rukhsah dalam berpuasa
rasulullah saw bersabda yang maksudnya: �sesiapa yang berbuka puasa ramadan bukan kerana rukhsah (kelonggaran) yang dirukhsahkan oleh allah, tidak dapat diqadakkan dengan puasa setahun, walaupun ia betul-betul (melakukan) puasa setahun itu.� (riwayat abu daud, ibnu majah dan at-tirmidzi) ketentuan sakit untuk tidak berpuasa adalah sakit yang menyebabkan penderitaan menjadi semakin parah jika terus berpuasa atau akan semakin lambat sembuh penyakit itu. di sisi syarak, peranan doktor sangat penting dan diperlukan untuk menentukan apakah seseorang pesakit itu boleh berpuasa ataupun tidak. kelonggaran yang biasa diharuskan untuk berbuka puasa itu ialah seperti kepada orang tua atau sakit yang tiada harapan untuk sembuh, orang sedang bermusafir, wanita mengandung dan menyusukan anak yang ditakuti akan mendatangkan mudarat kepada diri ataupun anaknya. manakala, sakit yang ringan seperti sakit kepala dan sebagainya tidak diharuskan meninggalkan puasa. meninggalkan puasa walaupun sehari, dengan sengaja tanpa alasan dibenarkan syarak adalah satu dosa besar seperti yang disebut dalam hadis. wanita datang haid dan wanita keluar darah nifas adalah golongan yang wajib berbuka puasa tetapi diwajibkan mengqadakan semula puasanya di bulan lain. orang yang berbuka puasa pada ramadan kerana terlupa, maka tidak wajib qada dan tidak wajib kifarat kerana terdapat hadis rasulullah saw menyebutkan yang maksudnya: �apabila ia (orang yang berpuasa) lupa, kemudian ia makan dan minum, maka hendaklah ia menyempurnakan puasanya, kerana sesungguhnya allah yang sudah memberi makan dan minum kepadanya.� (bukhari dan muslim) puasa tidak wajib hukumnya ke atas kanak-kanak yang belum baligh, tetapi hendaklah mereka dididik dan dibiasakan sejak kecil untuk berpuasa.