Sastera Bandingan (arab Melayu)

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Sastera Bandingan (arab Melayu) as PDF for free.

More details

  • Words: 4,264
  • Pages: 16
Sastera Bandingan

1 / 16

PENGARUH KESUSASTERAAN ARAB DAN ISLAM TERHADAP KESUSASTERAAN MELAYU (Sastera Bandingan)

WAN ABDUL HAYYI WAN OMAR 3080061 PELAJAR Master Bahasa Arab Komunikasi Fakulti Pengajian Bahasa Utama UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA Sesi Nov 2008

PENGAJAR ROSNI SAMAH DEKAN Fakulti Pengajian Bahasa Utama UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

Pendahuluan Kesusasteraan Bandingan merupakan satu cabang ilmu kesusasteraan moden yang lahir pada kurun kesembilan belas dibawah pengawasan sarjana perancis bernama Phillman dan Prontel, para sarjana berselisih tentang tahun kemunculan ilmu ”Sastera Bandingan” ini, ”Sastera Bandingan” dikatakan mula membanjiri dunia sastera moden seawal tahun 1827 (atau 1830 atau1840 bersandarkan pendapat lain) di Paris, Perancis. Cabang kesusasteraan moden ini terhasil menerusi pengkajian mereka terhadap pengaruh kesusasteraan Yunani dan Latin dalam kesusasteraan mereka. Walaupun “Sastera Bandingan” ini dikatakan lahir dan mula berkembang pada zaman moden ini. Kebanyakan penganalisis sastera bersepakat tentang kewujudan “sastera bandingan dan pengaruh antara dua sastera” semenjak awal lagi, ini dapat diperhatikan melalui pengaruh sastera arab terhadap kesusasteraan rome dan parsi sebelum kedatangan Islam dan pengaruh sastera melayu terhadap sastera hindu (sanskrik) dan sebagainya. Sasterawan perancis berpendapat bahawa Sastera Bandingan tidak dapat dipisahkan daripada pengaruhnya terhadap sastera yang dibandingkan.

Sastera Bandingan

2 / 16

Bermula tahun kemunculan perbahasan tentangnya, perkembangan aliran kesusasteraan bandingan dalam kesusasteraan Eropah amat memberansangkan. Munculnya sastera bandingan beraliran rusia yang mencorakkan kesusateraan bersandarkan kesusasteraan lama Farsi dan Greece, aliran yang diasaskan oleh Angred ini mula muncul dan berkembang pada tahun 1955. Teori pengambilan sastera tanpa membawa pengaruh sastera yang dibandingkan muncul pada tahun 1958 di Amarika hasil daripada gerakan penterjemahan dan pemindahan sastera. Pada 1953, perkembangan Sastera Bandingan mula berkembang di negara-negara Arab melalui Mesir yang menjadi pusat sumber ilmu pada ketika itu, perkembangan ini di terjemahkan oleh Dr Muhammad Ghunaimi Hilal dalam pengajarannya di Universiti Qaherah melalui pusatnya di “Darul U’lum”. Kepesatan medan kesusasteraan arab akhirnya menjenggah ke tanah melayu seawal kurun ketiga belas Masehi melalui perdagangan dan dakwah Islam yang dibawa oleh pedagang Arab yang bebanyakannya adalah ulama’ dan pendakwah. Tanah melayu dan kesusasteraannya tidak dapat dipisahkan dari pengaruh dan keterkesanan kesusasteraan arab dan Islam khasnya samada dalam kehidupan harian, pemikiran, kesenian, kebudayaan, ilmu, tulisan, perkataan dan sastera.

Tanah Melayu dan Islam Kedatangan Islam ke Tanah Melayu dipercayai bermula pada abad ke-7 masihi. Pandangan ini berdasarkan kemungkinan agama Islam disebarkan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat yang melalui dan singgah di Tanah Melayu sebelum menuju ke Negara China atau kita juga kita kenali sebagai “laluan setera atau laluan Rempah”. Seterusnya Islam semakin berkembang pesat berikutan dengan kemunculan beberapa buah kerajaan Islam di Pasai dan Perlak di persekitaran Selat Melaka pada abad ke-13 Masihi. Mengikut cacatan Marco Polo, agama Islam telah tersebar di Tanah Melayu sebelum abad ke-15. Pada tahun 1292, semasa Marco Polo dalam perjalanan pulang dari China, beliau telah melawat Sumatera. Perlak ialah pelabuhan pertama yang disinggahinya. Beliau menyatakan pada masa itu telah wujud usaha-usaha untuk mengislamkan penduduk tempatan oleh para pedagang Arab di Nusantara. Menurut beliau lagi, itulah satu-satunya negeri Islam di Kepulauan Melayu pada masa. Manakala Ibn Battutah, pengembara Arab yang singgah sebanyak dua kali di Sumatera semasa dalam perjalanan pergi dan balik dari Negara China antara tahun 1345 hingga 1346, menyatakan bahawa raja Sumatera ketika itu telah memeluk Islam dan mengamalkan Mazhab Shafie. Menurut beliau lagi, negeri-negeri lain di sekelilingnya masih belum memeluk Islam. Sepanjang tempoh abad ke-13 dan ke-16 Masihi, agama Islam telah tersebar dengan meluas hampir ke seluruh

Sastera Bandingan

3 / 16

Kepulauan Melayu dan telah mengurangkan pengaruh agama Hindu-Buddha yang bertapak berabad-abad lamanya di Tanah Melayu. Sejak itu, Islam telah berkembang pesat sehingga menjadi agama yang dianuti oleh sebahagian besar penduduk di Kepulauan Melayu (Ruslan Zainuddin, 2004: 91). Kebanyakan sejarawan sepakat mengatakan kemunculan Islam ditanah Melayu khasnya di disemenanjung Tanah Melayu pada kurun pertama Hijrah melalui perdangan antara semenanjung Arab atau Farsi menuju ke China yang singgah di Tanah Melayu namun perkembangannya hanya dapat dilihat melalui kesan sejarah yang ditinggalkan dari kurun ketiga belas Masehi. Mengikut pendapat Rosni Samah (2002) melalui tulisannya dalam Al-Manar, terdapat kesan yang jelas tentang kedatangan Islam ke semenanjung Tanah Melayu seperti: 1- Penemuan Maqam seorang sufi yang tertulis namanya dengan tulisan arab “ Syiekh Abdul Muqtadir bin Hussien Syah meninggal pada tahun 291H” ( ‫ هجرة‬291 ‫ وفات ففد‬،‫ )شيفخ عبفد المقتدر بفن حسفين شاه‬sebagai bukti kedatangan awal Islam di Tanjung Inggeris, Kedah. 2- Penemuan syiling Dinar emas yang tertulis (577 ‫ )الجلوس كلنتفن‬di Kelantan, penemuan ini menunjukkan telah terdirinya kerajaan Kleantan Lama pada tahun 577 Hijrah bersamaan 1181 Masehi. 3- Penemuan Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 703 Hijrah bersamaa 1303 Masehi. Dari aspek sejarah, selepas kedatangan Islam dan pembentukan Kerajaan Melaka yang berlandaskan lunas-lunas Islam, kita dapati proses Islamisasi di bidang undang-undang, sosio-budaya dan politik berterusan berlaku. Dalam bidang undang-undang dimulai dengan undang-undang Kanun Melaka dan Kanun Laut Melaka, diikuti pula dengan Kanun Pahang dan seterusnya Kanun Kota Setar dan lain-lain. Demikian juga dengan Perlembagaan Terengganu dan Perlembagaan Negeri Johor. Perubahan dalam bidang sosio-budaya juga berlaku di mana orang Melayu telah menghayati nilai-nilai akhlak Islam dalam kehidupan yang terangkum dalam adab-adab kehidupan mereka seperti adab berpakaian, adab berbahasa, adab berjiran dan sebagainya. Dalam bidang politik, pemerintah dianggap sebagai pemerintah di mana kekuasaan politik itu merupakan satu amanah Allah dan para pemimpin diminta bertindak mengikut lunas-lunas yang digariskan oleh Islam.

Sastera Bandingan

4 / 16

Sastera Melayu Sebelum Islam Masyarakat Melayu pada sejarah awalnya dinukilkan sejarawan adalah penganut fahaman animisme. Mereka menyembah ruh nenek moyang dan pokokpokok besar sebagai penghambaan agar kehidupan mereka mendapat keamanan dari semua gangguan. Kefahaman dan pengabdian kepada ruh-ruh dan pokokpokok mula terhakis apabila berlakunya pertembungan masyarakat melayu lama dengan masyarakat India dan cina yang menjadikan kepulauan melayu sebagai pengkalan persingahan dalam ekspedisi perniagaan mereka, pengaruh terhadap anutan dan kepercayaan serta bahasa berkaitan budha dan hindu melekat dijiwa mereka, ini dapat dilihat pada pengaruh masyarakat melayu terhadap tulisan hindu sehingga melahirkan tulisan “Kawi” yang muncul diantara tahun 400 sehingga 750 Masehi dan adat bersanding yang masih tegar dalam jiwa masyarakat Melayu hingga kini. Pengaruh masyarakat melayu juga dapat dilihat dengan pengadaptasian kesusasteraan sansrit seperti Ramayana dan Mahabratha kedalam kesusasteraan melayu seperti kisah Pak Pandir. Kajian terhadap kisah Pak Pandir didapati amat terkesan dengan dua kisah ini dimana Pak Pandir dikatakan mati setelah makan pisang goreng. Penggunaan perkataan “Laksamana” dalam kisah Hang Tuah juga adalah pengaruh terhadap bahasa yang digunakan dalam bahasa Sanskrit. Pengamalan cara hidup hindu juga dapat dikesani seperti adat persandingan dan berinai. (Rosni Samah; 2008). Keadaan ini berubah selepas kedatangan Islam yang membawa konsep tauhid dengan menafikan kewujudan Tuhan yang banyak. Bermula dengan konsep keesaan Tuhan dan ibadat yang luas Islam telah berjaya menarik minat masyarakat tempatan. Sejak kedatangan Islam, kehidupan harian masyarakat Melayu dan adat istiadat tertentu yang didapati bertentangan dengan akidah ditinggalkan secara beransur-ansur (Ruslan Zainuddin, 2004: 91-92)

Melayu dan Kesan Kedatangan Islam Sejarawan memsepakati bahawa kedatangan Islam ke alam Melayu amat memberi kesan terhadap kehidupan malayu khasnya dalam aspek agama, budaya, penulisan (Jawi), ilmu, sastera dan adat. Pengaruh yang jelas ini seakan merobohkan segala anasir yang datang sebelumnya seperti keadaban hindu,animesmi dan budha sedikit demi sedikit dalam kehidupan bangsa melayu khasnya.

Sastera Bandingan

5 / 16

Pengaruh melayu terhadap pengaruh yang terdapat dalam ketamadunan Islam dan Arab boleh dilihat dengan jelas melalui beberapa aspek yang melingkari kehidupan masyarakat melayu dan Islam yang akhirnya membawa kesan besar dalam sebuah negara bernama Malaysia.

a) Ilmu dan Kehidupan Islam adalah sebuah agama yang membawa manusia kepada penyembahan kepada Allah yang diadaptasikan secara nutral dalam kehidupan manusia muslim,kedatangan Islam dalam alam melayu memangkin perkembangan Ilmu dan melahirkan sebuah masyarakat yang aman dan sejahtera. Perkembangan Ilmu diawal kehadiran Islam di Melaka contohnya benyak terkesan dari ilmu-ilmu yang dibawa dari tanah arab sehingga menjadikan Melaka gedung Ilmu dan perdagangan di zamannya. Masyarakat mula mengenal kaedah perniagaan yang adil tanpa penindasan,mengetahui ilmu-ilmu berkaitan falak dan astronomi dengan lebih sistematik dan jelas,mempelajari agama dan falsafah yang tidak diketahui sebelumnya,mempelajari tentang ketamadunan Islam yamh menguasai dunia ketika itu sehingga mereka benar-benar berada dalam masyarakat yang dikenali dan bertamadun. Kesan yang amat jelas dalam aspek kehidupan dan ilmu ini dapat dikesan dengan kewujudan pusat ilmu yang banyak dikepulauan melayu seperti kemunculan pusat ilmu dan tamadun Islam di Melaka, Pasai, Acheh, Fathoni dan Kelantan (lama). Pengaruh ilmu dan kehidupan islam di alam melayu disemarakkan lagi dengan aktiviti ibadat yang dilakukan oleh para hujjaj (Haji dan Hajjah) di Mekah,mereka mempelajari ilmu dan kehidupan Islam khasnya dan Arab amnya dan mengajarkan kepada masyarakat setelah pulang ke tanahair. Kebanjiran penuntut ilmu ditanah arab juga menjadi penjana kepada pengaruh alam melayu terhadap ilmu dan kesusasteraan Arab serta Islam. Jika kedatangan hindu dan budha menghasilkan tulisan “Kawi” yang bersumberkan tulisan Sanskrit, kedatangan Islam dan ketamadunannya membawa alam melayu ke satu tahap ilmu yang lebih mantap sehingga terhasilnya tulisan “Jawi” yang terkesan dengan tulisan Arab. Malah penulisan dan gaya bahasa yang digunakan dalam masyarakat alam melayu terkesan dengan gaya bahasa dan irama Arab.kita dapat pastikan kebenarannya melalui kaedah membaca kitab melayu lama yang masih terdapat di pondok-pondok di Kelantan, Fathoni, Kedah, Terengganu, Perak dan Johor. Kemahiran penggunaan tulisan jawi dan gaya bahasanya yang unit dalam penagajian kitab melayu lama

Sastera Bandingan

6 / 16

amat membantu alam melayu memahami bahasa arab dalam mendalami Islam dan kebudayaan Arab.

b) Kisah Sastera dan Kesenian Kesan kesusasteraan Islam Arab amat jelas dan menyerlah dalam kesusasteraan melayu khasnya dalam hikayat, kisah, nukilan, puisi dan nyayian. Unsur keresapan kesusasteraan Arab dan Islam amat cerlang dan dapat dilihat pada muqaddimah atau permulaan hikayat atau nyanyian, masyarakat melayu biasanya akan memulakan penceritaan atau nyanyian atau tulisan dengan pujipujian kepada Allah dan rasulnya sebagai contoh, membahagikan penyampaian mengikut gaya bahasa Arab yang memecahkan pembahagian mengikut “bab ‫الباب‬ “, “fasal ‫ “ الفصفل‬dan “bahas ‫“ البحفث‬. Pengkaji cuba bawakan dua aspek sebagai contoh pengaruh pertembungan sastera melayu dengan Arab dan Islam. 1- Kisah Sebelum kemunculan Islam di tanah melayu, seni kisah kesusateraan melayu banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur Budha dan Hindu seperti hikayat Ramayana dan Mahabratha. namun selepas kedatangan islam, unsur-unsur Islam mula mengambil tempat dan kisah pahlawan-pahlawan Islam mula menggantikan kisah dewa-dewi dengan kehebatan yang dikhayalkan. Banyak kisah-kisah yang mashur di zaman awal kedatangan Islam mula mendapat sentuhan perubahan dari unsur-unsur Hindu kepada unsur-unsur Islam. Antara kisah yang direformasikan adalah Hikayat Marakarma, Hikayat Seranjabaya dan Hikayat Indrajaya. Kisah-kisah ini mula di editkan semula dan digantikan nama-nama Dewa dengan namanama Malaikat, Hikayat Marakarma digantikan dengan namanya menjadi Hikayat Al-Miskin, Hikayat Seranjabaya digantikan namanya dengan Hikayat Ahmad Muhammad dan Hikayat Indrajaya ditukarkan menjadi Hikayat Syahi Mardan. Di zaman kesultanan melayu dikatakan muncul hikayat-hikayat yang banyak yang menukilkan kisah-kisah islam dan sebelum islam,juga hikayat- hikayat tentang pahlawan-pahlawan Islam seperti Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Hamzah, Hikayat Pahlawan Islam dan lain-lainnya yang kebanyakan hikayat adalah terjemahan daripada nukilan asalnya berbahasa Arab namun tidak dapat dipastikan siapakah penulisnya kerana tiada catatan tentang penulis dan tahun penulisannya, kebayakan

Sastera Bandingan

7 / 16

sejarawan meletakkanya dalam era kurun kelima belas Masehi dizaman kesultananMelaka (Rosni Samah; 1999). Menyoroti kisah yang di filemkan sebagai contoh, kisah Madu tiga nukilan P. Ramli ada persamaan yang jelas dengan nukilan kisah yang serupa di mesir, perbezaan hanyalah tindakan watak suami dalam menagani kehadiran isteri-isterinya, madu tiga versi melayu dilihat sebagai takut isteri berbanding versi arab yang menampilkan keberanian suami menghimpunkan isteri-isterinya dalam satu rumah. Kisah Ali Baba juga punya pengaruh tersendiri terhadap sastera Arab dan Islam.

2- Syair Kesusasteraan Melayu pada zaman sebelum kedatangan Islam mempunyai beberapa jenis irama dan rentak yang manjadi cabang kesenian, masyarakat Melayu dahulu adalah masyarakat yang kreatif sehingga mampu mengubah kata-kata menjadi satu bentuk pertuturan yang berirama serta indah untuk didengari, antara bentuk kata-kata berirama yang wujud pada ketika itu adalah Pantun, Seloka dan gurindam. Kesenian ini dapat dibuktikan melalui adat yang diamalkan dalam kehidupan beradat masyarakat Melayu. Selapas kedatangan Islam ke kepulauan melayu khasnya ke Melaka,sasterawan melayu lama mula mengetahui dan mempelajari jenis kesenian baru yang dinamakan “Syair”. Syair adalah satu kesenian arab yang menjadi satu wadah penyampaian dalam arena kesusasteraan Arab, syair adalah satu himpunan kata-kata berirama yang terikat dengan rima yang sama pada akhirnya yang dinamakan wazan ( ‫) الوزن‬. Syair mengikut sejarawan mula medapat perhatian dan dinukilkan dalam kesusasteraan melayu seawal kurun keenam belas masehi dan depelapori pada peringkat awalnya oleh Hamzah Fansuri, Abdul Samad Sumatera dan Al-Raniri. Hamzah Fansuri adalah satu nama yang mengambil peranan penting dalam menobatkan syair sebagai salah satu cabang kesusasteraan melayu, beliau banyak mengadaptasikan syair berkonsepkan sufi dan telah terkesan dengan syair yang dibawa oleh sasterawan arab seperti Ibnu A’rabi, Al-Hallaj, Zin Nun Al-Masri dan AlBasthomi. Pada tahun 1550 sehingga 1600 menampilkan pembikinan syair secara meluas,seni puisi ini amat terkenal dikalangan masyarakat melayu sehingga ia diterjemahkan dalam pelbagai tema termasuk tema Sufi, Pengajaran, Nasihat, Sejarah, nyanyian, Lakunan dan sebagainya. Syair bagaikan satu daya penarik baru kepada masyarakat melayu khasnya kaum wanita (Rosni Samah ; 1999).

Sastera Bandingan

8 / 16

Syair melayu walaupun dikatakan diambil dan terkesan dengan Syair dari tanah Arab namun ia mempunyai identitinya sendiri apabila meletakkan rema akhirnya mengikut bunyi yang disebut dan bukannya persamaan huruf akhir seperti pengamalan dalam Syair Arab. Syair melayu kebiasaannya dibentuk dalam empat rangkap untuk membentuk satu cerita atau bait.

Sastera Bandingan

Analisis perbandingan antara Kesusasteraan Arab Islam

9 / 16

kesusasteraan

Melayu

dan

1) Perbandingan : Kisah Faridah Hanum dan Kisah Zainab Latar Belakang Penulis : syed Syeikh Al-Hadi Syed Syeikh bin Ahmad Al-hadi telah diputerakan pada 25 Rejab 1281H bersamaan 1867M di Kampung Hulu, Melaka. Beliau mendapat pendidikan awal dibawah kelolan bapanya sendiri mengenai asas-asas bahasa arab, agama, membaca dan menulis. Be;iau kemudiannya meneruskan pendidkan formalnya di sekolah rendah dan menengah disekitar penentapannya di Melaka. Beliau kemudiannya menyambung pengajiannya di Sekolah Melayu Settlements di Melaka sebelum mengikuti bapanya berpindah ke Pulau Penyengat di Indonesia(Rosni Samah ; 2007). Di Pulau Penyengat, Syed Syeikh digolongkan dikalangan keluarga terdekat kerabat diraja Pulau Penyengat dan diberikan keistimewaan oleh pemerintah dizaman iyu iaitu Raja Haji Ali Kelana bin Al-Marhum Sultan Muhammad Yusof Al-Hadi, beliau diberikan didikan dan ilmu disamping anakanak kerabat diraja terdekat.Syed Ahmad kemudian menghantar anaknya menyambung pengajian dalam Bahasa Arab dan Agama di Terengganu. setelah tamat pengajiannya di Terengganu, Syed Syiekh Al-Hadi kembali ke Pulau Penyengat. Ketika Raja Haji berangkat ke Mekah bagi menunaikan fardhu haji, Syed Syeikh adalah antara peserta rombongan Raja Haji,Syed Syiekh mengambil kesempatan menuntut ilmu ketika keberadaan mereka yang agak lama (beberapa tahun) di tanah suci dengan menuntut ilmu dengan beberapa Ulama’ dalam Bahasa Arab dan ilmu-ilmu agama. Selepas beberapa tahun belajar di Mekah, Syed Syiekh akhirnya pulang ke Pulau Penyengat dan berkahwin dengan anak perempuan Bapa Saudaranya pada tahun 1309H ketika usianya 28 tahun. Di Pulau Penyengat. Syed Syiekh dibeikan amanah oleh ayahandanya sebagai penjaga keperluan putera-putera Raja dan pembesar negara yang menjejakan kaki keta Tanah Arab (Saudi), Lubnan atau mesir samada untuk umrah, melancong mahupun menyambung pengajian. Syed Syiekh banyak mengiringi putera-putera dan anak-anak pembesar disana dan sempat menerukan pengajiannya disana dengan menghadiri majlis-majlis ilmu,

Sastera Bandingan

menziarahi para pengetahuannya.

10 / 16

ulama’

dan

aktiviti-aktiviti

lain

yang

menambahkan

Syed Syiekh Al-Hadi dilihat sabagai seorang tokoh pembaharuan dalam kebudayaan, pendidikan, politik dan pendidikan diawal penglibatannya dalam perjuangan di tanahair,beliau dikatakan antara tokoh kaum muda yang membawa wadah perjuangan baru dari tanah arab bersama-sama teman seangkatannya. Gaya pemikirannya dikatakan terpengaruh dengan gerakan pembaharuan dan pemikiran yang dipelopori oleh ulama’ Al-Azhar bernama Syiekh Muhammad Abduh melalui perguruannya dengan muris kepada Syiekh Muhammad Abduh bernama Syed Rasyid Redha. Tahun 1895M dikatakan era kebangkitan gerakan pemulihan dan pembaharuan budaya, politik, sosial, pendidikan dan sebagainya dimesir, Syed Syiekh Al-Hadi dikatakan antara yang terkesan dengan gerakan “memerdekan wanita” yamh dibawa oleh Syiekh Muhammad Abduh. Pengaruhnya kepada gerakannya dapat diperhatikan dengan jelas dalam penulisannya yang banyak berkisar tentang wanita dan kemerdekaan mereka dari tekanan dan “penganaktirian” dalam masyarakat. Terlalu banyak yang hendak diperkatakan tentang pengaruh Syed Syiekh Al-Hadi dalam pemulihan wanita dalam masyarakat dan pembaharuan kedudukan wanita dalam alam melayu. Riwayat nukilan baliau banyak mengetengahkan wanita kesatu maqam yang termulia. Antara riwayat kesusasteraan tulisan Syed Syiekh Al-Hadi adalah “Riwayat Faridah Hanum” (1925M) atau nama asalnya Riwayat Thoa’h al-a’syiq li ma’syuqatihi – Kisah Cinta Buat Kekasih “Riwayat Bustan al-i’sq –Kisah Taman Cinta” (1928M), Hikayat Fatat Ghossan – Kisah Gadis Ghassan” (1928M), “Hikayah Mira’t Al-Hayah– Kisah Kehidupan seorang Wanita” (1929M) dan “Hikayat Malikah Nurul A’in – Kisah Permaisuri Nurul A’in” (1929M). Banyak lagi nulilan beliau yang tidak diketengahkan pengkaji disini (Rosni Samah ; 2007) Syed Syiekh bin Syed Ahmad Al-Hadi dijemput mengadap penciptanya pada 6 Zulkaedah 1352H bersamaan 25 Febuari 1934M di Pulau Pinang.

Latar Belakang Penulis : Hussien Haikal Mohamed Hussein Heikal di lahirkan pada 20 Ogos 1888 di desa Kafr Ghannam yang terletak dalam Bandar Al-Senbllowin, Dakahlia. ayahnya Hussein Salim adalah dari keturunan Ketua puak di kampungnya. Menjadi kebisaan bagi masyarakat Mesir menghantar anak mereka jauh ke bandar kaherah untu menutut ilmu kerana kurangnya fasaliti di kampung dan jauh dari kediaman,

Sastera Bandingan

11 / 16

Hussein Salim telah menghantar anaknya kepada Syaikh Ibrahim Gad untuk diajarkan Al-Quran, Heikal kemudiannya melanjutkan pengajian Sekolah Rendah Al-Jamaliyyah, kemudian meneruskan pengajian menengah dan diteruskan dengan ijazah di Kaherah pada 1905M. Haikal buat pertama kalinya bertemu dengan Syeikh Ahmed Lotfi di desa "Burqin" (Burqin adalah daerah berhampiran dengan “Kafr Ghannam” di Bandar yang sama), Syiekh Ahmad Lutfi telah bercerita panjang tentang dunianya, dalam perbualan panjang antara Haikal dengan Ahmad Lutfi, Haikal telah ditanya tentang cita-citanya lalu dia menjawab: Engineering, Ahmad Lutfi mengsyurkannya meneruskan pengajiannya dalam bidang yang disukainya. Setelah janji dengan ayahnya, Haikal memulakan langkah perjalanan ke luar negeri untuk mendapatkan gelar doktor. Ketika cuti semester, Haikal mula menyibukkan dirinya dengan agendanya tersendiri berkaitan penulisan yang mula diminatinya sehingga dia tidak lagi turun membantu keluarganya dalam aspek. Haikal terlalu gigih menbaca serta menghayati puisi-puisi sehingga beliau tergerak untuk menulis dalam majalan dan akhbar. Haikal mula menukilkan ideanya dalam majalahnya sendiri yang diberi nama “Al-Fadhilah” yang kemudiannya dicetak oleh "Al-Balozp" dan diedarkan kepada penduduk sekitar kampungnya. Dalam masa yang sama, Haikal mula menyelitkan keperihatinannya terhadap wanita dalam majalahnya bersandar idea Syiekh Muhammad Abduh yang digembeling bersama tulisan-tulisan gurunya Syeikh Ahmad Lutfi. Haikal mula mengkaji bahan bacaan umum dan bebas seperti tulisan John Stuart Mill, "Al-A’dl" oleh Spencer, dan "Tokoh dan Revolusi Perancis," oleh Carlyle, Haikal kemudiannya meneruskan pengajiannya di Paris diperingkat Ijazah Kedoktoran. Di masa mendalami ijazah kedoktorannya, Haikal sempat memasuki Sekolah Tinggi Ilmu Sosial bagi mendapatkan kepelbagaian ilmu. Haikal juga telah merendahkan dirinya mendengar dan mempelajari kesusasteraan Perancis sehingga mampu menghayatinya. Pengkajian Haikal tidah terhenti pada kuliah yang diikutinya sahaja malah dikemaskan dengan menghadiri seminar dan pameran disekitar kota kesusasteraan itu. Dalam masa tiga tahun diperancis, haikal akhirnya menyelesaikan Ijazah Kedoktorannya di Universiti Paris pada tahun 1913 dalam Phd dalam bidang Undang-Undang. Meniti detik- detik terakhirnya di Paris, Haikal banyak menulis buku hariannya tentang Paris, beliau menulis keadaan paris dan apa yang dilihatnya di Paris, Haikal melihat kesan-kesan sastera dan masyarakat Paris sebagai satu agenda baru pembangunan masyarakat, jika diterbitkan namun beliau tidak menerbitkan ideanya kerana beliau mula tenggelam dalam kerinduannya terhadapt tanahairnya Mesir; lalu diterjemahkan perasaannya dalam nukilannya "Zainab". Kepulangan Haikal kebumi Mesir membawa bersamanya Ijazah Kedoktoran dan Novelnya “Zainab” membawa agenda baik ke Mesir dengan kisah cinta “Zainab” yang diterbitkan pada 1914M.

Sastera Bandingan

12 / 16

Hussein Haikal meneruskan kehidpupannya dalam agenda pemikirannya tersendiri dalam akhbar, penuliasan dan pengajarannya di Universiti sehingga akhir hayatnya pada 8 Disember 1956M (Ibrahim Ahmad Hamzah. 2008).

Ringkasan kisah Faridah Hanim Kisah dimulai dengan menyusuri sebuah rumah cantik berhampiran Jalan Abbasiah, seorang lelaki bernama Baih tiba-tiba muncul dari dalam rumah itu. Baih yang sentiasa sibuk dengan urusan syarikat dan tugasannya merupakan pembantu kepada ayah Faridah Hanum, Baih mempunyai anak bernama Syafiq Afendi. Kemudian dibawa gambaran ke sebuah rumah yang berdekatan dengan rumah cantik tadi,rumah ini lebih cantik dari rumah sebelumnya dan ia merupakan milik Qasim Baih, bapa kepada Faridah Hanum. Epilog berubah kepada satu kisah pertemuan pertama antara Faridah Hanum dan Syafiq Afendi dipertengahan jalan, masing-masing mendiamkan diri namun mata saling memerhati. Hasil pertemuan ini, bermulalah pertemuan mereka di tengah taman di rumah Faridah Hanum. Bermula pertemuan pertama itu,menyusurilah pertemuan kedua kali mereka dan diteruskan dengan beberapa pertemuan lagi selepasnya. Dalam satu pertemuan, Syafiq Afendi telah membawa Faridah Hanim menaiki Kereta Kuda mengelilingi bandar dari Abbasiah ke Attabah kemudian ke A’bidin menuju ke Bab Al-Luq, kemudian menyusuri Jalan Qisr Al-A’ini menghala ke Al-Jazierah dan akhirnya berhenti di Piramid. Kadang-kadang mereka mengadakan pertemuan di rumah sewa Syafiq Afendi dipinggir kota. Kisah kemudiannya memancarkan epilog kehadiran Bapa saudara Faridah Hanum yang menetap di Kota Iskandariah untuk melamarnya buat anaknya Baharuddin, bapa Faridah tanpa bertanya kepada Faridah Hanum terus menerima lamaran tersebut. Faridah dalam paksaan akhirnya berkahwin dengan sepupunya. Syafiq Afendi yang tergamam dengan berita ini merasakan dunianya telah gelap dan membawa diri jauh dari kampung halamannya dengan menganggotai Pasukan Pertahanan Negara, Dalam perkhidmatan ketenteraannya, Syafiq Afendi berpindah ke Sudan dalam misi khas negaranya memerangi pemberontakan, ketelah keamanan di Sudan mula dirasai, Syafiq Afendi dipindahkan kembali ke Kota Kaherah dan menetap di Kota Iskandariah. Kisah memaparkan keretakan hidup Faridah Hanum sehingga membawa kepada permisahan antara Faridah Hanum dengan bekas suaminya. Setelah i’ddah faridah Hanum berakhir, Syafiq Afendi kembali kepada Faridah Hanum dan menikahinya, hiduplah sepasang kekasih aman bahagia menempuhi alam

Sastera Bandingan

13 / 16

rumahtangga mereka. Berakhirnya kisah ini dengan kegembiraan setelah cinta yang terputus disatukan dalam alam rumahtangga.

Ringkasan kisah Zainab Kisah Zainab karangan Haikal merupakan antara tulisan awal tentang kisah yang berkisar tentang kehidupan petani dan suasana kampung, is merupakan satu gambaran baru kepada masyarakat Mesir khasnya dalam dunia karyawan. Kebanyakan pengkritik Sastera bersepakat mengatakan nukilan Haikal ini merupakan pembuka pintu kesenian kisah dalam Kesusasteraan Mesir Moden. Kisah Zainab ini dikatakan amat terpengaruh dengan kesusasteraan Perancis yang dibaca Haikal, satu adaptasi nukilan berciri Perancis dengan tokoh percintaan yang disalutkan dengan kisah kehidupan yang dilaluinya dilihat secara langsung dan tidak langsung. Kisah zainab menyadurkan cinta antara Zainab dan Hamid dalam satu epilod dan kisah cinta Zainab bersama Ibrahim, kisah ini juga membawa episode cinta antara Hamid dengan Azizah selain cintanya bersama Zainab. Kisah Zainab menggambarkan episode kehilangan cinta dan putus asa yang hadir dalam keperibadiannya. Ringkasnya, Hamid seorang pemuda kampung terpelajar dari universiti di Kaherahtelah jatuh hati pada sepupunya Azizah yang tinggal di Bandar, menjadi satu larangan dalam adapt perkampungannya berkahwin sesame saudara, Hamid akhirnya pulang ke Kampungnya. Ketika dikampung, Hamid telah jatuh hati dan bercinta dengan anak pekerja ladangnya bernama Zainab. Cinta Hamid sekali lagi terhalang kerana ketidaksaan martabat antara keduanya, keluarga Zainab telah memaksa Zainab berkahwin dengan seorang pemuda kampung yang setaraf dengan keluarga mereka bernama Ibrahim. Ibrahim, ketua ladang milik Hamid sememangnya amat sukakan Zainab yang terkenal dengan kecantikannya, lalu berkahwinlan Zainab dengan Ibrahim secara paksaan. Hamid yang terguris kerana peristiwa Zainab dikahwinkan dengan orang lain telah membawa diri ke Sudan dalam khidmat ketenteraannya meninggalkan cintanya yang tak berhasil. Zainab pula memendam rasa cintanya pada Hamid sehingga sakit malah penyakitnya itu semakin parah sehingga menyesak ke paru-paru. Berakhirnya kisah cinta yang tidak kesampampaian dengan penutup yang menyedihkan.

Sastera Bandingan

14 / 16

Analisis perbandingan Kisah Faridah Hanum dan kisah Zainab kedua-duanya kisah cinta terhalang namun perbezaan yang hadir adalah Faridah Hanum akhirnya berkahwin dengan Syafiq yang menjadi cinta hatinya, berbeza dengan kisah Zainab yang berakhir dengan luka cinta yang dalam dan menyedihkan tanpa penyatuan semua. Perbezaan antara kisah Zainab dan Faridah hanum ini juga adalah tarap mereka dalam masyarakat dimana Zainab dan Hamid terhalang cinta mereka kerana darjat namun Faridah Hanum dan Syafiq dihalang dengan pilihan keluarga Zainab. Persamaan kedua-dua kisah ini juga adalah watak syafiq (dalam Faridah Hanum) dan Hamid (dalam Zainab) membawa diri dan kesedihannya dengan berkhidmat sebagai tentera dan berkhidmat jauh dari persekitaran peristiwa sedih (berkidmat di Sudan). Kisah cinta ini mengambarkan pengaruh kisah Zainab yang terbawa dalam kisah Faridah Hanum hasil pertembungan penulis kisah Faridah Hanum bertandang ke Mesir dalam jelajah ilmunya dan terkesan dengan pembawakan pemikiran Syiekh Muhammad Abduh dalam diri Syed Syiekh Al-Hadi dan Hussien Haikal

Sastera Bandingan

15 / 16

Penutup Keterpengaruhan kesusasteraan Melayu terhadap kesusasteraan Arab adalah suatu yang tak dapat disangkalkan lagi khasnya dalam kesusasteraan moden, perkara ini dapat perjelaskan dengan membandingkan kisah Faridah Hanum karangan Syed Syiekh Al-Hadi dan kisah Zainab karangan Hussien Haikal yang menjadi contoh utama dalam pebandingan sastera. Syed Syiekh Al-Hadi adalah antara penulis awal dalam nukilan kisah yang membawa watak Faridah dalam nukilannya yang terpengaruh dengan kisah zainab yang dibawa oleh Haikal dalam terbitan sebelumnya. Nukilan ini menjadi lambang pengaruh pemikiran Syiekh Muhammad Abduh dalam diri Syed Syiekh Al-Hadi sehingga mampu mencorakkan satu nukilan yang mantap dengan menampilkan Faridah Hanum sebagai seorang wanita Islam melayari percintaannya, nukilannya juga mematlamatkan penunaian hak wanita dalam masyarakat. Haikal dalam nukilannya pula menobatkan Zainab sebagai satu watak penting dalam pencetusan ideanya disamping hasratnya melihat hak wanita terlaksana di Mesir. Pengkaji mengharapkan perbandingan kesusasteraan Melayu dan Arab Islam terus mendapat perhatian sasterawan Melayu khasnya sasterawan Malaysia agar mutu dan kemantapan kesusasteraan Malayu dapat diketengahkan setara dengan kesusasteraan dunia. Kesusasteraan pastinya tidak mampu dipisahkan dari dari pertembungan dan pengaruh sastera yang dibandingkan kerana kesusasteraan adalah suatu kehidupan yang takkan luput selagi wujud pendokongnya. Masih banyak pengaruh sastera melayu dari sastera arab yang boleh diketengahkan sebagai gagasan baru Pengajian Sastera Bandingan.

Sastera Bandingan

16 / 16

Rujukan 1- Rosni Samah (2008), Hauliyyat Jamiat Islamiah A’lamiyyah 08, Malaysia : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia 2- Rosni Samah (2002), Al-Manarah, Jordan : Jamiah Ali Al-Bait 3- Rosni Samah (2003), Al-Tajdid, Malaysia : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. 4- Rosni Samah (2000), Majalah Kulliyyat Al-Adab (Jilid 60 Bil 1), Kaherah : Universiti Kaherah 5- Ruslan Zainuddin. (2004). Sejarah Malaysia (edisi ke-2). Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd 6- Rosni Samah (2007), Majalah Al-Lughat Wal Tarjamah (Jilid 3 Bil 2 Juzu’ ‫أ‬ ), Mesir ; Fa’a’liyyat Al-Mu’tamar Ad-Dauly Al-Arabi’ Li Kuliyyah Alson Jamiah Almania. 7- Rosni Samah (1999), Majalah Jamiah Umm Al-Qura (Jilid 12 Bil 19), Riyadh : Umm Qura University. 8- Ibrahim Ahmad Hamzah. (2008). Syabab Al-Misr Awwal Jaridah AlElotronikiyyah yaumiyyah Misriyyah. http://shbabmisr.com/?xpage=view&EgyxpID=12587 .

Related Documents