Pusat Kerajaan Sastera Melayu Lama-1

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pusat Kerajaan Sastera Melayu Lama-1 as PDF for free.

More details

  • Words: 386
  • Pages: 8
PUSAT KEGIATAN SASTERA MELAYU LAMA

SELEPAS KEDATANGAN ISLAM

Menurut Sejarah Acheh. Islam mula diperkenalkan di pinggir Utara Sumatera kira-kira tahun 1126.Ianya dilakukan oleh pendakwah-pendakwah Arab. Salah seorang daripadanya ialah Syeikh Abdul Ariff. Dalam Hikayat Raja-raja Pasai, terdapat catatan yang mengatakan Islam datang ke Sumatera pada pertengahan abad ke-13. Menurut hikayat ini, Raja Pasai yang pertama menerima Islam ialah Sultan Malikul Salleh yang telah diislamkan oleh Syeikh Ismail dari Mekah. Menurut catatn Ibn Batuta dan marco Polo pula, Islam mula bertapak di alam Melayu pada akhir abad ke-13.

Kedatangan Islam ke alam Melayu bukan sahaja merubah bentuk kepercayaan masyarakat Melayu, tetapi juga merupakan tamaddun baru terhadap masyarakat Melayu. Oleh itu Islam telah mengambil tempat dan telah melebarkan pengaruhnya menggantikan peradaban Hindu yang menguasai alam Melayu sejak abad Pertama Masehi lagi. Ini termasuklah pengaruhnya tehadap perkembangan Kesusasteraan Melayu Lama. Sehubungan dengan kedatangan Islam ke alam Melayu, maka telah muncul beberapa pusat kegiatan penting dalam perkembangan Sastera Melayu Lama

Antaranya : a. Kerajaan Samudera-Pasai (1280-1400M) b. Kerajaan Melayu-Melaka (1400-1511M) c. Kerajaan Acheh (1511-1650M) d. Kerajaan Johor-Riau (1650-1870M)

a. Kerajaan Samudera-Pasai (1280-1400M) Adalah peringkat awal perkembangan kegiatan sastera yang menerima pengaruh Islam. Ini kerana pengaruh Hindu masih kuat bertapak dan menerima tekanan hebat kerajaan Majapahit. Kerajaan Samudera-Pasai memainkan peranan penting dalam usaha perdagangan dan perkembangan agama Islam serta kebudayaan Islam. Kerajaan Samudera-Pasai merupakan pusat terpenting bagi mengembangkan hasil-hasil sastera Melayu yang menerima pengaruh Islam.

Kenyataan ini boleh dibuktikan dengan melihat tulisan-tulisan yang dihasilkan oleh Marco Polo. Marco Polo mencatatkan bahawa sewaktu singgah di Perlak pada tahun 1292,penduduk negeri itu telah pun memeluk Islam. Bukti lain ialah daripada tulisan yang terdapat pada batu nisan Sultan Pasai yang pertama iaitu Sultan Malikul Salleh. Kesan-kesan kedatangan Islam di Pasai boleh juga dikesan daripada batu bersurat yang dijumpai di Minye Tujoh, di Talang Tuo dan Kedukan Bukit.

Jenis/Corak karya Zaman Kerajaan Samudera-Pasai (1280-1409) 1. Risalah Agama dan Kitab-kitab Agama. 2. Karya Legenda Islam 3. Karya-karya bercorak Sastera Sejarah.

Jenis/Corak karya Zaman Kerajaan Samudera-Pasai (1280-1409) 1. Risalah Agama dan Kitab-kitab Agama. Risalah-risalah kecil tentang kalimah syahadah, Rukun Islam, Rukun Iman, rukun-rukun sembahyang serta kitab-kitab tentang ajaran Islam. 2. Karya Legenda Islam Kisah-kisah yang berkaitan dengan cerita yang bercorak legend tersebar luas terutama ceritacerita Nabi Muhammad s.a.w. 3. Karya Bercorak Sastera Sejarah. Hikayat Raja-raja Pasai merupakan karya historiografi Melayu yang pertama. Ia mengisahkan tentang kerajaan Melayu-Pasai.

Related Documents