PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH UNIVERSITI SAINS MALAYSIA PULAU PINANG
KAEDAH MENGAJAR SEJARAH 1 JPK 225 TAJUK TUGASAN : SATU KAJIAN MENGENAI KURIKULUM DAN SUKATAN PELAJARAN SEJARAH KBSM
NAMA : MOHD.ANUAR B. IBRAHIM NO.MATRIK : JD/1212/98 KOD : JPK 225 NAMA KURSUS : ILMU PENDIDIKAN TAJUK TUGASAN : SATU KAJIAN MENGENAI KURIKULUM DAN SUKATAN PELAJARAN SEJARAH KBSM UNTUK PERHATIAN : PN. ZAIMUNAH AHMAD
NAMA : AZIANA BINTI ABDUL MAJID @ IBRAHIM NO. MATRIK : JD 1011/98 KOD : JPK 225 NAMA KURSUS : ILMU PENDIDIKAN TAJUK TUGASAN : SATU KAJIAN MENGENAI KURIKULUM DAN SUKATAN PELAJARAN SEJARAH KBSM UNTUK PERHATIAN : PN. ZAIMUNAH AHMAD
KANDUNGAN
MUKA SURAT
A. Latar belakang sejarah KBSM
3
B. Objektif dan matlamat pengajaran sejarah sekolah Menengah
4-6
C. Matlamat mata pelajaran sejarah
6
D. Pendekatan dan penekanan mata pelajaran sejarah
6-10
E. Huraian sukatan pelajaran sejarah tingkatan 2
11-15
F. Huraian aspek sejaran tempatan tingkatan 2
15-16
G. Huraian sukatan pelajaran tingkatan 3
15-18
H. Pembentukan negara Malaysia
18-19
I. Pengisian kemerdekaan
19-20
J. Huraian aspek sejarah tempatan tingkatan 3
20
K. Perbandingan format huraian sukatan KLSM dan KBSM
20-21
L. Ulasan dan cadangan
21-22
M. Rumusan
22
N. Bibliografi
23
2
A. Latar Belakang Sejarah KBSM Mata pelajaran sejarah merupakan satu mata teras yang wajib di ambil oleh semua pelajar pada peringkat menengah rendah. Sejarah bukanlah sesuatu yang asing pada masyarakat kita . Ini kerana negara kita juga memiliki sejarahnya yang tersendiri.
Sejarah sebagai satu mata pelajaran teras mengikut konsep yang ditetapkan seperti dikehendaki oleh Falsafah Pendidikan Negara. Semua pelajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 perlu pelajari sejarah. Unsur-unsur sivik telah diterapkan dalam mata pelajaran sejarah supaya semua pelajar dapat menghayatinya.Guru sejarah di masa lalu mengajar sejarah mengikut kaedah biasa dan tidak menekankan nilai-nilai estetika seperti pada hari ini. Banyak perbezaan
proses pengajaran
berlaku dalam KBSM
berbanding dalam KLSM dahulu. Pelajar-pelajar akan didedahkan dengan teknik inkuiri penemuan
bagi mengaji sesuatu projek kajian. Dengan
teknik ini, pelajar dapat
didedahkan dengan lebih mendalam tentang sesuatu peristiwa yang berlaku berkaitan dengan sejarah. Teknik ini juga dapat memberikan peransang kepada setiap pelajar untuk terus meminati mata pelajaran sejarah.
3
B.OBJEKTIF
DAN
MATLAMAT
PENGAJARAN
SEJARAH
SEKOLAH
MENENGAH
2.1 Objektif Mata Pelajaran Sejarah: Objektif mata pelajaran sejarah ialah untuk membolehkan pelajar : a. Memahami perkembangan masyarakat dan negara dari segi politik , ekonomi dan sosial. Objektif ini memberi tumpuan kepada semua pelajar supaya dapat memahami perkembangan masyarakat dari aspek politik di mana pelajar akan mengetahui perkembangan politik tanah air . Perkembangan ekonomi dan sosial bermula dari zaman Melaka sehingga kini.
b. Memahami dan menghargai ciri-ciri kemasyarakatan dan kebudayaan Malaysia serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Objektif ini memberikan penjelasan kepada murid tentang ciri-ciri masyarakat berbilang kaum di Malaysia dan mengamalkan segala bentuk nilai yang baik daripada budaya tersebut untuk keharmonian negara.
4
c. Menghargai usaha-usaha kedaulatan dan
dan sumbangan tokoh-tokoh yang memperjuangkan
kemerdekaan , dan tokoh-tokoh yang menghasilkan
pembangunan negara. Peranan yang dimainkan oleh tokoh-tokoh tanah air untuk negara Malaysia merupakan satu pergorbanan yang besar. Oleh itu pelajar perlu menghargai jasajasa tokoh tersebut dan mengambil iktibar dalam perjuangan mereka .
d. Mempunyai kesedaran sejarah dalam permahaman hakikat dan keadaan masyarakat dalam masa kini. Perubahan dalam masyarakat hari ini berbanding pada masa lampau harus diketahui oleh semua pelajar. Bagaimana masyarakat berubah ke arah perpaduan walaupun negara kita mempunyai perbagai bangsa, agama dan budaya.
e. Menganilisis, merumus dan menilai fakta-fakta sejarah negera secara rasional. Para pelajar perlu menganalisis, merumus dan menilai setiap fakta-fakta sejarah dengan secara yang rasioanal dan bukan mengikut perasaan. Mencari dan mengumpul bukti-bukti yang relevan bagaimana sesuatu peristiwa berlaku dengan cara yang tepat dan sistematik. Hasil daripada kajian mereka dapat dibuat penakulan pada diri sendiri bersaskan apa yang dikaji.
f. Mempertingkatkan daya pemiran dan kematangan yang bersasakan iktibar daripada pengalaman sejarah.
5
Pelajar dapat mengambil iktibar serta pengajaaran yang berguna daripada setiap peristiwa yang dipelajari. Daripada peristiwa ini, pelajar dapat berfikir secara rasional untuk membuat penafsiran positif sebagai pengajaran.
g. Mempunyai kesedaran, kepekaan dan semangat ini melibat diri dalam usahausaha mempertahankan kedaulatan , pembangunan dan kemajuan negara. Pelajar difokuskan semangat kendiri seperti yakin, berani, rajin dan sebagainya untuk mempertahankan negara dari sebarang penjajahan bentuk baru. Nilai-nilai positif dapat disemai dalam diri pelajar untuk memajukan negara seantaro dunia.
C. MATLAMAT MATA PELAJARAN SEJARAH Matlamat pendidikan sejarah adalah untuk memupuk semangat setia negara dan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia. Melalui penghayatan sejarah tanahair, pelajar-pelajar akan dapat memahami keadaan masyarakat dan negara dalam mewujudkan keharmonian dan semangat perpaduan di kalangan masyarakat bebilang kaum dalm sebuah negara yang mempunyai satu bahasa.
D. .PENDEKATAN DAN PENEKANAN MATA PELAJARAN SEJARAH 3.1
Tema-tema Tingakatan Satu dan Huraiannya a. Keagungan kesultanan Melayu Melaka menjadi kebanggan kita bersama Tema ini menceritakan kemunculan kesultanan Melayu Melaka sebagai sebuah kerajaan yang kuat di Gugusan Kepulauan Melayu pada abad ke 15 dan awal abad ke 16. Pada zaman kegemilangannya kesultanan Melayu
6
Melaka telah membina satu tradisi budaya, politik dan ekonomoi yang kekal diwarisi sehingga kini. Kegemilangan dan kemakmuran menyebabkan Portugis datang untuk menawan pada tahun 1511. Tema ini juga menyentuh kewujudan pertempatan-pertempatan dan kerajaan-kerajaan awal di gugusan kepulauan melayu sebagai latar belakang serta pendedahan konsep sejarah dan sejarah sebagai satu disiplin.
Tajuk-tajuk dalam tema ini ialah; a. i
Sejarah dan kita
ii
Keagungan Kesultanan Melayu Melaka menjadi kebanaggan kita bersama
iii
Kegemilangan Melaka sebagai pusat perdagangan dan kerajaan yang kuat di Gugusan Kepulauan Melayu.
iv.
Melaka menjadi pusat penyebaran agama islam
v.
Berakhirnya Pemerintahan Kesultanan Melayu yang berpusat di Melaka.
b. Kerajaan –kerajan Melayu selepas Melaka menadi asas kerajaan-kerajaan negeri masa kini. Tema ini adalah tentang kemunculan semula kerajaan –kerajaan lain seperti Brunei , Sulu dan Acheh di Gugusan Kepulauan Meayu setelah kejatuhan Melaka ke tangan Portugis. Pada zaman kekuasaannya , pengaruh Brunei dan Sulu meliputi beberapa
kawasan tertentu
di Sabah
dan Sarawak . Di
Semenenjung Tanah Melayu , kerajaan –kerajaan negeri masa kini. Walaupun
7
terdapat kegiatan kuasa-kuasa kuar serta pergolakan dalam negei , namun struktur masyarakat bumiputera tidak berubah .
Tajuk-tajuk di dalam tema ini : i.
Johor menegakkan semula kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka
ii.
Kerajaan –kerajaan Melayu Kedah , Kelantan , Negeri Sembilan , Pahang , Perlis, Selangor dan Terengganu..
iii.
Sabah dan Serawak
D. HURAIAN ASPEK SEJARAH TEMPATAN Objektif pengajaran dan pembelajaran Sejarah Tempatan bagi Tingkatan 1 a. Mengenali diri dan keluarga b. Mengenali dan memahami perkembangan sekolah c. Mencari, mengumpul , memahami serta mentafsirkan
maklumat fakta-fakta
sejarah. d. Mengamalkan nilai-nilai hidup yang diwarisi bersama keluarga dan sekolah. Mengandungi dua tajuk iaitu : a. Sejarah diri dan keluarga b. Sejarah sekolah
8
Tajuk-tajuk yang terdapat dalam Sejarah Diri dan Keluarga a. Salasilah keluarga Mengandungi nama-nama ahli keluarga ,tarikh lahir dan tarikh meninggal dunia dan pertalian persaudaraan. b. Perkembangan Diri dan Keluarga Mengandungi tempat dan tarikh lahir diri dan ahli keluarga, tempat asal dan tempat tingal ,pendidikan dan perkerjaan.
c. Tokoh-tokoh dalam keluarga Mengandungi nama dan biodata , kejayaan yang diperolehi dan sifat-sifat istmewa.
d. Peristiwa bersejarah dalam keluarga Peristiwa-peristiwa luar biasa ataupun istimewa yang berlaku dalam keluarga dan kepentingan peristiwa berkenaan .
Tajuk-tajuk yang terdapat dalam Sejarah Sekolah a.
Nama dan lambang-lambang kemegahan sekolah. Mengandungi asal-usul nama sekolah, tarikh nama itu mula digunakan , sebab-sebab nama itu dipilih, lambang-lambang sekolah , logo-logo moto dan lagu serta akna lambang-lambang tersebut.
9
b.
Infrastruktur dan kemudahan asas Menceritakan tentang bangunan asal, bangunan tambahan, kemudahankemudahan yang disediakan
seperti asrama, perpustakaan , bilik
komputer , makmal , bengkel dan kantin sekolah.
c.
Pengetua-pengetua dan guru-guru Biodata , sumbangan penting terhadap sekolah , sumbangan terhadap masyarakat dan sifat-sifat istimewa.
d.
Badan pengurus dan PIBG Tarikh penubuhan, nama ahli jawatankuasa dan ketokohan , kegiatankegiatan penting dan sumbangan terhadap sekolah.
e.
Tokoh-tokoh yang dihasilkan Biodata tokoh, sumbangan tokoh berkenaan , dan sifat-sifat istimewa.
f.
Peristiwa-peristiwa bersejarah Peristiwa luar biasa ataupun yang istimewa, dan kepentingan peristiwa berkenaan .
10
g.
Prestasi dan kejayaan akademik dan kokurikulum Mendedahkan murid
murid tentang kejayaan gemilang dalam bidang
akademik dan kejayaan dalam bidang kokurikulum.
h.
Persatuan , kelab dan Pasukan Pakaian seragam
Memberi pengetahuan kepada pelajar mengenai jenis-jenis persatuan , kelab dan pasukan pakaian seragam yang ditubuhkan , kejayaan yang dinikmati dalam setiap peringkat.
E. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN SEJARAH TINGKATAN DUA Tema Mata Pelajaran Sejarah Tingkatan Dua 1.
Kemakmuran dan kekayaan negara kita menarik kuasa luar untuk menjajah negara kita. Tema ini membicarakan tentang perluasan pengaruh dan penjajahan British di negara kita. British mengubah sistem
ekonomi tradisional
kepada bentuk
dagangan industri dan penggunaan teknologi moden . Perubahan ekonomi ini membawa berbagai-bagai kesan dalam kehidupan Masyarakat . Akibat dalam campur tangan British dalam hal ehwal tempatan ini, beberapa tokoh telah bangun menentang British.
11
Tajuk-tajuk di dalam tema ini: 1.
Negara kita menghadapi dan mengalami
proses perluasan pengaruh dan
penapakkan kuasa British.
a.
Pengambilan Pulau Pinang , Singapura dan Melaka Mengisahkan
masalah Kedah dan hubungan
dengan kuasa luar, British
mengambil Pulau Pinang, percubaan Kedah mengambil semula Pulau Pinang , perpecahan kerajaan Johor – Riau Lingga , Singapura diambil oleh Bitish, Melaka menjadi hak milik British dan penyatuan pentadbiran negeri-negeri Pulau Pinang, Singapura dan Melaka.
b.
Campur tangan di Perak , Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Mengisarkan cerita kekayaan hasil perlombongan di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan serta
Pahang. Perkembangan revolusi perusahaan di Eropah,
persengketaan merebut kuasa dan hasil kekayaan, negeri Perak Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.
c.
Sarawak di bawah pemerintahan Brooke, dan Sabah di bawah Syarikat Berpiagam Borneo Utara. Megisarkan tajuk kemunculan Sarawak sebagai sebuah negeri , Sarawak di bawah pemerintahan keluarga Brooke, kemunculan Sabah senbagai sebuah negeri dan sistem pentadbiran di Sabah.
12
d.
Kedah, Kelantan, Terengganu, Perlis,dan Johor menerima penasihat British. Mengisarkan pengetahuan tentang perkembangan negeri Kedah-Perlis dan hubungan
Kelantan-Siam,
Kelantan –Terengganu, Terengganu –Siam, Siam
British, Kedah menerima pensihat British dan perkembangan negeri Johor.
2.
Perjuangan tokoh-tokoh tempatan menentang penjajah
a.
Asas dan tujuan perjuangan Menceritakan pengetahuan tentang tokoh-tokoh tempatan yang terlibat menentang British dan tujuan penentangan mereka.
b.
Bentuk Pejuangan dan kesan-kesan Menceritakan pengetahuan tentang penentangan bersenjata, kegagalan perjuangan dan pengukuhan pentadbiran British akibat kegagalan penentangan orang Melayu.
3.
Penguasaan terhadap hasil bumi, kita dan kesan-kesannya
a.
Peruasahaan pertanian Mengisarkan tentang pertanian , faktor-faktor yang membawa perubahan dalam kegiatan ekonomi,tanaman lain yang diusahakan,pengutipan hasil laut dan lainlain.
b.
Perusahan perlombongan dan pengeluaran hasil hutan. Perlombongan secara besar-besaran , faktor-faktor yang membawa perubahan kepada kemodenan, pemungutan hasil-hasil hutan dan usaha-usaha pembalakan.
13
c.
Kesan-kesan Perubahan dalam bidang pentadbiran, kemasukan buruh asing secara terancang, kemunculan masyarakat majmuk, dan perubahan dalam bidang pendidikan.
Tindak balas untuk menebus maruah bangsa dan negara.Tema ini memberi tumpuan kepada kebangkitan semangat kebangsaan secara tersusun untuk membebaskan negara daripada belenggu penjajahan. Semangat kebangsaan ini diperjuangkan oleh badan-badan dan kesatuan-kesatuan yang mempunyai corak perjuangan dan matlamat tertentu. Melalui pendidikan, karya penulisan dan persuratkhabaran, semangat perjuangan dapat disebarkan kepada masyarakat umum.
Tajuk-tajuk dalam tema ini : 1.
Kebangkitan semangat kebangsaan untuk membebaskan tanah air.
a.
Perkembangan
dalam
negeri
:
pendidikan,
penulisan
kreatif
dan
persuratkhabaran. Unsur pengetahuan yang diterapkan ialah definisi semangat kebangsaan ,kemajuan pendidikan, persuratkhabaran dan penulisan kreatif. b.
Pengaruh gerakan nasionalisme negara luar Unsur pengetahuan yang diterapkan ialah gerakan nasionalisme di Turki, Mesir, Indonesia, India dan China serta kesannya
ke atas perkembangan semangat
kebangsaan di tanah air.
2.
Perjuangan badan-badan dan kesatuan-kesatuan menentang penjajahan
14
a.
Asas dan tujuan kegiatan Kesedaran untuk memajukan taraf hidup, perjuangan membebaskan diri daripada penjajahan , gerakan Islah Islamiah iaitu semangat perjuangan berlandaskan Islam dan gerakan yang menghala ke negara asal.
b.
Corak dan bentuk perjuangan Badan dan kesatuan yang bergerak secara sederhana iaitu yang bekerjasama dengan British yang radikal iaitu yang tidak bertolak ansur.
F HURAIAN ASPEK SEJARAH TEMPATAN TINGKATAN DUA
1.
Sejarah kawasan temapat kediaman/ tinggal
2.
Sejarah kawasan persekitaran sekolah Pengkajian tentang sejarah tempatan adalah sebahagian daripada pelajaran sejarah yang akan dikendalikan secara projek bagi tingkatan 2, tumpuan kajian meliputi aspek-aspek sejarah yang terdapat di kawasan terdekat dengan pelajar. Pemilihan aspek kajian bergantung kepada keupayaan pelajar, bahan dan sumber setempat yang boleh didapati. Pengkajian sejarah tempatan ini haruslah menekankan penguasaan kemahiran belajar seperti mengumpul maklumat , mengelas, menganalisa secara sistematik. Aspek pengkajian bagi kedua-dua tema adalah sama. Tajuk-tajuk kecil, pengetahuan dan iktibar serta nilai dalam huraian kandungan yang sama bolehlah digunakan.
15
Tema dan tajuk yang terdapat dalam huraian aspek sejarah tempatan tingkatan dua ialah : a.
asal-usul nama tempat / bersejarah
b.
bangunan/ tempat bersejarah
c.
tokoh
d.
pekerjaan penduduk
e.
perkembangan penduduk
f.
perkembangan infrastruktur dan kemudahan asas
g.
peristiwa yang bersejarah / tradisi setempat
h.
lagenda dan cerita rakyat/ pentadbiran setempat
G. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN TINGKATAN TIGA Tema : Perjuangan rakyat ke arah kemerdekaan tanah air Tema ini memaparkan detik-detik perjuangan yang dialami oleh rakyat ke arah menuntut kemerdekaan tanah air. Pengalaman semasa pendudukan Jepun menyemarakkan lagi semangat kebangsaan di kalangan rakyat. Pembentukan Malayan union di tentang hebat oleh orang Melayu sehingga memaksa British menggantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu . Ancaman komunis tidak menghalang perjuangan rakyat dalam menuntut kemerdekaan.
16
Tajuk-tajuk yang terdapat dalam tema ini ialah : 1.
Pendudukan Jepun di negara kita
a.
Pemerintahan Jepun dan kesan-kesan pemerintahan Jepun Serangan tentera Jepun terhadap Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak, reaksi penduduk tempatan terhadap pemerintahan Jepun dan kekalahan Jepun terhadap British. Jepun juga telah memberi kesan terhadap politik , ekonomi, sosial serta pengalaman negara-negara jiran.
2.
Penentangan terhadap Malayan Union
a.
Pembentukan Malayan Union, penubuhan UMNO dan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu. Menceritakan tentang Tanah Melayu selepas pendudukan Jepun. Gagasan Malayan Union, tindak balas orang Melayu, kemunculan Umno dan rundingan ke arah penggubalan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
3.
Ancaman Komunis dan pengisytiharan darurat
a.
Penyusupan anasir komunis dan langkah-langkah membenteras ancaman komunis di Tanah Melayu. Unsur pengetahuan yang diterapkan ialah kegiatan komunis sebelum penubuhan Parti Komunis Malaya( PKM) 1930. Kegiatan komunis di Sarawak , ancaman dan keganasan komunis, tindak balas kerajaan dan pengharaman PKM dan parti-parti berhaluan kiri.
17
4.
Kerjasama antara kaum ke arah kemerdekaan
a.
Kemunculan dan perkembangan parti-parti siasah, pembentukan parti Perikatan UMNO,MCA,MIC dan pilihanraya ke arah pembentukan kerajaan sendiri.
5.
Detik-detik pengisytiharan kemerdekaan
a.
Tajuk-tajuk di bawahnya menceritakan rombongan merdeka 1956, perundingan antara kaum dan penyediaan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu , Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dan perisytiharan kemerdekaan. Unsur pengetahuan yang diterapkan ialah Rundingan Kemerdekaan, Suruhanjaya Reid, Asas Perlembagaan, kandungan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, Kandungan Pemasyhuran Kemerdekaan.
6.
Perubahan pentadbiran di Sabah dan Sarawak
a.
Tajuk-tajuk dibawahnya ialah berkaitan dengan Gerakan Anti-Penyerahan Sarawak, serta langkah-langkah kerajaan sendiri. Unsur pengetahuan yang diterapkan ialah Penyerahan Sarawak kepada British, kemunculan Gerakan AntiPenyerahan 1946-1961 dan di Sabah 1946-1961.
H. PEMBENTUKAN NEGARA MALAYSIA Tema ini membincangkan tentang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu yang terdiri daripada Singapura , Sabah , Brunei dan Sarawak. Penyatuan 11 buah negeri Semenanjung Tanah Melayu dengan Singapura, Sabah dan Sarawak bertujuan untuk menjamin perpaduan , kemakmuran dan keselamatan bersama .
18
Gagasan ini telah menghadapi berbagai rintangan dalam dan luar negeri pada peringkat awal pembentukannya.
Tajuk di bawah tema ini : a.
Gagasan Penubuhan Malaysia, cabaran-cabaran terhadap penubuhan Malaysia dan perjanjian serta perisytiharan Malaysia.
I. PENGISIAN KEMERDEKAAN Tema ini memaparkan perjuangan kita untuk membina sebuah negara yang berdaulat, aman , bersatu padu dan makmur.Sebagai negara yang merdeka dan berdaulat, kita perlu membina identiti yang tersendiri dan berusaha mencapai kemakmuran bersama. Mempunyai sistem pemerintahan dan penradbiran tersendiri, rancangan pembangunan yang menjamin perpaduan dan kesejahteraan rakyat.
Tajuk-tajuk di bawah tema ini ialah : a.
Kedaulatan dan keperibadian negara kita , sistem pemerintahan dan pentadbiran negara, peningkatan perpaduan dan kemakmuran bersama dan Malaysia dalam hubungan antarabangsa. Antara unsur pengetahuan yang diterapkan ialah ketua negara serta bidang kuasanya , struktur dan organisasi Parlimen, lambang-lambang negara , Hari Kebangsaan , Rukunegara , Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan Negeri , struktur Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri serta bidang kuasanya. Usaha-usaha
19
ke arah mewujudkan kebudayaan kebangsaan , prinsip dan matlamat dasar luar Malaysia serta kerjasama dalam pelbagai bidang serantau dan antarabangsa.
J. HURAIAN ASPEK SEJARAH TEMPATAN TINGKATAN 3 Pengkajian Sejarah Tempatan bertujuan memberi pengalaman secara langsung kepada pelajar mengkaji pelbagai aspek sejarah yang terdapat disekeliling mereka. Melalui pengkajian ini, pelajar-pelajar dapat didedahkan kepada beberapa kemahiran yang dapat mempertingkatkan minda mereka terutamanya dalam pencarian maklumat, , pengkelasan dan penulisan pelaporan yang dibuat.
K. PERBANDINGAN FORMAT HURAIAN SUKATAN KLSM DAN KBSM Terdapat sedikit perbezaan format huraian sukatan pelajaran sejarah di antara yang lama dan yang baru ( 1995 ). Jadual di bawah ditunjukka perbandingan perbezaan tersebut :
Kurikulum Lama Sekolah Menengah ( KLSM ) BIL
ISI KANDUNGAN
1
Mengandungi tajuk pelajaran sejarah
2
Mengandungi unsur-unsur luar
3
Jalinan tidak jelas dan mengandungi unsur-unsur kemanusiaan
4.
Mementingkan bahan dan isi
5
Menekankan soal politik
6
Menjaga kepentingan barat
20
7
Lebih luas tetapi mengandungi banyak unsur-unsur luar terutamanya daripada Barat untuk mengukuhkan kedudukan dan kuasa.
Kurikulum Baru Sekolah Memengah BIL
ISI KANDUNGAN
1
Matlamat Am dan matlamat khusus
2
Mengandungi unsur-unsur tempatan
3.
Jalinan antara kandungan bagi tiap-tiap peringkat
4
Menekankan aspek afektif sikap, perasaan dan penghargaan
5
Menitikberatkan soal ekonomi dan sosial
6
Melihat sejarah dari kaca mata tempatan
7
Ulangan beberapa tajuk untuk penegasan dan pendekatan yang lebih mendalam lagi.
L. ULASAN DAN CADANGAN Daripada 3 huraian yang telah kami terangkan di atas, maka jelaslah bahawa tajuk-tajuk yang terdapat di dalam Tingkatan 1 lebih menekankan kepada unsur-unsur sejarah asas. Dalam huraian sukatan pelajaran Tingkatan 2 pula, memperlihatkan penekanan kepada unsur-unsur keruntuhan Empayar Kesultanan Melayu Melaka kepada kuasa asing dan kemunculan semangat nasionalisme yang memperjuangkan tanah air daripada kuasa penjajahan. Manakala bagi huraian sukatan pelajaran Tingkatan 3 pula ianya lebih menekankan kepada perjuangan menuntut kemerdekaan daripada kuasa penjajahan .
21
Setelah pelbagai cabaran dan rintangan yang dihadapi akhirnya Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan dan bermulalah sistem pentadbiran dan pemerintahan sendiri oleh rakyat tempatan.
M. RUMUSAN Usaha yang telah dibuat oleh Kementerian Pendidikan memperkenalkan Kurikulum Baru bagi sukatan mata pelajaran sejarah di sekolah menengah merupakan satu langkah
yang bijak di mana usaha ini telah berjaya melahirkan pelajar yang
mempunyai jiwa patriotisme dan semangat cintakan tanah air mereka. Dengan adanya semangat seperti ini sudah tentu negara kita akan mempunyai satu bentuk masyarakat yang bersatu padu, kuat dan berjiwa murni. Keharmonian dan kerukunan hidup rakyat negara ini dapat dikekalkan selamanya.
22
BIBLIOGRAFI 1.
Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Wilayah Persekutuan, 1992, “Sejarah Dalam Pendidikan” Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
2
Kem.Pen. Malaysia, 1996 Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah : Tingkatan 3 “ Kuala Lumpur, Pusat Perkembangan Kurikulum.
3
Abd.Rahim Abd. Rashid, 1997, Modell & Pendekatan Pengajaran Sejarah KBSM, “ Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
4
Bloom, B.S, 1995, “ Taxonomy of Educational Objecties, Handbook 1: Cognitive Domain, New York: David Mckay .
23