Rm140 000 Untuk Pertandinagn Perpustakaan Keluarga

  • Uploaded by: NUR SHUHADA
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Rm140 000 Untuk Pertandinagn Perpustakaan Keluarga as PDF for free.

More details

  • Words: 411
  • Pages: 2
RM140,000 ...untuk Pertandingan Perpustakaan Keluarga DATE: 12-07-2001 AUTHOR: SALINA IBRAHIM

PERPUSTAKAAN Negara Malaysia (PNM) memperuntukkan RM140,000 untuk diagihagihkan kepada 14 buah perpustakaan awam setiap negeri bagi menganjurkan Pertandingan Perpustakaan Keluarga bersempena Bulan Membaca yang berlangsung sepanjang bulan Julai ini. Timbalan Ketua Pengarahnya, Zawiyah Baba berkata, program ini diatur sebagai salah satu usaha untuk menyuburkan lagi budaya membaca di kalangan anggota masyarakat. Pertandingan Perpustakaan Keluarga katanya, adalah program yang bertujuan menggalakkan ibu bapa menubuhkan sudut perpustakaan keluarga di rumah. "Ia sebagai asas bagi mencetus dan memupuk minat membaca terutamanya di kalangan kanak-kanak," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Kuala Lumpur baru-baru ini Beliau menjelaskan, berdasarkan profil membaca di kalangan rakyat Malaysia yang dijalankan pada tahun 1996, didapati bahawa individu yang mengamalkan budaya membaca mendapat bimbingan ibu bapanya sejak kecil lagi. Selain itu, didapati individu yang terus mengamalkan budaya ini sehingga dewasa berpunca daripada peranan yang dimainkan bapa yang membimbingnya sejak kecil lagi. "Ini menunjukkan bahawa bapa memberikan impak jangka panjang kepada pemupukan budaya membaca," katanya. Jelasnya, hal ini berpunca daripada tugas bapa yang merupakan ketua keluarga, berbanding ibu yang dilihat menjalankan tugas secara semula jadi. Sehubungan itu katanya, mesej ini sangat penting kepada kaum bapa terutama bagi mereka yang mempunyai anak kecil. Zawiyah menjelaskan juga, Pertandingan Perpustakaan Keluarga lebih difokuskan kepada masyarakat luar bandar dengan hasrat untuk menjayakan hasrat kerajaan membantu meningkatkan masyarakat berilmu (K-Society). Dua kategori dipertandingkan iaitu kategori Perpustakaan Rumah (Desa) dan Perpustakaan Rumah (Taman Perumahan). Pemenang bagi peringkat kebangsaan akan diumumkan bersempena pelancaran Bulan Membaca pada 16 Julai depan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Dr. Siti Hasmah Mohd Ali. Selain itu katanya, satu lagi program baru yang diperkenalkan di peringkat kebangsaan ialah Bacaan Kegemaran Saya.

Ujarnya, projek rintis bagi program ini dimulakan pada Perpustakaan Negara untuk mempopularkan amalan membaca perkongsian ilmu.

tahun lalu di dan mewujudkan

Tahun lalu katanya, seramai 27 orang terpilih untuk mengambil bahagian yang terdiri daripada pelbagai anggota masyarakat. Mereka diminta mengulas buku kegemaran masing-masing, diterbitkan dalam siri Bacaan Kegemaran Rakyat Malaysia.

yang

kemudiannya

Memandangkan sambutan yang menggalakkan, program ini turut diperluaskan ke peringkat negeri-negeri pada tahun ini, katanya. Terangnya juga, tema tahun ini iaitu Membaca Merdekakan Minda, untuk menggalakkan seseorang supaya bebas memilih, menganalisis dan membuat penterjemahan sendiri mengenai idea, pendapat, ilmu dan maklumat daripada pelbagai sumber tentang kesahihan sesuatu fakta. "Kita harus membuka minda kepada pelbagai sumber maklumat yang sedia ada sama dalam bentuk cetakan atau digital yang kini boleh didapati secara global melalui Internet atau media massa," katanya.

(Source : Utusan Malaysia)

Related Documents


More Documents from ""