Perpustakaan Keluarga

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Perpustakaan Keluarga as PDF for free.

More details

  • Words: 356
  • Pages: 2
BERITA TAJUK: Bulan Membaca; Sudut Perpustakaan Keluarga OLEH: Wahid Hashim PETIKAN DARI: Portal Pendidikan Utusan Malaysia

Anda masih ingat lagi ‘kotak’ kutub khanah semasa berada di alam persekolahan sekitar tahun tahun 70-an dan pertengahan 80-an? Kutub khanah merupakan sebuah kotak empat segi tepat setinggi tiga meter atau empatdan setebal setengah meter yang di dalamnya terdapat rak yang mengaandungi buku-buku cerita yang dah di susun. Ia biasanya diletakkan di sudut sebelah kiri atau kanan belakang kelas. Kutub khanah ini boleh dibuka dan ditutup, dan boleh dikunci apabila tidak digunakan. Buku yang terdapat di dalam kutub khanah biasanya terdiri daripada bukbuku fiksyen seperti Kisah Lebai Malang, siri penyiasatan, koleksi journal geografi dan sebagainya. Konsep begini nampaknya tidak lagi digunakan dalam bilik darjah lagi kerana sukatan pelajaran yang terlalu banyak dan peralatan multimedia telah menggantikan bahan tradisional. Budaya seperti ini tidak harus dilupakan kerana ia sebenarnya merintis jalan kepada satu sikap menghargai dan menilai bahan bacaan.

Kita boleh bersikap positif dengan menghidupkan konsep yang sama, tetapi kali ini membawanya ke dalam rumah kita. Kita boleh mewujudkan apa yang diistilahkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sebagai sudut perpustakaan negara.

Apakah sudut perpustakaan keluarga? Ia adalah ruang, sudut atau pun bilik antuk menempatkan bahan, rujukan serta bahan elektronik seperti komputer, televisyen, alat rakaman kaset atau video yang mengandungi maklumat serta pengetahuan yang boleh dijadikan khazanah ilmu terkumpul untuk dimanfaatkan seisi keluarga.

Secara umumnya, bahan-bahan di sudut perpustakaan keluarga boleh dibahagikan kepada bahan rujukan segera (contohnya buku panduan nombor telefon), bahan bacaan (contohnya buku novel) serta bahan elektronik (seperti buku). Sebenarnya anda boleh mengkelaskan lagi bahan-bahan tersebut mengikut bacaan dewasa, buku latihan kanakkanak dan majalah-majalah yang si ibu selalu di rumah seperti majalah hiasan dalaman rumah. Jika anda ingin mewujudkan perpustakaan yang lebih serius, anda boleh mengkhususkan lagi bahan mengikutkan bidang atau genre, dan seterusnya mletakkan kod yang khusus.

Sudut perpustakaan negara adalah gaya hidup zaman moden yang perlu diwujudkan di setiap rumah. Sudut ini bertujuan manjadikan seisi rumah kita kaya dengan ilmu dan bermaklumat. Amalan membaca perlu dipupuk dari rumah. Keluarga berperanan penting dalam mewujudkan budaya membaca. Berdasarkan hakikat ini, setiap keluarga perlu mengadakan sudut perpustakaan keluarga. Jadikan sebagai budaya nasional.

Related Documents