Peristilahan

  • Uploaded by: wjluv
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Peristilahan as PDF for free.

More details

  • Words: 946
  • Pages: 13
PEMBAKUAN ISTILAH Sumber Istilah Istilah Bahasa Melayu boleh diperoleh daripada tiga sumber yang berikut: 5. 6. 7.

Kosa Kata Umum Bahasa Melayu Kosa Kata Umum Bahasa Serumpun Kosa Kata Bahasa Asing

Tatacara Pembentukan Istilah BM Tatacara pembentukan istilah ditentukan berdasarkan ketetapan yang terdapat dalam Pedoman Umum Pembentukan Istilah BM (1975) yang bersumberkan:

MINGGU 8

1

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Kata dalam BM yang lazim digunakan Kata dalam BM yang sudah tidak lazim digunakan. Kata dalam bahasa serumpun yang lazim digunakan Kata dalam bahasa serumpun yang sudah tidak lazim digunakan Kata dalam bahasa Inggeris Kata dalam bahasa asing yang lain Pilih sumber terbaik (antara 1-6) Mengikut Asmah Haji Omar (1981:39), sesuatu istilah yang dicipta itu mestilah mempunyai ciri khusus, iaitu:

• • • • •

Keringkasan bentuk Ketepatan makna Keserasian konsep Kemungkinan ditakrifkan dengan mudah Kesesuaiannya dengan fonologi, morfofonemik dan tatabahasa yang berkenaan

2

Prinsip Peristilahan Sesuatu istilah yang dibentuk itu mestilah jelas. Oleh itu, untuk menghasilkan istilah yang tepat, istilah itu perlulah digubal berdasarkan konsep dan bukan berdasarkan simbol perkataan. Mengikut Sulaiman Masri (1986: 785-796), antara prinsip peristilahan ialah: • • • • • • • • • •

Konsep Sifat konsep Ciri Perhubungan konsep Sistem konsep Definisi Penjelasan Syarat Pendefinisian Istilah Hubungan konsep dan istilah

3

Konsep Setiap penggubalan istilah mestilah berdasarkan konsep yang merujuk benda dalaman dan luaran. Konsep tidak hanya merujuk kepada benda dan peristiwa tetapi juga kepada kandungan dan hubungan. Sifat Konsep Konsep adalah unsur pemikiran yang mengandungi ciri yang biasa kepada sejumlah benda. Agregat ciri konsep dikenali sebagai intensi. Ciri Ciri konsep penting untuk membantu penjelasan Konsep dan pembinaan sistem konsep. Untuk Tujuan penyelarasan, ciri yang berguna untuk Melihat hubungan benda dengan benda adalah Menerusi bentuk, saiz, reka bentuk, fungsi, Kedudukan, dan kegunaannya.

4

Perhubungan Konsep Dua konsep boleh mempunyai hubungan Secara lojik, misalnya: bangunan (genus) rumah(jenis). Dua konsep ini boleh diselaraskan, misalnya rumah sebuah dengan rumah berkembar. Sistem Konsep Konsep yang berkedudukan selari, misalnya Rumah sebuah, rumah berkembar, dan rumah teres mempunyai taraf yang sama dengan kepelbagaian ciri daripada jenis yang sama (sebuah, berkembar, dan lainlain). 5

Definisi Definisi bermaksud penjelasan sesuatu konsep oleh konsep lain yang berkaitan. Definisi merupakan titik bermulanya kerja peristilahan. Dua bentuk definisi yang sesuai untuk kerja peristilahan ialah intensional dan ekstensional. Penjelasan Penjelasan diberikan tentang sesuatu benda atau objek sekiranya definisi yang sempurna belum diperoleh.

6

Syarat Pendefinisian iii.

Konsep yang digunakan hendaklah sama dalam mana-mana penerbitan lain.

v.

Tautologi (perulangan) hendaklah dielakkan.

vii.

Apabila konsep digunakan dalam bidang yang terhad hendaklah dinyatakan yang istilah tersebut digunakan bagi keperluan pada masa itu sahaja.

ix.

Definisi hendaklah ringkas.

xi.

Definisi hendaklah mempunyai ciri konsep yang diberi.

xiii.

Definisi hendaklah menyatakan kedudukan konsep yang diberi dalam sistem konsep yang berkaitan.

7

Istilah Istilah boleh terdiri daripada kata atau gabungan kata yang menerangkan makna, konsep, keadaan atau ciri sesuatu benda atau objek. Hubungan Konsep dan Istilah Ada beberapa proses pembentukan kata yang digunakan bagi membentuk kata-kata baru dalam sesuatu bahasa: •

Proses pengimbuhan: menggunakan kata akar atau kata dasar yang diimbuhkan dengan imbuhan, sama ada imbuhan awalan, akhiran, sisipan atau bentuk yang lain.



Proses penambahan: memberi penambah kepada kata akar. Proses ini tidak lagi produktif kerana kata atau istilah yang terbentuk melalui proses ini sukar dikenali.

8



Proses Penggabungan: dibentuk dengan menggabungkan satu, dua atau lebih kata akar atau kata dasar. Kata gabungan ini diberikan pengertian atau konsep tertentu yang berlainan dengan makna asal.



Proses Analogi: kata yang dibentuk dengan cara mengkiaskannya dengan sesuatu bentuk kata yang sedia wujud dalam sesuatu bahasa itu sejak dahulu lagi.



Proses Pemberian Makna Khusus: sesuatu kata atau istilah itu dibentuk dengan mengambil sesuatu kata yang sedia wujud dalam sesuatu bahasa yang berkenaan, dan diberikan makna yang baru, contohnya kata surih, setinggan, rumah haram, sel, dan sebagainya.

9



Proses Penciptaan: sesuatu kata atau istilah itu dicipta berdasarkan hasil penemuan atau penciptaan.



Proses Akronim: bermaksud singkatan beberapa kata yang ditulis dan dilafazkan sebagai satu kata yang wajar, misalnya UPM, MARA, Felda dan sebagainya.



Proses Penggemblengan: kata atau istilah yang dibentuk dengan menggemblengkan dua kata atau lebih dengan menggugurkan sebahagian atau beberapa bahagian pada setiap kata yang digembleng, contohnya tekal (tetap kekal), hakis (habis kikis), cerpen (cerita pendek), pawagam (panggung wayang gambar), dan sebagainya. 10



Proses Peleburan Fonem dan Suku Kata: kata atau istilah yang dibangunkan menjadi satu dengan meleburkan fonem dan/suku kata yang sama.



Proses Pembentukan Mengundur: kata atau istilah jenis ini dibentuk daripada kata lain yang telah sedia wujud yang merujuk kepada orang atau pembuat sesuatu pekerjaan.



Proses Peluasan Peraturan Pembentukan Kata: proses ini banyak digunakan dalam penciptaan istilah bahasa Inggeris, misalnya react (reaction), exam (examination), divide (division).



Proses Penyingkatan: melalui proses ini, kata atau istilah dibentuk dengan cara menyingkatkan kata yang panjang, misalnya panggilan untuk benda atau orang ( panggilan kekeluargaan atau pangkat).

11



Proses Peluasan Makna: kata yang dibentuk dengan menggunakan kata yang sedia ada atau telah wujud dengan meluaskan maknanya.



Proses Penyempitan Makna: kata atau istilah yang dibentuk dengan menggunakan kata yang sedia ada tetapi disempitkan maknanya kepada pengertian yang lebih terbatas.



Proses Perubahan Makna: proses ini dibentuk dengan menggunakan kata yang sedia ada atau wujud, sama ada dalam bentuk kata pinjaman atau daripada kata jati bahasa itu sendiri tetapi pengertiannya diubah.

12



Proses Pinjam Terjemah: sesuatu bahasa yang tidak mempunyai istilah atau kata tentang sesuatu benda atau objek akan mengambil atau meminjam kata atau istilah daripada bahasa asing sebelum diterima dan diserapkan dalam bahasa tersebut, diterjemahkan terlebih dahulu dengan katakata yang sedia wujud dalam bahasa itu.



Proses Peminjaman Kata: membentuk kata atau istilah melalui proses ini, sama ada daripada bahasa asing atau daripada dialek bahasa itu sendiri.

www.ppl.upm.edu.my/index2.php?option=com_docm an

13

Related Documents


More Documents from "YurikaAmelia"

Peristilahan
May 2020 5