SBY-Boediono , calon wapres senang orang Indonesia bakal di baptis rasain luh orang islam tolol
Lahir Kembali [172] (Edisi 2.0 19960727-20000712) Gua aja KErja Di Koran poskota kompas kagak sombong lu…kerja dimana sihh…. Kebanyakan orang mengetahui istilah lahir kembali dalam pengertian seorang Kristian. Namun ramai yang tidak memahami erti dan proses yang terlibat dalam istilah ini. Kristus telah menyampaikan pengajaran mengenai persoalaan ini seperti yang dicatat oleh Yohanes dalam buku Yohanes 3:1-21. Tulisan ini meneliti penjelasan Alkitab dan juga menyingkap pelbagai penggunaan istilah tersebut oleh kebanyakan kumpulan Kristian yang lain.
Christian Churches of God PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA E-mail:
[email protected]
(Hakcipta ã 1996 Wade Cox) (Tr. 2003)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya ini boleh didapati daripada Internet di: http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Lahir Kembali [172]
Kebanyakan orang mengetahui istilah lahir kembali dalam pengertian seorang Kristian. Namun ramai yang tidak memahami erti dan proses yang terlibat dalam istilah ini. Kristus telah menyampaikan pengajaran mengenai persoalaan ini seperti yang dicatat oleh Yohanes dalam Yohanes 3:1-21. Ada beberapa konsep yang terlibat didalam ayatayat ini yang diabaikan di dalam karismatik moden terhadap istilah lahir kembali.
Yohanes 3:1-21 Adalah seorang Farisi yang bernama Nikodemus, seorang pemimpin agama Yahudi. 2 Ia datang pada waktu malam kepada Yesus dan berkata: “Rabi, kami tahu, bahawa Engkau datang sebagai guru yang diutus Allah; sebab tidak ada seorangpun yang dapat mengadakan tanda-tanda yang Engkau adakan itu, jika Allah tidak menyertainya.” 3 Yesus menjawab, kataNya: “Aku berkata kepadamu, sesungguhnya jika seorang tidak dilahirkan kembali, ia tidak dapat melihat Kerajaan Allah.” 4 Kata Nikodemus kepadaNya: “Bagaimanakah mungkin seorang dilahirkan, kalau ia sudah tua? Dapatkah ia masuk kembali ke dalam rahim ibunya dan dilahirkan lagi?” 5 Jawab Yesus: “Aku berkata kepadamu, sesungguhnya jika seorang tidak dilahirkan dari air dan Roh, ia tidak dapat masuk ke dalam Kerajaan Allah. 6 Apa yang dilahirkan dari daging, adalah daging, dan apa yang dilahirkan dari Roh, adalah roh. 7 Janganlah Engkau heran, kerana Aku berkata kepadamu: kamu harus dilahirkan kembali. 8 Angin bertiup kemana ia mahu, dan engkau mendengar bunyinya, tetapi engkau tidak tahu dari mana ia datang atau ke mana ia pergi. Demikianlah halnya dengan tiap-tiap orang yang lahir dari Roh.” 9 Nikodemus menjawab, katanya: “Bagaimanakah mungkin hal itu terjadi?” 10 Jawab yesus: “Engkau adalah pengajar Israel, dan engkau tidak mengerti hal-hal itu? 11 Aku berkata kepadamu, sesungguhnya kami berkata-kata tentang apa yang kami ketahui dan kami bersaksi tentang apa yang kami lihat, tetapi kamu tidak menerima kesaksian kami. 12 Kamu tidak percaya, waktu Aku berkata-kata dengan kamu tentang hal-hal duniawi, bagaimana kamu akan percaya, kalau Aku berkata-kata dengan kamu tentang hal-hal sorgawi? 13 Tidak ada seorangpun yang telah naik ke sorga, selain daripada Dia yang telah turun dari sorga, iaitu Anak Manusia. 14 Dan sama seperti Musa meninggikan ular di padang gurun, demikian juga Anak Manusia harus ditinggikan, 15 supaya setiap orang yang percaya kepadaNya beroleh hidup yang kekal. 16 Kerana begiru besar kasih Allah akan dunia ini, sehingga Ia telah mengaruniakan AnakNya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepadaNya tidak binasa, melainkan beroleh hidup yang kekal. 17 Sebab Allah mengutus AnakNya ke dalam dunia bukan untuk menghakimi dunia, melainkan untuk menyelamatkannya oleh Dia. 18 Barang siapa percaya kepadaNya, ia
tidak akan dihukum; barang siapa tidak percaya, ia telah berada dibawah hukuman, sebab ia tidak percaya dalam nama Anak Tunggal Allah. 19 Dan inilah hukuman itu: Terang telah datang ke dalam dunia, tetapi manusia lebih menyukai kegelapan daripada terang, sebab-perbuatan-perbuatan mereka jahat. 20 Sebab barang siapa berbuat jahat, membenci terang dan tidak datang kepada terang itu, supaya perbuatan-perbuatannya yang jahat itu tidak nampak; 21 tetapi barang siapa melakukan yang benar, ia datang kepada terang, supaya menjadi nyata, bahawa perbuatan-perbuatannya dilakukan dalam Allah.”
Perkataan Lahir kembali berasal dari SGD 1080 gennaõ yang bererti menjadikan bapa atau ibu dan diibarat ertikan diperbaharui seperti dilahirkan kembali atau dibuat atau tumbuh kembali.
Usul saranan yang terdapat disini ialah: 1. Tiada orang yang tidak dilahirkan kembali akan mewarisi Kerajaan Allah. Pernyataan ini berdasarkan alasan bahawa daging tidak akan mewarisi Kerajaan Allah. 1Korintus 15:50 Saudara-saudara, inilah yanghendak kukatakan kepadamu, iaitu bahawa daging dan darah tidak mendapat bahagian dalam Kerajaan Allah dan bahawa yang binasa tidak mendapat bahagian dalam apa yang tidak binasa.
Justru itu, manusia dengan keadaannya yang tidak benar dan adil tidak akan mewarisi Kerajaan ini. 1Korintus 6:9-10 Atau tidak tahukah kamu, bahawa orang-orang yang tidak adil tidak akan mendapat bahagian dalam Kerajaan Allah? Janganlah sesat! Orang cabul, penyembah berhala, orang berzina, banci, orang pemburit, 10 pencuri, orang kikir, pemabuk, pemfitnah dan penipu tidak akan mendapat bahagian dalam Kerajaan Allah.
Inilah pekerjaan daging itu dimana ianya diulang lagi dalam bentuk yang berlainan dalam buku Galatia. Galatia 5:19-26 19 Perbuatan daging telah nyata, iaitu: percabulan, kecemaran, hawa nafsu, 20 penyembahan berhala, sihir, perseteruan, perselisihan, iri hati, amarah, kepentingan diri sendiri, percideraan, roh pemecah, 21 kedengkian, kemabukan, pesta pora dan sebagainya. Terhadap semuanya itu Kuperingatkan kamu – bahwa barangsiapa melakukan hal-hal yang demikian, ia tidak akan mendapat bahagian dalam Kerajaan Allah.
Perbuatan yang boleh mewarisi Kerajaan Allah dinyatakan dalam ayat-ayat yang seterusnya. 22 Tetapi buah Roh ialah: kasih, sukacita, damai sejahtera, kesabaran, kemurahan, kebaikan, kesetiaan, 23 kelemah-lembutan, penguasaan diri. Tidak ada hukum yang menentang hal-hal itu. 24 Barangsiapa menjadi milik Kristus Yesus, ia telah menyalibkan daging dengan segala hawa nafsu dan keinginannya. 25 Jikalau kita hidup oleh Roh, baiklah hidup kita juga dipimpin oleh Roh, 26 dan janganlah kita gila hormat, janganlah kita saling menentang dan saling mendengki.
Iman harus dikembangkan dalam Roh. Justru, kelahiran kembali haruslah berbentuk spiritual. Ianya bukan konsep fizikal Inilah sebab mengapa Kristus menyamakannya dengan angin yang tidak boleh dilihat. Proses kewarisan melalui iman dan kesabaran dalam ketekunan ini diperkuatkan dalam Ibrani 6:12.
Ramai orang yang telah menolak aliran utama atau sistem hairaki keagamaan dan mempunyai fahaman salah mengenai syarat-syarat yang diberikan kepada umat pilihan untuk bekerja tekun didalam iman. Gereja awal bukan dalam sistem hairaki tetapi ia juga
teratur dan tekun, berdasarkan kerja melalui pengorbanan diri serta pelayanan yang baik. Sesiapa yang mempunyai kurang mentalitas, atau yang menyalahgunakan struktur hairaki, cuba untuk menghindari aktiviti yang teratur melalui penolakan struktur yang teratur. Ini adalah doktrin yang salah dan akan diteliti secara berasingan. Dilahirkan kembali bermaksud dilahirkan kembali bagi pekerjaan iman didalam struktur gereja iaitu tubuh Yesus Kristus. Struktur ini bukan dalam sistem Hairaki namun teratur serta berdisiplin, bertindak dibawah hukum Alkitab. Akan tiba masanya dimana tidak ada seorangpun yang dapat bekerja (Yoh 9:4) tetapi masa itu belum tiba. Tugasan bagi seorang askar ialah menyelenggarakan serta berlawan bilamana negaranya berada dalam peperangan. Israel akan berperang sehingga kedatangan Mesiah dan penaklukan bangsa ini. Kegagalan untuk bertindak dalam pelayanan Tuhan merupakan pelayanan diri yang tidak tertib.
1Petrus 3:8-9 menunjukkan semangat dimana semangat dalam aktiviti serta kesatuan dalam jemaat berkembang dan ayat-ayat sehingga ayat ke-21 menunjukkan maksud dan kuasa.
1Petrus 3:8-21 Dan akhirnya, hendaklah kamu semua seia sekata, seperasaan, mengasihi saudara-saudara, penyayang dan rendah hati, 9 dan janganlah membalas kejahatan dengan kejahatan, atau caci maki dengan caci maki, sebaliknya, hendaklah kamu memberkati, kerana untuk itulah kamu dipanggil, iaitu untuk memperoleh berkat. Sebab: 10 “Siapa yang menyintai hidup dan mahu melihat hari-hari baik, ia harus menjaga lidahnya terhadap yang jahat dan bibirnya terhadap ucapan-ucapan yang menipu. 11 Ia harus menjauhi yang jahat dan melakukan yang baik, ia harus mencari perdamaian dan berusaha mendapatkannya. 12 Sebab mata Tuhan tertuju kepada orang-orang benar, dan telingaNya kepada permohonan mereka yang minta tolong, tetapi wajah Tuhan menentang orang-orang yang berbuat jahat.”
Konsep menjadi seperasaan yang telah disalah pakai dalam cara pemujaan untuk mengosongkan fikiran, merupakan kesetiaan kepada doktrin yang salah. Harus ada belas kasihan serta cinta sebagai saudara-saudara. Cemuhan dan tuduhan seharusnya tidak ada di kalangan umat pilihan. Bagaimanapun keadaan hubungan manusia ini, telah menjadi ciri-ciri gereja-gereja pada alaf yang kedua puluh. Konsep dan kebenaran tidak pernah, atau jarang sekali berlaku didalam perkara yang serius melainkan menyerang individu serta memfitnah. Daripada menyelesaikan persoalan, individu itu diserang diatas sikap mereka atau cara mereka berbicara. Jagalah lidahmu terhadap yang jahat dan bibirmu terhadap ucapan-ucapan yang menipu (Maz 32:2; 34:13; 1Tes 2:3; 1Pet 2:1,22; 3:10; Wah 14:5). Memegahkan diri dan meninggikan orang lain merupakan dosa (Yak 2:1-9). Kristus memuji seorang yang tidak mempunyai kepalsuan dalam dirinya dalam Yohanes 1:47.
Yohanes 1:45-51 Filipus bertemu dengan Natanel dan berkata kepadanya: “Kami telah menemukan Dia, yang disebut oleh Musa dalam kitab Taurat dan oleh para nabi, iaitu Yesus, anak Yusuf dari Nazaret.” 46 Kata Natanael kepadanya: “Mungkinkah sesuatu yang baik datang dari Nazaret?” 47 Kata Filipus kepadanya: “Mari dan lihatlah!” Yesus melihat Natanael datang kepadaNya, lalu berkata tentang dia: “Lihat, inilah seorang Israel sejati, tidak ada kepalsuan di dalamnya!” 48 Kata Natanael kepadaNya: “Bagaimana Engkau?” Jawab Yesus kepadanya: “Sebelum Filipus memanggil engkau, Aku melihat engkau di bawah pohon ara” 49 Kata Natanael kepadaNya: “Rabi, Engkau anak Allah, Engkau Raja orang Israel!” 50 Yesus menjawab, kataNya: “Kerana Aku berkata kepadamu: Aku melihat engkau di bawah pohon ara, maka engkau percaya? Engkau akan melihat hal-hal yang lebih besar daripada itu.” 51 Lalu kata Yesus kepadanya: “Aku berkata kepadamu, sesunggfuhnya engkau akan melihat langit terbuka dan malaikat-malaikat Allah turun naik kepada Anak Manusia.
Disini Natanael menyatakan pandangan mengenai Nazaret, tetapi dia bersifat terbuka dalam pandangannya. Dia terlalu mudah untuk diyakinkan walaupun dengan bukti yang ringan. Natanael dijanjikan satu panggilan. Ayat dalam 1Petrus 3 diteruskan.
13 Dan siapakah yang akan berbuat jahat terhadap kamu, jika kamu rajin berbuat baik? 14 Tetapi sekalipun kamu harus menderita juga kerana kebenaran, kamu akan berbahagia. Sebab itu janganlah kamu takuti apa yang mereka takuti dan janganlah gentar. 15 Tetapi kuduskanlah Kristus di dalam hatimu sebagai Tuhan! Dan siap sedialah pada segala waktu untuk memberi pertanggunganjawab kepada tiap-tiap orang yang meminta pertanggunganjawab dari kamu tentang pengharapan yang ada pada mu, tetapi haruslah dengan lemah lembut dan hormat.
Perintah di sini ialah supaya bersedia memberi jawapan terhadap pengharapan yang berada dalam diri kita dengan lemah lembut dan hormat. Baru-baru ini kita telah dicabar melalui perdebatan dengan kumpulan Roman Katolik yang menggunakan ayat-ayat Alkitab ini sebagai landasan dalam perdebatan itu. Namun mereka tidak dituntut untuk memberi jawapan.
Kebanyakan kebencian didalam era agama moden berakar daripada ketidakmampuan untuk menguraikan konsep secara terbuka dan jujur. Kebanyakan kesalahan terjadi disebabkan oleh pandangan yang mengatakan ahli-ahli fundamental dalam abad ini adalah benar, sedangkan ia digambarkan tidak sedemikian ketika abad-abad yang lalu ataupun pada gereja-gereja awal. Pandangan ini jelas ketika persidangan baru-baru ini,
yang mengatakan doktrin-doktrin gereja sudah diperkenalkan lebih daripada dua ribu tahun. Ramai yang silap kerana sejarah tidak menunjukkan bahawa apa yang mereka lakukan pada abad kedua puluh merupakan sesuatu yang tetap. Melainkan ia dilihat sebagai satu perubahan baru.
Daripada melihat kebenaran dengan objektif, mereka yang tidak berkenaan dengan sejarah memilih untuk menyerang pembicara daripada mengikuti apa yang telah dibicarakan. Ini telah terjadi kepada beberapa pembicara yang tidak mengikuti cara moden walaupun dia benar secara Alkitabia. Akibatnya, mereka sering menembak para pengabar. Inilah sebabnya pihak berkuasa membunuh para nabi. Pihak berkuasa menyatakan bahawa tindakan itu adalah untuk Tuhan pada tahap yang tertinggi dan utama, yakni bait suci, telah membunuh para nabi. Jika mereka tidak mengampunkan Kristus atau para rasul, mengapa harus kita diampunkan? Kristus mengatakan:
Lukas 13:33 Tetapi hari ini dan esok dan lusa Aku harus meneruskan perjalananKu, sebab tidaklah semestinya seorang nabi dibunuh kalau tidak di Yerusalem.
Seorang nabi tidak dihormati didalam negerinya sendiri (Mat 13:57; Mar 6:4; Luk 4:24; Yoh 4:44). Dengan alasan inilah orang-orang berdosa membunuh para nabi, termasuk Mesiah dimana ia adalah yang terbesar. Hanya Yunus yang diindahkan dan ini berlaku di Ninewi, untuk dia menjadi saksi melawan Yahuda. Umat pilihan telah diserang kerana kebenaran terlebih lagi kepada mereka yang menuntut menuruti iman. Orang-orang yang menguduskan diri-sendiri ini telah membunuh umat pilihan serta membuang mereka dari sinagog-sinagog dan gereja-gereja, dengan anggapan bahawa mereka melakukan pekerjaan Tuhan (Yes 66:5). Perempuan pelacur itu telah meminum darah para nabi, orang-orang kudus serta darah semua orang yang dibunuh (Wah 18:24). Tuhan akan menuntut bela bagi pihak umat pilihan dari perempuan ini (Wah 18:20). Perempuan pelacur ini adalah sistem Keagamaan yang menuntut sebagai wakil Kristus dan para nabi serta para rasul tetapi membunuh mereka. Orang-orang dalam sistem Kristian yang salah ini, akan menyalahkan saudara-saudaranya dalam setiap tahap. 1Petrus 3:16-21 Dan dengan hati nurani yang murni, supaya mereka, yang memfitnah kamu kerana hidupmu yang saleh dalam Kristus, menjadi malu kerana fitnahan mereka itu. 17 Sebab lebih baik menderita kerana berbuat baik, jika hal itu dikehendaki Allah, daripada menderita kerana berbuat jahat. 18 Sebab juga Kristus telah mati sekali untuk segala dosa kita, Ia yang benar untuk orang-orang yang tidak benar, supaya Ia membawa kita kepada Allah; Ia yang telah dibunuh dalam keadaanNya sebagai manusia, tetapi yang dibangkitkan menurut Roh, 19 Dan didalam Roh itu juga Ia pergi memberitakan injil kepada roh-roh yang didalam penjara, 20 iaitu kepada roh-roh mereka yang dahulu pada waktu Nuh sedang mempersiapkan bahteranya, dimana hanya sedikit, iaitu delapan
orang, yang diselamatkan oleh air bah itu, 21 juga kamu sekarang diselamatkan oleh kiasannya, iaitu baptisan – maksudnya bukan untuk membersihkan kenajisan jasmani, melainkan untuk memohonkan hati nurani yang baik kepada Allah – oleh kebangkitan Yesus Kristus.
Justru, baptisan bermaksud keselamatan seperti bahtera pada zaman Nuh. Kita akan mati didalam daging supaya kita dibangkitkan oleh Roh, seperti mana Kristus mati dan dibangkitkan semula oleh Roh. Proses ini juga merupakan satu penanggungan terhadap ketidakadilan dari mereka yang tidak mengalami pengubahan. Sesungguhnya, seseorang itu tidak semestinya akan mengalami pengubahan walaupun dia pernah ada di dalam gereja-gereja Tuhan pada abad kedua puluh. Contoh yang luar biasa, yang hanya diungkap selepas beberapa lama, adalah pandangan bagi orang yang mengakui dirinya mengalami pengubahan, menjadi anggota gereja yang dibaptis dalam jemaat-jemaat Allah, yang mana berhubungan dengan pengubahan dan inspirasi oleh para rasul dan nabi. Dikatakan bahawa Petrus dan Paulus tidak mengalami pengubahan, dan bahawa Paulus memberitakan injil yang salah, dan kerana itu buku Perjanjian Baru (termasuk para nabi) tidak diinspirasikan – hanya Torah yang diinspirasikan. Proses pemikiran seperti ini adalah roh tuduhan. Ia menuduh Petrus dan Paulus serta jemaat-jemaat yang mereka pelihara. Ia menuduh Tuhan serta menyerang inspirasi ayat-ayat dalam buku Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru. Roh tuduhan bukan roh pengubahan ataupun gagasan fikiran bagi orang yang mengalami pengubahan. Kepala bagi setiap umat manusia ialah Kristus dan kepala bagi Kristus ialah Allah (1Kor 11:3). Siapakah kita, yang menghakimi hamba orang lain (Rom 14:4,12,13). Kita harus menang sebagai anak Allah demi mewarisi Kerajaan itu (Wah 21:7).
Wahyu 21:7 Barangsiapa menang, ia akan memperoleh semuanya ini, dan Aku akan menjadi Allahnya dan ia akan menjadi anakKu. Dilaharkan kembali adalah proses untuk menanggulangi.
2. Tidak ada yang naik ke Sorga, melainkan Dia yang turun dari Sorga, Yesus Kristus. Persoalan mengenai kelahiran kembali menjadi kegemaran dalam cara pemujaan yang misteri. Misteri-misteri ini mengajar doktrin mengenai perpindahan. Para Gnostik mengajar bahawa anda akan naik ke Sorga sewaktu anda mati. Doktrin ini disangkal oleh Alkitab, oleh Kristus serta semua ahli Kristian yang lain. Ianya dilihat sebagai doktrin yang tidak mempunyai ciri-ciri Ketuhanan serta menghujat (lihat tulisan Jiwa [092]). Justru, tulisan ini mengajar supaya doktrin perpindahan ini tidak mengelirukan doktrin lahir kembali mahupun Doktrin mengenai jiwa oleh orang-orang Babel. Para Gnostik mengajar bahawa jiwa itu akan diangkat ke Sorga melalui Milky Way dan proses turun
naik ini dihalangi oleh kuasa kejahatan. Adalah mustahil menjadi seorang Kristian sekiranya mempercayai doktrin perpindahan serta doktrin jiwa ini.
3. Kristus akan disalibkan supaya setiap orang yang percaya kepadaNya akan memperohi hidup yang kekal. Proses penyaliban Kristus adalah contoh bagi penaklukan diri untuk kebaikan umat manusia. Proses ini harus dimengerti demi memahami apa yang terjadi dalam rencana keselamatan. Allah menghendaki mereka yang berbakti kepadaNya didalam Roh dan Kebenaran (Yoh 4:23). Dia menghendaki mereka yang mengampuni dan berdoa untuk musuh mereka seperti yang dilakukan oleh Daud. Daud adalah seorang yang dekat dengan Tuhan, namun Daun juga berdosa. Tidak ada apa-apa perhubugan kepada dosa, hanya kerugian diatas kehilangan oleh dosa. Perhubungan dosa adalah doktrin social yang jahat, didapati di dalam penjara diantara penjenayah-penjenayah, dimana mempamerkan dosa-dosa dalam skala social. Demikianlah pandangan bagi dosa, Perangai memandang darjat menyebabkan dosa (Yak 2:1-9). Dosa adalah pelanggaran terhadap hukum. 1Yohanes 3:4-9 Setiap orang yang berbuat dosa, melanggar juga hukum Allah, sebab dosa ialah pelanggaran terhadap hukum Allah. 5 Dan kami tahu, bahawa ia telah menyatakan diriNya, supaya Ia menghapus segala dosa, dan di dalam Dia tidak ada dosa. 6 Kerana itu, setiap orang yang tetap berada didalam Dia, tidak berbuat dosa lagi; setiap orang yang tetap berbuat dosa, tidak melihat dan tidak mengenal Dia. 7 Anak-anakKu, janganlah membiarkan seorangpun menyesatkan kamu. Barangsiapa yang berbuat kebenaran adalah benar, sama seperti Kristus adalah benar; 8 barangsiapa yang tetap berbuat dosa, berasal dari iblis, sebab iblis berbuat dosa dari mulanya. Untuk inilah Anak Allah menyatakan diriNya iaitu supaya Ia membinasakan perbuatan-perbuatan Iblis itu. 9 Setiap orang yang lahir dari Allah, tidak berbuat dosa lagi; sebab benih ilahi tetap ada didalam dia dan ia tidak dapat berbuat dosa, kerana ia lahir dari Allah.
Dia yang memandang darjat akan berdosa (Yak 2:1-9). Upah dosa adalah maut (Rom 6:23).
4. Allah tidak mengutus Kristus ke dunia untuk membinasakan dunia tetapi untuk menebus mereka yang percaya kepadaNya. Proses kepercayaan ini adalah perubahan sikap umat manusia untuk menurut kehendak Allah dan hukumNya. Inilah penurutan terhadap iman (Rom 1:5). Kita semua diselamatkan melalui penurutan terhadap Kristus (Rom 5:19). Penurutan kita kemudiannya menjadi kudus (Rom 6:16-19). Rahsia-rahsia Allah tetap termeterai atau
tersembunyi sejak dunia bermula tetapi sekarang diketahui oleh semua bangsa bagi penurutan iman (Ef 3:9-13).
Ini adalah tema utama bagi pengubahan Roh. Diri yang lama akan dibinasakan sewaktu baptisan dan Roh akan menguasai individu kearah pengubahan diri keseluruhannya. Proses dalam pengubahan diri ini adalah hal-hal spiritual yang sejati. Penurutan hukum adalah hal fizikal serta proses mekanikal dengan menurut ordonansi fizikal yang tidak memberi keselamatan tetapi ianya satu kebutuhan supaya hukum tidak dilanggar. Hukum pada tahap fizikal tidak boleh dituruti dengan baik tanpa Roh Suci. Tidak ada diantara rasul-rasul telah mengalami pengubahan diri sehinggalah hari pentakosta, walaupun mereka mengikuti Kristus dan menuruti hukum-hukum fizikal. Pengubahan mereka dilakukan melalui Roh Suci. Walaupun sewaktu penyaliban, Petrus masih tidak mengalami pengubahan diri, ini mengikut kesaksian Kristus sendiri.
Lukas 22:24-32 Terjadilah juga pertengkaran diantara murid-murid Yesus, siapakah yang dapat diangkap terbesat diantara mereka. 25 Yesus berkata kepada mereka: “Raja-raja bengsa-bangsa memerintah rakyat mereka dan orang-orang yang menjalankan kuasa atas mereka disebut pelindung-pelindung. 26 Tetapi kamu tidaklah demikian, melainkan yang terbesar diantara kamu hendaklah menjadi sebagai yang paling muda dan pemimpin sebagai pelayan. 27 Sebab siapakah yang lebih besar: yang duduk makan, atau yang melayani? Tetapi Aku ada di tengah-tengah kamu sebagai pelayan. 28 Kamulah yang tetap tinggal bersama-sama dengan Aku dalam segala pencubaan yang Aku alami. 29 Dan Aku akan menentukan hak-hak Kerajaan bagi kamu, sama seperti Bapaku menentukannya bagiKu., 30 bahawa kamu akan makan dan minum semeja dengan Aku di dalam KerajaanKu dan kamu akan duduk diatas takhta untuk menghakimi kedua belas suku Israel. 31 Simon, Simon, lihat, Iblis telah menuntut untuk menampi kamu seperti gandum, 32 tetapi Aku telah berdoa untuk engkau, supaya imanmu jangan gugur. Dan engkau, jikalau engkau sudah insaf, kuatkanlah saudara-saudaramu.”
Proses pengubahan diri ini tidak difahami oleh rasul-rasul sebab mereka masih tidak menerima Roh. Keinginan untuk berkuasa serta kedudukan masih menguasai dalam diri mereka. Kebanyakan kumpulan Kristian yang dipanggil ortodox masih berfikiran seperti ini. Kristus datang untuk melayani. Konsep kedudukan serta kuasa adalah lazim terjadi diantara gereja-gereja Tuhan pada abad kedua puluh. Perbezaan diantara pengubahan fizikal dan spiritual tidak difahami dengan sebaik-baiknya.
Ramai orang yang dipanggil untuk mengikuti jemaat-jemaat Allah Al Masehi disebabkan oleh perkhabaran Alkitab. Lebih efektif pengiklanan mengenainya, maka lebih ramai
orang yang tidak dipilih dan yang belum mengalami pengubahan diri dipanggil. Mereka akan menjalani pengubahan fizikal didalam kumpulan fizikal, seperti yang dilakukan oleh rasul-rasul pada mulanya.
Rasul-rasul mengikuti guru mereka kemana saja dia pergi tetapi tidak memahami rahasiarahasia Allah ketika dia menguraikan perkara ini kepada mereka dan mereka mengalami kesulitan untuk memahami misi Mesiah. Secara pendeknya, mereka telah mengikuti kumpulan itu namun tidak mengalami pengubahan diri. Mereka tidak memahami doktrin mengenai pengubahan Roh Suci. Mereka pernah melihat pembaptisan Yohanes dan pernah menjalankan pembaptisan Kristus tetapi mereka masih tidak menerima Roh Suci dan justru itu, ada sedikit perbezaan pada waktu itu, iaitu sebelum pentakosta, diantara pembaptisan Yohanes dan pada waktu mereka sendiri melakukannya.
Kegagalan untuk memahami rahmat keselamatan murni melalui pengorbanan Yesus Kristus adalah kelemahan terbesar didalam jemaat-jemaat Allah pada abad yang kedua puluh. Orang-orang boleh saja dipanggil dari kedosaan dan dibaptiskan, daripada membuat aplikasi untuk memahami doktrin dalam injil rahmat. Dosa-dosa akan menguasai kembali dan menyebabkan pembaptisan tadi seperti tidak pernah berlaku. Ini merupakan proses pemikiran orang yang tidak mengalami pengubahan dan gagal untuk memahami kesempurnaan pengorbanan Kristus serta belas kasihan dan cinta Tuhan.
Mazmur 103:10-12 Tidak dilakukanNya kepada kita setimpal dengan dosa kita, dan tidak dibalasNya kepada kita setimpal dengan kesalahan kita, 11 tetapi setinggi langit diatas bumi, demikian besarnya kasih setiaNya atas orang-orang yang takut akan Dia; 12 Sejauh timur dari barat, demikian dijauhkanNya daripada kita pelanggaran kita.
Melalui ketidakupayaan untuk memahami pengubahan spiritual ini dan pembuangan dosa sewaktu pertobatan, kedengkian, fitnah dan kejahatan akan memasuki tubuh Kristus. Kebanyakan orang yang tidak memahami dasar pengubahan ini akan gagal sebab mereka sendiri hanya mengalami pengubahan fizikal secara luaran sahaja. Mereka sama seperti rasul-rasul sebelum pentakosta yang tidak memahami kelemahan sendiri. Mereka memfitnah serta menyerang orang lain dengan dosa-dosa mereka yang sudah lama berlalu dan sudah diampunkan tetapi masih belum mengampunkan dosa-dosa diantara kepimpinan mereka sendiri disebabkan oleh sifat memandang darjat dan kedudukan. Proses ini merupakan penyebab utama kejahatan didalam jemaat-jemaat Allah Al Masehi dan rintangan terbesar menuju kepada pengubahan dunia – untuk orang-orang Yahudi dan orang-orang jahil. Dalam proses ini, kebenaran akan terlontar ke tanah. Orang seringkali
melihat dosa pada diri seseorang sedangkan dosa mereka sendiri lebih besar namun diabaikan.
Matius 7:1-12 “Janganlah kamu menghakimi, supaya kamu tidak dihakimi. 2 Kerana dengan penghakiman yang kamu pakai untuk menghakimi, kamu akan dihakimi dan ukuran yang kamu pakai untuk mengukur, akan diukurkan kepadamu. 3 Mengapakah kamu melihat selumbar di mata saudaramu, sedangkan balok di dalam matamu tidak engkau ketahui? 4 Bagaimanakah engkau dapat berkata kepada saudaramu: Biarlah aku mengeluarkan selumbar itu dari matamu, padahal ada balok di dalam matamu. 5 Hai orang munafik, keluarkanlah dahulu balok dari matamu, maka engkau akan melihat dengan jelas untuk mengeluarkan selumbar itu dari mata saudaramu.” 6 “Janganlah kamu memberikan barang yang kudus kepada anjing dan jangan kamu melemparkan mutiaramu kepada babi, supaya jangan diinjak-injaknya dengan kakinya, lalu ia berbalik mengoyak kamu.” 7 “Mintalah, maka akan diberikan kepadamu; carilah, maka kamu akanmendapat; ketuklah, maka pintu akan dibukakan bagimu. 8 Kerana setiap orang yang meminta, menerima dan setiap orang yang mencari, mendapat dan setiap orang yang mengetuk, baginya pintu dibukakan. 9 Adakah seorang daripadamu yang memberi batu kepada anaknya, jika ia meminta roti, 10 atau memberi ular, jika ia meminta ikan? 11 Jadi jika kamu yang jahat tahu memberi pemberian yang baik kepada anak-anakmu, apalagi Bapamu yang Sorga! Ia akan memberikan yang baik kepada mereka yang meminta kepadaNya.” 12 “Segala sesuatu yang kamu kehendaki supaya orang perbuat kepadamu, perbuatlah demikian juga kepada mereka. Itulah isi seluruh hukum Taurat dan kitab para nabi.
Perbezaan disini ialah diantara dua usul saranan: Pertama ialah menghakimi dengan betul, dan yang kedua ialah dengan tidak memberitahu rahsia-rahasia ini kepada mereka yang tidak dipanggil sekiranya mereka tidak datang kepada anda. Penganiayaan akan datang dalam keserasiannya sendiri kerana dunia membenci perkataan kita. Alkitab mempunyai gambaran yang salah oleh kerana dunia membenci perkataan kita, namun harus dipertahankan supaya terus benar. Petunjuk kepada tingkah laku adalah hukum yang kedua besar: Kasihanilah saudaramu seperti dirimu sendiri. Ini mengikuti hukum yang terbesar iaitu menyintai Tuhan Allah dengan segenap fikiran, hati serta jiwa dan dengan segenap kekuatan (Mat 22:38-40 dipetik dari Ul 6:5).
Tujuan umat pilihan ialah menjadi seperti askar-askar didalam peperangan spiritual.
2Korintus 10:3-7 Memang kami masih hidup di dunia, tetapi kami tidak berjuang secara duniawi, 4 kerana senjata kami dalam perjuangan bukanlah senjata duniawi, melainkan senjata yang diperlengkapi dengan kuasa Allah, yang sanggup untuk meruntuhkan benteng-benteng. 5 Kami akan mematahkan setiap siasat orang dan merubuhkan setiap kubuh yang dibangun oleh keangkuhan manusia untuk menentang pengenalan akan Allah. Kami menawan segala fikiran dan menaklukkannya kepada Yesus Kristus, 6 dan kami siap sedia juga untuk menghukum setiap kedurhakaan, bila ketaatan kamu telah menjadi sempurna. 7 Tengoklah yang nyata di depan mata kamu! Kalau ada seorang benar-benar yakin, bahawa ia adalah milik Kristus, hendaklah ia berfikir di dalam hatinya, bahawa kami juga adalah milik Kristus sama seperti dia.
Hanya melalui penurutan kita yang membolehkan kita mengatasi ketidaktaatan dunia sewaktu kedatangan Yesus Kristus. Cinta diantara satu dengan yang lain adalah tanda umat pilihan. Paulus mengutuk sifat membandingkan diri dan mencemar orang lain. Jangan mengukur diri kita dengan ukuran kita sendiri, justru menghargai diri kita sendiri (2Kor 10:12 dan seterunya). Tugas kita juga bukan memuliakan hasil kerja orang lain tetapi untuk memberitakan injil ini kepada agama-agama yang lain (2Kor 10:16). Dalam perkataan lain, membina dasar-dasar baru. Mereka yang mengutuk orang lain serta menghargai diri sendiri tidak diakui. Allah akan menghakimi dan mengakui hasil kerja setiap umat pilihan. Pertobatan dan pengubahan oleh umat pilihan adalah mutlak. Mereka boleh mengambil bahagian dalam kudrat ilahi (2Pet 1:4). Kuasa Tuhan bekerja dalam diri individu untuk memuja (Rom 8:29-30) melalui penurutan dan menguduskan individu didalam Roh Suci (2Tes 2:13; 1Pet 1:2).
Perbezaan yang ada pada umat pilihan ialah perihal dosa sebelum dan selepas pembaptisan. Dosa sebelum pembaptisan melalui pertobatan akan diampunkan sewaktu pembaptisan, dan dosa ini akan dibuang sejauh timur dari barat. Tuhan tidak lagi membawa dosa itu kedalam fikiran, dan kepada sesiapa yang mengalami pengubahan. Dosa selepas pembaptisan hanya diampun melalui pertobatan yang boleh dilihat serta sungguh-sungguh. Dosa-dosa yang diulangi akan mendukakan Roh (Ef 4:30) dan boleh mengorbankan keselamatannya.
Kristus memakukan rekod-rekod dosa kita diatas kayu salib. Rekod cheirographon (diterjemahkan dengan tulisan tangan) ini, sebenarnya adalah dokumen-dokumen undang-undang sama seperti rekod akaun atau akaun bil bagi dosa-dosa kita. Strong gagal untuk menyatakan hal ini dalam buku index katanya (Concordance, SGD 5498). Kegagalan untuk berpaut pada kudrat alam dengan apa yang dipakukan diatas kayu salib meliputi kesalahan seorang Kristian pada keseluruhannya.
Kolose 2:13-15 Kamu juga,meskipun dahulu mati oleh pelanggaranmu dan oleh kerana tidak disunat secara lahiriah, telah dihidupkan Allah bersama-sama dengan Dia, sesudah Ia mengampuni segala pelanggaran kita, 14 dengan menghapuskan surat hutang, yang oleh ketentuan-ketentuan hukum mendakwa dan mengancam kita. Dan itu ditiadakanNya dengan memakukannya pada kayu salib: 15 Ia telah melucuti perintahperintah dan penguasa-penguasa dan menjadikan mereka tontonan umum dalam kemenanganNya atas mereka.
Jumlah akaun bil bagi dosa-dosa kita adalah kebinasaan. Ini telah dibayar dan dipakukan diatas kayu salib. Ia tidak membuang hukum serta kesaksian dimana menjadi tanda pada umat-umat pilihan. (Yes 8:20; Wah 12:17; 14:12). Kegagalan untuk memahami dasar pengorbanan ini akan membawa Kristian moden kepada anti nomianisma dan kepada kegagalan untuk memahami pengorbanan Yesus Kristus.
Ujilah semua perkara Hanya melalui kelahiran kembali didalam air dan Roh Suci yang boleh membebaskan individu. Kegagalan untuk memahami proses ini menunjukkan kegagalan untuk memahami proses pengubahan diri yang sebenar. Kegagalan ini biasa terjadi kepada seseoranga yang hanya mengalami pengubahan fizikal dalam satu organisasi dan bukan didalam tubuh Kristus. Orang seperti ini akan melemparkan kebenaran keatas tanah dan tertarik kepada pemeliharaan organisasi fizikal ataupun cara-cara pemujaan. Mempertahankan kesalahan seperti ini oleh orang yang tidak mengalami pengubahan diri selalunya diikuti dengan serangan terhadap keperibadian daripada mampertahankan atau menolak kebenaran Alkitab. Perintah Alkitab untuk menguji semua perkara (1Tes 5:21) telah diubah. Perintah untuk menguji segala perkara melibatkan kerja oleh setiap individu (Gal 6:4) dan sesungguhnya ini adalah mereka sendiri (2Kor 13:5). Bukti harus sesuatu yang baik (Rom 12:2) dan juga dengan ketulusan cinta umat-umat pilihan (2Kor 8:8). Kedengkian serta fitnah dan cemburu bukan bukti cinta umat-umat pilihan. Ini adalah bukti proses pemikiran orang-orang yang tidak mengalami pengubahan diri. Dosa, yang telah ditobatkan lama dahulu bukan lagi menjadi urusan bagi saudarasaudara. Ini berada dalam bidang kasih Allah. Setiap individu harus dilahirkan kembali. Mereka harus tidak berdosa lagi tetapi mereka mesti mengizinkan diri mereka untuk dilahirkan kembali. Dosa-dosa mereka harus tidak ada lagi dalam fikiran mereka. Dan juga individu harus berupaya untuk memaafkan. Doa Yesus telah dimulai dengan pujian terhadap Tuhan dan permohonan mengikut rencanaNya serta ketetapanNya, kemudian seterusnya dengan perintah ini. Matius 6:9-13 Kerana itu berdoalah demikian: Bapa kami yang di Sorga, dikuduskanlah namaMu, 10 datanglah kerajaanMu, jadilah kehendakMu, di bumi seperti di Sorga, 11 Berikanlah kami pada hari ini makanan kami yang secukupnya 12 dan ampunilah kami akan kesalahan kami, seperti kami juga mengampuni orang yang bersalah kepada kami;
13 dan janganlah membawa kami kedalam pencobaan, tetapi lepaskanlah kami daripada yang jahat. [Kerana Engkaulah yang empunya kerajaan dan kuasa dan kemuliaan sampai selama-lamanya.]
Pengampunan terhadap hutang atau kesalahan adalah pengampunan terhadap pelanggaran yang merupakan hutang cheirographon yang telah disalibkan di kayu salib. Kita memohon perkara ini sebab Kristus telah membayarnya. Justru, kita mempunyai kewajiban untuk mengampun orang lain seperti mana kita juga berharap diampunkan. Inilah pengubahan diri yang sebenar. Individu yang dilahirkan kembali berkeinginan untuk memelihara hukum Tuhan didalam dirinya. Perlakuan dosa yang berterusan terhadap orang lain adalah proses pemikiran orang yang tidak mengalami pengubahan diri dan ini dibawa ke pangadilan. Inilah satu-satunya kejatuhan yang terbesar terhadap sistem cara pemujaan yang akan terjadi pada abad yang kedua puluh. Golongangolongan akan dibentuk disekeliling individu dan mereka yang mencari kekuasaan akan menyerang serta membinasakan orang lain. Roh dimana kritikan berlaku dan yang lebih penting, pengakuan, selalunya merupakan tanda pada orang-orang yang mengalami pengubahan diri. Orang-orang yang mengalami pengubahan bukan sahaja perlu belajar untuk mengampuni orang yang menyerang mereka tetapi juga mengakui kebenaran sewaktu kecaman. Hukumannya ialah pelonggaran pada kuasa spiritual dalam dirinya.
Kristus mengampuni mereka yang membunuh dia di kayu salib serta berdoa untuk pengampunan mereka (Luk 23:34). Dan Stefanus juga berdoa bagi orang yang membunuhnya (Kisah 7:60). Paulus adalah saksi rasmi bagi pembunuhan Stefanus dan justru terjadi pada waktu terjadinya penganiayaan yang banyak (Kisah 8:1). Saulus telah diampuni dan dinamakan Paulus kerana dia telah melakukan keganasan terhadap umat pilihan. Dia telah diampuni dan digunakan Tuhan. Hari ini, dia mungkin masih diserang dengan kedengkian dan fitnah.
Umat pilihan adalah anak-anak Tuhan yang memperkembangkan watak kudus. Pengampunan terhadap dosa serta kecintaan terhadap orang lain merupakan unsur utama dalam proses ini. Tanpa kelahiran kembali, mereka tidak boleh disempurnakan. Setiap orang harus mengizinkan diri mereka dilahirkan kembali termasuk saudara-saudara yang berbakti kepada satu Allah yang benar dalam Roh dan Kebenaran.
Proses kelahiran kembali ini melalui satu jaminan atau kesungguhan terhadap kewarisan kita. (Ef 1:13-14) melalui Yesus Kristus (Rom 3:24; Ef 1:7).
Efesus 1:13-14 Di dalam Dia kamu juga – kerana kamu telah mendengar firman kebenaran, iaitu injil keselamatanmu - didalam Dia kamu juga, ketika kamu percaya, dimeteraikan dengan Roh Kudus, yang dijanjikanNya itu. 14 Dan Roh kudus itu adalah jaminan bagian kita sampai kita beroleh seluruhnya, iaitu penebusan yang menjadikan kita milik Allah, untuk memuji kemuliaanNya.
Barang milik yang dibeli ialah diri kita. Penebusan (yang dipunyai oleh Tuhan. Yer 32:78) adalah penebusan terhadap tubuh kita sewaktu kebangkitan (Rom 8:23). Kita akan dimeterai sehingga waktu kebangkitan yang mana merupakan hari penebusan (Ef 4:30). Sewaktu kebangkitan, kita akan menjadi pewaris bersama Kristus sebagai anak Allah didalam kuasa melalui kebangkitan dari antara orang mati (Rom 1:4).
Bayaran permulaan ini seperti biji benih yang tumbuh (Mat 13:31; Mar 4:31; Luk 13:19). Kelahiran kembali ini adalah seperti bayi yang membesar didalam kebenaran dan iman (Mat 17:20; Luk 17:6). Ianya proses spiritual dan iman juga diukur dengan cara yang sama. Melalui proses pertumbuhan ini, umat pilihan akan menjadi sempurna didalam iman melalui pengorbanan Kristus (Ibr 10:14). Dalam kesempurnaan ini, Roh Suci juga bertindak sebagai saksi terhadap apa yang Kristus telah katakan sebelumnya.
Ibrani 10:15-18 Dan tentang hal itu Roh Kudus juga memberi kesaksian kepada kita, 16 sebab setelah Ia berfirman: “Inilah perjanjian yang kuadakan dengan mereka sesudah waktu itu,” Ia berfirman pula: “Aku akan menaruh hukumKu di dalam hati mereka dan menuliskannya dalam akal budi mereka, 17 dan Aku tidak lagi mengingat dosa-dosa dan kesalahan mereka.” 18 Jadi apabila untuk semuanya itu ada pengampunan, tidak perlu lagi dipersembahkan korban kerana dosa.
Setiap orang harus mengenali Allah pada masa Dia mencurahkan RohNya keatas bangsa. Sehinggalah masa itu tiba, kelahiran kembali dihadkan kepada umat-umat pilihan. Umatumat pilihan dilahirkan kembali secara spiritual serta diubah secara spiritual kepada hukum Tuhan dan kepada kesempurnaan sifat Tuhan yang kudus. Roh Suci adalah roh kekuasaan, kasih dan ketertiban (2Tim 1:7). Setiap kita harus mengembangkan roh melalui anugerah serta keupayaan kita dengan sebaik-baiknya, sementara kita lahir kembali untuk memuji Tuhan. Dari proses ini, selepas kebangkitan, Allah menjadi semua didalam semua (Ef 4:6).