PUISI MODEN SAJAK
RUMAH BARU Telah kita siapkan rumah baru untuk anak-anak berteduh Kerana kita diamanah Mendewasakan mereka Menjadi warga bijaksana Menjelang tahun wawasan Telah kita siapkan rumah baru Di atas tiang muafakat Air, pasir dan simen Dari tangan pelbagai bangsa Negara yang tumbuh atas bumi toleransi Telah kita siapkan rumah baru Berwajah kebangsaan Agar penghuni saling ramah Rajinmemberi dan menerima Juadah kesejahteraan Sampai akhir zaman
TEMA • Tanggungjawab menjayakan wawasan demi keharmonian hidup masyarakat dalam sesebuah negara
PERSOALAN a. Tanggungjawab mengisi pembangunan b. Perpaduan antara kaum c. Kegigihan berusaha d. Kesejahteraan e. Toleransi dalam pergaulan
NADA Patriotik
GAYA BAHASA • • • • • • •
Ayat tepat dan puitis Asonansi Aliterasi Pengulangan ayat Metafora Simbol Rima akhir bebas
NILAI • • • • •
Menunaikan amanah Kebijaksanaan Tanggungjawab kepada negara Perpaduan kaum Kemesraan
PENGAJARAN • Kita bertanggungjawab memberikan pendidikan yang secukupnya kepada generasi muda. • Semua orang hendaklah bertindak dengan bijaksana dalam usaha mencapai wawasan. • Setiap kaum harus mengamalkan toleransi dan muafakat untuk mewujudkan kesejahteraan dan perpaduan. • Sesebuah negara yang aman adalah negara yang berlandaskan perpaduan antara kaum.
SEKIAN TERIMA KASIH