Bahasa Melayu

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bahasa Melayu as PDF for free.

More details

  • Words: 547
  • Pages: 24
Rangkap 1 :=Penyajak pulang ke kampung

halamannya tempat dia mula bersekolah dan dibesarkan.Dia mengingati semula kenangan sewaktu dia masih bersekolah,tetapi sekarang semuanya sudah berubah. Rangkap2:=Penyajak mengimbau ketika

berusia belasan tahun dan ketika menuntut ilmu.Ibu bapanya banyak berkorban dan suasana keakraban terjalin bersama-sama kawan-kawan.Semuanya itu terbayang semula apabila dia kembali ke desanya.

Rangkap3 :=Apabila penyajak tiba di sekolah

yang telah lama ditinggalkan,dia mendapati bahawa keadaan sudah berubah.Suasana sepi menyelubunginya kerana dia tidak lagi mendengar suara guru yang memberikan markah kepada pelajar yang mendapat nombor satu.Selain itu,penyajak terkenang kecemerlangan dalam pelajaran yang dicapainya,tetapi kejayaan itu tidak sedikit pun dibanggakan oleh ayahnya. Rangkap4 :=Penyajak menyedari bahawa

sekolah tempat dia mula belajar sehingga bejaya dan kampung halamannya telah banyak berjasa kepada dirinya.Namun,kini semuanya sudah berubah dan hanya kenangan manis yang masih terpahat di sanubari.Penyajak juga berasa sedih

Mencintai tanah air: Penyajak cuba

menyatakan bahawa dia tidak harus melupakan kampung halaman yang telah banyak berjasa kepada dirinya. Mengenang budi: Penyajak terkenang jasa

dan sumbangan ibu bapa,guru-guru dan kawan-kawannya. Peredaran masa: Penyajak cuba

mengemukakan perubahan-perubahan yang telah berlaku kepada sekolah dan kampung halamannya.

Sajak ini bernada romantis.Isi sajak ini menggambarkan perasaan rindu dan tenang penyajak apabila berada di kampung halaman tempat kelahirannya dan melawat sekolah tempat penyajak mula mengenal kasih sayang dan mengenal ilmu.Penyajak melahirkan perasaan kasih dan sayangnya kepada tempat kelahirannya,walaupun sudah lama meninggalkan kampung halaman.

Sajak ini mengandungi empat rangkap. Sajak ini berbentuk bebas. Rangkap pertama terdiri daripada 7

baris,rangkap kedua terdiri daripada 6 baris dan rangkap ketiga terdiri daripada 8 baris. Jumlah perkataan bagi setiap baris antara 1-5 patah perkataan. Rima bunyi seperti berikut Rangkap 1: a b c a d e b Rangkap 2: a b c a d d Rangkap 3:a b a c d d d Rangkap 4: a a a b c d d

Perulangan bunyi ‘e’ contohnya:  Tempat bersekolah dan dibesarkan.  Keakraban teman dan pergelutan

Perulangan bunyi ‘a’ contohnya:  Pengorbanan ayah dan emak  Dan ayahku bangga

Perulangan bunyi ‘u’ contohnya:  Sewaktu kulewati kota kecilku ini

Perulangan bunyi ‘i’ contohnya:  Mengimbau rindu  Detik itu mengambang bagai mimpi

Perulangan bunyi konsonan ‘k’ contohnya:  Sewaktu kulewati kota kecilku ini.

Perulangan bunyi konsonan ‘l’ contohnya:  Mulai mengenal cinta dan ilmu.

Perulangan bunyi konsonan ‘l’ contohnya:  Mulai mengenal cinta dan ilmu.  Detik itu mengambang bagai mimpi.

Secara keseluruhannya,penyajak menggunakan

bahasa yang puitis dan diksi yang sesuai serta mudah difahami isinya.Contohnya:

 Meski berubah pandangan  Mengimbau rindu dan kenangan  Sayang

Penyajak menggunakan baris-baris yang

pendek bertujuan untuk memberikan kesan segera kepada pembaca.Contohnya:

 Mengimbau rindu  Dan kenangan  Terasa sepi

Simile.Contohnya:  Detik itu mengambang bagai mimpi.

1)Mengimbau-mengingati semula 2)Pergelutan-keperitan yang pernah

dilaluinya 3)Mengambang-berlalu dengan cepat 4)Mengenal dunia-tempat penyajak menuntut ilmu 5)Berubah pandangan-mengalami perubahan akibat pembangunan

Mengenang budi dan jasa  Penyajak mengenang kembali jasa dan pengorbanan ayah,ibu

dan gurunya.

Mencintai kampung halaman  Penyajak tetap mengingati kampung halamannya walaupun

telah menetap di kota.

Kasih sayang  Nilai yang bersifat universal,ia tidak terbatas antara sesama

manusia tetapi juga pada tanah air.

Ilmu mengangkat martabat diri  Penyajak merupakan orang yang berjaya di desanya tetapi tidak

menjadikan ayahnya bangga kerana kebijaksaan bukan untuk dibangga-banggakan.

“Kelemahan utama manusia bukanlah kerana ia tidak mendapat atau tidak memperoleh apa yang belum dapat dipunyainya tetapi adalah kerana kegagalannya menggunakan apa yang dipunyainya.”

Related Documents

Bahasa Melayu
May 2020 39
Bahasa Melayu
November 2019 54
Bahasa Melayu
May 2020 40
Bahasa Melayu
October 2019 45