ialah apabila berlaku tukaran wang perak yang tinggi kepada British untuk membeli candu yang memberi kesan kepada imbangan ekonomi. Contohnya pada tahun 1848, kira-kira 10 juta MAI / 1998 – 2002 / PPPJJ USM
11
tael wang perak telah mengalir keluar untuk membeli candu. Kadar tukaran kemudiannya berubah apabila wang perak berkurangan. Ini menyebabkan nilai wang perak tinggi dan menyusahkan rakyat apabila kemelesetan ekonomi China berlaku. Masalah candu yang utama juga merujuk kepada kesan penagihan yang menambah kerosakan kepada masyarakat Cina dari segi kesihatan dan akhlak melalui penagihan candu. Kemasukan pengaruh barat menyebabkan perdagangan candu mendapat permintaan yang tinggi, misalnya pada tahun 1837 candu mewakili 57 % dari impot China. Ini menyebabkan penyeludupan candu turut berkembang. Contohnya pada tahun 1820-1825 sebanyak 9 708 peti
10
setahun telah meningkat kepada 35 445 peti
setahun pada tahun 1830. Maruah China yang anti-candu telah dijinakkan oleh Inggeris dengan terpaksa membayar semula harga candu yang dirampas oleh Pesuruhjaya Lin sebanyak $ 6 juta. Kemasukan pengaruh barat telah menyebabkan kenaikan cukai hingga membebankan penduduk China, petani dan buruh miskin. Kerajaan Manchu menaikkan kadar cukai untuk mengatasi kemelesetan ekonomi dan untuk membayar ganti-rugi perang sebanyak $ 12 juta kepada Inggeris. Kesengsaraan ekonomi dan sosial petani dan buruh iaitu golongan teramai di China hingga menyebabkan pengganguran akibat dari faktor dalaman bencana alam dan pengaruh kedatangan barat telah menyebabkan kebangkitan Pergerakan Taiping mendapat sokongan .
2.5 Faktor dan Kemasukan Agama Kristian dan Orang-orang Hakka Faktor orang Hakka telah menimbulkan tension kepada orang-orng Cina tempatan. Asal usul orang Hakka berasal kawasan China Tengah dengan bergerak ke wilayah selatan pada zaman Dinasti Shung. Manakala orang yang berada di selatan MAI / 1998 – 2002 / PPPJJ USM
12
adalah berbeza dari segi makanan, percakapan dan budaya iaitu terdiri dari orang-orang Kantonis dan kelompok-kelompok yang lain. Percampuran dengan orang Cina tempatan ini menimbulkan konflik di kawasan selatan antara kedua-dua pihak kerana orang-orang Hakka beragama Kristian untuk membezakan mereka dengan orang-orang Cina tempatan. Ini amat menjijikkan orang-orang Cina tempatan kepada orang orang Hakka. Manakala kemasukan agama Kristian ke negeri China juga merupakan faktor kebangkitan Pergerakan Taiping. Ini kerana agama Kristian Protestant telah memberi ilham kepada Hung Hsiu-chuan untuk menubuhkan susunan politik, ekonomi dan sosial yang baru di negeri China. Malah ideologi Pergerakan Taiping sendiri telah diresapi oleh Kristian hingga pada peringkat awal telah mendapat sokongan secara senyap dan berkecuali oleh Inggeris.
2.6 Faktor Kepimpinan Hung Hsui-chuan Saya berpendapat faktor kepimpinan Hung Hsiu-chuan merupakan penjana utama yang menghidupkan kebangkitan Pergerakan Taiping yang tepat pada masanya ketika era pemerintahan Kerajaan Manchu lemah akibat dari faktor dalaman dan luaran. Faktor Hung Hsiu-chuan sebagai Raja Kayangan atau Tien Wang menjadi pemerintah alternatif anti-Manchu yang mudah menarik minat petani dan pekerja miskin. Ideologi Hung Hsiuchuan dapat menyesuaikan dirinya dengan keperluan mayarakat China pada masa itu yang menganggap Kerajaan Manchu telah kehilangan mandat dari syurga. Peribadi beliau yang lahir dari keluarga petani Hakka yang miskin dan merupakan orang yang kecewa dalam peperiksaan awam sebanyak 5 kali dalam peperiksaan utama di Canton bagi ijazah Sheng-yuan. MAI / 1998 – 2002 / PPPJJ USM
11
Semangat beliau untuk menjadi Maharaja
13
berkembang pada tahun 1837 apabila ketika sakit dan koma, beliau mendakwa menerima arahan
untuk
menyelamatkan
manusia
daripada
syaitan
dan
menubuhkan
pemerintahan tuhan di bumi. Beliau yang terpengaruh dengan agama Kristian kemudiannya telah mengambil kesempatan menjanjikan harapan kehidupan yang lebih baik kepada golongan marhain yang sengsara ekonomi dan sosial dengan syarat menyokong beliau menjatuhkan Kerajaan Manchu. Penonjolkan dirinya sebagai Raja Kayangan yang padat dengan propaganda 'Keamanan dan Kemakmuran dicanangkan sebagai mendapat mandat dari syurga dengan . Faktor Hung Hsiu-chuan turut diakui oleh Vinent Y.C. Shih apabila mengatakan; "Pergerakan Taiping tidak mungkin berlaku sebegitu rupa tanpa kepimpinan Hung Hsiu-chuan dan Yang Hsiu-ching. 12
Malah kebijaksanaan strategi Hung Hsiu-chuan jelas terdapat di dalam ideologi Pergerakan Taiping apabila mengandungi idea-idea progresif dan masyarakat egalitarian telah menarik minat golongan majoriti anti-Manchu. 13 Sistem politik Pergerakan Taiping bersifat teokrasi dengan Raja Kayangan sebagai pemerintah agama dan duniawi, manakala sistem ekonomi membahagikan semula tanah mengikut gred mutunya yang dibahagi mengikut bilangan ahli dalam keluarga. Idea-idea progresif merujuk kepada persamaan seks, monogami dan pengharaman penghisapan candu, perjudian dan pelacuran kearah keharmonian masyarakat. Idea perjuangan Hung Hsiu-chuan telah dipengaruhi oleh unsur-unsur Kristian dan kepercayaan Cina kuno dengan pengubahsuaian menjadi pergerakkan agama yang fanatik melalui penubuhan agama penyembah tuhan atau Shang ti-hui. Namun kejayaan kebangkitan Pergerakan Taiping yang mendirikan ibu negeri di Nanking itu harus dilihat MAI / 1998 – 2002 / PPPJJ USM
14
dari kejayaan ideologinya untuk membentuk Negara Kayangan dengan susunan ekonomi yang baru telah berjaya menyatukan pemberontak-pemberontak Taiping yang anti-Manchu.
KESIMPULAN Perbincangan mengenai turutan keutamaan faktor-faktor kebangkitan Pergerakan Taiping seolah-olah tidak berkesudahan. Namun kesimpulan yang dapat diambil ialah semua faktor yang diulas adalah saling melengkap akibat dari kelemahan Pemerintahan Manchu yang disebabkan dari faktor dalaman dan luaran. Malah kegagalan Kerajaan Manchu dilihat pula dari aspek hilangnya mandat dari syurga. Secara ringkasnya, pola perkembangan Pergerakan Taiping yang bermula dari 11 Januari 1851 telah memuncak pada tahun 1853 hingga pesat pada peringkat awalnya sehinggalah tahun 1855 sebelum merosot dan tumpas pada tahun 1864. Pergerakan Taiping berjaya dihancurkan apabila Kerajaan Manchu mendapat bantuan tentera dan senjata dari British dan Perancis melalui Perjanjian Tientsin 1858 serta faktor penyelewengan Hung Hsiu-chuan sendiri. Namun sesuatu yang tersirat, Pergerakan Taiping adalah manifestasi penentangan hebat orang-orang Cina terhadap pemerintahan Dinasti Manchu yang menjatuhkan maruah dan melemahkan kuasanya. Menurut Paul M.A. Linebarger ; " It was a many resperts, the pilot which illuminated and lit the flames of modern Chinese revolusion" 14 Kepentingannya ialah sebagai sumber inpirasi gerakan revolusioner yang baru seperti Revolusi 1911 dan mencorakkan perkembangan politik, ekonomi dan sosial di China. MAI / 1998 – 2002 / PPPJJ USM
15
**********
BIBLIOGRAFI
1. Abdullah Zakaria Ghazali (et.al), Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur. Fajar bakti, Shah Alam, 2000. 2. Gilbert Khoo dan Dorothy Loo, Asia Dalam Perubahan- Sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Asia, Heinemann Education Books (Asia) Singapura, 1981. 3. Hsu,Immanuel C.Y, The Rise of Modern China 4. Linebarger, Paul M.A, (et.al) Far Eastern Governments and Politics, D. Van Nostrand Co. Princeton, 1967.. 5. Shih, Vincent, Y.C The Taiping Ideology, University of Washington Press, Seattle, 1967. 6. MacAleavy, Henry. The Modern History of China, Weidenfeld and Nicholson, London,1977. 7. Michael, Franz, The Taiping Rebellion History and Documents, Seattle and London, University of Washington, 1966 MAI / 1998 – 2002 / PPPJJ USM
16
8. Shih, Vincent, Y.C The Taiping Ideology, University of Washington Press, Seattle, 1967. 9. Teng, Ssu-yu, New Light on the History of the Taiping Rebellion, Russell New York. 1966. 10. Wolgang, Franke, A Century of Chinese Revolution 1851- 1949, University of South Carolina Press, Colombia. 1980.
NOTA BELAKANG
1
Michael, Franz, The Taiping Rebellion History and Documents, Seattle and London, University of Washington, 1966. hlm. 42 2
Teng, Ssu-yu, New Light on the History of the Taiping Rebellion, Russell. New York. 1966 hlm. 37
3
Wolfgang Franke, A Century of Chinese Revolution 1851-1949, University of South Carolina Press, Colombia. 1980. hlm. 26
4
Unit pengukuran tanah pertanian di China; 1 mou = 1/6 ekar
5
Teng, Ssu-yu, op.cit., hlm 42.
6
Wolfgang Franke, op. cit., hlm 26
7
Michael, Franz, op, cit., hlm 16
8
Abdullah Zakaria Ghazali et.al ] . Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800 - 1963. Sejarah Fajar Bakti Sdn Bhd, Shah Alam, 2000. hlm. 17-18. 9
McAleavy, Henry, The Modern History of China, Eeidenfeld and Nicolson, London, 1967. hlm 58.
10
1 peti mewakili 65 kg.
MAI / 1998 – 2002 / PPPJJ USM
17
11
Michael, Franz. op.cit,. hlm. 22
12
Y.C.Shih, Vincent, The Taiping Ideology, University of Washington Press, Seattle, 1967 hlm. xviii 13
Teng, Ssu-yu . op.cit,. hlm. 62-63.
14
Linebarger, Paul M.A, (et. al), Far Eastern Governments and Politics, D. Van Nostrand Co. Princeton, 1967. hlm. 103.
MAI / 1998 – 2002 / PPPJJ USM